❀5
Felix yang mengutip kertas tadi menoleh sebaik Hyera menghina kawan baiknya.Dia tak dapat lagi menahan kesabarannya jika Changbin dikutuk di depan orang ramai.Dia pun menghampiri Hyera lalu menolak Changbin ke belakangnya.
"I challenge you to repeat what you said earlier..",
Beberapa pelajar yang lain terkejut bila lelaki yang selalu mendiamkan diri itu bersuara.Hyera terkedu bila Felix sedang merenung tepat matanya.Dengan suaranya yang garau itu,cukup menakutkan dirinya ketika itu.
"F-Felix...a..ku...",Hyera mengalihkan pandangannya ke lain.Tak sanggup nak bertentang mata.
"Don't you dare to insult my friend...Understand?", kata Felix.
"Binnie...Mirae...jom pergi dari sini..nanti aku report pada seonsaengnim pasal perkara ni.",ajak Felix lalu menarik tangan Mirae dan Changbin pergi dari situ.
Hyera dan Junghee menutup mukanya malu kerana menjadi perbualan pelajar lain.Barulah dia sedar yang perkara dilakukan keada Mirae adalah salah sama sekali.Mereka berdua kemudiannya pergi dari situ.
Di kelas,
Changbin agak muram selepas apa yang terjadi.Kata-kata Hyera masih bermain di fikirannya.Felix yang sedar dengan kelakuan Changbin,menepuk bahu kawannya itu.
"Kenapa kau senyap je....tak payah hiraukan cakap perempuan tadi.",ujar Felix.
"Tak adalah...aku cuma baru sedar diri aku ni siapa kalau nak dibandingkan dengan kau.Itu je.", jawab Changbin dengan nada sedih.
"Kenapa kau nak bandingkan diri kau dengan aku pulak? Selama 12 tahun kita berkawan,tak pernah sekali pun aku nak bandingkan diri aku dengan kau.",pujuk Felix.Dia tahu yang Changbin ialah seorang yang sensitif.
"Kau hebat apa...kau pandai rap siap boleh ajar makcik kantin lagi...kau pandai jaga hati orang...kau boleh je kan nak lawan balik apa yang Hyera cakap tapi kau fikir hati dia sebab tu kau senyap.Janganlah sedih...just forget it okay?", tambah Felix lagi.
Dalam pada masa yang sama,Mirae cemburu dengan Changbin kerana ada kawan yang baik seperti Felix.Changbin mengangguk mengiyakan kata-kata Felix.
"Tapi...apa yang kau cakap pada Hyera tadi...aku tak faham.", tanya Changbin polos.Mirae tergelak kecil begitu juga Felix.
"Felix cakap jangan berani hina kawan dia macam tu lagi...faham?",beritahu Mirae.Changbin meng'o'kan saja.Dia mana lah faham sangat Bahasa Inggeris.
"Thank you..my feurendeu.", ucap Changbin walaupun agak pelat.Felix menepuk bahu Changbin sambil tersenyum.
❃❃❃
Mirae sedang menyalin semula nota yang dikoyak tadi.Nasib baiklah dia masih ingat beberapa nota yang diambil.Jadi tak adalah dia bersusah payah untuk mengingat semula.Sedang di menyalin,tiba-tiba dia tersenyum sendirian.Bayang Changbin pagi tadi terlintas di fikirannya lantas dia mengambil telefonnya untuk membuat panggilan.
"Yebeoseyo...Changbin-aa.Saya nak jumpa awak petang ni boleh? Kita....berdua je.",ujar Mirae.
Di rumah Changbin,
Kita...berdua je.
"Arasseo...kita jumpa kat taman ye.",Changbin meletakkan panggilan.Dia sudah tersenyum sendirian.
"Mesti dia nak luahkan perasaan dia pada Felix tapi dia malu...aku kena bersedia awal-awal ni..", katanya sendirian lalu terjun dari katilnya untuk bersiap.
Di taman,
Changbin masih menunggu kehadiran Mirae di taman.Dia sudah memikirkan cara untuk menceritakan kisah Felix lagi kepada Mirae memandangkan tempoh hari dia ceritanya tergantung.
"Awak!! Mianhae...lama dah ke awak tunggu?",tercungap-cungap Mirae kerana berlari.Changbin yang melihatnya juga turut merasa semput.
"Eh taklah...ambik nafas dulu...kejap lagi pengsan pulak..", kata Changbin.Mirae mengikut arahan Changbin dengan mengambil nafas lama.
"Jom duduk...kat situ?", tunjuk Changbin ke arah bangku yang berhanpiran dan Mirae mengangguk setuju.
"Nah...makanlah dulu.Awak kan suka makan biskut ni jadi saya buatlah sikit.", hulur Mirae.Changbin sudah bersinar matanya sebaik melihat biskut yang tersusun elok di dalam bekas itu.
Mirae mengemam mulutnya.Dia masih malu untuk meluahkan perasaannya yang sebenar.
"Kalau awak nak tahu...Felix pun pandai tau buat biskut macam ni.",Changbin bersuara terlebih dulu.
"Ouh yeke...baguslah.", jawab Mirae.Entah kenapa dia berasa sedih setiap kali Changbin bercerita tentang Felix.Seolah-olah lelaki itu seperti mahu mengelak darinya.
"Lepas tu...Felix ni suka perempuan yang baik,sopan santun---", kata-kata Changbin terhenti bila terdengar sedu sedan.
Mirae mengesat airmatanya.Dia tak dapat lagi menahan airmatanya daripada terjatuh.
"Mirae? Kwaenchana?",soal Changbin risau.
"Mianhae...saya balik dulu Changbin..jumpa kat sekolah", kata Mirae lalu meninggalkan Changbin sendirian.
"Kenapa dia menangis? Felix ada sakitkan hati dia ke?", Changbin bangun dari tempatnya lalu pergi dari situ.Biskut yang dibuat Mirae juga tak lepas dari tangannya.
❃❃❃
Di rumah Felix,
"FELIX!!!",pintu biliknya dikuak kasar.Felix hanya bersikap tenang kerana sudah lali dengan drama Changbin.
"APA YANG KAU BUAT SAMPAI MIRAE MENANGIS MACAM TU?!", Changbin menggoyangkan bahu Felix.
"Aku tak buat apa-apa pun.", jawab Felix selamba.
"KALAU TAK BUAT APA-APA,KENAPA DIA MENANGIS BILA AKU CERITA PASAL KAU?!!",Felix menutup tekinganya kerana bingit.Ada juga kena sumbat buku mulut Changbin nanti.
"Sebab dia suka kau.", beritahu Felix.Changbin memandangnya tak puas hati.
"Kalau dia suka aku,kenapa masa kau nak balik tu,dia nak balik jugak? Ha..kenapa?", soal Changbin semula.
"Mungkin sebab dia nervous tinggal kau dengan dia je.", balas Felix.
"Yeke..lepas tu kenapa dia malu-malu bila duduk sebelah kau?", Changbin menggunakan alasan lain.
"Sebab kau pun duduk sebelah dia.Dan dia sendiri cakap pada aku yang dia suka kau.",tambah Felix lagi.
"Ingat tak masa kau pulang baju pada dia,lepas tu kau pergi ke tandas..masa tu lah dia bagitahu aku.",sambungnya.
"Kenapa kau cakap dia baik..selama ni tak pernah pun kau puji mana-mana perempuan."
"Aku cakap dia baik sebab dia cakap perkara yang baik tentang kau...tak macam perempuan lain yang kau suka.Diorang selalu cakap buruk pasal kau dengan kawan diorang...diorang tak nampak kebaikan kau macam mana Mirae nampak.", Felix memberitahu segalanya yang dia tahu.Changbin terdiam.
"Sebab tu kau tak terima mana-mana perempuan...sebabkan aku?", Changbin sudah terharu.Barulah dia faham kenapa Felix selalu mengabaikan gadis-gadis lain.Kemudian Changbin memeluk badan Felix erat.
"Tapi....aku masih tak percaya yang perempuan secantik Mirae suka pada aku.",Changbin masih tak nak mengalah.
"Mungkin kau akan percaya kalau Mirae mengaku sendiri.",Changbin tak sempat menjawab bila ibu Felix mengetuk pintu biliknya.
"Felix...Mirae nak cakap dengan kamu ni.", kata ibunya lalu menutup pintu semula.
"Kau kena menyorok...cepat sebelum dia naik.", arah Felix.Sepantas kilat,Changbin masuk ke bawah katil Felix dan ketika itu juga,Mirae sudah berada di depan pintunya.
"Masuklah..", pelawa Felix.
"Mianhae datang tak bagitahu awak...tapi saya kena luahkan perkara ni pada awak jugak.",kata Mirae dan Felix sudah mempersilakan gadis itu duduk di katilnya.
"Aku akan buktikan kau salah Felix.", monolog Changbin.Dia memasang telinga untuk mendengar pengakuan Mirae.
"Saya dah cuba untuk luahkan perasaan saya pada Changbin tapi dia selalu cerita pasal awak.", luah Mirae.
"Habis tu...awak putus asa macam tu je?", tanya Felix.Mirae menggeleng kepalanya laju.
"Saya tak akan putus asa...saya akan buat semampu saya sebab saya sukakan Changbin.", kata Mirae dengan bersemangat.
"Boleh awak ulang balik?", sengaja Felix menyuruhnya.
"Saya suka Changbin!", ulang Mirae.
"Apa..tak jelas lah...cuba kuat sikit.", arah Felix lagi.Mirae menarik nafasnya dalam.
"SAYA SUKAKAN SEO CHANGBIN!!!!",jerit Mirae sekuat hati.
Felix kemudiannya menjenguk ke bawah katil yang mana perbuatannya itu membuatkan Mirae hairan.
"Sekarang kau dah dengar kan..keluarlah...giliran kau pula untuk luahkan perkara yang sama.", arah Felix.Mirae masih terpinga-pinga.
Changbin perlahan-lahan keluar dari bawah katil.Mirae tergumam sehingga mukanya kemerahan.Maknanya Changbin mendengar semua luahannya sebentar tadi?
"Saya dah bagitahu dia pasal ni tapi dia tak nak percaya kecuali dia dengar sendiri daripada mulut awak.", sambung Felix.
Changbin berdiri di depan Mirae.Mukanya tak menunjukkan sebarang reaksi mungkin kerana masih terkejut.
"Saya sukakan awak Changbin...sejak first time kita jumpa lagi.", luah Mirae sekali lagi.
"Saya pun sukakan awak sejak first time lagi...", balas Changbin.Pipinya sudah kemerahan menahan malu.Maklumlah itu kali pertama seorang gadis meluahkan perasaan kepadanya.Felix yang jadi pemerhati,tersenyum gembira.
" Now you've found your happiness."kata Felix dalam hatinya.
Ha begitulah ceritanya.....suka ke idok? Kalau tak suka ada aku kesah...hahahaha...xdelah saje je gurau...sukalah ye..sebab korang tak tahu apa yg terjadi next chapter..hekhek..
Vote sikit...terima kasihh ヾ(˙❥˙)ノ
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro