𒄬 ִֶָ ࣪ 🍓 」dua 🥛 ˖ !
𖨂 dua ⊹ lambat ! ᵎ ⚟
7.15 pagi
tittt! titt!
meiling's
habislah! dah lambat!!
aku terus mencapai tuala mandi. dah lambat pergi sekolah! mesti tak sempat nak letak susu strawberi kat bawah meja ricky. tidakkk!
aku terus bersiap-siap untuk ke sekolah. jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. terus aku keluar rumah tanpa bersarapan.
adikku sudah lama pergi meninggalkan aku. dasar adik takde kejutkan orang pun bila dah lambat.
lambat pun, masih diri ni mahu menyinggah mesin gedegang untuk membeli sekotak susu strawberi untuk si buah strawberi.
sudah sampai di depan pagar sekolah, tapi itulah, pagar dah tutup. perlu cari jalan ni! terus aku pergi ke tempat sedikit tertutup untuk memanjat pagar sekolah. kerja gila!
"apa yang aku ingat dalam cerita, dia campakkan beg dulu baru panjat," kataku pada sendiri. aku mula mencampakkan beg aku ke seberang pagar.
aku mula panjat. susah juga ye panjat pagar ni, biasanya tengok dalam cerita macam senang. setelah hampir lima minit, aku berjaya melepasi pagar sekolah.
nasibku bagaikan lebai malang. sudahlah lambat ke sekolah, cikgu pula sedang menunggu di seberang pagar. kan sudah kena tangkap dengan cikgu.
ricky's
aku kini sampai di kelas 7-3, kelas ketiga daripada 12 kelas. aku mula masuk ke dalam kelas.
"ricky shen! ada suatu benda pelik berlaku!" dah kenapa pula mamat ni jerit nama aku kuat macam tu. macam kena kejar hantu je.
"dah kenapa kau ni, brian? tergopoh-gapah waktu pagi macam ni," soalku.
"susu.. susu.. susu strawberi takde bawah meja kau!" lah.. EH?! m..mustahil! kali pertama susu strawberi tiada dalam bawah meja ni ajaib! entah-entah dah kena curi kut. takpe-takpe, kita act cool dulu.
"mungkin habis stok la tu"
"ini je reaksi kau? sekali seumur hidup je tau benda ni terjadi," nak nafikan, betul juga kata brian tu.
"yang kau risau sangat kenapa? susu strawberi je kan? fikir logik lah sikit, mana tahu orang tu lambat ke, sakit ke harini," kataku lagi.
pintu kelas mula dibuka oleh laoshi. semua memberi tunduk hormat padanya.
"quanrui, tolong ambilkan buku kawalan dan bekas pen laoshi di atas meja kat bilik guru," arah wei zhi laoshi. aku terus bangun dari tempat duduk kat pergi ke bilik guru.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro