Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀2

Keesokan harinya,

Changbin dan Felix masuk ke dalam bas untuk ke sekolah.Pagi itu agak ramai penumpang.Mujurlah masih ada tempat duduk yang kosong untuk mereka berdua.

Bas berhenti di satu hentian dan seorang wanita yang sedang mengandung masuk.Namun dia terpaksa berdiri kerana tempat duduk sudah penuh.Felix yang melihat keadaan itu,bangun dari tempat duduknya supaya wanita tadi boleh duduk di tempatnya.Changbin yang melihat kelakuan Felix,tersenyum bangga.

Kemudian seorang lelaki tua pula masuk dan kali ini Changbin pula memberi tempat duduk malangnya lelaki tua itu tak perasan dan mengambil tempat di depan.Changbin memuncungkan mulutnya dan dia membuat keputusan untuk berdiri di sebelah Felix.

"Changbin...cuba kau tengok lelaki tu..lain macam lah.",kata Felix separuh berbisik dan Changbin memandang ke arah lelaki yang dimaksudkan Felix.

Lelaki asing itu berdiri di tepi pelajar perempuan dan tangannya seperti mahu meraba belakang pelajar itu.Changbin yang melihat itu,terus menyerang lelaki tadi.

"YAHH....BYUNTAE!! BERANI KAU RABA BUDAK SEKOLAH HA?!",Changbin menarik tangan lelaki itu dengan kasar.Pelajar perempuan itu menoleh ke belakang dan terkejut.

"Mirae?",terkejut Changbin bila pelajar itu ialah Mirae dan itu juga menambahkan lagi kemarahannya.

"Ahjussi...berhenti kat hentian bas seterusnya.",pinta Changbin.Dan pemandu itu pun menghentikan bas di hentian seterusnya.Changbin mengheret lelaki tadi keluar bersamanya.Mirae dan Felix juga mengikut langkah Changbin.

"Mirae...kwaenchana? Jantan ni..eyyy",Changbin menarik kolar lelaki tadi.Geram pula bila melihat muka lelaki itu.Felix hanya menjadi pemerhati kawannya itu.

"Jom pergi balai polis.",ajak Changbin.Tangannya masih tak lepas kolar baju lelaki itu.Terhuyung-hayang dibuatnya.

Di balai polis,

Polis yang bertugas sedang menyiapkan laporan Changbin.Mirae pula hanya mendiamkan diri di kerusi menunggu.Nasib baiklah Changbin sempat menyelamatkannya.

"Tuan...saya tak salah tuan...budak mentah ni buat tuduhan palsu..tuan tolonglah tuan...kalau saya masuk penjara,siapa nak bagi makan isteri dengan anak saya tuan.",lelaki tadi merayu dengan bersungguh.

"Anak isteri konon...dah ada isteri tu buat lah cara ada isteri..BYUNTAEE!!",jerit Changbin.Polis yang bertugas itu menggaru kepalanya melihat pergaduhan itu.

"Siapa suruh dia pakai skirt pendek macam tu..aku masa sekolah dulu pun tak pernah jumpa perempuan pakai macam tu.",kata lelaki itu tanpa menyedari yang dia juga memberi pengakuan.

Satu tumbukan hinggap di pipi lelaki tadi.Felix terpaksa menenangkan Changbin ketika itu.Kalau dibiarkan,lunyai kat situ juga lelaki tadi.

"Betul apa yang kawan saya bagitau tu Tuan.Dia cuba pegang saya.",Mirae bersuara.Dan polis itu mengangguk faham.

Selesai membuat laporan,mereka bertiga beredar dari situ dan menuju ke sekolah.

❃❃❃

Habis waktu persekolahan,Felix singgah di rumah Changbin yang bersebelahan rumahnya.Bukan mereka saja yang rapat,malah ibu Felix dan ibu Changbin juga merupakan kawan baik.

"Changbin-aaaah..ada kawan datang ni!",jerit ibu Changbin.Mereka berdua terperanjat bila ibunya membuka pintu secara tiba-tiba.

"Kawan datang tu...perempuan.",beritahu ibunya lagi.Changbin memandang Felix hairan.Perempuan?

"Mirae nama dia..Eomma suruh dia masuk ye..",ibunya meninggalkan bilik anaknya itu.

Changbin dan Felix pun keluar dari bilik menuju ke ruang tamu untuk berjumpa Mirae.

"Mirae...macam mana awak tahu rumah saya?",tanya Changbin.Seingatnya,dia tak pernah memberitahu Mirae alamat rumahnya.

"Pada surat laporan tu ada alamat awak...jadi saya datanglah sebab nak ucap terima kasih sekali lagi...ni saya bawak sikit makanan.",jawab Mirae.Tangannya memegang beg kertas.Changbin hanya mengangguk faham lalu menyuruh Mirae duduk di sofa rumahnya.

"Susah-susah je awak datang rumah saya...komawo bawak makanan.",ucap Changbin.Felix sudah mengambil sepotong kek coklat yang dibawa Mirae itu.

"SEDAPNYAAA!!!!!",puji Changbin.Mulutnya juga comot kerana makan kek itu.Felix tersenyum kecil.Mirae pula sudah malu-malu di tempatnya.

"Awak buat sendiri ke?",tanya Changbin lagi.Tangannya mengambil sepotong kek lagi.Mirae mengangguk.

"Komawo....saya belajar dengan Eomma saya buat kek...ni pun first time saya buat.Tak sangka pulak menjadi.",ujar Mirae.Pandangannya ditundukkan kerana malu.

"FIRST TIMEEE??DAEBAKK",Changbin menunjukkan ibu jarinya.Kek yang dibawa itu juga sudah tinggal separuh.

"Aku nak balik ni..Eomma dah balik tu.",Felix bangun dari tempat duduknya.

"Ha? Awak nak balik dah...kalau macam tu saya nak balik jugaklah.",Mirae sudah bangun dari tempatnya.Tak selesa pula bila tinggal berdua saja dengan Changbin.

Mirae minat Felix ke?

Changbin bermonolog sambil memerhati dua orang di depannya.Memang sesuai Felix dengan Mirae.Dengan ketinggian mereka itu juga menambahkan lagi kecomelan pasangan itu.

Changbin menghantar mereka berdua sampai ke pintu depan dan hanya memerhati Felix dan Mirae dari situ sambil kepalanya ligat memikirkan cara untuk menyatukan mereka berdua.

❃❃❃

Di sekolah,

Mirae datang awal pagi itu kerana malas nak bersesak dengan orang ramai.Tambahan lagi dia takut perkara yang sama berulang jadi dia mengambil langkah berjaga-jaga.

Kelas masih kosong dan Mirae membuat keputusan untuk membersihkan kelasnya yang agak bersepah itu.Selang beberapa minit,pelajar lain mula datang dan terkejut dengan keadaan kelas yang lebih bersih dari sebelumnya.

"Wow...Mirae...rajin betul awak.Calon isteri ni.",usik Hongjoong.Mirae hanya tergelak mendengar gurauan lelaki itu.

"Tak adalah...sikit je ni.",balasnya lalu kembali ke tempat duduk.Kedengaran riuh dari luar kelas dengan suara pelajar perempuan menjerit kecil.

Di luar kelas,

Changbin menutup telinganya kerana bingit dengan suara pelajar perempuan yang hari-hari meroyan setiap kali Felix tunjukkan batang hidung.Felix pula hanya mengabaikan semua itu tanpa sebarang masalah.

"Bisinglah diorang ni..naik serabut aku walaupun bukan aku yang diorang suka.",bebel Changbin.Dia meneruskan langkahnya menuju ke kelas meninggalkan Felix di belakang.

Dia sudah melangkah masuk namun keluar semula dari kelas itu.Perbuatannya itu membuatkan Felix terlanggar belakangnya.

"Tengok...aku sampai salah kelas sebabkan benda ni.",marah Changbin.Langkahnya terhenti bila beg galasnya ditarik Felix.

"Betul lah ni kelas kita...mimpi ke kau ni?",kata Felix sebelum melangkah masuk.Changbin melihat nama kelas dan dia terkejut.Terkejut kerana kelasnya itu nampak bersih dari biasa.Bila ternampak Mirae,barulah dia sedar yang itu memang kelasnya.

"Lupa kelas sendiri ke Bro?",ejek Hongjoong.Changbin menjelirkan lidahnya.

"Mirae yang bersihkan...rajin kan dia..",beritahu Hongjoong.Changbin yang baru melabuhkan punggung,serta merta menoleh ke belakang mengadap Mirae.

"Untunglah siapa yang dapat Mirae..",sengaja Changbin berkata begitu untuk menarik perhatian Felix namun usahanya sia-sia bila kawan baiknya itu membaca buku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.Muka Mirae sudah kemerahan bila dipuji begitu.

Habis waktu sekolah,Mirae terlebih dulu balik dari Changbin dan Felix.Sebenarnya mereka merancang untuk balik bersama namun tergendala kerana Felix tiba-tiba menghilang.

Melilau mata Changbin mencari kelibat Felix.Hampir setiap blok dia mencari namun tak jumpa.Kebetulan dia lalu di kelas hujung dan terdengar perbualan dari dalam kelas itu.

"Mianhae...saya tak suka awak.",Changbin mengintai di sebalik tingkap.Rupanya itu suara Felix dan seorang pelajar perempuan dari kelas lain.

"Macam mana kalau Mirae yang confess...lepas tu dia tolak macam tu..tak boleh jadi...aku kena pujuk dia terima Mirae.",Changbin cakap bersendirian.

"Ta..pii---",gadis itu mula menangis kerana cintanya ditolak.Changbin pun memanggil Felix.Kawannya itu bukan pandai memujuk orang.

"Felix...jom balik.",ajak Changbin dan Felix mengangguk lalu menyandang beg galasnya.

"Mianhae...",ucap Felix buat kali terakhir dan bayangnya menghilang dari pandangan.

❃❃❃

Petang itu,Mirae membuat brownies pula.Selesai saja kerja sekolah yang diberikan,dia turun ke dapur untuk menyiapkan bahan.Puan Shin turut membantu anaknya itu.

"Nak bagi siapa brownies ni? Kawan?", tanya Puan Shin.Mirae mengangguk sambil mengambil loyang yang bersesuaian.

"Mirae nak keluar petang ni...boleh kan sebab nak bagi brownies.Kalau Eomaa tak izinkan,Mirae buat untuk rumah jelah.",ujarnya.

"Pergi jelah...tapi balik cepat tau.",pesan Puan Shin.

Sementara menunggu brownies siap,Mirae menghantar mesej kepada Changbin untuk ajaknya berjumpa di taman.

Di taman,

Changbin mencari Mirae di taman itu.Disebabkan agak ramai orang bersenam pada petang itu,agak susah untuk mencari gadis itu.

"Changbin-aa...sini..", Mirae melambaikan tangannya sebaik Changbin dan Felix tiba di taman itu.
Senyuman yang terukir di bibir Mirae perlahan-lahan menghilang.Dia menyangka yang Changbin akan datang bersendirian sebaliknya bersama Felix.

"Annyeong...kenapa awak ajak saya jumpa?", tanya Changbin.Dia hairan sebenarnya bila Mirae mengajaknya untuk berjumpa.

"Anni....saya cuma nak bagi brownies je sebab ada lebih.Lagipun saya tak tahu nak bagi siapa.",jelas Mirae walaupun itu bukan niatnya sebenar.Changbin mengangguk faham.

Mirae memandang Changbin yang sedang menikmati brownies yang dibawanya.Changbin yang perasan dengan tindakan Mirae,merenungnya.Serta merta muka Mirae kemerahan.

"Kenapa muka awak merah?",tanya Changbin polos.Felix mengeluh kecil melihat kebodohan Changbin yang abadi itu.

"Kau tenung dia macam tu...memanglah.Duduk diam-diam boleh tak.", marah Felix.Dia pula yang tak selesa bila Changbin merenung Mirae begitu.

Okay....ni masa yang sesuai untuk diorang berkenalan.

"Aku nak ke tandas kejap...korang borak-boraklah dulu.",Changbin meninggalkan Felix dan Mirae berduaan.

Namun apa yang Changbin harapkan tak berlaku.Masing-masing mendiamkan diri.

"Awak ada adik-beradik ke?", Mirae mulakan perbualan.Sebenarnya dia mahu menunggu Changbin datang semula,tapi lama pula lelaki itu menghilang.

"Ada...saya ada Noona,tapi dia tak ada kat Korea sebab study kat Australia.", jawab Felix dan suasana kembali sunyi.Changbin yang memerhati dari jauh tersenyum gembira tanpa mengetahui perkara yang terjadi.

Jangan lupa vote ye...



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro