❀𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆❀
Sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah yang kelihatan masih baru itu.Kemudian sebuah lori yang membawa perabot-perabot tiba di rumah tadi.
"Mirae....tolong Eomma angkat barang-barang yang ringan dulu,yang selebihnya biar Appa dengan pekerja yang lain uruskan.",arah Puan Shin sambil menghulurkan kotak yang bersaiz kecil.
Tanpa banyak soal,Mirae mengambil kotak tadi lalu bawanya masuk ke dalam rumah.Keluarga mereka baru saja berpindah di kawasan itu memandangkan ayahnya sudah lama merancang.Mirae merupakan anak tunggal keluarga Jung,namun dia tak pernah berasa kesunyian kerana ibubapanya selalu memberi perhatian sepenuhnya.
Selepas saja meletakkan kotak tadi di salah satu bilik,dia melihat-lihat keadaan rumah itu.Rumah itu merupakan rumah yang dibeli ayahnya 2 tahun lalu.Namun disebabkan banyak perkara yang perlu diuruskan, keluarga itu terpaksa menangguhkan dulu untuk berpindah.
Petang itu,semua pemindahan barang selesai.Rumah yang tadinya kosong,kini sudah dihiasi dengan perabot-perabot mewah.Encik Jung dan isterinya melepaskan lelah di ruang tamu sambil menunggu makanan yang dipesan tiba.
"Mirae!! Tolong ambik makanan yang baru sampai tu!",arah Puan Jung.Mirae yang kemudiannya turun dari tingkat atas untuk mengambil makanan itu.
"Kamsahabnida",ucap Mirae sebelum menutup pintu rumahnya.Pizza yang dipesan itu,diletakkan di atas meja makan.
"Mirae,esok kamu dah boleh ke sekolah..dah prepare ke nak jumpa kawan baru?",Encik Jung memulakan perbualan.Mirae hanya mengangguk kecil.
Puan Shin tersenyum.Anak perempuannya itu tak pernah sekali pun melakukan perkara yang tidak menyenangkan.Apa saja yang disarankan ayahnya,mesti dia patuh tanpa banyak soal.
"Appa harap yang kamu boleh sesuaikan diri...kalau ada apa-apa masalah,bagitahu Appa ataupun Eomma..jangan pendam sorang-sorang.",pesan Encik Jung.
"Ne Appa.",balas Mirae lalu mengukirkan senyuman.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro