❀14
Changbin balik ke rumah dengan hati yang terluka.Kini orang yang dia sayang sudah meninggalkan dirinya bila tahu yang dia akan mati tak lama lagi.
"Changbin...makan ubat....dah pukul 10 ni...ingat pesan doktor..jaga pemakanan,ubat makan ikut masa...ni dah balik lewat macam ni...macam mana nak sihat? Dah makan ke belum ni?",bebel Puan Kang.
"Kalau makan ubat pun,bukan boleh hidup lama...Eomma janganlah bising-bising,Changbin tahulah nak jaga diri sendiri...baik mati awal je lah macam ni...Eomma bukan nak tanya Changbin okay ke tak...balik-balik nak bebel.",marah Changbin semula.
Puan Kang terdiam.Selama ini,sekali pun anak lelakinya tak pernah melawan kata-katanya.Perubahan sikap Changbin,sedikit sebanyak meluluhkan hatinya.Changbin sudah naik ke biliknya.
Changbin terus menyandarkan badannya di belakang pintu.Lutut dipeluknya untuk melepaskan tangisan yang ditahan sejak tadi.Dia tak berniat pun nak melukakan hati ibunya.
"Mianhae Eomma...",kata Changbin dalam sedu sedannya.
Puan Kang masuk ke bilik Changbin untuk periksa keadaan anaknya itu.Dia melihat ubat yang masih belum terusik di atas meja.
"Changbin...bangun makan ubat dulu sebelum tidur.",Puan Kang mengejutkan anaknya.Changbin membuka matanya lalu bangun dari pembaringannya.
Puan Kang tersenyum melihat kemarahan anaknya sudah reda.Ubat yang diberinya juga sudah ditelan.Selepas pastikan Changbin makan ubat,Puan Kang bangun dari situ dan langkahnya terhenti bila dirinya dipeluk dari belakang.
"Mianhae Eomma... Changbin tak patut kurang ajar dengan Eomma tadi...jeongmal mianhae... Changbin tak nak tinggalkan Eommaaa...mianhae Eomma sebab Changbin terpaksa pergi dulu.",katanya.Tanpa disedari,airmatanya mengalir.
Puan Kang berpaling ke belakang dan memeluk erat anaknya.Dia sedikit pun tak mengambil hati tentang perkara tadi.
"Jangan cakap macam tu...Eomma sayangkan Changbin lebih dari nyawa Eomma sendiri.",balas ibunya.
❃❃❃
Pagi itu,Changbin bersiap-siap untuk ke sekolah.Puas Puan Kang menghalang namun dia tetap berdegil dengan keputusannya dengan mengatakan yang dia akan jaga dirinya baik-baik.
"Ubat dah bawak belum?!",jerit Puan Kang dari dalam rumah.
"Dahh!! Pergi dulu Eomma.",pintu rumah itu ditutup.Selang beberapa saat,Puan Kang berlari ke luar.
"Felix!! Sini kejap!",panggil Puan Kang.Felix yang baru beberapa langkah dari rumahnya menoleh.Changbin mencebik bila ibunya memanggil Felix.
"Ne Eommeoni..",Felix menghampiri wanita itu.
"Tolong tengokkan Changbin kat sekolah ye...jangan sekali pun kamu tinggal dia sorang-sorang...ingat tau.",pesan Puan Kang.Felix mengangguk faham sambil tersenyum.
"Jalan elok-elok!!",jerit Puan Kang lagi.
❃❃❃
Di sekolah,
Mirae sejak awal lagi mengelak dari bertembung dengan dua sahabat itu.Ketika waktu rehat pun,dia meluangkan masa dengan Hongjoong dan Wooyoung.Changbin yang memerhati dari jauh,mengeluh kecil.
"Kenapa dengan Mirae? Kan kau cakap kat aku nak bagitahu dia pasal tu...dia jawab apa?",tanya Felix.
"Dia tinggalkan aku Lix...dahlah,aku faham kenapa dia buat macam tu.",kata Changbin dengan nada kecewa.
"Bukan dia tinggalkan kau....mungkin dia perlukan masa untuk terima semua ni.",terang Felix.
"Kalau betul...biarlah...aku happy je kalau dia happy...lagipun dia berkawan dengan dua ekor tu,tak adalah aku risau sangat.",Changbin cuba berfikiran positif.
Felix hanya meneruskan makan.Dia pasti yang Mirae bukan gadis macam tu.
❃❃❃
"ISH!! KAU TAK PAYAHLAH IKUT AKU PERGI TANDAS!! KELUARLAH!!!",bergema tandas itu dengan suara Changbin.
"Changbin...please don't overacting...aku duduk depan pintu je,bukan aku masuk sekali pun.",marah Felix.Matanya diguling ke atas.
"Rimaslah macam ni..nak pergi mana-mana je ada muka dia..nasib aku tak serumah dengan dia...sama je macam Eomma..",bebel Changbin sendirian.
"Changbin...aku boleh dengar apa yang kau cakap.",beritahu Felix.Changbin mendiamkan dirinya.Dia ingat Felix tak mendengar apa yang dibebelnya.
Changbin keluar dari tandas.Mukanya masam mencuka bila Felix masih setia tunggu di tandas itu walaupun sudah 15 minit berlalu.
"Jom masuk kelas.",ajak Felix.
"Arasseo....jom.",kata Changbin.Senyuman jahat terukir di mukanya sebaik satu idea melintas di fikirannya.
"Felix...aku tertinggal dompet dalam tandas lahh...tolong ambik boleh?",rengek Changbin.
"Yelah...kau beli makanan ke dalam tandas sampai tertinggal dompet.",bebel Felix.Baru nak melangkah kaki,Changbin terlebih dulu melarikan dirinya.
"YAHHH...BINNIE!!",tergopoh gapah Felix mengejar Changbin.Kawan baiknya itu sudah tertawa riang bila dapat melarikan diri dari kawalan Felix.
Changbin memberhentikan langkahnya bila hampir terlanggar Mirae yang kebetulan lalu di situ.
"Mianhae..",kata Changbin lalu menundukkan kepalanya.Felix baru sampai di situ dalam keadaan termengah-mengah.
"Mianhae...",ucap Changbin lagi sebelum dia menarik tangan Felix.Mirae tercengang bila Changbin seolah-olah tak mengenalinya.
"Kenapa kau minta maaf dengan Mirae?",tanya Felix.Changbin menoleh bila Felix bertanya.
"Mirae? Siapa dia..budak baru ke?",tanya Changbin.Mata Felix membulat.
"Yahh...Mirae..takkan kau tak kenal?",tanya Felix serius.Kalau Changbin nak bergurau,sekarang bukan waktu yang sesuai.
Changbin mendiamkan dirinya.Tak lama kemudian,barulah dia teringat gadis yang hampir dilanggarnya tadi.
"A..aku gurau je.",jawab Changbin.Pandangannya sudah dialihkan ke tepi.
"Binnie...jujur dengan aku.Kau lupa dia kan tadi?",pujuk Felix.Dia sudah dapat menangkap yang Changbin betul-betul tak ingat Mirae.
"Dahlah...aku kena makan ubat ni.",Changbin tak menjawab.Dia terlebih dulu mengambil langkah meninggalkan Felix.
Mirae yang mencuri perbualan mereka berdua,menahan tangisannya.Dia tak menyangka apa yang diberitahu Changbin malam tadi ialah betul.
"Mirae...",gadis itu menarik nafas terkejut bila dipanggil.
"Ne..kenapa awak ada kat sini?",tanya Mirae bila lelaki yang menegurnya tadi ialah Felix.
"Saya nak cakap dengan awak boleh? Pasal Changbin.",tanya Felix.Mirae mengangguk.
"Saya harap...awak tak mengelak dari Changbin.Awak tak sepatutnya lari macam ni dari dia...awak kena support dia Mirae..",nasihat Felix.
"Saya bukan mengelak dari dia Felix....saya..cuma tak bersedia nak hilang dia....ini jalan yang terbaik bagi saya.",jawab Mirae.Felix mengeluh kecil.
"Anni....Ni bukan caranya.Saya faham perasaan awak...tapi saya harap awak dapat buat keputusan dengan baik...sebelum terlambat.",pesan Felix lalu beredar dari situ.Dia tak boleh meninggalkan Changbin bersendirian lama-lama.Mirae termenung memikirkan nasihat Felix.
❃❃❃
Balik dari sekolah,Changbin masuk ke biliknya untuk membersihkan diri.Dan ketika itu,pandangannya tiba-tiba terganggu.Setiap benda di dalam bilik itu dilihatnya dalam keadaan berganda.Dia memejamkan matanya menahan semua itu.Ubat tahan sakit yang tersedia di atas meja,diambilnya.
"Eom..maa..", rintihnya bila botol ubat yang dipegangnya sudah jatuh ke lantai.Kepalanya diserang rasa sakit membuatkan dia terbaring di situ sambil memegang kepalanya.
Di ruang tamu,
Puan Kang sudah siap menyediakan makan tengahari.Wanita itu pergi ke bilik anaknya untuk mengajak makan bersama.
"Chang....CHANGBIN!!",Puan Kang berlari menuju ke arah Changbin yang sedang menahan sakit itu.Ubat sudah bertaburan di atas lantai.
"Eom..maa...sakit.",rintih Changbin perlahan.Ibunya sudah memeluk anaknya.Ubat yang tersisa di dalam botol,disuap ke dalam mulut Changbin.
"Eomma tahu...makan ubat ni Sayang..",Puan Kang menenangkan Changbin sambil mengusap belakang anaknya.
Changbin mencengkam baju ibunya menahan pening kepalanya.Airmatanya juga laju mengalir.
"Changbin..Changbin?",panggil Puan Kang bila cengkaman bajunya sudah dilepaskan.
"Hmm..",Changbin menjawab namun dia tak mengeluarkan suaranya.
"Boleh bangun tak? Sakit lagi?",tanya Puan Kang risau.
Changbin menggeleng perlahan.Kakinya digagahkan untuk bangun.Puan Kang memapah Changbin menuju ke katilnya.Ubat yang bertaburan tadi,terpaksa Puan Kang membuangnya.
"Changbin rehat ye...Eomma ambik kan makanan.",kata Puan Kang lalu meninggalkan bilik itu.Sebaik menutup pintu,kedengaran suara ibunya menangis.
"Mianhae Eomma...",ucap Changbin sambil menutup mukanya dengan lengan.Dia nak sangat untuk kali terakhir,melihat ibunya gembira seperti dulu.
Okay dah siap...bacalah kamu2 semua ye.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro