Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀20

Changbin masih termenung di katilnya  sejak balik ke biliknya tadi.Mirae hanya membiarkan Changbin melayan perasaannya yang masih lagi bersedih dengan kepergian Jangmin.

"Saya takut bila dia terlebih berfikir,nanti kesihatan dia pulak yang terjejas....awak tak nak pujuk dia ke?",tanya Felix.

Mirae mengeluh kecil.Bukan dia tak nak namun dia tahu jawapan lelaki itu akan sama bila dia cuba memujuknya.Puan Kang pula sudah meninggalkan bilik itu atas urusan kerja katanya.Dia hanya sempat menyuruh Felix supaya mengingatkan Changbin tentang ubatnya sebelum pergi.

"Saya rasa biarlah dia tenangkan hati dia dulu.Mungkin Binnie masih terkejut sebab baru je tadi budak tu berbual dengan dia.",cadang Mirae.Felix mengangguk faham.

Felix menoleh ke arah meja kecil yang terletak di tepi katil.Set tteobeokki yang dibawa Puan Kang tadi masih belum diusik.Felix bangun dari tempatnya untuk mengambil set tteobeokki itu.

"Binnie....makan dulu.Kejap lagi nak makan ubat pulak.",kata Felix.Dia melabuhkan punggung di atas katil kawan baiknya itu.

"Tak nak....aku tak lapar Lix.",jawab Changbin acuh tak acuh.Dia memandang sekilas lalu kembali mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.

"Alah....sikit je.Kau kena fikirkan kesihatan kau jugak Changbin.Kau termenung macam ni bukan boleh ubah perkara yang dah jadi.",tegur Felix.Changbin memandang Felix dengan pandangan tajam.

"Maksudnya nanti bila aku dah mati...kau akan makan dengan berselera sebab kalau kau bersedih pun bukan aku boleh hidup balik kan...komawo Lix sebab dah bagitahu apa yang kau fikirkan bila aku tak ada nanti.",jawab Changbin dengan nada serius lalu menyelubungi badannya dengan selimut.

Felix terkesan dengan kata-kata Changbin.Niatnya hanya menyuruh Changbin supaya menjaga kesihatan namun kawan baiknya itu salah faham.Entah kenapa hatinya sakit bila Changbin sanggup berkata demikian.Mirae yang mendengarkan itu juga terkejut bila Changbin sanggup berkata begitu.

"Aku cuma suruh kau makan je Changbin sebab nanti kau kena makan ubat.Tapi ini yang kau fikir.Aku tak bermaksud nak sakitkan hati kau...mianhae.....Mirae jangan lupa suruh dia makan ubat.",Felix mengakhiri katanya lalu keluar dari bilik itu tanpa menoleh sekali lagi.

Mirae tak sempat nak menghalang bila lelaki itu terlebih dulu menutup pintu.Mirae memandang Changbin yang masih berkeras di katilnya tanpa bergerak sedikit pun.

"Binnie....kenapa awak cakap macam tu pada Felix....sekarang dia dah merajuk.",ujar Mirae.

Changbin mendiamkan dirinya di bawah selimut itu walaupun hatinya melonjak untuk mengejar bila Felix pergi dari situ.Airmata yang mengalir perlahan dibiarkan membasahi bantalnya.

❃❃❃

Felix mengemam mulutnya menahan  sebak.Dia kemudian duduk di salah satu bangku yang terletak di taman hospital itu.

Aku nak kau ready bila perangai aku dah lain nanti...mana tahu aku sakitkan hati kau tanpa sedar ke...kan?

Tiba-tiba pesanan Changbin terlintas di fikirannya.Dia mengusutkan rambutnya.

"Sampai bila-bila pun aku tak ready Changbin....sampai hati kau cakap kat aku macam tu.Kawan mana yang nak kawan baik dia mati.",rintih Felix di situ.

❃❃❃

Mirae masih berdiri di tepi katil Changbin menunggu lelaki itu bersuara.Dia tahu Changbin mendengar apa yang dikatakan nya sebentar tadi.

"Binnie.....janganlah buat macam ni.",pujuk Mirae namun masih sama.

"Saya tahu awak sedih sebab Jangmi...tapi jangan lah awak seksa diri awak.Please...bangun.",pujuknya lagi.

"Saya malu dengan awak Mirae.Awak dah nampak sisi buruk saya.Kenapa awak ada kat sini lagi....tinggalkan saya Mirae....saya penat nak hadap semua ni.",ujar Changbin.

"Kalau itu yang awak nak...arasseo.Takziah atas kematian Jangmi...jumpa lagi.",Mirae sudah mengalah lalu beredar dari situ.

❃❃❃

Dalam perjalanan balik ke rumah,Felix singgah di taman yang selalu dikunjunginya bersama Changbin dulu.

Matanya tertumpu pada dua orang kanak-kanak lelaki yang lari berkejaran tak jauh darinya.Teringat kenangan semasa kecil dulu.Tanpa disedarinya,terukir senyuman di bibirnya.

"Kyeobda.",ungkapnya.Dia berjalan-jalan di taman itu mengambil angin petang.

Itu kali pertama dia ke situ bersendirian.Selalunya pasti ada Changbin menemaninya ke mana-mana.

"Aku jauh dengan kau pun aku dah rindu kau Binnie....aku tak boleh bayangkan bila kau tinggalkan aku nanti.",Felix bercakap sendirian.Langkahnya diteruskan sehinggalah dia balik ke rumahnya.

❃❃❃

Malam itu,

Puan Kang masih belum sampai di hospital seperti yang dijanjikan.Changbin melihat jam di dinding biliknya itu.

8:56 p.m.

Changbin mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Felix namun segera dia membatalkan niatnya itu bila teringat tentang kejadian siang tadi.

"Kenapalah aku marah Felix siang tadi...macam mana aku nak mintak maaf dengan dia ni.",Changbin menggaru kepalanya yang tak gatal.

Pintu bilik diketuk namun Changbin hanya membiarkannya saja kerana Puan Kang sering buat begitu.

"Eomm---",Changbin terkejut bila bukan ibunya yang masuk ke bilik itu.

"Binnie....",Doktor Seo bersuara.Dia memandang anak lelakinya dengan pandangan sayu.Dia tak menyangka kejadian 13 tahun lepas akan berlaku semula.

"Ap..pa?",soal Changbin.Dia pasti yang itu ialah lelaki yang sama berjumpa dengannya tempoh hari.Doktor Seo mengangguk.

"Mianhae Binnie sebab tinggal kamu....Appa menyesal Binnie..",Doktor Seo memeluk anaknya.

Changbin tak membalas pelukan Doktor Seo sebaliknya menolak badan ayahnya itu.

"Tak semudah tu Appa...selama 13 tahun Appa tinggalkan Changbin dengan Eomma...Appa tak tahu apa yang kiteorang lalui.",luah Changbin.Doktor Seo mendiamkan dirinya.Dia tahu yang dia bersalah dalam hal ini.

"Appa tahu....sebab tu Appa mintak maaf Changbin.Kamu tahu tak Appa terkejut bila dapat tahu yang kamu pesakit Appa...dan sebab itu juga Appa pergi sekolah kamu sebab nak berjumpa dengan kamu.",jawab Doktor Seo.

Changbin tersenyum sinis.Mendengarkan penjelasan lelaki itu saja membuatkan Changbin bertambah bengang.

"Jadi maksudnya Appa cari Changbin sebab Changbin ni pesakit yang dah nak mati tak lama lagi...kiranya sebab tu jelah Appa cari Changbin...hanya sebagai pesakit.",balas Changbin lagi.

"Bukan Changbin...bukan sebab tu.Appa memang dah lama nak cari kamu sejak 5 tahun lepas lagi...maafkan Appa.",rayu Doktor Seo.

Changbin mendiamkan dirinya.Dia memandang Doktor Seo lama.Itulah lelaki yang sangat dia rindui namun ego yang menghalang dirinya daripada meluahkan perasaannya yang sebenar.

"Maksudnya....Appa doktor pakar Changbin?",tanya Changbin dan Doktor Seo mengiyakan.

"Eomma pun tahu pasal ni?",tanya Changbin lagi.

"Ne...Eomma kamu tahu.",jawab Doktor Seo.

Entah kenapa Changbin rasa yang dirinya dikhianati ibunya bila ibunya sudah tahu lebih awal darinya tentang ayah kandungnya itu.Bahkan setiap kali dia bertanya,Puan Kang akan sedaya upaya mencari topik lain untuk dibualkan.

"Dan Appa jumpa kamu sekarang ni pun sebab Eomma kamu yang rancang...dia cuba bagi kita masa Changbin.",jelas Doktor Seo.

"Arasseo.....baguslah sebab korang buat semua ni tanpa pengetahuan Changbin.Korang tak terfikir ke perkara ni akan guriskan hati Changbin...anak korang sendiri.Sudahlah Appa....Changbin nak keluar.",Changbin sudah turun dari katilnya.

Doktor Seo yang risau dengan keadaan Changbin yang nampak sedikit pucat itu tak sempat menghalang bila anaknya itu terlebih dulu rebahkan diri di depan pintu.

"CHANGBIN-AAH",Doktor Seo berlari mendapatkan Changbin.Telefon dikeluarkan dari poket jubah doktor yang dipakai lalu menelefon anak buahnya.

"Datang ke Wad 11 sekarang....URGENT!",telefon disimpan semula.Doktor Seo memapah Changbin ke katilnya semula.

Doktor Seo menyambung wayar yang sudah tersedia di dalam bilik itu ke badan Changbin untuk bacaan nadi.Tak lama kemudian,beberapa orang jururawat masuk ke bilik itu membawa alatan yang lain.

❃❃❃

Puan Kang bergegas ke hospital sebaik saja Doktor Seo menelefonnya memberitahu keadaan Changbin.Felix dan Puan Yoo turut ke hospital bila dimaklumkan jirannya.

Felix membisu sepanjang perjalanan ke hospital memikirkan keadaan kawan baiknya.Dia tak berhenti berdoa di dalam hatinya supaya Changbin dalam keadaan yang baik.

Di hospital,

Tibanya mereka di sana,Doktor Seo baru keluar dari bilik Changbin.Puan Kang segera berlari ke arah bekas suaminya itu.

"Changbin okay kan?",soalan pertama yang keluar dari mulut Puan Kang.Doktor Seo tak menjawab,pandangannya juga ditundukkan.

"Ikut saya ke pejabat sekarang..",balas Doktor Seo lalu menarik tangan wanita itu.

Sebaik sahaja kelibat dua orang itu semakin menjauh,Felix terlebih dulu meluru masuk ke dalam bilik dan langkahnya terhenti sebelum sempat menuju ke katil.

"Changbin-aaaah......ap...apa semua ni...",suaranya sudah tersekat-sekat melihat sekujur tubuh yang sudah ditutupi selimut itu.

"BINNIEEE!!!!! YAAHHH...IREONAAAAA!!!!!",Felix sudah teresak-esak di sisi Changbin.Tangan Changbin digenggam erat.

"Felix.....",Felix mengangkat muka perlahan bila namanya dipanggil dan Changbin sedang tersenyum melihat dirinya dari belakang.

Felix terbangun dari tidurnya.Dia melihat jam yang  menunjukkan hari sudah malam.Dia meraut mukanya bila mendapat tahu itu semua hanyalah mainan mimpi.

Sekali lagi dia terkejut bila pintu biliknya diketuk.Puan Yoo membuka pintu itu.

"Felix...kita ke hospital sekarang...Changbin pengsan.",beritahu Puan Yoo dan perkara itu membuatkan jantungnya berdegup laju memandangkan dia baru saja mengalami mimpi buruk tentang kawan baiknya itu.Felix segera turun dari katil untuk ke hospital.

Sehari sudah gue cuti....apa pun enjoy ye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro