❀9
Changbin meletakkan Panadol yang dibeli Mirae tadi di atas meja belajarnya.Dia merebahkan badannya ke atas katil lalu melelapkan matanya.
Ibu Changbin mengetuk pintu bilik anaknya memandangkan sudah tiba waktu makan malam.Pelik juga bila anak lelakinya itu masih belum turun dari bilik sejak petang tadi.
Changbin terjaga dan bangun dari katilnya membuka pintu bilik.Sakit kepalanya masih terasa namun sudah berkurangan dari tadi.
"Jom turun makan....buat apa dalam bilik dari tadi?",tanya ibunya.
"Changbin tidur...sakit kepala sikit.Jomlah makan,dah lapar ni.",jawab Changbin sambil tersenyum kecil.Ibunya hanya mengangguk lalu mereka turun bersama.
❃❃❃
Rachel sudah berkemas-kemas pagi itu kerana hari itu ialah hari terakhirnya di Korea.Felix sudah bersiap di biliknya untuk menemani kakaknya ke lapangan terbang dengan ibu mereka.
"Bila lagi Noona balik sini?",tanya Felix sambil memerhati kakaknya yang sedang bersolek.
"Akhir tahun kot...so dalam 4 bulan lagi aku balik semula..kenapa tanya,rindu ke?",jawab Rachel sambil menyapu blusher di tulang pipinya.
"Nothing,I'm just asking...lama lagi ke nak siap tu?",soal Felix bila Rachel mengambil gincu pula dari beg kecilnya.Selesai mengoleskan gincu ke bibirnya,barulah dia keluar dari bilik tidurnya.
"Changbin tak nak jumpa aku ke sebelum balik? Tolong panggil dia boleh...nanti aku terbayang-bayang pulak muka dia dalam flight.",pinta Rachel dan tanpa banyak soal Felix menuju ke rumah Changbin.
Ting,tong
Pintu rumah dibuka namun yang berada di pintu itu bukanlah Changbin sebaliknya ibunya.Felix menunduk hormat sebelum bertanya.
"Eommeoni...Binnie ada? Noona nak jumpa dia sebelum balik ke Australia.",beritahu Felix.
"Lah nak balik dah ke...jap ye Eommeoni panggil Changbin.Dia pagi-pagi macam ni buat apa lagi kalau bukan tidur...tunggu kejap ye.",kata ibu Changbin lalu menuju ke tingkat atas.
"Changbin!! Tak bangun lagi ke?! Noona kamu nak jumpa tu sebelum balik Australia..",panggil ibunya lalu membuka pintu bilik anaknya.Seperti yang dikatakan,Changbin masih dibuai mimpi.
Ibu Changbin menarik selimut anak lelakinya itu.Kalau dipanggil saja,belum tentu anaknya terjaga.
"Changbin..bangun!! Rachel nak balik dah tu..pergi jumpa dia sekarang!",badan Changbin dipukul-pukulnya.Berkerut muka Changbin dibuatnya menahan perit.
"Arasseo...dah bangun ni,Eomma ni sakit lah..",rengeknya sambil menggosok lengan lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Di luar rumah,
Changbin mengelap airmatanya yang mengalir perlahan.3 hari baginya tak cukup untuk melepaskan rindu pada Rachel yang sudah dianggap seperti kakak kandungnya itu.
"Sudahlah berdramanya....ni kalau Mirae tengok ni tak ke malu? Nanti Noona baliklah akhir tahun ni..",kata Rachel sambil mengelap air mata Changbin dengan tisu.Felix pula hanya memerhati drama pagi mereka berdua.
"Terbang elok-elok Noona...rindu Changbin selalu ye.",pesan Changbin.Rachel sudah tergelak mendengar pesan kawan adiknya itu.
"Ha yelah...Noona terbang elok-elok.Okaylah...see you again...goodluck for your relationship and your last exam.",kata Rachel sebelum kereta ibunya meninggalkan perkarangan rumah itu.Changbin melambaikan tangan walaupun kereta itu sudah jauh dari pandangannya.
Di bilik Changbin,
"Bosanlah tak ada Felix..",katanya sendirian.Matanya terpaku pada nota yang diberikan Felix semalam lantas dia bangun dari pembaringannya.
"Baik aku salin nota ni...Mirae sibuklah kot sebab tu dia tak mesej aku.",tangannya sudah bersedia untuk menyalin nota.
Baru beberapa patah perkataan dia menulis,telefonnya berbunyi.Serta merta dia melompat mengambil telefonnya yang ditinggalkan di atas katil.
Jung Mirae💖
Hai awk...dah bangun? Kepala awk sakit lagi ke..jangan lupa makan ubat yang sy bgi semalam tau☺️ Nanti dah sihat,chat sy tau...bye! Get well soon🥰
Changbin mengukir senyuman selepas membaca mesej itu.Dia sengaja tak membalas mesej itu kerana mahu menyiapkan notanya terlebih dulu.
❃❃❃
Mirae meletakkan telefonnya di atas meja selepas menghantar mesej.Dia sudah bercadang mahu membuat sedikit biskut untuk diberikan kepada Changbin.
Mangkuk besar sudah berada di depannya dan operasi membuat biskut pun berjalan.Puan Shin dan Encik Jung yang melihat anaknya sedang tekun membuat biskut sendirian itu tersenyum.Mereka gembira yang Mirae tiada sebarang masalah di sekolah barunya.
"Awak rasa biskut untuk siapa? Sejak dua menjak ni...dia selalu jugak buat kek, brownies semua tu...",tanya Puan Shin.
"Adalah tu someone special...anak kita dah besar kan?",jawab Encik Jung.Mereka berdua tak menghalang jika anaknya itu sudah bercinta.Asalkan anak mereka gembira,itu sudah cukup.
❃❃❃
Changbin meregangkan jari jemarinya yang lenguh akibat menyalin nota dari buku Felix.Menyesal pula dia meminjam nota dari Felix.Nota kawan baiknya itu panjang mengalahkan nota pelajar perempuan.Setiap baris di muka surat buku notanya itu sedikit pun tiada ruang kosong.
Dia merehatkan mindanya dengan melihat ke luar tingkap.Kereta Puan Yoo masih belum kelihatan menunjukkan mereka masih belum balik.Dia mengecilkan matanya bila ternampak seorang perempuan berjalan menuju ke rumahnya.
"Mirae ke tu? Asal mata aku kabur ni...takkan aku dah rabun?",Changbin menggosok matanya beberapa kali namun matanya masih kabur.Bahunya tersentak bila terdengar suara ibunya memanggil dari bawah.
"Changbin!! Mirae datang ni...turunlah!",laju saja langkahnya mendengar nama Mirae.Betul lah tekaannya sebentar tadi.
"Jemputlah duduk dulu... Eommeoni bancuh air kejap ye...buatlah macam rumah sendiri.",ramah ibu Changbin.Mirae hanya menurut pelawaan ibu teman lelakinya itu.
"Mianhae Mirae sebab tak reply chat awak...saya salin nota tadi.",kata Changbin lalu duduk di sofa yang terletak berhadapan dengan sofa yang diduduki Mirae.
"Ay...kwaenchana..saya faham.Kepala awak sakit lagi? Saya ada bawak biskut sikit untuk awak.",ujar Mirae lalu menghulurkan bekas biskut itu.Changbin tanpa berkata apa-apa terus mengambil biskut tadi.
Ibu Changbin datang bersama dulang air di tangannya.Mereka bertiga berbual mesra sambil menikmati biskut yang dibawa Mirae.
❃❃❃
Cuti sekolah sudah tamat dan sekolah kembali meriah dengan kehadiran pelajar-pelajar selepas seminggu ditinggalkan.
Felix membiarkan Changbin yang tidur di tempatnya.Lelaki itu kalau sehari tak letak kepala memang tak sah rutin hariannya.
"Felix....awak ada nota Sains tak? Saya baru perasan yang saya tak salin apa yang seonsaengnim salin hari tu.",tanya Mirae.Felix mencari buku notanya di dalam beg tetapi tiada.Dia mencari pula di bawah mejanya namun hampa kerana buku itu juga tiada di situ.
"Ha...baru saya teringat,Changbin pinjam dari saya.Yahh...Changbin,buku nota aku mana?",tanya Felix.
"Buku apa?",tanya Changbin malas.Kepalanya masih melekat di mejanya.
"Buku nota Sains aku yang kau pinjam tu....kau bawak tak?",tanya Felix lagi.Changbin mengangkat kepalanya lalu mencari buku nota kawannya di dalam beg sekolahnya.
"Ni kan?",Changbin menunjukkan buku kecil yang dikeluarkan dari beg sekolahnya.
"Ha betul lah tu...bagi Mirae,dia nak pinjam.",arah Felix.Changbin pun menghulurkan kepada Mirae yang berada di belakangnya.
Kelas kembali tenang sebaik cikgu yang mengajar masuk.Changbin cuba menyalin apa yang ditulis cikgu di papan kenyataan namun dia menyerah bila dia tak nampak satu pun perkataan yang ditulis.
"Kenapa kau tak salin?",tanya Felix bila Changbin menongkat dagunya sambil termenung.
"Aku tak nampak....mata aku ni nak buta dah kot.", jawabnya selamba.Felix tertawa kecil mendengar Changbin merepek.
"Seriuslah kau tak nampak...selama ni okay je? Kau ada rabun ke?",tanya Felix tak percaya.Selama dia bersekolah di situ,memang tempat belakang lah yang menjadi tempat kegemaran mereka berdua.Changbin mengangkat bahunya.
"Nah kau salin soalan dari buku aku...pastu kau jawablah sendiri.",Felix menolak buku tulisnya.Changbin tersengih seperti kerang busuk.Nasib baiklah Felix memahami keadaannya.
"Okay kelas.....semua dah sedia maklumkan yang lusa last exam? Semua dah prepare ke?",tanya Cikgu Heechul selepas selesai menulis di papan putih.
"Ne!! Dari awal tahun lagi saya dah prepare Saem!!",jawab Hongjoong.
"Ye yelah tu kau....ingat yang ni last exam...yang mana exam ni jugak yang menentukan tempat belajar korang lepas ni...kalau nak jual pisang goreng tepi jalan bolehlah korang nak main-main.",Cikgu Heechul mengingatkan.
"Ne Saem!!!",jawab Hongjoong lagi dengan bersemangat.
"Kelas ni ada sorang je ke? Mana yang lain.. tidur?",perli Cikgu Heechul dan barulah mereka sekelas menjawab dengan serentak.Selepas memberi beberapa tips,kelas itu bersiap-siap untuk berehat.
"Changbin...kau ni tak tidur 2 hari ke? Dari tadi asyik terlentok je..",bebel Felix bila melihat Changbin.Mirae yang mendengarkan itu juga menoleh ke arah Changbin.Selalunya dialah yang paling bersemangat bila tiba waktu rehat.
"Aku ngantuklah...kau nak pergi dulu pergilah...aku nak tidur.",jawab Changbin.Felix tak berganjak dari tempatnya bila Changbin menjawab demikian.
"Awak....kenapa tak nak makan? Awak sakit perut ke?",tanya Mirae lembut.
"Tak adalah...saya mengantuk je..awak dengan Felix pergilah makan dulu...",jawabnya lagi.
"Kalau kau tak nak makan,aku pun tak nak makan.",kata Felix dengan nada serius.Changbin menoleh ke arah Felix.
"Alah...aku mengantuk je..kau janganlah macam ni...kau tu dahlah ada gastrik...kalau sakit macam mana?",Changbin mengingatkan Felix.
"Kalau aku sakit,aku salahkan kau.",jawabnya selamba.Mirae yang tadi sudah berdiri,terpaksa duduk semula menyaksikan gelagat dua sahabat itu.
"Kalau macam tu...saya pun tak nak makanlah.",kata Mirae pula.Felix mengeluarkan semula bukunya untuk mengulang kaji pelajaran.
"Arasseo,arasseo kita pergi makan...korang ni berpakat ke macam mana?",akhirnya Changbin mengalah bila Mirae dan Felix membuat keputusan yang sama.
"Siapa suruh awak tak nak makan...kiteorang pun nak ikut awaklah.",kata Mirae sambil tersenyum menang.Felix mengangguk bila Mirae berkata demikian.Mereka bertiga pun beredar dari kelas menuju ke kantin.
Kalau tak sweet tu harap maklumlah ye....Yana memang tak pandai nak buat scene sweet2 samai bersemut tu....kalau suspen pandai...jangan lupa vote ye.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro