❀8
"Nice to meet you,Unnie.", kata Mirae dengan senyuman.Rachel hanya mengangguk.Dalam diam dia hanya memerhatikan tingkah laku Mirae.
"Okaylah...Changbin teman Mirae balik dulu ye...", Changbin bersuara.Disebabkan sudah hampir malam,dia membuat keputusan untuk menghantar teman wanitanya balik ke rumah.Rachel dan Felix melihat pasangan itu beredar dari situ.
"Kan Felix dah cakap...Mirae tu perempuan yang baik.",ujar Felix lalu memandang muka kakaknya.
"Entahlah...aku rasa macam Mirae tu sorokkan sesuatu dari Changbin.Dia macam belum jujur sepenuhnya.",Rachel memberi pendapatnya.
"Noona...you're just overthinking this..she's a nice girl I've ever known.",Felix membantah.Rachel tak memberi sebarang reaksi.
"No...I can see it in her eyes....aku tak tahu nak cakap macam mana.Dia macam ada rahsia..", jawab Rachel.Bukan dia cemburu dengan Mirae,namun memang itu yang dia nampak sepanjang berbual dengan gadis itu.Felix mendiamkan diri.Mungkin kerana kakaknya seorang perempuan,dia lebih memahami situasi itu.
Dalam perjalanan,
"Cantiklah langit kalau waktu petang macam ni...", Changbin cuba menceriakan suasana yang agak sepi itu.
"Kan...saya pun suka tengok langit bila waktu petang.", jawab Mirae.Mereka berdua sudah sampai di perkarangan rumah Mirae.
"Ermm...Changbin..saya sebenarnya nak bagitahu awak something...", Mirae menundukkan pandangannya.
"Apa?"
"Tak ada apalah....nanti saya bagitahu....Annyeong!", Mirae menggaru kepalanya lalu berlari masuk ke dalam rumahnya,sempat juga dia melambaikan tangannya.Changbin masih terpinga-pinga di situ.
"Apa yang dia nak bagitahu sebenarnya?", Changbin menyoal dalam hatinya.
Di bilik Felix,
"Takkan kau tak perasan selama kau berkawan dengan dia....like you know..bila seorang perempuan jatuh cinta mesti dia ada sebab.Tapi aku rasa alasan dia suka pada Changbin tu tak jujur.", Rachel masih belum berpuas hati dengan perkara tadi.
"Yahh...Felix! Are you even listening to me?", soal Rachel bila adiknya itu tak memberi sebarang respon.
"Ya...l'm listening to you while trying to study here..", jawab Felix tanpa menoleh ke arah kakaknya.Pintu bilik diketuk dan ibu mereka menjengukkan kepala.
"Rachel...esok boleh tolong Eomma beli barang dapur sebab Eomma sibuk sikit..", tanya Puan Yoo.
"Yeah..sure.", jawab Rachel lalu meninggalkan bilik Felix.
❃❃❃
Rachel keluar awal pagi itu kerana mahu membeli barangan dapur.Felix pula masih lena memandangkan hari itu masih cuti.Langkahnya terhenti di depan salah satu kedai bunga.Kedai bunga yang sama di mana Changbin menyamakan dirinya dengan bunga ros.Dia tersenyum kecil sebelum meneruskan langkahnya.
Langkahnya sekali lagi terhenti bila ternampak Changbin di dalam kedai buku.Rachel membuat keputusan untuk menyapa lelaki itu.
"Annyeong Binnie...buat apa kat sini?", tanya Rachel.
"Eoh...Noona,Changbin tengah cari buku macam mana nak kenal hati perempuan....Changbin rasa yang Changbin ni susah nak faham perasaan perempuan.", jawabnya jujur.Matanya masih mencari buku yang dimaksudkannya tadi.
"Kan senang kalau Mirae bagitahu Changbin perkara sebenar...boleh Changbin tolong dia.", ujar Changbin.
"Ouh yeke...kalau macam tu,Noona pergi dulu...nak beli barang dapur.", Rachel meminta diri.Changbin mengangguk sementara masih mencari buku.
❃❃❃
Felix berada di dalam bilik Changbin untuk memberi nota yang tak sempat diambil semasa kelas tempoh hari .Kelihatan Changbin sedang tekun membaca sebuah buku di meja belajarnya.
"Apa yang kau buat tu?",soal Felix sebaik dia mendapat tahu yang Changbin bukan sedang mengulangkaji pelajaran.
"Aku tengah baca buku macam mana nak faham perasaan perempuan.", jawab Changbin.Felix mengeluh kecil.Dia yang melihat pun rasa penat apatah lagi kawannya yang sedang bercinta itu.
Felix menoleh ke arah tingkap bilik Changbin,dan dia agak terkejut bila Rachel sedang memberi isyarat kepadanya.Bermacam-macam cara Rachel memberi isyarat namun sedikit pun Felix tak dapat menangkap apa yang kakaknya cuba sampaikan.Kelihatan Rachel menarik muka lalu menghantar mesej kepada adiknya.
Ikut aku jumpa Mirae sekarang....jangan bagitahu Changbin.
Felix menyimpan semula telefonnya sebaik membaca mesej itu.Dia memandang Changbin yang masih kekal di tempatnya.
"Changbin...aku balik dulu...ni nota yang kau mintak.", kata Felix lalu meletakkan buku notanya di atas meja belajar kawannya.
"Arasseo...nanti aku salin nota tu lepas aku dah habis baca buku ni.", jawab Changbin.
❃❃❃
Mirae agak gemuruh bila Rachel menghantar mesej kepadanya untuk berjumpa.Harap-haraplah tiada perkara yang serius.Tak lama kemudian,kelihatan Rachel dan Felix yang baru tiba.
"Kenapa Unnie nak jumpa saya?",tanya Mirae.
"There's something I want to ask you...awak ada sorokkan sesuatu dari Changbin kan?",soal Rachel tanpa membuang masa.Mirae agak terkejut bila soalan itu keluar dari Rachel.
"It's okay...talk to me and I won't tell him.", pujuk Rachel.
"Yeah you will.", Felix mencelah namun tak dihiraukan Rachel.Sekarang ini,dia hanya tahu perkara yang dirahsiakan Mirae.
"Unnie bukan nak takutkan awak...tapi Unnie cuma nak awak jujur je...I'm happy if Changbin happy...", tambah Rachel lagi.Mirae mengangguk faham.
"Saya bukan perempuan baik seperti yang Changbin fikirkan.", Mirae bersuara.
"HAAA?!!!!!", Rachel sudah terkejut beruk.
"Apa yang awak maksudkan?", tanya Felix pula.Dia juga terkejut dengan pengakuan Mirae.
"Changbin lelaki yang baik.." sambung Mirae.
"Ye...Unnie tahu...dia selalu berfikiran positif...tapi apa kaitannya?", soal Rachel.Apa sebenarnya yang Mirae cuba sampaikan.
"Changbin pernah cakap kat saya...yang dia tak akan pegang tangan saya sebab dia cakap saya terlalu baik untuk dia.", beritahu Mirae.
"Tapi saya bukan perempuan macam tu....saya....saya nak pegang tangan dia macam pasangan lain selalu buat...bila Changbin cakap macam tu,saya rasa macam saya hipokrit.", sambung Mirae lagi.Suaranya agak bergetar mungkin kerana sebak.
"Tak...awak dah salah anggap...mungkin Changbin terlalu naif dalam hal macam ni...tapi dia pernah cakap kat Unnie...dia harap yang awak bagitahu dia perkara sebenar supaya dia boleh faham.",beritahu Rachel.
"Changbin cakap macam tu?", Mirae seolah-olah tak percaya.Dia rasa macam dirinya banyak menyusahkan lelaki itu.Rachel mengangguk.
"Kalau macam tu....saya pergi rumah Changbin dulu...komawo Unnie sebab bagitahu saya pasal ni.", ucap Mirae lalu beredar dari situ.
"She's a nice girl....they're good for each other...I'm happy for that.", kata Rachel.
"I know right? Tapi seriuslah Noona suka Changbin sebabkan bunga je?", tanya Felix.Rachel mengangguk sambil tersenyum.
"Really that's it?", tanya Felix tak percaya.
"Yelah....sebab tu je...bukan senang nak dapat pujian.Mungkin kau rasa benda tu kecik tapi bagi aku tak", marah Rachel.
"Kenapa Noona tak bagitahu je yang Noona suka dia sebelum ni?", Felix bertanya lagi.
"Memang taklah....mesti dia tak nak sebab Noona lagi tua dari dia.",Rachel menjawab.
"Tapi Felix rasa dia bukan kisah pun pasal tu...", ujarnya.
Rachel menarik nafas dalam.Felix ni sengaja nak buat dia menyesal ke apa?Biarlah Changbin gembira dengan Mirae sekarang.
"What ever..let's go.", ajak Rachel.Banyak mulut pula adik lelakinya itu.Kalau tidak,senyap memanjang mengalahkan orang bisu.
❃❃❃
Changbin akhirnya berjaya menghabiskan sebuah buku dalam masa sehari.Dia meregangkan badannya akibat terlalu lama duduk di atas kerusi.Baru saja dia bangun dari kerusinya,pening menyerang kepalanya dan perkara itu membuatkan dia terduduk semula.
"Ni mesti sebab aku lama sangat membaca.", bebelnya sendirian.Dia meletakkan kepalanya atas meja u bagi menghilangkan rasa sakit.
"Changbin...kawan kamu datang,Mirae...Eomma suruh dia masuk tapi dia cakap nak jumpa kamu kat luar je", beritahu ibunya dan serta merta dia mengangkat mukanya.
"Mirae?", dia meninggalkan biliknya menuju ke luar rumah.Sakit kepalanya tak diendahkan ketika itu.
Changbin melihat Mirae yang berdiri di depan pagar rumahnya.Muka gadis itu tak ceria seperti selalu dan itu membuatkan Changbin tertanya-tanya.
"Changbin....mianhae datang tak bagitahu awak.",kata Mirae sambil menundukkan kepalanya.Entah kenaa dia rasa bersalah hendak bersua muka dengan lelaki di depannya itu.
"Mirae...saya tahu awak nak cakap sesuatu pada saya...sekarang ni masa yang sesuai...awak luahlah apa yang awak pendam..saya tak suka tengok awak sedih macam ni.", kata Changbin.Mirae mengumpulkan keberaniannya sebelum meluahkan rasa hatinya.
"Saya bukan perempuan yang baik seperti yang awak sangkakan...saya nak bila kita berjalan,kita pegang tangan....saya tahu semua ni mere--", ayatnya tergantung bila Changbin memegang tangannya.
"Ada lagi yang awak nak? Apa-apa je asalkan awak happy.", tanya Changbin.Pipi Mirae sudah kemerahan kerana malu.
"Jom kita jalan-jalan...", ajak Mirae.Changbin tanpa banyak soal menarik tangan Mirae.Dia sanggup buat apa-apa saja demi gadis itu.
Di tepi sungai,
Mirae datang bersama aiskrim yang dibelinya tadi.Changbin yang menunggu di tepi sungai itu tersenyum kecil.Beria gadis itu minta dia menunggunya di situ semata-mata mahu belanjanya aiskrim.
"Nah aiskrim untuk awak..",ujar Mirae sambil tersengih lalu duduk di atas batu yang terletak di tepi sungai.
"Komawo....cantik kan sungai ni?", tanya Changbin lalu memandang ke arah anak sungai yang jernih itu.Walaupun sudah 12 tahun berlalu,sungai itu masih terpelihara dengan baik.
"Hmm...cantik sangat lepas tu bersih.", balas Mirae.Kakinya sudah diletakkan dalam air sungai itu.Oleh kerana hari itu agak panas,air sungai yang sejuk itu dapat meredakan rasa panas.Mirae memandang Changbin yang senyap dari biasa itu.
"Awak...kwaenchana? Senyap je...ke awak tak suka aiskrim tu?", tanya Mirae.Changbin menggeleng laju.
"Anni.....na kwaenchana,cuma pening sikit.", jawab Changbin.Mirae masih lagi memandangnya risau.
"Betul ni? Kalau macam tu kita baliklah dulu....mesti awak nak rehat kan?", ajak Mirae.Aiskrim yang dibelinya tadi sudah habis dimakan.Changbin terpaksa mengangguk kerana dirinya juga tak dapat lagi menahan rasa peningnya itu.
"Mianhae....nanti kita keluar sama-sama semula ye..jeongmal mianhae.", ucap Changbin.Mirae tak menjawab sebaliknya tersenyum manis.
⁺◛˖To be continued˖◛⁺
Macam tiber je letak tbc atas tu...hahahha...lantoklah...tak tahu nak ckap apa
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro