❀28
Suasana ruang tamu yang tadinya riuh kini senyap tanpa suara.Selepas mendengar lagu yang dinyanyikan Changbin tadi,perasaan masing-masing menjadi sedih kerana maksudnya yang begitu dalam.Hongjoong dapat merasakan yang Changbin merahsiakan sesuatu daripada pengetahuannya dan Wooyoung.Dia memandang Felix.
"Lix....aku nak cakap dengan kau kat luar boleh?",tanya Hongjoong.Felix mengangguk.
"Nak ikut jugak...",Wooyoung sudah bangun dari tempatnya.
"Tak payahlah....aku nak cakap berdua je dengan Felix...kau tunggu sini.",halang Hongjoong.Wooyoung duduk semula lalu mencebik kerana dihalang.
"Kita tunggu Changbin lah kat dalam...awak makanlah lagi kek buah tu.",pujuk Mirae.Tanpa diberitahu,dia sudah dapat mengagak perkara yang akan dibualkan Felix dan Hongjoong.
"Noona yang buat kek ni...sedap tak?",tanya Rachel ramah.Wooyoung tersipu malu bila kakak Felix bersuara.
"Sedap....",puji Wooyoung.Felix dan Hongjoong pula sudah keluar dari rumah.
Di luar rumah,
"Bagitahu aku pasal Changbin..",ujar Hongjoong.Felix menarik nafas dalam sebelum menjawab.
"Kau janji jangan bagitahu Wooyoung.",pesan Felix.Bukan dia tak nak Wooyoung tahu namun Felix takut yang Wooyoung akan beremosi memandangkan dia rapat dengan Changbin.
"Changbin sakit....kanser otak.",beritahu Felix.Hongjoong tercengang di tempatnya.
"Wey Lix...tak kelakar kalau kau bergurau macam ni.",Hongjoong masih tak percaya.
"Habis tu...kau ingat aku bergurau ke sekarang? Kau kenal aku kan Hongjoong...aku tak bergurau sekarang ni.",jawab Felix.
"Jjinja? Sebab tu ke dia berhenti sekolah?",tanya Hongjoong lagi dan Felix hanya mengangguk tanda mengiyakan.
"Sekarang kau dah tahu kan....jom masuk sebelum si Wooyoung tu curi-curi dengar.",ajak Felix.
"Apa maksud dia yang dia akan pergi nanti?",soal Hongjoong.Langkah Felix terhenti lalu menoleh ke belakang.
"Aku nak kau faham sendiri pasal ni Hongjoong....aku tak mampu nak terangkan semua pada kau.",balas Felix lalu masuk ke dalam rumah.
Hongjoong diam bila Felix berkata begitu.Sedaya upaya dia cuba menghalau fikiran buruk yang datang dan dia juga mengekori langkah Felix dari belakang.
❃❃❃
"Eommeoni..Binnie mana?",tanya Mirae bila Puan Kang turun sendirian.
"Changbin cakap yang dia penat...lepastu dia minta maaf dengan korang sebab tak turun.",beritahu Puan Kang.
Wanita itu juga buntu mencari alasan untuk diberikan.Changbin pula,seusai keluar dari tandas,terus terbaring di katilnya kepenatan.Bila ditanya,dia hanya memberitahu yang dirinya penat dan menyuruh ibunya meminta maaf bagi pihaknya.
"Alah....lagu dia tak habis lagi...takkan dah penat.",rungut Wooyoung.Di situ hanya dia seorang saja yang masih belum tahu perkara sebenar.
Mirae memandangnya dengan rasa bersalah begitu juga dengan Hongjoong.
"Mungkin dia nak nyanyi lagi masa kita celebrate graduation nanti...ni kira spoiler lah...",Mirae cuba mencari jalan.
"Betul jugak tu....dia penat takkan kita nak paksa pulak.",sambung Felix.Wooyoung hanya mengangguk faham.
"Kalau macam tu kiteorang balik dululah Ahjumma... kamsahabnida sebab sudi jemput minum.",Hongjoong mula minta diri diikuti Wooyoung.
"Jumpa minggu depan...annyeong!",lambai Wooyoung ceria.Mirae dan Felix membalas lambaian kawannya itu.
Rachel juga sudah bangun dari tempatnya untuk mengundur diri.Cukuplah hari itu dia dapat melihat Changbin yang masih ketawa gembira bila berjumpa kawan-kawannya.
"Rachel pun nak baliklah....Lix?",tanya Rachel.
"Tak apalah...Noona balik dulu..Felix nak jenguk Binnie kejap.",balas Felix.Rachel hanya membiarkan adik lelakinya lalu pulang ke rumah.
Mirae mengangkat pinggan dan cawan kotor lalu dibawa ke dapur.Nasib baiklah mereka makan tak bersepah jadi tak adalah susah nak bersihkan.
"Mirae...nak jumpa Binnie jugak ke?",tanya Felix lalu mengambil gitar Changbin yang terletak di tepi sofa itu.
"Haah...tapi awak naiklah dulu..saya tolong Eommeoni kejap.",kata Mirae.
Di bilik Changbin,
Felix membuka pintu bilik dan kelihatan Changbin sedang berselubung dengan selimut.Felix menghampiri kawan baiknya itu.Gitar yang ditinggalkan di ruang tamu tadi,diletakkan di tepi katil.
"Binnie....",panggilnya perlahan dan Changbin menoleh ke arahnya lalu tersenyum kecil.
"Lix...tak balik lagi?",suaranya kedengaran serak mungkin kerana lama menangis tadi.
Felix melekapkan belakang tangannya di dahi Changbin dan sedikit terkejut dengan suhu badan Changbin ketika itu.
"Kau demam ni....makan ubat belum?",tanya Felix dan Changbin menggeleng.
Felix menuju ke meja belajar Changbin untuk mengambil ubat-ubatan Changbin.Dia yakin yang Changbin belum makan semua ubatnya itu.
"Bangun makan ubat....aku pergi ambik kain basah kejap.",Felix menghulurkan ubat dan keluar dari bilik itu untuk mengambil kain.
Changbin menelan ubat-ubatan itu lalu menunggu Felix datang semula.Kalau dia baring,nanti dibebel Felix pula.Kepalanya diurut perlahan.Felix masuk semula ke dalam bilik bersama kain dan mangkuk berisi air di tangannya.
"Lix.....kau suka tak lagu aku tadi?",saja Changbin mencari topik.
"Suka....bila kau buat lagu tu?",tanya Felix pula.Dia menyuruh Changbin baring kerana hendak meletakkan kain itu di atas dahi namun Changbin menolak.
"Tak nak baring....nak borak dengan kau.",rengek Changbin.Kain yang dilipat tadi, diletakkan di atas kepalanya.Felix membiarkan tindakan Changbin itu.
"Aku buat bila aku bosanlah....aku harap kau faham lagu aku.",ujar Changbin.
"Aku faham sangat-sangat dengan lagu kau Binnie...dari situ aku dapat rasa kesakitan yang kau tanggung sekarang ni...",jawab Felix jujur.
Changbin tersenyum senget mendengarkan jawapan daripada kawan baiknya itu.Pintu bilik diketuk dan kelihat Mirae kelihatan.
"Saya ganggu korang ke?",tanya Mirae dan mereka berdua menggeleng serentak.
"Masuklah...",pelawa Changbin.
"Awak demam ke? Ubat dah makan belum?",soal Mirae sambil meletakkan tangannya di dahi Changbin.
"Dah....Felix bagi tadi...duduklah dulu.",suruh Changbin.Mirae menarik nafas lega lalu duduk di sebelah Changbin.
"Binnie....kan kau cakap nak celebrate graduation nanti...dah fikir kat mana?",tanya Felix.Tiba-tiba terlintas pasal itu di fikirannya.
"Haah lah....saya nak tahu kat mana tempat tu.",Mirae mencelah.
"Adalah....saya suruh Eomma sewakan homestay untuk kita....tapi korang tak boleh tahulah kat mana..tunggu jelah.",jawab Changbin.
Mirae dan Felix sama-sama mencebik kerana tempat itu dirahsiakan namun mereka juga tak mendesak supaya diberitahu.Lama juga mereka berbual di bilik Changbin sebelum balik ke rumah masing-masing.
❃❃❃
Hari graduasi,
Kehadiran Changbin disambut meriah oleh kawan sekelasnya.Selama 3 bulan sejak Changbin berhenti sekolah,terasa sunyi kelas mereka,nasib baiklah masih ada Wooyoung yang menceriakan suasana.
Keadaan dewan sekolah itu penuh dengan ibubapa dan juga guru-guru.Tempat pelajar-pelajar juga sudah diasingkan mengikut kelas supaya senang untuk menerima sijil nanti.
Setelah sijil penghargaan diberikan kepada semua pelajar,kini sudah tiba masanya untuk mengumumkan anugerah kecemerlangan keseluruhan.Guru yang bertugas sudah melihat nama yang tertera di kertasnya.
"Anugerah kecemerlangan keseluruhan bagi pelajar lelaki tahun 2019 jatuh kepada.......",guru itu diam sebelum menyebut nama pelajar itu.
"Lee Felix..."
Mendengarkan nama itu,riuh dewan itu dengan tepukan gemuruh dari tetamu yang hadir.Felix seperti tak percaya dengan prestasinya yang cemerlang itu.Rachel sudah memeluk adiknya sebelum Felix naik ke atas pentas untuk mengambil sijil dan cenderahati.
Cikgu Heechul sudah bersedia untuk menghulurkan sijil selaku guru kelas Felix.
Melihat Felix yang tersenyum gembira,Changbin mengalirkan airmata terharu.Dia bersyukur kerana masih sempat untuk menyaksikan kawan baiknya menerima anugerah itu.
Selesai majlis itu,mereka mengambil gambar terakhir mengikut kelas.Cikgu Heechul turut mengajak Changbin supaya bergambar bersama walaupun Changbin hanya berpakaian biasa.Bermacam-macam gaya yang diberikan pelajar sekolah itu.Habis bergambar bersama kelas,mereka sudah boleh melakukan hal sendiri.
"Noona ambik gambar kiteorang..",Felix menghulurkan kamera kepada kakaknya.
Gambar pertama ialah gambarnya bersama Changbin.Kemudian Changbin dan Mirae seterusnya gambar mereka berlima termasuk Hongjoong dan Wooyoung.
Tepat pukul 3:35 petang, pelajar-pelajar sudah beransur pulang termasuklah Changbin dan kawan-kawannya.
"Jangan lupa esok....kumpul kat rumah aku tau.",pesan Felix.
Hongjoong dan Wooyoung menunjukkan ibu jari mereka.Esok ialah hari percutian mereka seperti yang dijanjikan Changbin.
❃❃❃
Di rumah Mirae,
"Pukul 5 nanti kita pergi beli snek sama-sama.",kata Changbin sebelum Mirae masuk ke dalam rumah.Mereka bertiga sudah merancang membeli snek manakala Hongjoong dan Wooyoung pula membeli makanan lain.
"Arasseo....jalan baik-baik.",pesan Mirae oleh kerana Changbin akan berjalan seorang diri.Felix pula balik bersama Rachel.
❃❃❃
Petang itu,
Felix menolak troli manakala Changbin dan Mirae mencari snek untuk mereka.
"Awak....nak beli ni tak?",Mirae menunjukkan sebungkus snek kentang.
"Beli jelah....lagipun kita memang nak beli snek pun.",ujar Changbin.Mendengarkan itu,Mirae meletakkan snek tadi ke dalam troli.
Setelah hampir setengah jam memilih snek,mereka pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.Semasa hendak membayar,terjadilah perbalahan kecil antara Changbin dan Felix dalam memutuskan siapa yang akan membayar.
Dalam pada masa itu,Mirae mengambil kesempatan lalu membayar snek-snek itu tanpa disedari dua sahabat itu.
"Dah jom....nak kemas beg pulak ni.",ajak Mirae selamba.Tercengang Changbin dan Felix bila Mirae yang membayar kesemua snek itu.
"Banyak korang borong....pergi sehari je pun.",tegur Rachel.Dia hanya menunggu di dalam kereta sementara tiga orang itu membeli barang.
"Biarlah....bukan Noona pun yang makan.",kata Changbin.
"Eleh....tahulah Noona tak diundang...tapi Noona jugak yang hantar korang esok.",Rachel tak mahu mengalah.
"Ha yelah....dah habis gaduh?",tanya Felix.Mirae dan Changbin sudah mengambil tempat mereka di belakang manakala Felix duduk di tempat penumpang.
"Dah....pakai seatbelt kalau tak nak tercampak ke luar.",Rachel mengingatkan sebelum menekan pedal minyak keretanya ataupun lebih tepat kereta Puan Yoo.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro