Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

𒄬 ִֶָ ࣪ 🍓 」tiga 🥛 ˖ !

𖨂 tiga ⊹ dah kantoi ke ? ᵎ ⚟

meiling's

"cuba bagi alasan kenapa kamu lambat harini? DAN kenapa kamu panjat pagar sekolah?"

ha sudah, betullah apa orang cakap. xin yu laoshi kalau bab-bab datang lambat, angin dia lain dari lain!

"alah laoshi, baru pertama kali saya lambat. maafkanlah saya laoshi,"

"itu saya boleh maafkan. yang saya tak boleh maafkan, kenapa kamu panjat pagar sekolah ni? kalau ada orang rakam macam mana?"

ye memang aku yang salah pergi panjat pagar sekolah. akulah budak pertama panjat pagar sekolah ni, tiada lagi kes budak panjat pagar sekolah ni. rekod budak baik tiba-tiba panjat pagar hmm.

skrakk

bunyi pintu bilik guru kedengaran dibuka oleh seseorang. aku mula gerakkan anak mata melihat siapa yang masuk.

mampus! strawberi datang!!

"saya cakap ni, kamu dengar tak, meiling?" aku masih tidak menyahut panggilan cikgu. tubuhku mula berdalih menyorok belakang xin yu laoshi.

"yah!"

"aahh ye laoshi, faham faham!" entah apa yang laoshi cakap, aku pun tak tahu. yang penting, kenapa si strawberi tu lama pula dalam bilik guru ni?! malu tujuh keturunan aku kena denda ni crush nampak!

"sekarang kamu pergi angkat tangan paras bahu kat tepi pintu bilik guru tu. buat selama sejam." lama gila!

"alah laoshi, boleh kurangkan 3/4 daripada tu tak-"

"ke nak saya tambah lagi satu jam?"

"okay okay! sejam je." aku hanya mampu memuncungkan bibir ku dan terus membuat apa yang laoshi suruh.

ricky's

aku masuk ke dalam bilik guru yang agak kosong. hanya beberapa orang sahaja ada di dalamnya.

aku mencapai bekas pen wei zhi laoshi di atas meja.

"aahh ye laoshi, faham faham!" aku memaling ke arah gadis tocang dua yang sedang dimarahi oleh xin yu laoshi.

'mesti datang lambat' omel aku sendiri. Sudah nak keluar dari bilik guru, mataku tiba-tiba memandang tepat ke arah sekotak susu strawberi di atas meja xin yu Laoshi.

kotak susu tu.. sebiji macam susu strawberi yang aku selalu dapat dari orang tak dikenali tu. takkanlah...

mataku mula berdalih pada gadis yang sedang dimarahi itu.

eh, kenapa aku ni? entah-entah xin yu laoshi pun minum susu tu.

aku terus keluar dari bilik guru menuju ke kelas ku.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro