❀6
Changbin balik ke rumahnya dengan hati yang berbunga-bunga.Biskut di dalam balang itu ditenungnya.Dia masih tak percaya yang Mirae sukakannya sejak kali pertama mereka berjumpa.Kenapalah dia tak nampak semua itu sebelum ini.
Badannya sudah direbahkan atas katil sambil memeluk balang biskut tadi.Dan lama kelamaan,dirinya dibuai lena.
Malam itu,mereka berdua berbalas mesej meraikan hari pertama sebagai pasangan.
Jung Mirae💖
Esok saya nak buat brownies untuk Felix sebagai tanda terima kasih...awak jangan bagitahu Felix tau...ni rahsia kita ☺️ Gudnight 🥰
Changbin sudah menukup mukanya ke bantal.Kalau ikutkan hatinya,mahu saja dia melompat atas katil tapi memandangkan hari sudah malam,terpaksa dia membatalkan niatnya.
Matanya sudah dipejam rapat sambil senyuman sudah meleret membayangkan hari esok.
❃❃❃
Changbin menutup mata Felix menuju ke kantin.Dia sudah merancang dengan Mirae tentang perkara itu.Mirae pula mencari tempat yang sesuai untuk mereka bertiga.
"Kenapa kau tutup mata aku ni..", tanya Felix.Terpaksalah dia mengikut langkah Changbin yang entah bawanya ke mana.
"SURPRISED!!!!",ucap mereka berdua serentak dan Felix memandang brownies yang berada di atas meja itu.
Thank you,Felix❤️
Dia membaca tulisan di atas brownies itu lalu tersenyum kecil.Macam-macam perangai kawan-kawannya itu.
"Komawo...", ucap Felix lalu sudah mengambil tempat di kerusi itu.Changbin dan Mirae pula duduk di depan Felix.
"Disebabkan kau lah,kiteorang tahu perasaan masing-masing....kaulah sahabat aku selamanya.", Changbin sudah memulakan ayat dramanya.
"Awak nak kenal dengan kawan lama saya tak? Saya ada gambar dia nanti saya hantar.", kata Mirae.
"Tak perlu...saya tak berminat.Jangan susahkan diri awak.", Felix menolak.
"Kau janganlah cakap benda yang menyedihkan macam ni..", marah Changbin manja.
"Mana ada menyedihkan...aku happy kalau korang happy.Tengok korang pun dah cukup bahagiakan diri aku.", jawab Felix sambil menyuapkan brownies ke dalam mulutnya.
"YAHH...AKU TERHARU!! BERSYUKUR AKU DAPAT SAHABAT MACAM KAU!!", kata Changbin.Matanya sudah berair kerana terharu lalu memeluk Felix kuat.Hampir tercekik lelaki itu dibuatnya.
Habis saja waktu persekolahan,Felix balik terlebih dulu kerana ibunya yang menjemputnya di sekolah.Tinggallah Changbin dan Mirae berduaan.
Dalam perjalanan,
"Mesti awak sayangkan Felix sangat-sangat kan?", tanya Mirae.Dia dapat merasakan itu walaupun dia baru saja mengenali Felix.
"Kiteorang dah macam adik-beradik.Masa saya tadika dulu,tak ada siapa nak kawan dengan saya.", Changbin mula bercerita.
"Awak ceritalah...saya nak tahu macam mana awak boleh jumpa dengan Felix.", pinta Mirae.Changbin mengangguk.
"Diorang tak nak kawan dengan saya sebab diorang cakap saya ni menakutkan.Setiap kali saya nak main sekali,diorang lari....sampailah satu masa,Felix pindah rumah sebelah.", cerita Changbin.
"Dan masa saya sorang-sorang,dialah yang datang main dengan saya.Jadi kiteorang rapat lebih daripada jiran,lebih daripada kawan....macam awak cakap tadi...kiteorang dah macam adik-beradik....begitulah ceritanya.", Changbin menghabiskan kata-katanya.
"Untung siapa yang dapat Felix...dia memang nampak tak mesra,tapi dia caring dalam diam.", ujar Mirae.
"Betul tu...saya pun ternanti-nanti Felix tu bercinta.", jawab Changbin.
Sepanjang perjalanan,Mirae menceritakan tentang kawan-kawan di sekolahnya dan juga tentang keluarganya.
"Binnie...jom selfie! Saya nak letak kat wallpaper saya.", ajak Mirae ceria.Changbin mengikut sahaja kehendak Mirae.
"Say Cheeseeee....", gambar diambil.
"Nanti awak hantarlah gambar ni kat saya...boleh saya buat wallpaper jugak nanti.", kata Changbin.Mirae mengangguk sambil tersenyum girang.
Baru saja dia mahu menyimpan telefon ke dalam beg,telefonnya berbunyi dan dia kelihatan agak teruja sebaik melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.Changbin hanya membiarkan gadis itu menjawab panggilan tadi.
"Yebeoseyo? Saya pun rindu awak jugak! Saya dengan Namchin saya sekarang."
Changbin terkejut bila Mirae tanpa ragu-ragu memberitahu kawannya tentang dirinya sebagai teman lelaki.Betul apa yang Felix cakap,Mirae lain dari gadis yang lain.Tak lama kemudian,Mirae meletakkan panggilannya.
"Ermm....awak,minggu depan kan kita start cuti seminggu...kawan-kawan lama saya ajak jumpa...diorang pun excited nak kenal dengan awak..boleh ke? Awak ajaklah kawan-kawan awak jugak.", cadang Mirae.
"Hmmm...menarik jugak.", kata Changbin dan dia pun bersetuju dengan rancangan Mirae untuk keluar bersama kawan-kawan lamanya minggu depan.
❃❃❃
Di sekolah,
Changbin berdiri di depan kelasnya.Memandangkan itu hari terakhir mereka di sekolah sebelum cuti berlangsung,dia nak mengajak beberapa kawan sekelasnya untuk keluar bersama.
"PERHATIAN!!! AKU NAK BAGITAHU YANG AKU DAH ADA YEOCHIN!", beritahu Changbin dan disebabkan itu juga,riuh satu kelas bila tahu Changbin sudah berpunya.Mirae hanya ketawa kecil melihat kelakuan Changbin.
"OKAY...NI UNTUK LELAKI JE YE..SIAPA KAT SINI TAK ADA YEOCHIN ANGKAT TANGAN!!", hampir semua budak lelaki di kelasnya mengangkat tangan dan yang paling beria pula semestinya Hongjoong hingga beg sekolahnya sekali diangkatnya.
"Tak adalah sebab aku nak ajak korang keluar makan minggu depan...sebab kawan yeochin aku pun ada sekali...jadi manalah tahu korang boleh berkenalan ke?", nada suaranya sudah diturunkan atas arahan Felix.Dan sekali lagi kelas itu riuh dengan suara sorakan budak lelaki.
"AKU SETUJU!!!!!",jerit Hongjoong teruja.
"KITEORANG PUNNN!!!!!", jawab yang lain serentak dan rancangan Changbin dan Mirae berjaya.
"Binnie.....hari ni saya balik dengan Appa tau...jangan tunggu saya.", beritahu Mirae.
"Arasseo....nanti saya balik dengan Felix jelah.", balas Changbin sambil tersenyum.
Mirae sudah dijemput ayahnya sebentar tadi dan Changbin cuba mengajak Felix untuk sertai mereka minggu depan.
"Felix....", panggil Changbin.
"Aku tak nak ikut...kau pergi jelah..", potong Felix.Dia sudah tahu apa yang nak disampaikan kawannya itu.Changbin menghentak-hentakkan kakinya tanda protes.
"PERGILAH....JOMLAHHH...TEMAN AKU...SAMPAI HATI KAU BIARKAN AKU KESEORANGAN!! JOMLAHHHH!!", Felix memandang Changbin yang sudah meronta-ronta di tanah itu.Budak kecil yang kebetulan lalu di situ juga memandang Changbin pelik.
"Arasseo...tapi aku akan buat hal sendiri.", Felix mengalah.Serta merta Changbin bangun dari tempatnya sambil tersengih.
"Bukan ada sesiapa pun...semua kawan-kawan lama Mirae...mesti diorang baik jugak kan.", Changbin saja memujuk Felix.
"Binnie...dengar aku pesan ni....tak semestinya Mirae baik,kawan-kawan dia pun baik...tak semua manusia sama.", Felix mengingatkan kawannya.Itulah kelemahan Changbin,cepat sangat menilai perwatakan orang lain.
Changbin hanya diam memikirkan kata-kata Felix.Ada betul juga apa yang Felix cakap.
"Komawo sebab selalu ingatkan aku.", ucap Changbin.
❃❃❃
Hari yang dijanjikan,
Semua budak lelaki sudah berkumpul di depan hentian bas.Mereka sampai terlebih dulu kerana teruja.Seperti yang dirancang Changbin,mereka akan terus bertolak ke bandar memandangkan kawan-kawan Mirae datang dari sana.
Mirae dan kawan-kawannya baru tiba di shopping mall.Mereka mula berbisik-bisik sesama sendiri sebaik budak lelaki sudah sampai di situ.
"Mirae...mana namchin awak..saya tak sabar nak tengok.", kata Yulhee.
"Saya pun sama...excited ni nak jumpa.",Seyoon pula menambah.Mirae mencari Changbin dari tadi.Dia tersenyum lebar lalu menarik Changbin untuk dikenalkan kepada kawan-kawannya.
"Nilah namchin saya...Changbin.", kata Mirae teruja.Reaksi beberapa orang kawannya mula berubah.Mereka membayangkan yang namchin Mirae lebih hensem daripada Changbin.
"An...Annyeong...", kata mereka seperti nak tak nak.Changbin menundukkan kepalanya.
"Okaylah...jom kita makan..",ajak Changbin.Dia sudah beritahu Mirae yang dia akan belanja mereka semua makan ada hari itu.
Di restoran,
Masing-masing sudah mengambil tempat di situ.Dan mereka pun memulakan perbualan dan yang paling awal perkenalkan diri,tak lain tak bukan,Hongjoong.
Felix seperti biasa akan mendiamkan diri.Dia duduk di sebelah Changbin ketika itu.
Changbin yang sedang menikmati makanan,tiba-tiba tersedak dan perkara itu membuatkan Felix tertawa kecil.
"Hensemnya dia...aku nak kenal dia.", bisik Yulhee kepada Seyoon.
"Kan...aku pun sama..mana tahu kita boleh rapat", jawab Seyoon.Hanya mereka berdua yang berbisik sesama sendiri manakala yang lain sudah berkenalan dengan kawan-kawan Changbin.
"Saya nak ke tandas kejap tau...", kata Seyoon.Mirae hanya mengangguk.
"Biar aku teman kau..", Yulhee mengekori Seyoon dari belakang.
Perbualan mereka semua makin rancak dan makanan yang dipesan juga sudah habis disantap.Mirae bangun dari tempatnya.
"Saya nak pergi beli air mineral kejap.",beritahu Mirae.
"Biar saya teman awak.", kata Changbin lalu mengikut langkah Mirae.Walaupun sudah meninggalkan meja makan,masih kedengaran perbualan dari mejanya tadi.
"Kat situ ada jual air mineral.", Changbin menunjuk ke arah kaunter yang tak jauh darinya.Dalam perjalanan mereka ke sana,terdengar suara dari tandas perempuan.
"Aku tak sangka kot tu namchin Mirae...macam manalah dia boleh suka kat lelaki macam tu..."
"Itulah pasal...aku pun terkejut gila masa dia kenalkan Changbin tu...padahal kawan-kawan dia yang lain jauh lagi hensem dari si Changbin tu"
Langkah Mirae terhenti di situ.Betapa sakitnya hati dia mendengarkan kawan-kawan dia sendiri mengutuk Changbin.
"Jomla----.....Mirae...", Seyoon terkejut bila Mirae berdiri di depan tandas itu bahkan Changbin juga turut bersamanya sekali.Mirae sudah mengalirkan airmata.
"DIA....DIA NAMCHIN SAYAAA!!!", marah Mirae lalu melarikan diri dari situ.Tanpa melengahkan masa,Changbin mengejarnya dari belakang.
"Betul apa yang Felix cakap...perempuan baik tak semestinya kawan dia pun baik.", getus Changbin.
Dia menarik tangan Mirae lalu menghadapkan badannya di depan Mirae.
"Mianhae Binnie...saya malu dengan perangai kawan saya..diorang kutuk belakang awak..", kata Mirae sambil menangis.Pandangannya sudah ditundukkan ke bawah,matanya laju mengalirkan airmata.
Changbin memegang tangan Mirae untuk menenangkan perasaannya ketika itu.
"Kwaenchana Mirae....saya tak ambik hati pun...diorang boleh cakap apa yang diorang rasa...walaupun percakapan diorang menyakitkan...tapi lagi menyakitkan bila saya tengok awak sedih macam ni...", pujuk Changbin.Mirae mengangkat mukanya memandang lelaki di depannya itu.
"Kenapa awak terlalu baik hati?"
Hekhek....tak tau nak cakap apa...yang penting korang enjoy...jangan lupa vote.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro