Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀𝐄𝐏𝐈𝐋𝐎𝐆❀

Sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah penginapan yang terletak di tepi anak sungai.Kemudian keluarlah Hongjoong dan Wooyoung sambil meregangkan badan mereka.

"Cantiknya tempat ni.....",ujar Wooyoung teruja.Dia berlari kecil menuju ke arah anak sungai itu.

"Jangan nak lari....angkat barang-barang ni dulu.",tegur Felix bila Wooyoung sudah meninggalkan kereta.

Changbin keluar dari kereta itu sambil membawa beg galasnya dan Mirae.Dia berpuas hati dengan rumah yang disewa ibunya itu.

"Noona balik dulu.... apa-apa just call me Lix..",pesan Rachel.Felix hanya mengangguk.Kereta hitam itu mula meninggalkan perkarangan rumah itu.

"Nanti kita buat barbeque kat sini....pastu pasang unggun api.",cadang Hongjoong.

"Okay jugak....tempat barbeque pun dia ada sediakan.Kau beli kan bahan-bahan untuk barbeque malam ni?",tanya Felix.

"Aku beli lah...takkan lupa pulak.",jawab Hongjoong.Mirae pula menghampiri Wooyoung yang berada di tepi sungai itu.

"ARGHHH....SEJUKKKKK!!!!",jerit Wooyoung sambil terketar-ketar menahan sejuk.Mirae tertawa melihat tingkah Wooyoung.

"HAAHLAH SEJUKNYAAAAA!!!!",giliran Changbin pula menjerit.Sama saja perangai mereka berdua itu.

"Memanglah sejuk....dah cuaca sekarang ni kan sejuk...takkan tiba-tiba air dia panas pulak.",kata Hongjoong.

"Simpan barang dulu ni korang....takkan aku nak angkat sorang.",kata Felix pula.Hanya dia yang berada berhampiran barang-barang yang dibawa mereka.

"Jom angkat barang dulu,lepastu kita keluar semula.",ajak Mirae.Kesian pula melihat Felix yang terhuyung-hayang membawa plastik-plastik makanan mereka sendirian.

Mereka berempat pun meninggalkan sungai tadi untuk mengangkat barang-barang.

Selesai semua itu,mereka berlima keluar semula menghirup udara segar di situ.Tempat barbeku sudah disediakan untuk malam nanti begitu juga dengan unggun api.Changbin duduk di bangku yang terletak di halaman rumah itu sambil menikmati pemandangan di situ.

"Binnie...okay tak ni?",tanya Mirae.Hanya dia seorang yang perasan Changbin tak menyertai mereka pergi ke sungai.

"Okay.....jomlah pergi kat diorang.",Changbin melawan rasa sejuk supaya Mirae tak risaukan dirinya ketika itu.Mirae menarik tangan Changbin lalu mereka berlari kecil menuju ke sungai.

Kedengaran suara menjerit kesejukan dan juga tawa bila air itu dipercikkan antara satu sama lain.Biarpun ketika musim sejuk,namun tak dapat menghalang keterujaan mereka.

Habis bermain air,mereka masuk ke dalam rumah kerana waktu sudah lewat petang.Mereka bersiap-siap untuk barbeku dan memasang unggun api pula.Felix mengambil bahagian memanggang daging manakala Hongjoong memasang unggun api dibantu oleh Wooyoung.

❃❃❃

Malam itu kelihatan indah dengan bintang-bintang yang bertaburan di langit.Changbin duduk di salah satu kayu kecil sambil menikmati haba unggun api.

"Jom bakar marshmallow....",Wooyoung membawa bungkusan marshmallow yang dibelinya.

Felix turut menyertai kawan-kawannya sementara menunggu daging itu siap dimasak.

"Changbin....kau okay? Nampak macam penat...",tegur Wooyoung.Felix memandang Changbin bila Wooyoung menegur kawannya itu.

"Aku okaylah....cuma penat sikit...kan kita main air tadi.",jawab Changbin.Mirae dan Hongjoong sudah memandang Changbin risau.

"Aku pun penat jugak main air tadi....mungkin sebab sejuk kot.",jawab Wooyoung dan Changbin tersenyum lemah.

Felix bangun dari tempatnya untuk melihat daging di atas pemanggang.Yang lain pula sibuk membakar marshmallow mereka kecuali Changbin.

"Korang...aku nak masuk kejap.",beritahu Changbin lalu meninggalkan tempat itu.

15 minit kemudian,

Changbin masih belum keluar dari tadi dan Felix sudah mula risau.Daging yang dipanggang tadi juga sudah sejuk kerana menunggu Changbin.

"Biar aku lah panggil Changbin....aku dah lapar ni.",Wooyoung menawarkan dirinya.

"Arasseo...cepat sikit tau.",kata Felix.Wooyoung berlari masuk ke dalam rumah.

"Changbin-ahh.....",bergema rumah itu dengan suara Wooyoung.

Matanya masih mencari kelibat Changbin di dalam rumah itu.Changbin juga tak menjawab panggilannya tadi.

"Seo Changbi-----CHANGBINN!!",Wooyoung berlari mendapatkan Changbin yang sudah tak sedarkan diri itu.

"Yah Changbin-aaah....ireonaa..",Wooyoung menepuk-nepuk pipi Changbin namun masih tiada respon.

"KORANGGGG!!! CHANG....CHANGBINN....PENGSANN!!",jerit Wooyoung sambil menangis.Dengar sahaja itu,mereka semua berlari masuk ke dalam rumah.

"Mirae...call Noona saya sekarang .",suruh Felix.Mirae mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Rachel.Hongjoong pula memujuk Wooyoung yang menangis teresak-esak di bahunya.

Felix meletakkan dua jarinya di leher Changbin untuk merasa nadi kawan baiknya dan ketika itu,nadi Changbin bergerak perlahan dari biasa.

"Please don't leave me Binnie....",kata Felix sambil memeluk badan Changbin.Dia masih belum bersedia untuk semua ni.

❃❃❃

Di hospital,

Changbin terus dikejarkan ke wad kecemasan sebaik tiba di hospital.Nasib baiklah jarak antara rumah penginapan itu dengan hospital tak jauh.

Puan Kang menangis di sisi Puan Yoo.Felix pula termenung di kerusi pelawat.Dalam hatinya mengharapkan Changbin berada di dalam keadaan baik.

"Awak....banyak bersabar ye.",pujuk Mirae.Felix hanya diam sambil memandang lantai.Airmatanya sudah mengalir perlahan.Hongjoong dan Wooyoung juga berada tak jauh dari mereka.

"Ye Won?",panggil Doktor Seo.Puan Kang menghampiri bekas suaminya itu.

"Binnie nak jumpa korang semua.",beritahu Doktor Seo.Felix menarik nafas lega mendengarkan itu begitu juga Mirae.

Tanpa melengahkan masa,mereka masuk ke dalam bilik itu.Kelihatan Changbin sudah dipakaikan alat bantuan pernafasan.

"Binnie....",Felix sudah memegang tangan kawan baiknya.Airmatanya mengalir laju sebaik melihat keadaan Changbin ketika itu.Puan Kang pula masih belum mampu mendekati anaknya.

"Lix....",panggil Changbin lemah.

"Komawo sebab jadi kawan yang baik.....mianhae sebab tak dapat teman kau lagi...",kata Changbin.

"Anni.....jangan cakap macam tu....",Felix merintih perlahan.Mereka yang mendengarkan itu turut mengalirkan airmata.

"Jaga Mirae Lix....",pesan Changbin.Mirae sudah menangis dalam pelukan Rachel.

Changbin melihat keadaan sekelilingnya lalu tersenyum lemah.Matanya tertumpu pada susuk tubuh ibunya.

"Eomma...",Puan Kang menghampiri anaknya.

"Uljima.... kamsahabnida sebab jaga Binnie selama ni...saranghae Eomma.",ucap Changbin.Makin kuat esakan wanita itu bila Changbin berkata begitu.

"Lix....aku penat.",adu Changbin.Felix mengeratkan genggaman tangannya dan dapat dirasai yang tangan Changbin sangat sejuk ketika itu.

"Aku nak tidur dulu....",kata Changbin lalu memejamkan matanya.

"Binnie....awak dah tidur ke?",saja Mirae mengusiknya seperti sebelum ini.Dia cuba tabahkan hatinya.

"Saya dah tidur...",jawab Changbin lemah dan Mirae tersenyum kecil.Wooyoung pula masih teresak-esak di sisi Hongjoong dari tadi.

"Changbin.....",panggil Felix pula dan kali itu kawan baiknya tak menjawab.Kemudian,mesin degupan jantung itu berhenti.Doktor Seo masuk ke dalam bilik itu untuk memeriksa keadaan dan dia tertunduk.

"Masa kematian...21:27 malam.",beritahu Doktor Seo lalu mengelap airmatanya.

"Changb....Changbin..",Felix menangis semahunya di sisi Changbin.Kini kawan yang selama 12 tahun bersamanya,sudah meninggalkan dia buat selamanya.

Suasana hiba mula menyelubungi bilik itu.Puan Kang pula sudah terduduk bila satu-satu anaknya sudah pergi.Semua yang berada di dalam bilik itu menangis meratapi kepergian Changbin.Felix memeluk lama tubuh kawan baiknya.

Setahun kemudian,

Seorang lelaki yang berpakaian sut lengkap berdiri di satu tempat sambil memegang sejambak bunga.

"Dah setahun kau pergi Binnie...aku rindu kau.",kata Felix lalu meletakkan bunga tadi di kubur kawan baiknya.

"Dan selama tu juga,saya tak lupakan awak....Binnie.",seorang gadis mencelah,Jung Mirae.

Felix mengukirkan senyuman.Sudah setahun sejak kali terakhir dia berjumpa dengan Mirae.Gadis itu meletakkan bunga yang dibawanya pula.Hongjoong dan Wooyoung pula tak dapat bersama mereka pada hari itu kerana tiada cuti.Felix dan Mirae sama-sama meninggalkan tempat itu selepas memberi penghormatan terakhir.

The one I loved without a reason,
Is disappearing,
Remembering our memories,
I'll cherish them,
My time with you,
I realized was a treasure,
My besties,

YOU'RE LEAVING ME NOW.



Habis sudah ff Yana kali ni.....terima kasih sebab sudi baca sampai habis walaupun kehambaran melanda.....sedih ke cerita ni? Kalau sedih baguslah sebab memang itu pun niat sebenarnya...mungkin Yana akan buat ff lepas Got7 comeback... sementara tu baca Story yang masih tergendala tu....sekali lagi terima kasih....❣️😊

Special tags:changbingyu_
                         hyunliejin
                         qisqisses
                         greenquaints

Ada lagi ye yang lain tu....saje je nak tags hahaha.
                       

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro