Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀15

Changbin terjaga dari lenanya apabila tekaknya terasa mual.Nasib baiklah tandas bersebelahan dengan bilik tidurnya.Makanan yang dimakannya malam tadi,semua dimuntahkan semula.Dia kembali semula ke biliknya selepas itu.

"Changbin....kamu ke sekolah tak hari ni?",tanya Puan Kang lalu duduk di sebelah anaknya yang masih berselimut.

"Tak....Changbin pening sangat ni.Eomma bagitahu Felix boleh?",jawab Changbin tanpa menoleh ke arah ibunya.

"Nak pergi hospital? Changbin ada muntah tak?",tanya Puan Kang lagi.Changbin menggeleng.Dia terpaksa merahsiakan itu daripada ibunya kerana tak mahu menyusahkan.

"Changbin nak tidur je....Eomma jangan risau.",sambungnya lagi.

"Arasseo...nanti Eomma naik semula bawak breakfast..",kata Puan Kang lalu keluar dari bilik itu.

Felix menunduk hormat selepas berjumpa dengan Puan Kang.Kalau ikutkan hatinya,dia juga malaa ke sekolah hari itu,namun dia berfikir,itulah masa yang sesuai untuk berbincang dengan Mirae tentang Changbin.

❃❃❃

Di kantin,

"Mirae...kenapa awak tak rehat dengan diorang.Gaduh ke?",tanya Hongjoong.Wooyoung yang sedang mengunyah roti itu memandang Felix yang bersendirian tengahari itu.

"Anni....saja nak rehat dengan korang.Tak boleh ke?",jawab Mirae.Dia masih belum yakin dengan dirinya untuk berhadapan dengan Changbin selepas dia meninggalkan lelaki itu malam kelmarin.

"Bukan macam tu maksud saya....yelah,mana tahu awak gaduh ke?",jelas Hongjoong.

"Ke awak dah break dengan Changbin?!",Wooyoung menyampuk.Beberapa pelajar yang lain memandang ke arah mereka.Hongjoong menarik telinga kawannya itu.

"Kau ni...bodoh tu simpanlah dalam beg sekolah...minta maaf balik.",arah Hongjoong.Mirae diam tak memberi jawapan.

"Mianhae...kalau ada masalah,bagitahu kiteorang tau.Biar Hongjoong selesaikan.",selamba Wooyoung memetik nama Hongjoong.

"Betul...saya tak gaduh pun dengan diorang...tak boleh nak kongsi,sebab ni privacy.",jawab Mirae.Dua orang itu mengangguk faham.

Felix bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri meja Mirae.Sementara masih berbaki 10 minit sebelum waktu rehat tamat,dia ingin tahu jawapan gadis itu.

"Mirae...saya nak bercakap dengan awak boleh?",tanya Felix.

"Okay....korang tak payah tunggu saya masuk kelas.",beritahu Mirae sebelum mengikut langkah Felix.

Di belakang sekolah,

"Kenapa Changbin tak datang hari ni...Dia sakit ke?",tanya Mirae.Felix mengangguk.

"Awak tak nak melawat dia ke petang ni...jomlah kita pergi sama-sama.",pelawa Felix.Dia berharap sangat yang Mirae akan menerima ajakannya.

"Molla....dia nak lagi ke jumpa saya selepas apa yang saya dah buat pada dia....",jawab Mirae sedih.

"Mirae.....Changbin tak pernah marah pada awak.Bila dia tengok awak dengan Hongjoong dan Wooyoung,dia lega sebab awak berkawan dengan diorang.Please listen to me...or you'll regret it later.",pujuk Felix.

"Saya...cuma tak percaya dengan semua ni...dan saya tak boleh nak terima...saya sayang dia Felix.",jawab Mirae sambil menangis.Dia tak sanggup untuk hilang orang yang dia sayang secepat itu.

"Kalau awak sayang Changbin....jumpa dia...explain dekat dia kenapa awak tinggal dia malam tu..",cadang Felix.

"Awak tahu pasal tu?",terkejut Mirae bila Felix menyebut tentang peristiwa malam itu.

"Saya tahu Mirae...dan sebab tu jugak Changbin ingat awak tinggalkan dia.",terang Felix dan Mirae menggeleng laju.Sungguh,dia tak pernah terlintas untuk meninggalkan Changbin.

"Tak apalah Mirae....saya masuk kelas dulu..",Felix mengakhiri perbualan lalu menuju ke kelas.

❃❃❃

Puan Kang masuk ke bilik Changbin untuk memastikan anaknya sudah mengambil ubat.

Sejak pagi lagi Changbin hanya berkurung dalam bilik.Hari itu,dia sering mengantuk jadi dia hanya terbaring di katilnya.Puan Kang melihat makanan pagi tadi masih belum terusik dan dia mengeluh kecil.

"Changbin....kenapa tak makan? Macam mana nak makan ubat kalau perut kosong.",tanya Puan Kang lembut.Rambut Changbin diusapnya perlahan.

"Nanti Changbin makan.... mengantuk.",jawab Changbin dalam keadaan mamai.

Felix pergi ke rumah Changbin untuk melihat keadaan kawan baiknya itu.Dia tak menafikan yang harinya terasa berbeza tanpa Changbin.Kalau tidak,ada saja kawan baiknya itu merapu.

"Annyeonghasayeo Eommeoni...Binnie mana?",tanya Felix.

"Dia ada kat bilik tu...dari pagi lagi tak keluar bilik...Felix tolong pujuk dia makan boleh?",pinta Puan Kang.Felix mengangguk kecil.

Puan Kang menghulurkan dulang yang berisi makanan.Felix mengambil dulang itu untuk dibawa ke bilik Changbin.

Changbin membiarkan pintu biliknya diketuk.Kakinya terasa berat untuk membuka pintu biliknya.Selepas beberapa kali pintu itu diketuk,Felix masuk.

"Changbin...bangun makan.",arah Felix.Dulang makanan sudah diletakkan atas meja lantas dia menuju ke arah Changbin yang sedang terbaring menghadap dinding.

"Aku mengantuk.",jawab Changbin lalu menutup mukanya dengan bantal kecil.

"Ahh...tak ada maknanya mengantuk...Eommeoni cakap kau dari pagi lagi duduk terbaring kat sini...makan pun dua suap nasi je...bangun makan sekarang.",bebel Felix.Selimut Changbin ditariknya.

Changbin menggeleng laju.Kakinya sudah menendang-nendang dinding bilik tanda protes.

"Ha...tu boleh pulak tendang-tendang dinding...bangun sekarang sebelum aku renjis air kat muka kau.",Felix memberi amaran.Changbin mengalah lalu duduk di katilnya.Mulut sudah dimuncungkan.

"Kau tak sayang aku ke.... marah-marah aku macam ni..",kata Changbin.

"Aku sayanglah aku buat macam ni...dah makan ni...kesian Eommeoni masak lepas tu kau tak makan.",jawab Felix.

"Nak suap....",pinta Changbin sambil mengelip-ngelipkan matanya.Felix menggelengkan kepalanya melihat perangai mengada-ngada Changbin tapi dalam pada masa yang sama,dia berasa lega kerana itu juga menunjukkan yang kawannya dalam keadaan yang baik.

"Changbin...Mirae datang ni.",beritahu Puan Kang.Mereka berdua saling berbalas pandangan.

"Mirae?",tanya Changbin.

"Aku dah cakap...dia takkan tinggalkan kau.",kata Felix dan ketika itu juga Mirae sudah berada di depan pintu bilik.

"Annyeong Binnie,Felix.",sapa Mirae.Dia masih tak berganjak di tempatnya.

"Masuklah...buat apa berdiri kat situ.",pelawa Felix.Mirae mengangguk lalu melangkah masuk.Sesekali dia memandang Changbin namun cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

"Mirae...tadi Changbin cakap dia tak nak makan kalau tak ada orang suap...jadi awak suaplah dia.Saya nak tolong Eommeoni kat bawah.",sengaja Felix memberi ruang untuk pasangan itu memperbaiki keadaan.

Changbin menarik baju Felix,tak nak ditinggalkan tetapi semuanya sia-sia bila kawannya itu tak mengendahkan.
Pintu bilik sudah ditutup dan suasana ketika itu sepi tanpa suara.

"Awak tak makan lagi ke?",Mirae memberanikan dirinya untuk memulakan perbualan.Changbin menggeleng.

"Saya suap awak ye...lepas tu makan ubat.",Mirae mengambil dulang makanan tadi lalu menyuakan bubur itu ke mulut Changbin.

"Kenapa awak datang sini?",tanya Changbin.Mirae meletakkan semula sudu tadi ke dalam mangkuk.Lama juga dia mendiamkan diri sebelum menjawab soalan Changbin.

"Changbin...mianhae sebab tinggalkan awak malam tu....",ucap Mirae.Changbin mendiamkan dirinya memberi peluang untuk Mirae menjelaskan tindakannya.

"Saya tak boleh terima semua ni...dan saya tak nak percaya pun penjelasan awak...jadi,saya buat keputusan untuk jauhkan diri dari awak.",jelas Mirae lagi.

"Tapi saya sedar....jauhkan diri dari awak....tak semudah jatuh cinta pada awak....saya cuba sibukkan diri saya dengan perkara lain...tapi tak pernah sekali pun saya tak fikirkan awak.",sambungnya.

"Jadi...awak tak tinggalkan saya kan?",soal Changbin.

"Tak pernah terdetik pun awak...mianhae sebab buat awak sedih.",ujar Mirae.Changbin tersenyum gembira bila hubungannya kembali seperti biasa.

"Dah...makan ni...bukak mulut.",bubur tadi disuapkan semula.Dengan senang hatinya,Changbin membuka mulutnya luas.

"Mirae....mianhae.", tiba-tiba Changbin bersuara.Mirae memandang lelaki itu.

"Wae? Awak tak buat salah pun.",tanya Mirae hairan.

"Sebab nanti saya akan lukakan perasaan awak...",jawab Changbin perlahan.Suasana gembira tadi kembali bersedih.Mirae mengemam mulutnya.

"Jangan cakap macam tu Binnie...kalau boleh,saya tak nak awak bercakap pasal ni.Kita tukar topik okay?",suaranya sudah sebak.Dia menahan dirinya daripada menangis di depan Changbin.

"Hongjoong dengan Wooyoung macam mana? Diorang tak tanya awak ke kenapa awak rehat dengan diorang hari tu?",Changbin menukar topik demi perasaan Mirae.

"Ada....tapi saya cakap privacy...diorang pun tak banyak tanyalah.",jawab Mirae.

"Nah....sikit lagi nak habis ni.",kata Mirae lalu menyuapkan suapan bubur yang terakhir ke dalam mulut Changbin.

"Awak....nak biskut yang awak buat.",pinta Changbin manja.Mirae ketawa kecil.

"Arasseo....esok saya buat untuk awak.",janji Mirae.

"Untuk saya je...Felix tak payah.Kalau dia nak,suruh dia cari yeochin sendiri.",pesan Changbin.

"Baik aku buat sendiri je daripada aku cari yeochin.",Felix muncul secara tiba-tiba.Changbin tersengih malu.

"Mirae...ni Eommeoni buat air untuk awak.Minumlah.",Felix menghulurkan segelas jus oren.

"Komawo...awak tak minum?",tanya Mirae sebelum menghirup jus tadi.

"Dah...dengan Eommeoni.Ni dah makan ubat belum? Tak bergerak pun botol ubat tu...dari aku datang tadi sama je tempat dia.",Felix sudah mengeluarkan aura keibuannya.

"Botol tu mana ada kaki nak bergerak...sejak bila kau pandai membebel ni Lix? Hairan betul aku.",tanya Changbin.Sejak dua menjak ni,Felix selalu membebel kepadanya mengalahkan perempuan.

"Kau ada je jawapan kan..Mirae ambil ubat tu.Dia tak nak telan,ikat dia pada katil.",arah Felix tanpa mengendahkan Changbin.Mirae pula hanya mengikut arahan.

"Nah makan ubat...",Felix meletakkan pil-pil itu ke atas tapak tangan Changbin.

Changbin menarik muka lalu menelan pil itu satu persatu.Felix pula,sesaat pun tak mengalihkan pandangannya untuk memastikan Changbin menelan ubat tadi.

Sape dah tengok mv Ateez...angkat jariiii.....Yana tak tengok lagi hikhok..malam ni baru serbu mv Ateez.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro