❀3
Changbin menghampiri Felix dan Mirae setelah lama menyorok di belakang pokok.Setelah 10 minit dia menyorok,dia pasti yang itu sudah cukup untuk mereka berdua mengenali hati masing-masing.
"Ha Changbin,lama betul kau pergi tandas...aku nak pergi beli air ni.", ujar Felix.Changbin sudah mengambil tempat di bangku itu.
"Okay...kiteorang tunggu.", jawab Changbin.Felix pun pergi ke kedai yang berhampiran taman itu.
"Awak nak tahu tak perangai Felix tu macam mana?", tanya Changbin.Mirae hanya mengangguk kecil.
"Kiteorang kenal dalam 12 tahun lepas...sejak tadika lagi.Felix tu baik sangat.", cerita Changbin.
Mirae hanya mendiamkan diri kerana memberi ruang untuk Changbin menghabiskan ceritanya.
"Dia memang dari kecik lagi femes...yelah comel siapa yang tak geram...sampai Ahjumma-ahjumma pun suka kat Felix.", tambahnya lagi.Mirae mula tertarik dengan kisah itu.
"Ada sekali tu kan,masa kat sekolah rendah,saya tak tahan nak pergi tandas sampai saya terkencing dalam seluar..", Changbin tertawa ketika bercerita.Kelakar bila dikenang semula.Mirae juga turut tertawa mendengarkan itu.
"Dan masa tu,ada Felix....dia pergi ambik baldi lepas tu isi air,dia simbah kat badan dia sekali dengan saya...jadi tak ada orang taulah yang saya terkencing dalam seluar.Sampai kiteorang kena bebel dengan Eomma kiteorang..".
Mirae agak kagum dengan kisah itu.Tak sangka pula,lelaki yang selalu kelihatan serius itu mempunyai hati yang baik.Perbualan mereka terhenti bila Felix tiba di situ.
"Nah air...ambiklah.", hulur Felix.Mereka berdua pun mengambil minuman yang dihulur Felix.Mirae mengambil duit dari begnya lalu dihulurkan kepada Felix.
"Er...tak payahlah...awak kan dah bawak brownies ni.", Felix menolak.Changbin pula tersenyum sambil memerhati kawannya itu.
"Tak apalah...ambik jelah duit ni..saya tak selesa pulak.",desak Mirae.
"Kalau itu buat awak selesa,baiklah saya ambik.", Felix mengalah.
Diorang dah memang ditakdirkan untuk bersama..
Kata Changbin dalam hatinya.Melihat mereka berdua,menambahkan lagi semangatnya untuk menyatukan Felix dan Mirae.
"Okaylah...saya nak balik dah ni..", kata Mirae.Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.Changbin dan Felix juga turut bangun dari tempat itu.
"Jumpa esok!", Mirae melambaikan tangannya.Felix dan Changbin juga membalas lambaian itu.
"KITA JUMPA KAT SEKOLAH TAU!!KITA REHAT SAMA-SAMA!!",jerit Changbin walaupun kedudukan mereka tak adalah jauh mana.
"Kenapa kau menjerit...bisinglah.",tegur Felix.Kawannya itu kalau tak beria memang tak sah.
"Mana tahu Mirae tak dengar ke.", jawab Changbin selamba.Memandangkan rumah mereka berbeza arah,Mirae lalu di jalan lain.
"Kau rasa,Mirae tu macam mana?", Changbin cuba mengumpan.
"Dia perempuan yang baik,sopan.",balas Felix.Changbin tercengang mendengarkan jawaban Felix hingga terpaksa menghentikan langkahnya.
"Dia puji Mirae? Selama aku kenal dengan Felix,tak pernah sekali pun dia memuji perempuan apatah lagi nak berbual.Adakah ini petanda yang baik?", Changbin membuat andaian sendiri.
"Changbin...kau kenapa?", suara Felix menghentikan lamunannya.Dia menggeleng lalu jalan beriringan Felix.
❃❃❃
Semua pelajar berpusu-pusu menuju ke kantin sebaik loceng menandakan waktu rehat berbunyi.Mirae mengeluarkan bekas makanan dari begnya.
"Awak bawak apa tu?", tanya Changbin sebaik melihat Mirae memegang bekas makanan.
"Nasi goreng...jomlah makan sama-sama...saya bawak lebih sebab nak share dengan korang.", pelawa Mirae sambil tersenyum.
Felix mengangguk setuju dengan ajakan itu.Changbin pula sudah melompat kegembiraan kerana tak perlulah dia bersusah payah untuk beratur membeli makanan di kantin.
Di kantin,
Mereka sudah mengambil tempat di hujung kantin.Mirae membuka bekas itu dan perkara itu membuatkan Changbin teruja.
"Tapi kejap,macam mana kita nak makan ni...aku pergi mintak pinggan dengan makcik kantin lah...tunggu ye", kata Changbin.
"Suka hati kau je nak mintak-mintak.", tegur Felix.
"Tak apalah....aku rapat dengan makcik tu...dia selalu suruh aku ajar dia rap petang-petang...kau tunggu ye.", Changbin pun meninggalkan Felix dan Mirae di situ.
"Komawo sebab ajak makan sekali.", ucap Felix.Dia bukanlah seorang yang sombong cuma dia tak pandai untuk bergaul sejak sekolah rendah lagi.
"Sama-sama.", jawab Mirae pendek.Dia berasa agak kekok untuk berbual dengan Felix tak seperti Changbin.Tanpa mereka sedari,beberapa pasang mata memerhati mereka berdua.
"Kau tengoklah budak baru tu...selamba dia je berduaan dengan Felix...kita yang satu sekolah dengan Felix dari Form 1 pun tak pernah berborak.", kata Hyera.Dua orang kawannya mengangguk setuju.Sejak hari pertama lagi,Hyera memerhati tingkah laku Mirae.
Changbin kembali semula ke tempatnya bersama dua pinggan dan sudu di tangannya.
"Wah...kau memang mintak betul-betul ye dengan makcik kantin.", ujar Felix.
"Kau tahu tak aku punya nak bodek makcik tu...dia suruh aku rap lagu God's Menu..siap menari-nari lagi makcik tu...nanti basuh..kau pulang pulak ye.", kata Changbin.
Mirae sudah meletakkan nasi goreng itu ke dalam pinggan mereka berdua.Felix ketawa bila Changbin menceritakan tentang makcik kantin itu.Terbayang pula makcik itu menari.Mengarut betul cerita Changbin.
Selesai makan,seperti yang dijanjikan,Felix memulangkan pinggan yang dipinjam tadi.Changbin pula sudah masuk ke kelas manakala Mirae pergi ke tandas.
❃❃❃
Mirae membasuh tangan di sinki.Baru saja dia melangkah kaki,dirinya dihalang dua orang pelajar lain dan disebabkan itu juga,badan mereka berlanggar.
"Joseonghabnida...saya tak sengaja.", ucap Mirae.Pelajar tadi tersenyum sinis.
"Mata ada kan...gunalah!", marah salah seorang darinya.Kawannya pula hanya tergelak kecil.Mirae merengus dalam hatinya.
"Apa yang korang buat ni? Janganlah buli budak baru.",kata Hyera yng baru saja masuk ke tandas itu.Mirae dapat meneka yang dua orang di depannya itu ialah kawan-kawan Hyera.
"Eh Mirae...kwaenchana?",perli Hyera.
"Na kwaenchana...komawo.Saya nak masuk kelas dulu.", ujar Mirae.Dia daat merasakan perkara buruk akan berlaku jika dia lama-lama di situ.
"Eh kejap...aku tanya kau ni.Macam mana kau boleh rapat dengan Felix? Siap rehat sama-sama lagi.",tanya Hyera dengan nada tak puas hati.
"Aku cuma berkawan je dengan diorang...salah ke?", Mirae menjawab.Disebabkan Hyera menggunakan bahasa kasar,dia juga berbuat demikian.
"Kau menjawab ea?Sini kau", pelajar yang bername tag Junhee itu menarik rambut Mirae.Terjadilah pergelutan di situ bila Mirae juga tak mengalah bila dirinya diperlakukan begitu.
"Dah kau tanya...aku jawablah..", balas Mirae walaupun rambutnya sudah kusut masai ditarik Junhee.Pergelutan itu berlaku hinggalah Hyera menyimbah air mop ke arah Mirae.
"Yahhh....habis baju akuuu..",marah Junhee bila dirinya juga terkena air mop itu.Mirae memandang bajunya yang sudah basah lencun itu.
"Oopss...sorry..dahlah.Jom masuk kelas.Buang masa je duduk dengan perempuan ni.", ajak Hyera.Mereka bertiga beredar dari situ.Mirae merengus geram.Apa salah dia kalau berkawan dengan Felix?
❃❃❃
Changbin masih menunggu Mirae bila gadis itu belum masuk ke kelas dari tadi.Nasib baiklah cikgu yang mengajar tak hadir hari itu.
"Changbin...aku rasa something happen lah kat Mirae.",kata Felix.Changbin yang menggigit kukunya ketika itu menoleh bila Felix bersuara.
"Kenapa kau cakap macam tu?",tanya Changbin kebingungan.
"Sebab aku perasan yang Hyera dengan kawan-kawan dia baru lalu tadi.Mesti diorang jumpa Mirae kan?", ujar Felix.
"Kalau macam tu...aku pergi cari dia dulu lah.", Changbin sudah berlari keluar dari kelas.
Hanya satu tempat yang berlegar di fikiran Changbin ketika itu.Tandas.Laju saja dia berlari menuruni tangga bangunan kelasnya itu.
"Mirae?!", panggil Changbin dari luar.Dia terpaksa menunggu di luar kerana itu ialah tandas perempuan.Nanti tak pasal-pasal kena tuduh penyumbangleweng.
"Changbin...apa awak buat kat sini?",tanya Mirae.Changbin menarik nafas lega.
"Hyera ada buat apa-apa kat awak?",tanya Changbin risau.Mirae menggeleng lalu keluar dari situ walaupun bajunya masih basah dengan air mop tadi.
"Kenapa dengan baju awak?!Hyera yang buat semua ni kan?", teka Changbin dan Mirae tak dapat lagi menyembunyikan perkara sebenar lalu mengangguk.
"Macam mana awak nak masuk kelas macam ni?", Changbin memikirkan cara lalu memandang sekeliling sebelum berbisik kepada Mirae.
"Ha?! Takkan awak nak buat macam tu?? Kesian awak nanti.", Mirae menolak cadangan Changbin.
"Tak apalah...cepatlah sementara tak ada orang ni..masuk semula", Changbin menolak badan Mirae masuk ke tandas semula.
❃❃❃
Felix menggosok matanya beberapa kali sebaik Changbin dan Mirae masuk ke kelas.Hongjoong dan kawannya sudah tergelak besar bila Changbin memakai kemeja sekolah Mirae yang bersaiz kecil itu manakala Mirae menyarungkan kemeja Changbin.
"Yahh...Changbin..apa yang kau buat ni? Neo micheosseo?",tanya Felix tak percaya.Mirae pula sudah menutup mukanya dengan buku kerana malu.
"Hyera tu pergi simbah air kat baju Mirae...habis basah baju dia...sebab tu aku tukar baju dengan Mirae...bukan ada orang perasan pun.",Changbin cuba berfikiran positif.
"Apa yang tak perasannya...dengan baju fit macam ni,name tag Mirae yang terpampang...memang orang perasanlah.", bebel Felix.
"Felix..janganlah marah Changbin...ni semua sebab saya.", Mirae menyampuk.Kesian pula dia melihat Changbin yang menahan malu.
"Anni...saya bukan marah dia...cuma perlu ke buat macam ni? Changbin,ikut aku.",Felix menarik tangan Changbin.
Di loker,
Felix mengeluarkan sehelai kemeja dari lokernya lalu diberikan kepada Changbin.
"Ni aku ada baju lebih.", kata Felix.
"Tak nak...baju ni kedutt..",rengek Changbin.Felix mengemam mulutnya menahan geram.
"Pakai jelah baju ni...dari kau pakai baju si Mirae tu...ni butang baju ni mana? Habis tercabut butang baju dia...macam manalah otak kau boleh fikir nak buat macam ni.", marah Felix.
Changbin baru perasan yang satu butang baju Mirae sudah hilang.Mungkin semasa dia cuba memakai baju itu tadi.Dia pun mengambil baju Felix kerana tak sanggup menadah telinga mendengar bebelan Felix.
Ha apa lagi...votelerrr
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro