Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀25

Puan Kang menghidangkan secawan teh untuk Doktor Seo.Kemudian wanita itu mengambil tempat di depan Doktor Seo.

"Awak....saya sarankan awak bawa Changbin ke hospital untuk treatment  dia.Keadaan dia dah semakin merosot.",Doktor Seo cuba memujuk bekas isterinya.

"Anni....Saya akan kecewakan dia bila mungkir janji.Awak pun tahu kan tentang perjanjian tu,saya pun tanda surat yang awak bagi hari tu...saya tak boleh buat apa-apa dah sekarang.",jawab Puan Kang dengan nada sesal.

Kalau nak ikutkan hatinya,memang dia akan membawa anaknya ke hospital,namun disebabkan janjinya dengan Changbin,dia terpaksa melupakan semua itu.

"Saya tahu Ye Won....tapi kita tak boleh tahu tentang kesihatan dia tanpa pemeriksaan yang lengkap.Setakat ujian darah dengan suhu badan,tu semua tak boleh menentukan apa-apa.",terang Doktor Seo.

Puan Kang hanya menundukkan kepalanya melayan perasaan sedih.Ibu mana yang tak sedih bila dapat tahu anak mereka sudah tak lama di dunia itu.

"Awak....boleh kan cari penawar untuk anak kita...sa..saya...",kali ini esakannya tak dapat lagi ditahan dan dilepaskan sebelum menghabiskan kata-katanya.

Doktor Seo memeluk Puan Kang yang sudah menangis teruk.Airmata lelakinya juga jatuh.

"Saya nak...anak kita sihat macam dulu....",rintih Puan Kang dalam pelukan.Selama ini dia cuba kelihatan kuat di depan anaknya walaupun setiap malam dia akan menangis sendirian bila terkenangkan keadaan  Changbin.

"Saya dah tak boleh buat apa-apa lagi....sabarlah Ye Won...jangan lemah macam ni.",Doktor Seo menenangkan Puan Kang.

Dengan apa yang berlaku sekarang,semuanya dah terlambat dan dia sebagai doktor yang juga merupakan ayah Changbin,tidak boleh melakukan apa-apa selain berharap keajaiban akan berlaku walaupun perkara itu mustahil.

❃❃❃

Changbin terjaga dari pengsan bila tekaknya mula terasa loya.Segera dia berlari ke bilik air untuk muntah.Felix yang tertidur di bawah beralaskan selimut,tak tersedar bila Changbin berlari ke bilik air.

Segala isi perutnya dikeluarkan ketika itu juga.Changbin menyandarkan badannya di dinding bilik air.Dia memegang kepalanya.Airmatanya mengalir dalam menahan perit.

Dengan pandangannya yang kelihatan kabur,Changbin tak boleh bergerak ke mana-mana melainkan menunggu sakitnya hilang.

Changbin menggagahkan dirinya untuk bangun,namun seluruh anggotanya terasa kejang dan membuatkan dia terjatuh semula.

"Jebal...jebal...",Changbin memaksa dirinya melawan rasa sakit dan sekali lagi dia kalah dengan penyakitnya.

❃❃❃

Cahaya matahari menyinari bilik Changbin melalui celahan langsir dan membuatkan Felix terjaga.Dia meregangkan tubuhnya sebelum duduk.Felix menoleh ke arah Changbin yang masih lena tanpa mengetahui perkara yang menimpa Changbin awal pagi tadi.

"Lamanya kau tidur...aku yang tidur kemudian dari kau pun dah bangun...",bebel Felix sendirian.

Felix meninggalkan bilik Changbin untuk menyapa Puan Kang yang sedang menyediakan sarapan.Sengaja dia meminta izin untuk menemani Changbin malam tadi kerana dia faham tentang perasaan Puan Kang.

"Binnie tak bangun lagi?",tanya Puan Kang.Felix menggeleng lalu menolong ibu kawan baiknya itu menghidang makanan.

"Eommeoni tidur tak malam tadi? Nampak macam penat je..",tegur Felix bila melihat muka Puan Kang yang agak lesu pagi itu.

"Tidur....tapi tulah,tak lena.Dah lama Lix,Eommeoni tak tidur nyenyak...",beritahu Puan Kang.

"Eommeoni janganlah macam ni...kalau Changbin tahu,mesti dia marah.",balas Felix.Puan Kang hanya tersenyum kecil.

"Makanlah Lix...dah sejuk nanti tak sedap pulak...Eommeoni pergi kejut Changbin kejap.",Puan Kang sudah bangun dari kerusi.Felix mengangguk sebelum menikmati sarapan itu.

Puan Kang membuka langsir membiarkan cahaya matahari menerangi bilik anaknya.Puan Kang tersenyum bila melihat Changbin mengerutkan dahinya kerana cahaya itu.

"Binnie...bangun makan.Dari semalam Changbin tak makan lagi.",kejut Puan Kang lembut.

"Hmmm...",gumam Changbin dalam keadaan mamai.Anak patung kecilnya dibuat menutup mukanya.

"Hmm apanya...bangun cepat.Kesian Felix makan sorang kat bawah tu.",beritahu Puan Kang.

Changbin membuka matanya perlahan.Selepas dia muntah awal pagi tadi,perutnya mula terasa lapar.Dia kemudiannya duduk sambil menutup matanya.Anak patung kesayangannya,dipeluk.

"Bangun.....Eomma geletek baru tahu...nak?",ugut Puan Kang sambil tangannya sudah bersedia mengusik anaknya.

"Penat...",jawab Changbin perlahan.Puan Kang menggeletek Changbin dan perkara itu membuatkan anaknya tergelak besar sambil menepis tangan Puan Kang.

"Geli Eomma...arasseo Changbin bangun...ha dah bukak mata ni.",Changbin membulatkan matanya menandakan dia sudah bangun sepenuhnya.

"Dah pergi bersihkan diri dulu...baru makan.",arah Puan Kang lalu beredar dari situ.

❃❃❃

"Kau tak sekolah ke Lix?",tanya Changbin seusai turun dari tingkat atas.

"Aku ponteng hari ni....lagipun minggu depan dah graduation...",jawab Felix selamba.

"Ey...sejak bila Felix Yongbok Lee pandai ponteng ni.... bagus-bagus.",puji Changbin.

"Apa yang bagus?",tanya Felix hairan.Telinganya sudah bersedia untuk dileteri namun sebaliknya pula yang terjadi.

"Sebab perempuan sekarang ni suka badboy....dah jarang diorang suka budak baik....kan?",jelas Changbin.Hampir tersembur nasi goreng Felix mendengarkan itu.

"Kau ingat kau tu badboy? Tak habis-habis dengan perempuan...aku dah cakap kan aku nak fokus belajar dulu.",tegas Felix.

"Kalau Mirae...kau suka?",Changbin mengangkat-ngangkat keningnya sambil tersengih.

"Changbin...jangan cakap pasal ni..I don't like.",Felix cuba mengubah topik.Kalau dibiarkan,macam selalu lah,merepek tak berhabisan.

"Tak Lix...aku serius.Aku nak tahu jawapan kau sekarang...kau suka Mirae tak?",Changbin bertanya lagi.

"No and never Changbin...aku tak akan khianat sahabat aku.",jawab Felix.Changbin mengangguk faham.

"Mianhae kalau buat aku marah...biasalah,orang yang nak mati ni cepat emo sikit...aku harap kau faham.",Changbin menyeduk nasi goreng ke dalam pinggannya.Puan Kang pula menyidai pakaian di belakang rumah.

"Buatlah ayat sedih...aku flying kick baru tahu.",marah Felix.Dia tak suka bila Changbin berkata begitu.Changbin tergelak kecil.

"Lix...Rachel Noona tahu pasal ni?",tanya Changbin.Terlintas pula muka kakak kawan baiknya itu.

"Tak....entahlah,sebab aku pasti yang kalau dia dapat tahu pasal kau malam ni,malam ni jugak dia balik dari Australia...aku tak nak dia stress kan kau.",terang Felix.

Dapat tahu Changbin ada teman wanita pun sudah meroyan kakaknya seorang itu,inikan pula penyakit Changbin.Felix pun masih memikirkan cara untuk memberitahu kakaknya.

"Aku harap dapat jumpa Rachel Noona sebelum aku lupa dia Lix...kau tahu kan?",ujar Changbin.

Felix mengemam mulutnya mendengarkan itu.Dia memandang muka Changbin lama.Changbin,kawan baik yang selalu ada di sisinya selama 12 tahun,akan meninggalkan dirinya dalam masa beberapa bulan lagi.

"Wae- yo?",Changbin mula resah bila Felix merenungnya tanpa berkata apa-apa.

"Aku tak suka bila kau cakap macam tu Changbin.....aku yakin kau tak lupakan Noona...so stop talking like this...",Felix menjawab.

"Arasseo.....aku nak naik atas kejap.",Changbin meminta diri.Felix hanya membiarkan Changbin beredar dari situ.

Sekali lagi,Changbin muntah-muntah.Segala makanan yang belum sempat dihadam tadi,sudah keluar dari perutnya.Ini kali pertama dalam sehari,Changbin mengalami perkara yang sama berulang kali.

Felix yang rasa tak sedap hati,pergi ke bilik air untuk memastikan keadaan Changbin.Dia mengetuk pintu itu berkali-kali.

"Binnie....kau buat apa tu? Neo kwaenchana?",tanya Felix dari luar.Changbin menekan flush tandas supaya Felix tak mengesyaki keadaannya sekarang.

"Kau sakit perut ke....mianhae ganggu,aku cuma risau je sebab kau tiba-tiba pergi tadi.",Felix meninggalkan Changbin sendirian.

Changbin membuka pancuran air lalu duduk di bawah pancuran itu setiap kali kepalanya diserang rasa sakit.Dengan berbuat demikian,kesakitannya berkurangan.

❃❃❃

Di hospital,

Changbin menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Doktor Seo.Dia pergi ke situ tanpa pengetahuan Puan Kang dan Felix dengan memberi alasan untuk bersendirian.

Sebaik nombor gilirannya dipanggil,Changbin berjumpa dengan doktor pakar yang juga merangkap ayah kandungnya.

"Binnie....Eomma kamu mana?",terkejut dibuatnya bila Changbin muncul kan diri di biliknya.

"Binnie datang sorang....Eomma tak tahu Binnie jumpa Appa.",beritahu Changbin.Dia sudah mengambil tempat di kerusi pesakit.

"Appa pernah cakap kat Binnie kan yang kalau ada masalah,Binnie boleh bincang dengan Appa.",tanya Changbin.Doktor Seo mengangguk.

"Binnie nak check keadaan Binnie sekarang.",ujar Changbin.

"Kalau itu yang kamu nak...Appa tak boleh tolak...kita mulakan dengan CT Scan.",kata Doktor Seo.Mereka berdua meninggalkan bilik itu menuju ke bilik X-ray.

25 minit kemudian,

Doktor Seo melihat keputusan CT Scan anaknya yang baru saja dikeluarkan.Dia memandang Changbin beberapa kali sebelum memberitahu hasil ujian itu.

"Sel kanser tu dah merebak ke bahagian otak kanan kamu....dan Appa tak sangka secepat tu sel kanser tu merebak.",terang Doktor Seo.

Changbin tersenyum kelat bila dapat tahu keadaannya sebenar.Dia dapat mengagak yang hidupnya juga sudah tak lama.

"Maksudnya,Binnie akan mati lagi awal dari apa yang  Appa bagitahu
Binnie haritu?",tanya Changbin.

"Binnie...",Doktor Seo memujuk anaknya.

"Jadi lagi berapa lama yang ada....kalau haritu 5 bulan...sekarang 3 bulan? Ke 2 bulan?",Changbin membuat andaian sendiri.

"Stay here....kita boleh buat treatment dan boleh pantau keadaan semasa kamu.",pujuk Doktor Seo lagi.

"Anni....Appa bagi ubat tahan sakit dah cukup untuk Binnie....buat semua tu Binnie tetap akan mati Appa...biarlah Binnie luangkan masa yang ada dengan Eomma.",bantah Changbin.Doktor Seo mengeluh kecil bila pujukannya ditolak.

"Kalau dah tak ada apa-apa,Binnie nak balik dulu... kamsahabnida sebab sudi layan Binnie...jangan bagitahu Eomma pasal ni.",sempat lagi Changbin berpesan.

Doktor Seo mengangguk faham dan menghulurkan deskripsi ubat yang perlu diambil Changbin.

Selesai mengambil ubat,Changbin singgah di tandas dan di situ,tangisannya dilepaskan.Dia membuka telefon dan terpapar gambarnya bersama Mirae yang diambil kali pertama mereka mula bercinta.

"Saranghae Jung Mirae..."

Korang jangan pelik kalau tiba-tiba waktu dia cepat sebab apa yang Yana tulis ni adalah skip dia cuma tak tulis...itu aje...okay bye


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro