Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

U I 2 ° D U A B E L A S

Ta-da!

🍉🍉🍉🍉🍉

𝖀𝖓𝖉𝖊𝖗𝖈𝖔𝖛𝖊𝖗 𝕴𝖉𝖔𝖑 2
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 12

Setelah berjam-jam disoal siasat sebagai saksi kejadian rompakan, Eunmi akhirnya beredar pergi dari balai polis dengan beriakkan air muka yang kecewa.

Dalam memikirkan tindakan seterusnya, telefon yang berada dalam genggaman mula bergetar menandakan panggilan masuk. Cepat-cepat Eunmi menyeret skrin ke ikon hijau untuk menerima panggilan.

Raut wajah Eunmi mula berubah kepada serius disaat si pemanggil memberitahu sesuatu padanya.

"Nanti aku datang ke sana" ikon merah ditekan seusai tamatnya perbualan mereka dalam talian.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Weyh, takkanlah kot" sekali lagi, perasaan kecewa menyelubungi diri sekali lagi.

"Betul aku cakap ni, semua maklumat yang kau peroleh memang tak ada dalam sistem rekod" telefon yang terpapar sesuatu dihulur pada Eunmi.

Dia mampu meraup rambut geram ke belakang, tidak percaya usahanya dalam mengimbas wajah mereka buat kali kedua gagal.

Sebelah tangan menongkat dagu sementara makaron berperisa hazelnut dipandang sepi, tidak berselera untuk dijamah.

"Nampak gayanya kita gagal dalam tugasan kali ini. Ateez bukan suspek utama kita, mereka hanyalah artis baru yang terkenal" makaron yang disusun berbentuk beruang dicucuki Eunmi menggunakan garfu.

"Eun, apa kau cakap ni? Kau dah lupa something?" dahi gadis itu berkerut seribu sambil menayangkan pandangan something-what? pada teman sekerjanya.

Chaeyoun terus merapatkan jarak bagi memudahkan dirinya untuk membisikkan sesuatu pada Eunmi.

"Haahlah! Lupa pulak pasal tu. Malam ni jugak aku settlekan!"

Ada sinar baru untuk Eunmi teruskan misi pengintipan, moga-moga dia tak tertangkap nanti.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Pintu dikuak perlahan-lahan sebelum kepalaku menjengul keluar dari kamar tidur. Bersilih ganti aku menoleh kanan dan kiri, memastikan penghuni dalam kediaman ini sudah diulit mimpi.

Melihatkan suasana ruang tamu sunyi dan pintu bilik mereka yang terkatup rapat, aku pun menapak ke bilik larangan itu terjengket-jengket.

Apabila tiba di hadapan pintu, tombol lantas aku capai sebelum memulasnya. Decitan kecil terluah disebabkan ianya dikunci.

Kepalaku digaru dengan kebuntuan, entah bagaimana mahu membuka pintu ini. Dalam ralit memikirkan caranya, jariku terhenti dari menggaru ekoran klip rambut diselit pada rambut.

Secara spontan, aku memisahkan objek tersebut dari rambut lalu dibawa masuk ke dalam lubang kunci.  Tidak sampai beberapa saat, pintu bilik larangan akhirnya dapat dibuka.

Dengan perasaan gementar yang menerpa datang, aku perlahan-lahan menolak daun pintu. Kini, aku terkesima sebentar sejurus keseluruhan ruang bilik ini menggamit pandangan. Patutlah SeongHwa sekeras-kerasnya melarangku untuk memasuki bilik larangan ini, rupa-rupanya ianya bilik...

· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Isaac hyung!" suara seseorang yang bernada penuh marah menghentikan perbuatannya.

Isaac sekadar melemparkan senyuman kesinisan tatkala berhadapan salah seorang ahli kumpulan Ateez yang terjaga dari tidur. Nampaknya rahsia dibalik kejayaan Ateez menempa nama dalam bidang hiburan sudah terbongkar.

"Jadi korang dah tipu aku hidup-hidup selama ni?"

"Apa hyung merepek ni?" dia cuba menafikan apa yang meluncur keluar dari bibir Isaac.

Beberapa langkah, Isaac menggunakan kaki untuk menguak bilik yang dijelajah tadi.

Seperti faham yang dimaksudkan jejaka menyamar itu, dia turut membalas sebuah senyuman yang sukar ditafsirkan oleh Isaac.

"Akhirnya pecah lobang jugak kerja kitaorang kau korek selama ni, tapi ingat Isaac hyung, apa yang rahsia tepat dirahsiakan" tuturnya penuh bersirat mengundang kerutan pada dahi Isaac.

"Apa maksud kau— umphh!" bicara Isaac tertangguh oleh kerana mulutnya ditekup seseorang dari belakang.

Dalam samar-samar kegelapan, Isaac ternampak satu objek aneh ditayangkan hadapannya. Ianya berbentuk silinder dan bersaiz kecil, seperti sebatang rokok.

"Ingat Isaac, apa yang rahsia tetap dirahsiakan" dia mengulangi kata-kata yang sama sebelum terpancarnya cahaya dari objek tersebut.

🍉🍉🍉🍉🍉

Rasa-rasa koranglah, apa kesudahan kerja pengintip Eunmi a.k.a Isaac?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro