❀18
"Annyeonghasayeo,Kang Ye Won.",doktor itu memusingkan kerusinya.
Mata Puan Kang terbeliak sebaik doktor itu menyapa.
"Seo Youngjoo?",wanita masih tak percaya di depannya sekarang ialah bekas suaminya dulu.
"Ye saya....apa khabar?",Doktor Seo menyapa semula.Buat masa sekarang,dia hanya akan bertugas sebagai seorang doktor.
"Apa yang awak buat kat sini? Bukan awak dah pindah ke luar negara ke?",tanya Puan Kang lagi.Dia masih tak percaya yang bekas suaminya itu merawat Changbin selama ini.
"Sekarang ni saya tak nak awak ungkit pasal kisah silam kita...dan bincang tentang anak kita.Boleh?",kata Doktor Seo.
"Kalau itu yang awak nak...saya pun tak boleh nak cakap apa...macam mana awak boleh jadi doktor pakar kat sini?",soal Puan Kang.
"Saya baru transfer ke hospital ni...dan bila saya dapat nama pesakit,saya terkejut.Saya fikir yang dia orang lain.Bila saya tengok maklumat dia,barulah saya tahu yang tu ialah Changbin yang saya kenal.",jelas Doktor Seo.
Puan Kang hanya mendiamkan diri.Dia juga tak boleh menghalang kerana Changbin juga ialah anak bekas suaminya.Sekarang dia akan tumpukan perhatian pada kesihatan anaknya.
"Awak tahu kan tentang penyakit Changbin....saya harap awak boleh sabar dengan semua ni.",ujar Doktor Seo lagi.Puan Kang mengangguk tanda mengiyakan.
❃❃❃
Mirae kembali semula ke bilik itu selepas membersihkan bekas makanan tadi.Felix sudah tertidur di sofa yang disediakan dalam bilik itu.Mungkin dia kekurangan tidur malam tadi kerana menjaga Changbin.
"Mirae...nak jalan-jalan.",pinta Changbin.Dia sudah kebosanan terperap dalam bilik itu seharian.
"Changbin nak keluar pergi jalan-jalan?",tanya Puan Yoo yang masih berada dalam bilik itu.
"Bolehlah Eommeoni...kejap je,bosan ni.",rayu Changbin dengan harapan wanita itu memberi keizinan.
"Yelah tu bosan....padahal nak dating. 15 minit je Eommeoni bagi...kejap lagi Eomma kamu datang,tengok kamu tak ada pulak.",akhirnya Puan Yoo memberi keizinan.Kesian pula melihat Changbin.
"Yeay.... kamsahabnida Eommeoni.",Changbin sudah tersenyum lebar.Dia segera turun dari katil untuk berjalan-jalan dengan Mirae di taman.
"Pergi dulu,Ahjumma.",ucap Mirae sebelum keluar dari situ.
❃❃❃
Changbin memegang tangan Mirae sambil berjalan-jalan di taman itu.Petang itu,agak ramai pelawat yang berada di situ.
"Mirae....komawo sebab selalu ada kat sisi saya setiap kali saya sakit.",Changbin memulakan perbualan.
"Tak ada masalah pun awak....awak tahu kan yang saya tak akan tinggalkan awak.",balas Mirae.Tiba-tiba dia berasa sedih bila berkata begitu.
"Saya tahu....tapi saya yang akan tinggalkan awak Mirae...awak tahu kan? Jadi saya tak nak awak terlalu berharap pada saya sebab nanti awak yang terpaksa tanggung semua tu.",pesan Changbin.
Mirae membisu tak menjawab apa-apa.Dia sudah tak tahu nak cakap apa lagi selepas mendengar kata-kata Changbin itu.Kenapa peluangnya untuk bersama lelaki itu sekejap saja?
"Saya tahu.....sebab itu saya kata yang saya tak akan tinggalkan awak sampailah awak yang tinggalkan saya.Ingat tu.",Mirae menjawab selepas diam beberapa saat.
"Awak...saya nak ke tandas sekejap.Tunggu sini tau,jangan pergi mana-mana.",Mirae bangun dari bangku itu.Changbin hanya mengangguk.
Di tandas,
Mirae tak dapat lagi menahan tangisan yang ditahan dari tadi.Dia tak sanggup membayangkan yang lelaki dicintainya akan pergi buat selamanya.Pertemuan dengan Changbin merupakan perkara terindah yang pernah berlaku dalam hidupnya.
Mirae melihat dirinya melalui cermin.Dia tak boleh kelihatan sedang bersedih bila bersama Changbin memandangkan perkara itu akan melukakan hati lelaki itu.
"Mianhae Changbin....saya tetap akan berharap pada awak.",katanya sendirian lalu beredar dari tandas.
Matanya melilau mencari kelibat Changbin.Dia sudah berpesan kepada lelaki itu untuk menunggunya di situ tetapi kini Changbin sudah tiada di bangku tadi.
"Binnie...awak pergi mana tadi,risau saya.",kata Mirae sebaik ternampak Changbin yang berada di hadapan kolam ikan.
"Mirae....awak buat apa kat sini?",tanya Changbin sambil tersenyum mesra.
"Buat apa? Saya kan pergi tandas tadi.",jawab Mirae bila Changbin bertanya begitu.
"Ouh....awak nak jumpa Felix ke? Dia pergi beli air tadi.Duduklah dulu.",pelawa Changbin.Mirae hanya mengikut gerak geri lelaki itu.
"Kalau awak nak tahu....Felix pun pandai buat brownies.", tiba-tiba Changbin bercerita tentang kawannya.
"Ha? Apa yang awak cakap ni.",Mirae masih keliru dengan perkara yang berlaku sekarang.
"Lepas tu...Felix suka perempuan yang baik,sopan...macam awak.",sambung Changbin lagi.
Mirae baru tersedar yang Changbin sekarang terperangkap dalam ingatan lepas dan sebab itu jugalah,Changbin mengulang semula kenangan semasa mereka di taman iaitu sebelum mereka mulakan hubungan mereka berdua.
"Mirae..Kenapa awak menangis?",tanya Changbin tanpa tahu apa-apa.Mirae mengelap airmatanya yang makin laju mengalir.
"Err...tak,tadi ada habuk masuk.Awak sambung jelah cerita awak tadi.",Mirae terpaksa menipu kali itu.
"Felix tu baik sebenarnya...cuma dia tak pandai sangat nak bergaul.Kalau awak kenal dengan dia,mesti awak akan rapat.",sambung Changbin.
"Wah....mesti awak sayangkan Felix kan?",Mirae hanya melayan kerenah Changbin.Lelaki itu hanya tersenyum bila Mirae bertanya begitu.
"Mestilah sayang....dia dah macam adik saya sendiri.",jawab Changbin dengan bersungguh.
"Tapi awak tahu kan....yang saya cintakan awak...bukan Felix.",luah Mirae.Dia tak akan mengulangi kesalahan yang sama seperti lepas.Changbin terdiam lalu memandang muka Mirae.
"A..apa yang awak cakap?",tanya Changbin minta kepastian.Dia pasti yang dirinya tersalah dengar.
"Saranghae Binnie...",ulang Mirae. Changbin mengelip-ngelipkan matanya tanda tak percaya.
"Jjinja? F....Felix macam mana?",tanya Changbin lagi.
Akibat terlalu sedih,Mirae memeluk Changbin di situ juga.Dia tak dapat lagi menahan dirinya dari berbuat demikian.Makin lama ditahan,makin sakit hatinya.
"Saranghae Binnie.....saya tak nak awak tinggalkan saya lagi....saya belum puas luangkan masa dengan awak....please...janji dengan saya yang awak tak akan tinggalkan saya.",rintih Mirae.
Changbin tercengang bila Mirae tiba-tiba memeluk dirinya.Dia mengusap perlahan rambut gadis itu.
"Uljima....saya tak akan tinggalkan awak....lagipun saya tak pergi mana-mana pun.Dah jangan sedih-sedih,saya tak suka tengok awak macam ni.",pujuk Changbin tanpa ingat sedikit pun tentang kesihatan dirinya sekarang.
Mendengarkan itu,membuatkan tangisan Mirae bertambah kuat.Segala kesedihan yang disimpannya,dilepaskan ketika itu juga.Biarlah orang sekeliling memandang mereka,dia sudah tak kisah dengan semua itu.
Mirae meleraikan pelukan tadi.Matanya sudah sembap akibat terlalu lama menangis.Dia melihat jam di tangannya.Lagi 5 minit sebelum mereka berdua balik ke bilik semula.
"Dahlah....jom balik,nanti Eomma awak tunggu pulak.",ajak Mirae lalu menarik tangan Changbin.
Changbin yang masih keliru dengan kata-kata Mirae,hanya mengikut langkah gadis itu tanpa banyak soal.
❃❃❃
Sebaik keluar dari lif,Changbin melihat sekeliling,dan barulah ingatannya kembali semula.Tangan yang dipegang Mirae,dilepaskan.
"Wae-yo?",tanya Mirae bila Changbin tak berganjak dari tempatnya.
Changbin cuba untuk berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku,tetapi lakonannya itu dapat dikesan Mirae.
"Binnie.....",panggil Mirae lembut.Changbin memandang tepat mata gadis di depannya.
"Mianhae Mirae.....tapi saya tak nak awak percaya dengan janji saya sebab saya tetap akan tinggalkan awak.",Changbin bersuara.
Mirae hanya tersenyum tawar.Dia membuat keputusan untuk mengabaikan kata-kata Changbin lalu menarik semula tangan lelaki itu.
"I don't even care,Binnie.....walaupun saya tahu awak akan tinggalkan saya,saya tetap tak akan pergi....I mean it.",jawab Mirae.
❃❃❃
Pintu bilik diketuk lalu Mirae masuk ke dalam bilik itu diikuti Changbin.Felix dan Puan Yoo sudah pulang terlebih dulu memandangkan hanya Puan Kang yang berada di dalam bilik.
"Binnie pergi mana? Tau tak Eomma risau bila masuk bilik,kamu tak ada dalam bilik....lain kali nak pergi mana-mana bagitahu Eomma dulu.",marah Puan Kang.
"Joesonghabnida Eommeoni....saya bawa Changbin pergi taman tadi.Lagipun Ahjumma tau yang kiteorang pergi sana.",Mirae menjelaskan perkara sebenar.
"Ahjumma tu Eomma Changbin ke? Sesuka hati biarkan Changbin merayau-rayau.Kalau sakit tiba-tiba macam mana? Kamu nak bertanggungjawab?",Mirae turut terkena tempiasnya.
"Changbin yang ajak dia Eomma...jangan marah Mirae,marah Changbin.",anaknya mencelah.
"Bukan Eomma nak marah tak tentu pasal,tapi Ah Rin bagitahu Eomma yang kamu dah keluar lama...sebab tu Eomma risau.",Puan Kang menurunkan suaranya bila Changbin masuk campur.
"Joesonghabnida Eommeoni....lain kali Mirae akan hati-hati.",Mirae menundukkan kepalanya sebagai tanda minta maaf.
"Anni....kamu tak salah...Eommeoni terlalu ikut perasaan.",Puan Kang menepuk bahu Mirae lembut.
Changbin duduk di katilnya bila pandangan mula menjadi kabur.Dia perlahan-lahan melangkah ke sana risau dua orang lagi perasan dengan keadaannya.
"Eomma...Changbin penat,nak tidur.Eomma nak pergi mana-mana,pergilah.",arah Changbin.
"Arasseo....Mirae dah makan? Kalau belum kita pergi makan sama-sama sementara Changbin nak rehat ni.",pelawa Puan Kang.Rasa bersalah pula bila termarah gadis itu tadi.
"Eoh....boleh je... kamsahabnida sebab sudi ajak saya.",kata Mirae sopan.Puan Kang tersenyum.
"Eomma pergi sekejap ye...kalau ada apa-apa,Changbin tekan butang kecemasan tu...jangan nak tahan sorang-sorang.",pesan Puan Kang sebelum meninggalkan Changbin.
Changbin hanya mengangguk kecil tanpa menoleh ke arah ibunya dan Mirae.Tangannya sudah menggenggam kuat selimut menahan sakit.
I'm back....sendu nya malam ni😌
Ah Rin tu mak si Felix tu ye jngn keliru pulak
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro