❀24
Changbin terus memandang Mirae yang berdiri di depannya selesai membaca kertas kecil itu.Dia berasa terharu bila Mirae tetap berada di sisinya walaupun tahu yang dia akan meninggalkan dirinya.
"Komawo.....saya tak tahu nak cakap apa lagi...Jjinja komawo..",ucap Changbin.Kertas tadi dihulurkan semula untuk dikunci bersama mangga kecil yang dibeli mereka.
"Tak ada apalah...cepat kunci kat sini.",Mirae menceriakan suasana.Dia tak nak Changbin bersedih hari itu.
Selepas mereka mengunci mangga kecil itu,sempat juga Mirae mengambil gambar mereka berdua menggunakan telefonnya.
"Nak pergi mana lagi?",tanya Changbin.Mereka sudah berjalan keluar dari tempat tadi.
"Molla....awak?",soal Mirae semula.Dia memang tiada idea memikirkan tempat yang ingin ditujunya.Mahu balik,masih awal lagi.
"Kita makan dululah....lepastu baru kita fikir nak pergi mana semula.",cadang Changbin.Mirae hanya mengikut saja apa yang dikatakan teman lelakinya itu.
"Ha! Apa kata kita beli makanan,lepas tu kita makan dekat Sungai Han...nak?",terlintas tempat itu di kepala Mirae.
"Nak....jom beli makanan dulu.",ajak Changbin.
❃❃❃
Di Sungai Han,
Mereka berdua mencari tempat untuk dijadikan tempat berehat.Hari itu agak ramai orang yang berkunjung di situ memandangkan hari cuti.Puas juga mencari tempat.
"Kat situ....bawah pokok sana.",tunjuk Mirae ke arah pokok yang agak rendang.
Changbin pun mengatur langkah menuju ke pokok yang dikatakan Mirae itu.
"Kalau datang sini waktu malam best jugak kan...mesti cantik.",Changbin memulakan perbualan selepas mengambil tempat di situ.
"Awak nak pergi sini waktu malam ke nanti?",tanya Mirae pula.Kek ikan sudah disuap ke dalam mulut.
"Teringin jugak....tapi kita ajak Felix sekali,kesian dia asyik kena tinggal je..",ujar Changbin lalu tertawa kecil bila terbayang muka kawan baiknya.
"Boleh je...bila nak pergi? Lepas graduation nak?",Mirae memberi cadangan.
"Boleh-boleh....Mesti best kan...sambil tu kita tengok bintang malam-malam.",Changbin sudah membayangkan pemandangan di situ pada waktu malam.
Mirae tersenyum melihat Changbin gembira.Kek ikan disuapkan ke dalam mulut Changbin pula.
Rasa sakit menyerang kepalanya secara tiba-tiba.Kek ikan tadi dikunyah perlahan.Changbin memandang Mirae sekilas dan gadis itu sedang menoleh ke arah lain.
Dia mengeluarkan ubat tahan sakit yang dibawa dalam beg sandangnya.Changbin menelan ubat itu secara senyap tanpa disedari Mirae.Dia tak nak gadis itu risau tentangnya.
"Mirae....saya nak tidur sekejap boleh?",tanya Changbin dalam menahan sakit di kepalanya.Mirae yang tak mengetahui apa-apa itu,mengangguk sambil tersenyum.
"Tidurlah....nanti saya kejut awak...letak kepala awak kat sini.",Mirae menepuk bahunya minta Changbin menyandarkan kepala di situ.
"Tak apa ke?",Changbin minta kepastian dan Mirae mengangguk.
"Iya....saya kan bersandar kat pokok ni...so i'm fine..",Mirae meyakinkan Changbin.
Kerana Mirae bersungguh,Changbin pun meletakkan kepalanya di bahu Mirae.Kepalanya masih lagi berdenyut namun masih boleh ditahannya.
"Awak....tidur dah ke?",tanya Mirae.
"Dah....kenapa?",jawab Changbin dan Mirae tergelak.
"Dah tidur mana boleh cakap...",ujar Mirae.Changbin tersenyum senget.Lama kelamaan,dirinya terlelap di bahu Mirae.
"Binnie....Binnie....",Mirae mengejutkan Changbin setelah 15 minit berlalu.
"Binnie....jom balik,nak hujan dah ni.",Mirae mengejutkan lagi bila Changbin masih belum tersedar dari tidurnya.
"Hmm....nak tidur lagi.",Changbin sudah terjaga.
Dalam keadaan mamai,Changbin memeluk badan Mirae sepertimana dia selalu memeluk patung kesayangannya.Mirae terkaku bila Changbin memeluknya erat.
"Binnie...",Mirae bersuara perlahan.
"Lix.....tolong jaga Mirae...",gumam Changbin.Pelukan masih belum dilepaskan.Jantung Mirae berdegup laju bila Changbin berkata begitu.
"Bila aku dah tak ada nanti,cakap kat Mirae....",Changbin masih lagi dalam tidurnya bila berkata begitu.
"Aku cintakan dia...", Changbin kembali senyap selepas mengatakan itu.Air mata Mirae mula bertakung mendengarkan itu.
Ddumm!!!
Changbin tersedar sebaik mendengar bunyi guruh yang agak kuat itu.Mirae mengelap airmatanya yang hampir terjatuh tadi bila Changbin sudah terjaga.
"Nak hujan ke?",tanya Changbin sambil menggaru kepalanya.Orang ramai yang berada di situ juga sudah beransur pulang kerana cuaca yang berubah itu.
"Ha...haah,Jom balik.",Mirae cuba kekal bersahaja.Dia yakin yang Changbin tak ingat tentang apa yang dikatanya sebentar tadi.
"Bahu awak okay? Kesian awak kena tampung kepala batu saya ni.",Changbin memeriksa keadaan Mirae.Risau pula jika bahu kecil gadis itu terseliuh.
"Kwaenchana.....jom balik.Nanti hujan susah pulak,dahlah tak bawak payung.",Mirae sudah bangun dari tempat duduknya diikuti Changbin.
Selepas mengutip beberapa plastik makanan tadi,mereka berdua meninggalkan Sungai Han.
❃❃❃
Di hentian bas,
Hujan mula turun rintik-rintik,dan bas yang ditunggu masih belum tiba.Ramai orang berteduh di situ kerana tak membawa payung.Nasib baiklah Changbin dan Mirae sampai di situ terlebih dulu,jadi tak adalah mereka terpaksa berdiri.
Setelah lama berteduh di situ,bas yang ditunggu tiba.Kerana hujan yang semakin lebat,orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam bas tanpa beratur terlebih dulu.
Sampai giliran Changbin,seorang lelaki menolak dia yang mana perbuatannya itu membuatkan Changbin terjatuh di tangga bas.Mirae yang sempat masuk,menghampiri Changbin yang terjatuh itu.
"Cepatlah bangun,orang lain nak masuk pulak ni...",marah lelaki yang menolak tadi tanpa rasa bersalah sedikit pun.
"Ahjussi....sepatutnya Ahjussi tolong dia bukan marah-marah macam ni....lagipun Ahjussi jugak yang tolak kawan saya sampai dia terjatuh...",Mirae sudah hilang kesabaran bila Changbin dimarah begitu.
"Mirae...",Changbin menggelengkan kepalanya,suruh Mirae mendiamkan diri.Mirae yang faham dengan apa yang dimaksudkan Changbin,mendiamkan dirinya.
"Dah....na kwaenchana,orang lain nak masuk pulak...",Changbin menolak perlahan badan Mirae.Malas dia nak bergaduh di situ.
Mirae melihat tangan Changbin yang terluka akibat terjatuh tadi.Kalau dia tak dihalang tadi,memang kat situ juga dia paksa lelaki asing itu supaya minta maaf.
"Lain kali,awak jangan marah orang macam tu lagi.",pesan Changbin.
"Mana boleh macam tu,kalau orang tu yang salah,dia kena minta maaf....macam awak tadilah.Kalau jadi apa-apa dekat awak macam mana?",Mirae membantah.
"Tapi saya okay je kan....saya pesan kat awak supaya nanti awak boleh beringat...manusia ni,kita tak tahu perwatakan dia macam mana.",sambung Changbin.
"Kalau orang tu dia rasa yang dia salah,dia akan minta maaf sendiri...itu je saya nak awak ingat.",ujar Changbin.
Mirae mendiamkan dirinya.Ada betul juga apa yang dikatakan Changbin.
"Arasseo....saya cuma risau je.",jawab Mirae.Changbin tersenyum kecil lalu mengusap perlahan rambut gadis itu.
❃❃❃
Di rumah Changbin,
Changbin membersihkan dirinya sebaik balik dari Sungai Han tadi.Dia mula berasa tak sedap badan selepas terkena hujan tadi ditambah lagi terjatuh di tangga bas.Kepalanya juga terasa sakit semula.
Belum sempat dia mengambil ubat tahan sakitnya,seseorang mengetuk pintu biliknya dari luar dan bila dibuka,rupanya Felix.
"Binnie....sorry ganggu kau malam-malam.",kata Felix dengan senyuman di bibirnya.Changbin hanya menggeleng perlahan.
"Kau pergi mana tadi? Dating eaaa....",Felix membuat andaian.Dia tak perasan yang Changbin ketika itu sedang menahan sakit.
"M...mana a..ada...Lix..",Felix mula perasan yang Changbin bertingkah lain.
"Binn....CHANGBIN!!",Felix sempat menahan Changbin dari terjatuh ke lantai.Dia menepuk-nepuk perlahan muka kawan baiknya namun tiada respon.
"EOMMEONI!! EOMMEONI!!!",jerit Felix sekuat hatinya.Bertambah risau bila bibir Changbin sudah memucat.Puan Kang segera ke bilik anaknya dan terkejut bila melihat Felix sudah memangku Changbin yang tak sedarkan diri.
"Ke..kejap,Eommeoni call Doktor Seo.",Puan Kang pergi mendapatkan telefonnya di ruang tamu.
❃❃❃
Doktor Seo memeriksa tekanan darah Changbin.Disebabkan perjanjian Puan Kang dengan Changbin tempoh hari,wanita itu tak membawa Changbin ke hospital sebaliknya menelefon bekas suaminya itu untuk ke rumah.
"Awak...macam mana dengan Changbin? Dia okay je kan...",tanya Puan Kang resah.
"Tekanan darah dia agak tinggi tapi selebihnya saya tak tahu sebab tak ada peralatan....suhu badan dia pun tinggi.",terang Doktor Seo.
Felix yang mendengar penerangan doktor itu,memandang Changbin yang terbaring di katilnya.Kemudian,Felix meminta izin untuk menemani Changbin sementara Puan Kang dan Doktor Seo turun ke bawah.
Felix meletakkan kain lembap di dahi Changbin untuk menurunkan suhu badan.Felix bangun untuk meletakkan bekas air itu di atas meja dan matanya tertumpu pada satu buku kecil yang terletak di atas meja belajar Changbin.Tanpa berfikir dua kali,Felix mengambil buku kecil itu dan membacanya.
Like a streetlight,
After the end of a lonely day,
I'm standing in the air,
In the middle of a lonely night,
And try to smile brightly.
I don't want to show you,
I'm weak and I'm out of shape,
For those who relied on me,
This is a contradiction,
Pretending to be strong and not sick.
Felix menutup buku itu sebelum menghabiskan bacaannya.Dia tak menyangka yang buku kecil itu ialah diari kawan baiknya itu.
"Lix,aku dah study English tau walaupun aku tak pergi sekolah...nanti aku buat ayat,kau baca okay.",
Kata-kata Changbin terlintas di ingatannya.Kawan baiknya itu pernah berkata begitu kepadanya dan kali ini dia membaca sendiri penulisan Changbin.
"Mianhae Binnie sebab terbaca diari kau.",Felix berkata sendirian.
Ff ni nak habis dah....tinggal 2/3 Chapter lagi kot.....terima kasih kepada yang sudi setia dengan ff ni...bye
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro