Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀16

Changbin keluar dari biliknya untuk berbual dengan Puan Kang di ruang tamu.Felix dan Mirae pula sudah balik ke rumah masing-masing petang tadi.

"Eomma....",panggil Changbin manja.Puan Kang tersenyum bila anak lelakinya duduk di sebelah lalu memeluknya.

"Changbin nak apa-apa ke? Eomma boleh buatkan.",tanya Puan Kang.Dia pasti yang anaknya itu takkan keluar dari bilik tanpa sebab.

"Eomma tak ingat dah ke apa yang Changbin cakap masa kat hospital haritu?",mulutnya sudah mencebik.Puan cuba mengingat semula lantas air mukanya berubah.

"Changbin....bukan Eomma tak nak Changbin jumpa dengan Appa...cumanya...takut apa-apa berlaku pada Changbin.",jelas Puan Kang.

"Eomma...Binnie dah besar sekarang.Lagipun perkara tu dah lama berlaku.Eomma...jebal.Binnie nak jumpa Appa sebelum Binnie mati.",rayu Changbin.

Dia tahu yang ibunya bercerai dengan ayahnya 13 tahun lepas.Sejak kakaknya meninggal dunia,ayahnya seperti tak boleh terima kenyataan dan selalu mabuk setiap kali balik rumah.Dan disebabkan itu juga,ayahnya akan memukul Changbin dan ibunya tanpa sedar.Kerana tak tahan dengan sikap ayahnya,Puan Kang membuat keputusan untuk bercerai dan sejak itu juga,Changbin terputus hubungan dengan ayahnya manakala Puan Kang seorang saja yang tahu keberadaan bekas suaminya itu.

"Tengoklah macam mana Binnie...Eomma tak janji.",jawab Puan Kang.

Mendengarkan jawapan ibunya,Changbin melepaskan pelukan lalu naik ke biliknya.Dari dulu lagi dia bertanya tentang ayahnya namun Puan Kang akan cuba mencari alasan untuk menghalang dari berjumpa dengan ayah kandungnya.

"Kalau Eomma tak nak bagi,Changbin boleh cari Appa sendiri.",katanya sendirian.Dia bertekad untuk berjumpa ayahnya.

❃❃❃

Felix menunggu Changbin di depan rumahnya untuk ke sekolah bersama-sama.Pagi itu,Changbin akan menjalani peperiksaan akhir yang tertangguh.

"Dah ready nak exam?",tanya Felix sebaik saja kawan baiknya berjalan beriringan.

"Aku tak ambik exam Lix.",beritahu Changbin.Tiada nada gurauan dalam percakapannya pagi itu.

"Wae?",tanya Felix kehairanan.Baru semalam lelaki itu berbual pasal peperiksaan tapi hari ini lain pula yang terjadi.

"Sia-sia aku ambik exam...bukan aku sempat pun nak sambung belajar.Sebab tu lah aku tak nak ambik exam.",jawabnya.Sedikit pun dia tak memandang muka Felix.

"Sebab itu je? Saem dah tahu pasal ni?",tanya Felix lagi.Changbin menggeleng.

"Nanti aku jumpa dengan Kim Seonsaengnim.Kau tak payahlah risau.",kali ini Changbin memandang muka kawan baiknya itu.

"Arasseo...aku tak boleh paksa kau.",jawab Felix lalu tersenyum.Dia menghormati keputusan yang diambil  Changbin.

❃❃❃

Di bilik guru,

Changbin menunggu Cikgu Heechul memanggilnya masuk pejabat.Tak lama kemudian,kedengaran suara dari dalam menyuruhnya masuk.

"Eoh Changbin....kenapa nak jumpa saya?",tanya Cikgu Heechul mesra.

"Saem...saya tak ambik exam hari ni.",beritahunya tanpa ragu-ragu.Cikgu Heechul agak terkejut mendengarkan itu.

"Wae...ada apa-apa masalah yang saya tak tahu?",soalnya lagi.

"Tak ada sebab....cuma saya tak nak ambik je.",jawab Changbin.Dia tak akan memberitahu tentang penyakitnya yang sebenar.Biarlah guru kelasnya itu tahu sendiri.

"Awak tahu kan....kalau awak tak ambik exam,awak tak boleh sambung belajar kat mana-mana universiti ataupun kolej.Awak pasti ke pasal ni?",Cikgu Heechul meminta kepastian dan Changbin mengangguk.

"Joesonghabnida Seonsaengnim....saya pergi dulu.",Changbin mengakhiri kata lalu pergi dari bilik guru.

❃❃❃

"Changbin....kau diet ke? Kuruslah aku nampak...sharelahh tips diet.",tegur Wooyoung.

"Kau nak kurus?",tanya Changbin semula dan Wooyoung mengangguk.

"Memang sah kau gila....badan kau dah kurus kot..nak macam mana lagi.Kalau aku dapat tahu kau diet,aku cekik kau.",pesan Changbin.Hongjoong tertawa mendengar ugutan Changbin.

"Binnie...jaga pemakanan.Aku rindu pipi chubby kau.",ujar Felix lalu mencucuk pipi kawannya itu.Berkerut muka Changbin kerana perbuatan Felix.

"Lix....Mirae jealous tu...tak apalah Mirae,awak cubit pipi saya je.",usik Hongjoong lalu tertawa bila Changbin membuat gaya penumbuk.

"Awak bawak ubat tak? Lepas ni kan waktu rehat.",tanya Mirae.

"Bawak...ada dalam beg tu..don't worry..",jawab Changbin.

"Hebat kau speaking.",perli Felix.Changbin menjeling.

❃❃❃

Seorang lelaki menunggu di depan sekolah menengah itu.Dia melihat jam tangannya menunggu loceng terakhir berbunyi.

Semua pelajar berpusu-pusu keluar bila loceng terakhir berbunyi.Lelaki tadi sembunyikan dirinya di sebalik pokok.Matanya mencari kelibat yang mahu dijumpanya.

Dia mengambil langkah lalu menarik lengan salah seorang pelajar lelaki yang baru keluar dari pagar itu.

"Binnie...ingat Appa?",tanya lelaki itu.Changbin terkejut bila soalan itu ditanya.Felix menarik semula tangan kawannya.

"Joesonghabnida Ahjussi....ada apa-apa yang boleh saya bantu?",tanya Felix sopan.Changbin masih terdiam.

"A...Ap..Appa?",soal Changbin tak percaya.Dia tak menyangka yang ayah kandungnya itu mencarinya.Felix dan Mirae juga terkejut bila Changbin mengenali lelaki asing itu.

"Binnie...Appa awak ke ni?",tanya Mirae.

"Mianhae Binnie....ni nombor Appa.Nanti Binnie call Appa ye...jangan bagitahu Eomma kamu pasal ni.",lelaki itu pergi dari situ.

"Betul ke tu Appa kau...mana tahu menyamar ke...kau jangan percaya terus.",Felix mengingatkan.Mirae mengangguk setuju.

"Anni....dia memang Appa aku...tapi macam mana dia boleh jumpa aku?",Changbin masih keliru dengan apa yang terjadi.

"Eommeoni bagitahu kot?",Mirae meneka tetapi Changbin menggeleng.

"Tak...Eomma tak tahu sebab tu Appa tak bagi saya beritahu Eomma.",jawab Changbin.

"Dahlah...jom balik.",ajak Changbin.Malas dia nak berpandangan di situ.Felix dan Mirae hanya mengikut kehendak kawannya itu.

❃❃❃

"Eomma...Changbin dah balik.",katanya sebaik melangkah masuk.Puan Kang hanya memandang anaknya.

"Changbin...kenapa tak bagitahu Eomma pasal exam tu?",tanya Puan Kang.Betapa terkejutnya bila guru kelas anaknya menelefon pagi tadi memaklumkan tentang peperiksaan akhir yang dibatalkan.

"Eomma....semua tu tak penting.",jawab Changbin.Dia baru saja balik dan ibunya terus bertanya.

"Apa yang tak penting Changbin? Exam tu untuk tengok kelulusan kamu dari sekolah.Kalau Changbin tak ambik,macam mana nak tahu semua tu?",marah Puan Kang.

"Entah sempat ke tak Changbin nak tahu semua tu.",balas Changbin lagi.

"Kenapa cakap macam tu? Sekurang-kurangnya,bincang dengan Eomma pasal ni.Tau tak Kim Seonsaengnim call Eomma pagi tadi.",tambah Puan Kang lagi.

"Masa Eomma bercerai dengan Appa dulu,ada ke Eomma bagitahu Changbin? Setiap kali Changbin tanya Appa,mesti Eomma cakap yang Appa pergi kerja.Bila Changbin umur 10 tahun,baru Eomma bagitahu perkara sebenar.",jawab Changbin.Dia sedar yang sekarang dirinya lebih sensitif dari dulu.

"Apa kaitan semua ni dengan exam? Eomma ada sebab kenapa Eomma bercerai dengan Appa.",Puan Kang masih bersuara.

"Kalau macam tu samalah dengan Changbin.Changbin buat semua ni ada sebab Eomma.....dan Eomma pun tahu yang Changbin tak sempat pun nak sambung belajar.....kenapa itu pun Eomma tak faham.Sepatutnya Eomma sokong keputusan Changbin bukan mendesak.Exam tu bukan boleh buat Changbin hidup lama pun.",panjang lebar dia menjawab.

Air matanya juga sudah mengalir.Dia fikir yang ibunya akan lebih fikirkan kesihatan dirinya dari peperiksaan akhirnya.Puan Kang terdiam.

"Mianhae Eomma....tapi Changbin tak nak ambik exam tu dan Eomma tak boleh nak paksa.",kata Changbin lalu berlari ke biliknya.

Puan Kang terduduk di sofa rumahnya.Rambutnya diraut kasar.Kenapa dia terlalu ikutkan emosinya tanpa memikirkan perasaan anaknya itu.

Changbin mengeluarkan kertas yang tertulis nombor telefon lelaki yang mengaku sebagai ayahnya tadi.

"Kenapa Eomma tak faham Binnie.....Binnie buat semua ni sebab tak nak susahkan Eomma...",dia merintih sendirian.Kertas tadi digenggamnya.

Dia tahu yang ibunya terpaksa membayar peperiksaan akhirnya itu mengikut subjek.Dan perkara itu membuatkan dia tak nak mengambil peperiksaan akhir demi ibunya.Dengan kos rawatannya lagi,dia pasti yang ibunya akan terbeban.

❃❃❃

"Changbin.....turun makan.",panggil Puan Kang dari luar memandangkan pintu bilik anaknya dikunci dari dalam.

Changbin yang mendengarkan suara ibunya dari luar terpaksa mendiamkan diri.Sejak dia balik dari sekolah tadi,kepalanya terasa pening semula dan disebabkan itu dia hanya berkurung dalam bilik.

"Changbin.....dengar tak Eomma panggil ni?",tanya Puan Kang bila anaknya tak menyahut.

Changbin memukul perlahan kepalanya menahan sakit.Dengan pandangan yang semakin kabur,dia tak boleh nak bangun dari katilnya melainkan kekal di situ.

Puan Kang mengambil kunci tambahan lalu membuka pintu bilik bila anaknya tak menjawab dari tadi.

"Binnie!! Jangan buat macam ni...",Puan Kang menarik tangan Changbin dari memukul kepalanya sendiri.Perkara itu sangat berbahaya kalau dibiarkan.

"Sakit Eomma..", rintihnya perlahan.

"Binnie!! Dengar cakap Eomma!",wanita itu masih menahan tangan Changbin yang masih memukul kepalanya itu.Lama kelamaan,suara Changbin tak kedengaran.Tangannya juga sudah jatuh ke lantai.

"Changbin.....Changbin...",Puan Kang menggerakkan badan anaknya namun tiada respon.

Puan Kang segera mencapai telefon Changbin yang berada di atas katil lalu menelefon Felix.

"Felix...ajak Eomma kamu pergi hospital sekarang...Cha...Changbin pengsan...tolong Eommeoni..", teresak-esak Puan Kang beritahu.

"Binnie...mianhae,jangan tinggalkan Eomma Sayang...",Puan Kang memeluk badan Changbin yang sudah tak sedarkan diri itu.




Tak tahulah lepas ni nak update ke tak....mungkin Yana akan hiatus dulu sebab kemurungan (+_+) yelah sekolah dah nak start😭😭😭😭 ataupun kalau ada masa Yana update

Apa-apa pun,goodluck ye adik2

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro