Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀4

Keesokannya,Changbin menekan loceng rumah Felix beberapa kali.Dia berjanji dengan Mirae untuk berjumpa pukul 4 petang jadi dia tak boleh terlewat.Felix membuka pintu rumahnya.

"Kenapa kau ada kat sini?Bukan nak jumpa dengan Mirae ke?", tanya Felix hairan.

"Yelah...kau sekali lah...jom.", Changbin menarik tangan Felix namun kawannya itu sedikit pun tak berganjak.

"Kau yang nak pulang baju dia bukan aku...pergilah.", Felix melepaskan tangan Changbin.

"Andwae!! Kau kena pergi sekali..Jomm!!", tak sempat Felix bersuara,dirinya terlebih dulu ditarik Changbin.Terpaksalah dia mengikut kehendak Changbin walaupun terpaksa.

❃❃❃

Sekali lagi Mirae kecewa bila Changbin tak datang bersendirian.Bekas biskut digenggamnya lalu  dia tersenyum bila Changbin dan Felix menghampirinya.

"Annyeong!! Lama dah ke awak tunggu?", tanya Changbin tanpa mengetahui perasaan sebenar Mirae.Felix memerhati gerak geri mereka berdua.

"Tak lah...saya pun baru sampai..duduklah.",pelawa Mirae.Changbin menghulurkan beg kertas yang berisi baju sekolah Mirae.

"Saya dah jahit butang baju awak yang tercabut tu.", beritahu Changbin.Mirae pun melihat butang yang dimaksudkan Changbin dan senyuman terukir tanpa disedarinya bila melihat butang berbentuk hati dijahit kemas di bajunya.

"Komawo...cantik awak jahit.", kata Mirae ikhlas.

"Kejap ye....nak pergi tandas lah pulak..", kata Changbin.Kali ini bukan kerana mahu meninggalkan mereka berdua tetapi dia memang betul-betul mahu ke tandas.

Sebaik bayang Changbin menjauh,Mirae memberanikan dirinya untuk berbual dengan Felix.

"Changbin tu baik kan?", ujar Mirae.Felix mengangguk mengiyakan kata-kata Mirae.

"Dia ada yeochin ke sekarang?", tanya Mirae lagi.

"Tak ada...dia pernah ada crush je.", jawab Felix pendek.Mirae memandangnya tak percaya.

"Jjinja? Takkan lelaki baik macam dia tak ada yeochin?",Mirae tak dapat mengawal perasaan ingin tahunya.Baginya,Changbin seorang lelaki yang bertanggungjawab.

"Ye....tak semua nampak kebaikan pada dia..kalau dia ada yeochin pun,dia tak akan sorok..", Felix meyakinkan Mirae.Dia tahu yang Mirae menyimpan perasaan pada kawannya cuma Changbin yang belum sedar.

Changbin datang dengan muka yang masam mencuka.Felix memandang seluar Changbin yang sudah basah itu.

"Kenapa seluar kau basah ni? Takkan kau tak sempat nak membuang kot?", tanya Felix.Dia mengeluarkan sapu tangan yang selalu dibawanya lalu dihulurkan kepada Changbin.

"Paip air tu serang aku...Aku baru nak bukak tiba-tiba air keluar.Habis basah seluar aku..", cerita Changbin sambil mengelap seluarnya.Felix menggelengkan kepala.Ada-ada saja kawannya itu.

"Kalau macam tu,korang baliklah dulu....ada masa jumpa lagi.",cadang Mirae.Felix mengangguk setuju.Changbin pula tak boleh menolak kerana memang seluarnya sudah basah.Mereka pun bangun dari bangku itu.

"Changbin...awak tak kisah kan kalau saya selalu chat awak? Takut awak tak selesa pulak.", tanya Mirae.

"Kwaenchana...saya tak kisah...awak ambik lah nombor si Felix ni sekali.", arah Changbin.

"Ha? Arasseo...boleh ke?", tanya Mirae dan Felix pun bertukar nombor dengan gadis itu.

"Annyeong!! Jumpa lagi..", ucap Mirae dan langkahnya terhenti bila papan tanda yang betul-betul berada di atas kepalanya hampir terjatuh.Mirae memejamkan matanya,kakinya pula seolah-olah digam di situ.

Changbin yang perasan dengan keadaan itu,berlari untuk menghalang papan tanda itu daripada menghempap Mirae manakala Felix sudah melindungi Mirae dengan badannya.

"Mirae...jom keluar dari sini...", ajak Felix.Changbin yang sedang menahan papan tanda itu hanya memandang Felix dan Mirae meninggalkannya di situ.

Korang memang serasi dan sebab itu juga aku tak layak jadi perhatian Mirae.

"Changbin...biar aku tolong kau alihkan papan tanda ni..sebelum orang lain lalu kat sini.",lamunan Changbin terhenti bila Felix turut membantunya mengalihkan papan tanda yang bersaiz agak besar itu.Dia menyangkakan Felix sudah pergi bersama Mirae.

Changbin terduduk di atas rumput melepaskan penat,begitu juga dengan Felix.Mirae menghampiri dua sahabat itu.

"Changbin...tangan awak luka.", kata Mirae lalu mencari sesuatu dalam beg sandangnya.Dia melekatkan plaster di bahagian luka Changbin.

Changbin terkedu bila Mirae melekatkan plaster itu.Entah kenapa hatinya berdebar bila Mirae menghampirinya ketika itu.Dengan senyuman manis yang dilemparkan,membuatkan dia termenung.

❃❃❃

Changbin masih termenung sepanjang perjalanannya balik ke rumah.Mirae pergi pun dia tak perasan sebab asyik termenung.

"Changbin..", panggil Felix.

"................."

"Yah...dwaekki...."panggil Felix lagi.

"................."

"Jung Mirae...", kali ini Changbin menoleh.

"Kau kenapa...dari tadi lagi macam ni.", tanya Felix hairan.Sepanjang perjalanannya terasa sepi bila Changbin tak bersuara.

"Cuba bagi pendapat kau pasal Mirae.", tanya Changbin spontan.

"Biskut dia sedap.", jawab Felix pendek.

"Kau tak nak ada yeochin ke?",soalnya lagi.

"Tak nak."

"KENAPA?!! BANYAK PEREMPUAN SUKA KAT KAU...TAKKAN TAK TERSUKA KOT?!!", Felix terpaksa menjauhkan dirinya.Boleh pekak dibuatnya duduk dekat-dekat dengan Changbin.

"Kau ni betul ke lelaki? KE KAU GAY?!!!", Changbin menutup mulutnya sebaik berkata demikian.Felix memandangnya tenang.

"Kau kenapa...tak semestinya aku tak ada yeochin,aku gay.", jawab Felix.Nasib baiklah dia sayang Changbin.Kalaulah tak sayang,mahu ditendangnya masuk longkang.

"Habis tu...kenapa kau tak nak ada yeochin?", tanya Changbin tak puas hati.

"Sebab aku rasa,bercinta ni memenatkan...aku nak fokus belajar dulu.",jelas Felix.

"Kau suka perempuan macam mana?Macam Twice? Blackpink? Ke kau suka yang macam Red Velvet?", Felix menarik nafas sedalamnya.

"Aku tak suka K-pop...kau tahu kan.", jawab Felix.Makin merapu pula Changbin petang hari.

"Betul juga...ouh aku tahu...kau suka perempuan yang baik kan...yang sopan lepastu lemah lembut..okay aku dah ingat ideal types kau.", jawab Changbin.Felix membiarkan soalan Changbin tak terjawab.

Perbualan mereka habis di situ sebaik masing-masing sudah masuk ke dalam rumah.

❃❃❃

Changbin sedang mengulangkaji pelajarannya dan ketika itu telefonnya berbunyi.

Jung Mirae

Annyeong Changbin! Komawo sebab selalu tolong saya dan mianhae juga sebabkan saya awak terluka...semoga hari awak berjalan dengan baik...☺️✨

Changbin menutup telefonnya semula selepas membaca mesej itu.

"Kenapa...kenapa dia hantar mesej comel sangat!! Siap dengan emoji-emoji lagi!!!", Changbin sudah berguling-guling atas katilnya.Entah kenapa hatinya begitu berbunga-bunga bila membaca mesej dari Mirae.

Dia segera bangun dari katilnya.Dia menampar pipinya beberapa kali.Dia tak boleh lupa dengan rancangannya untuk satukan Felix dan Mirae.

"Anni....dia bukan suka kau...dia suka Felix..aku tak boleh lupa tu...Changbin..sedar diri yang kau tak sesuai dengan Mirae...dia cantik,baik jauh beza dengan kau.Felix yang paling sesuai dengan Mirae..", Changbin bercakap dengan dirinya sendiri.Telefon sudah dicampak ke atas katil lalu dia menyambung mengulangkaji pelajarannya.

❃❃❃

Di sekolah,

Mirae memakai baju yang dipulangkan Changbin tempoh hari.Sengaja dia mengenakan baju itu biarpun masih ada dua helai lagi baju yang lain.Butang yang dijahit Changbin itu juga kelihatan kerana terletak di bahagian bawah baju.

"Wow...butang baju Mirae...hearteu hearteu...jeles lah kita.", sakat Hongjoong sebaik saja Mirae melangkah masuk.Changbin yang terdengar usikan itu menoleh ke arah Mirae.

"Mirae-yaa....kenapa pakai baju ni...awak tak ada baju lain ke?", tanya Changbin.Tak sangka pula gadis itu memakai baju itu.

"Ada...tapi saya tak ingat letak mana baju tu.", tipu Mirae.Felix hanya tersenyum kerana tahu yang gadis itu cuba memberi hint kepada Changbin.

"Ouh....macam tu.Homework dah siap?",tanya Changbin lagi.

"Dah...--", tak sempat nak menyambung perbualan,cikgu yang mengajar sudah masuk.Dan pembelajaran hari itu berjalan dengan lancar.

❃❃❃

Sebelum waktu rehat tamat,Mirae menuju ke lokernya untuk mengambil buku notanya memandangkan kelas seterusnya ialah kelas Matematik.Baru saja dia buka loker,gumpalan kertas jatuh bertaburan dari dalam lokernya.Dan dia sudah tahu siapa dalang sebalik itu.

"Ewww......banyak nya sampah.Dasar perempuan pengotor.Kalaulah Felix dengan Changbin nampak ni,mesti diorang geli nak berkawan dengan dia.", perli Junghee.

Mirae mengabaikan kata-kata pencari masalah itu lalu mencari buku nota miliknya dan kali itu air matanya bergenang.Buku nota yang sudah dimilikinya sejak sekolah lama,sudah dikoyak hingga tak tertinggal sehelai pun muka surat.Rupa-rupanya,kertas yang bertaburan tadi ialah cebisan notanya.Mirae memandang Junghee dan Hyera dengan tajam.

"Alamak...dia menangis lahh...crybaby.", ejek Hyera.Junghee menendang-nendang kertas yang bertaburan tadi.Akibat bengang dengan perbuatan Junghee,Mirae menarik kaki gadis itu hingga terjatuh ke atas lantai.

"Kau ingat aku nak biarkan je apa yang kau dah buat...nota ni aku dah lama jaga,senang-senang je kau koyakkan ha!!", Mirae sudah hilang sabar lalu menarik rambut Junghee yang masih terduduk itu.Hyera yang melihat tak duduk diam lalu menarik rambut Mirae.

"YAHH!! APA YANG KAU BUAT NI HA?!", satu suara menghentikan pergaduhan itu.Pelajar-pelajar lain juga sudah berkerumun menyaksikannya.Mirae memandang empunya suara dan pemilik suara itu ialah Changbin.

Felix membantu Mirae untuk bangun di situ.Changbin pula sudah berhadapan dengan dua orang gadis itu.

"Apa yang korang tak puas hati dengan Mirae?", tanya Changbin.Junghee sudah tertunduk.Siapa yang tak takut bila Changbin marah melainkan Hyera.Dia saja yang masih berani merenung muka Changbin.

"Aku tanya elok-elok ni...apa yang korang tak puas hati? Sebab dia rapat dengan kiteorang?", tanya Changbin lagi.Felix dan Mirae pula mengutip kertas nota tadi untuk disalin semula nanti.

"Bukan kiteorang tak puas hati sebab Mirae rapat dengan korang tapi Felix...siapa-siapa rapat dengan kau...kisah apa aku..kau tu cuma tumpang femes je.Cuba kau tak berkawan dengan Felix..tak ada maknanya orang nak kenal kau apatah lagi nak pandang muka kau..So aku harap kau sedar di---", kata-kata Hyera tergantung bila Felix berdiri depannya.

"I challenge you to repeat what you said earlier.."

Ayok Felix marahhh....sape2 pergi tenangkan Felix..takut dua makhluk tak guna tu masuk jamban je kejap lagi.Double update tau

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro