❀23
Puan Kang ingin ke dapur namun loceng rumahnya berbunyi menandakan tetamu sudah sampai.Sebaik sahaja dia membuka pintu,dia terkaku.
"Annyeonghasayeo...sihat?",sapa Doktor Seo seraya menghulurkan sejambak bunga.Puan Kang hanya memandang bunga itu tanpa sebarang reaksi.
"Eoh...Appa...masuklah,buat apa kat situ.",Changbin mencelah.Dia menyambut kehadiran ayahnya itu dengan gembira.
"Binnie...kenapa tak cakap yang kamu ajak Appa?",tanya Puan Kang perlahan.
"Kan Binnie dah bagitahu...yang ada tetamu.Nilah tetamu yang Binnie maksudkan.",jawab Changbin.Kemudian,dia menjemput ayahnya masuk ke dalam.
Changbin menyambung kerjanya di dapur yang masih belum selesai.Puan Kang menutup pintu rumah lalu menuju ke dapur.Dia perlukan penjelasan daripada anaknya kerana membuat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu.
"Binnie...kenapa tak bagitahu Eomma dulu pasal ni?",tanya Puan Kang.Changbin yang sedang menghidang makanan itu,memandangnya.
"Salah ke Binnie ajak Appa sendiri? Lagipun Binnie kan dah bagitahu Eomma yang ada tetamu...anggap jelah yang Appa tu tetamu kita.Binnie ajak Appa sebab ada benda yang Binnie nak bagitahu Eomma dengan Appa.",jelas Changbin panjang lebar.
"Arasseo kalau itu yang kamu fikir...Eomma tak ada hak nak halang kamu dari berjumpa dengan Appa kamu...mianhae kalau Eomma buat kamu tertekan.",Puan Kang mengusap rambut anak lelakinya.
Changbin menggeleng lalu tersenyum.Dia menyuruh ibunya ke ruang tamu terlebih dulu sementara dia menyiapkan hidangan untuk mereka bertiga.Puan Kang hanya akur dengan apa yang Changbin mahu.
Suasana ruang tamu itu sunyi tanpa suara.Doktor Seo pula hanya membuat halnya sendiri walaupun Puan Kang berada di hadapannya.Mereka agak kekok memandangkan suasana itu lain dari hospital.Tak lama kemudian,Changbin keluar dari dapur,membawa hidangan mereka.
"Eomma...Appa,jom makan.",pelawa Changbin.Minuman juga sudah dituang ke dalam gelas.Puan Kang dan Doktor Seo bangun menuju ke meja makan.
"Binnie macam mana? Ada apa-apa masalah yang kamu nak bagitahu Appa?",Doktor Seo cuba memecahkan kesunyian di meja makan.
"Tak ada....Appa tahu kan yang Binnie takkan ajak Appa makan dengan kiteorang tanpa sebab.",jawab Changbin.
"Tahu....Appa rasa boleh lah kalau Binnie nak bagitahu sekarang.Lagipun sekarang masa yang sesuai.",ujar lelaki itu.
Changbin memandang ibunya yang hanya menyuapkan makanan tanpa berkata sepatah pun sebelum bersuara.
"13 tahun lepas....Eomma dengan Appa berpisah selepas kehilangan Noona.",kata Changbin.
Puan Kang berhenti menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Doktor Seo pula terus memandang Changbin sebaik mendengarkan itu.
"Binnie....perlu ke kamu ungkit semua tu?",tegur Puan Kang.
"Awak...biar Binnie habis bercakap dulu..",Doktor Seo mencelah.
"Dan sekarang ni,Eomma dengan Appa tahu kan yang Binnie dah tak lama kat dunia ni....jadi,Binnie harap lepas kepergian Binnie nanti,Eomma dengan Appa berbaik semula.",sambung Changbin.
"Apa ni Changbin? Eomma tak faham.",beritahu Puan Kang.
"Maksud Binnie....kalau kematian Noona memisahkan Eomma dengan Appa....Binnie nak dengan kematian Binnie,Eomma dengan Appa berbaik semula...perbetulkan keadaan yang selama ni Eomma dengan Appa biarkan macam tu je tanpa penyelesaian.",terang Changbin.
"Kalau itu yang Binnie nak...Appa tak kisah.Lagipun semua ni salah Appa sebab tak menjadi suami dan ayah yang baik untuk korang berdua.", Doktor Seo bersetuju.
"Eomma?",tanya Changbin bila Puan Kang mendiamkan diri.Doktor Seo turut memandang Puan Kang menunggu jawapan dari wanita itu.
"Arasseo...demi Binnie,Eomma setuju.",jawab Puan Kang.Changbin tersenyum lebar bila kedua orang tuanya tak membantah permintaannya.
"Jjinja-yo?? Kamsahabnida Eomma,Appa.",ucap Changbin lalu bangun dari kerusinya untuk memeluk Doktor Seo,kemudian Puan Kang.Akhirnya hajat dia tertunai.
Mereka bertiga menikmati makan malam itu dengan baik.Puan Kang dan Doktor Seo juga dapat berbual dengan selesa.Sebelum ini mereka hanya berbincang tentang kesihatan anak mereka,namun malam itu,lebih kepada kehidupan masing-masing.
❃❃❃
Mirae merebahkan dirinya ke atas katil selepas mengemas biliknya tadi.Beberapa minit kemudian, telefonnya berbunyi menandakan mesej baru masuk.
Changbinnie💕
Awak...esok kita pergi date okay? Pukul 2 saya ambik awak kat rumah...ada benda saya nak kongsi dengan awak.... Goodnight 😊
Mirae tersenyum membaca mesej itu.Walaupun baru saja petang tadi mereka keluar bersama,namun dia sudah merindukan suara ceria Changbin.Dia kemudiannya bangun dari katil untuk membersihkan dirinya sebelum tidur.
❃❃❃
Keesokan harinya,
Changbin mengambil tualanya untuk mandi sebelum menjemput Mirae di rumahnya.Dia meletakkan tuala di tempat yang disediakan dan ketika itu pandangannya menjadi kabur.Nasib baik dia sempat menahan badannya daripada terjatuh.Tangannya mencapai pili pancuran air dan dia duduk di bawah pancuran air itu.
"Jigeum wae? Aku kena jumpa Mirae hari ni....aku dah janji dengan dia.",Changbin merungut sendirian.
Kepalanya dipegang menahan sakit dan matanya digosok beberapa kali kerana penglihatannya yang kabur tadi.Changbin menyandarkan kepalanya di dinding bilik airnya itu.Pancuran air dibiarkan terbuka.
"Jebal....aku nak jumpa Mirae...jebal..",Changbin bercakap dengan dirinya sendiri.
25 minit berlalu,sakit di kepalanya beransur hilang.Changbin membuka matanya dan penglihatannya juga sudah kembali kepada biasa.Dia segera membersihkan dirinya untuk berjumpa dengan Mirae.
❃❃❃
Mirae turun tangga dengan gembira bila loceng rumahnya ditekan.Dia juga sudah bersiap awal sebelum Changbin menjemputnya.Puan Shin menggelengkan kepalanya melihat Mirae yang menuruni anak tangga itu dengan tergesa-gesa.
"Annyeong...dah siap?",tanya Changbin dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.Mirae mengangguk teruja.
"Eomma...Mirae pergi dulu ye.",beritahu Mirae.
"Jalan elok-elok.",pesan Puan Shin kepada anak daranya itu.Mirae mengangguk sebelum meninggalkan rumahnya.
"Kita pergi mana hari ni?",tanya Mirae.
"Namsan....kita naik cable car okay.",beritahu Changbin.Riak muka Mirae mula berubah sebaik mendapat tahu yang mereka akan naik kereta kabel untuk ke Namsan.Changbin yang perasan Mirae tak menjawab,memandang muka teman wanitanya itu.
"Wae-yo? Awak tak suka ke...awak nak pergi tempat lain?",tanya Changbin.Risau Mirae tak gembira dengan tempat yang ingin ditujunya hari itu.
"Anni.....saya takut tinggi.",jawab Mirae.Ketinggian ialah kelemahannya.
"Jangan risau...saya kan ada.Kalau awak takut,pegang tangan saya macam ni.",Changbin menunjukkan tangan mereka yang saling berpegangan itu.Mirae tersenyum kecil seraya mengangguk.
"Arasseo...kalau saya takut lagi,saya peluk awak boleh?",usik Mirae.Telinga Changbin sudah kemerahan kerana malu.
"Kalau awak takut sangat,pejam mata.",jawab Changbin.Risau pula Mirae akan memeluknya di khalayak ramai.
"Ne Binnie...",ujar Mirae.Mereka naik bas untuk ke tempat itu oleh kerana rumah Mirae agak jauh dengan tempat yang dituju mereka.
❃❃❃
Selepas 10 minit perjalanan mereka dalam bas,Changbin dan Mirae tiba di tempat kereta kabel.Mirae kelihatan agak gugup melihat kereta kabel yang membawa beberapa orang penumpang terlebih dulu.Changbin memegang tangan Mirae untuk menghilangkan rasa takut gadis itu.
Giliran mereka sudah tiba,dan Mirae sudah berpaut kemas pada lengan Changbin sebaik saja kereta kabel itu bergerak.
"Awak...tengok tu,cantik pemandangan dari sini.",Changbin cuba memberanikan Mirae untuk membuka matanya.
"Tak nak....tinggi...",jawab Mirae.Matanya masih dipejam rapat tanpa dibuka sedikit pun.
"Tak....cantik lah.Bukalah mata awak...rugi tau naik cable car tak tengok pemandangan dari sini.",pujuk Changbin lagi.Mirae cuba membuka matanya perlahan-lahan kerana Changbin memujuknya.
"Haahlah....cantikkk",Mirae terpegun dengan pemandangan itu.Mata sudah dibuka sepenuhnya kerana teruja dengan pemandangan dari situ.Changbin tersenyum melihat Mirae.
Sepanjang perjalanan mereka di dalam kereta kabel itu,Mirae menikmati pemandangan itu sepuas hatinya hinggalah tiba di destinasi.
❃❃❃
Namsan merupakan tempat yang selalu menjadi tarikan pelancong kerana tempatnya yang menarik.Sesiapa yang pergi ke situ,wajib membeli kunci dan mangga untuk mengunci kata-kata mereka di situ.Changbin dan Mirae pergi ke kedai serbaneka untuk membeli mangga dan kunci.
"Awak nak warna apa? Hijau ke biru?",tanya Mirae sambil menunjukkan mangga kecil itu.
"Hijau cantik....kita ambik hijau.",Changbin memilih warna hijau dan Mirae kelihatan agak sedih bila Changbin memilih warna itu.
"Biru ni tak cantik ke?",tanya Mirae lagi.
"Cantik jugak...tapi awak suruh saya pilih warna apa,saya pilih warna hijau.",jawab Changbin.
"Biru tak nak? Ke awak nak warna hijau jugak?",soal Mirae.Changbin menggaru kepalanya yang tak gatal itu.Boleh pengsan dia di situ kerana pening senata-semata memilih warna mangga kecil.
"Ikut jelah...awak nak biru,kita ambik biru.",Changbin mengalah.Mirae tersenyum gembira lalu terus menuju ke kaunter untuk pembayaran.
Selepas keluar dari kedai tadi,mereka mencari tempat untuk mengunci mangga mereka.Dan mereka terjumpa satu tempat dan membuat keputusan untuk mengunci mangga mereka di situ bersama-sama.
Changbin mengambil satu tempat untuk menulis kata-katanya di kertas kecil begitu juga dengan Mirae.
Cinta itu seperti angin,
Walaupun tak boleh nampak dengan mata kasar,
Namun kita masih boleh merasakannya.
Jangan bersedih,apa yang hilang daripada awak,
Akan kembali dalam bentuk yang berbeza,
Jung Mirae,hidup dan mati saya...
Changbin sudah selesai menulis kata-katanya dan pergi ke arah Mirae yang masih belum selesai.
"Saya dah siap.Awak tak siap lagi ke?",tanya Changbin.Mirae menggeleng sambil cuba melindungi kertasnya daripada dilihat Changbin.
"Sikit lagi....awak duduk jauh-jauh dulu.Dah siap nanti baru boleh baca.",arah Mirae.
"Arasseo....ppali-wa..",kata Changbin sebelum duduk di bangku.Dia melihat kunci-kunci yang berada di situ.
"Siapalah agaknya yang mulakan semua ni...",Changbin menyoal sendirian sambil membelek-belek kunci di situ.
"Dah siap....jom kunci cepat.",ujar Mirae.
"Nak baca awak tulis apa...",Changbin menghulurkan tangannya.Mirae pula minta kertasnya terlebih dulu.
"Okay...kita tukar sama-sama.",Changbin memberi pendapat dan Mirae bersetuju.Kertas sudah bertukar tangan dan Changbin membaca apa yang ditulis gadis itu.
Kalau mimpi dapat buat diri saya bersama awak...saya rela bermimpi sepanjang hari supaya selalu bersama awak...waktu yang masih ada sekarang,ialah waktu yang saya ingin habiskan bersama awak....
Seo Changbin,I want you,nothing else,just you...
Halu kamu sekalian...dua hari gue tak update kerana mencari inspirasi...Hehe..Ouh yeahh..
❝ HAPPY BIRTHDAY CHANGBIN ❞
Dah tak boleh banyak2😂😂
And thanks for 1K reads ಥ‿ಥ dahlah birthday Changbin...Hiks gue terharuu ༼;´༎ຶ ༎ຶ༽
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro