Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀13

Seminggu kemudian,

Changbin sedang mengemas barang-barangnya memandangkan petang itu dia sudah discaj.Cermin mata yang terletak atas meja,dipakainya.

"Changbin....dah siap ke?",tanya Puan Kang sebaik masuk ke bilik itu.Dia baru saja menguruskan pembayaran bil hospital.

"Dah siap... Changbin kena jumpa doktor dulu ke sebelum balik?",soalnya.Beg barang sudah digalas.

"Haah....sebab doktor nak explainkan pasal kamu.",jawab Puan Kang.Changbin mengangguk faham.

Di bilik doktor,

"Saya harap kamu tak putus asalah dengan penyakit kamu sekarang ni.Walaupun peluang tipis,kita masih berusaha....jadi saya sebagai doktor,mencadangkan supaya Changbin jalankan pembedahan untuk keluarkan tumor di bahagian kepala.",terang doktor itu.

"Kalau saya buat...saya boleh hidup ke doktor?",tanya Changbin.Puan Kang hanya mendiamkan dirinya.Semua keputusan berada di tangan anaknya.Dia sebagai ibu,tak akan memaksa anaknya itu.

"Saya tak boleh janji....tapi mungkin kamu ada peluang.",jelas doktor itu lagi.Changbin tersenyum senget.

"Tak apalah doktor....saya tak nak buat pembedahan sebab saya nak luangkan masa yang saya ada dengan keluarga dan kawan-kawan saya.Kalau saya buat pembedahan,mesti saya ambik masa nak sembuh.",jawab Changbin.Doktor itu terdiam.

"Joesonghabnida...jumpa lagi doktor...",Changbin meninggalkan bilik itu.Puan Kang terkejut dengan tindakan Changbin yang tiba-tiba meninggalkan bilik itu.Baru saja dia mengangkat punggung,tangannya ditahan doktor.

"Saya nak puan bagi dia masa....semua ni mesti terlalu berat untuk dia tanggung.Kalau boleh,saya nak puan selalu pantau keadaan dia.",pesan doktor.

"Dan saya nak puan bersedia dengan perubahan sikap dia.Mungkin dia juga akan hilang ingatan sementara tapi saya nak puan jangan panik.Sebab dia akan ambil masa semula untuk ingat balik.",tambahnya lagi.

"Baiklah doktor....maafkan saya kalau doktor ada terguris hati.",ucap Puan Kang.Doktor itu menggeleng lalu tersenyum mesra.

❃❃❃

Felix terus pergi rumah kawan baiknya itu sebaik saja kereta milik Puan Kang tiba di perkarangan rumah.

"Welcome home Binnie...",sapa Felix lalu memeluk kawannya itu.Changbin membalas pelukan tadi.

"Sukalah kau dah habis exam...macam mana...ada rasa jadi calon pelajar contoh?",tanya Changbin.

"Mana ada...aku tak tahulah aku jawab betul ke tak.",jawab Felix.Changbin mengerutkan dahinya.

"Wae?",tanya Changbin hairan.

"Sebab aku selalu teringatkan kau masa exam...but it's okay.",Felix tersenyum kecil.Changbin menggeleng kepala.

"Lix...aku nak cakap something kat kau ni.",ujarnya.

"Aku nak kau ready bila perangai aku dah lain nanti...mana tahu aku ada sakitkan hati kau tanpa sedar ke....kan?",jelas Changbin.Felix mengetap giginya.

"Aku tak nak kau buat ayat sendu macam ni...kau tahu kan,aku takkan tinggalkan kau...untill my last breath.",jawab Felix dengan nada serius.Changbin tergelak.

"Kau salah...untill my last breath...bukan kau.",Changbin membetulkan kata-kata Felix.

"Bila kau nak bagitahu Mirae pasal ni...aku rasa baik kau bagitahu dia awal-awal.",nasihat Felix.Changbin mendiamkan dirinya.

"Malam ni aku bagitahu dia...aku ajak dia date dulu dengan aku...bila dah nak balik tu,aku bagitahu.",Changbin memberitahu pasal rancangannya.

"Kau rasa...kalau dia tahu aku nak mati,dia tinggalkan aku tak?",tanya Changbin spontan.

"Tak....aku tak rasa dia akan buat macam tu.Kau jangan nak fikir buruk Binnie...semua orang sayangkan kau...dan semua orang akan support kau.",tegas Felix lalu memeluk Changbin.

"Kau kenapa asyik peluk aku je...sejak bila kau jadi macam ni.",perli Changbin.

"Mianhae kalau sebelum ni aku ada lukakan hati kau....kau tahu kan,aku dah anggap kau macam Hyung aku.",ucap Felix.Kedengaran sebak suaranya ketika itu.Changbin tersenyum gembira.

❃❃❃

Changbin memakai baju yang dibelinya semasa keluar dengan Mirae sebelum kejadian itu berlaku.Dia menunggu di depan pagar rumah teman wanitanya itu.

"Aww....yeppeoo..",puji Changbin sambil memegang pipi Mirae.Teman wanitanya itu juga memakai baju yang sama.

"Awak dah sihat betul-betul ke ni? Tak penat ke baru keluar dari hospital lepas tu ajak saya keluar.",tanya Mirae bila melihat muka Changbin sedikit pucat dari biasa.

"Na kwaenchana...jangan risau.Awak nak pergi mana-mana,cakap je.",pelawa Changbin.Mirae diam memikirkan tempat.

"Saya nak pergi Deongdaemun...boleh?",tanya Mirae.

"Arasseo...jom kita pergi.",Changbin menerima permintaan Mirae.Memang niatnya untuk memenuhi semua permintaan Mirae sebelum semuanya terlambat.

❃❃❃


Dongdaemun,

Mirae sudah berlari kegirangan bila melangkah masuk tempat itu.Dongdaemun yang memang dikenali dengan gelaran LED Roses Garden,menarik perhatian Changbin.Selama dia menetap di Seoul,itulah kali pertama dia menjejakkan kaki ke situ.

"Binnie!! Jomlah selfie...cantik ni!",Mirae sudah melambaikan tangannya dari jauh.Changbin mengangguk.

"Cantik kan tempat ni...saya dah lama teringin nak pergi sini...komawo sebab bawak saya..",ucap Mirae sambil menangkap gambar taman itu.

"Cuba awak berdiri sebelah bunga ros tu.",arah Changbin.Mirae pun mengikut arahan lelaki itu.

"Memang tempat ni cantik...tapi bila awak berdiri sebelah bunga tu,nampak biasa je sebab awak lagi cantik.",puji Changbin.

"Ish awak ni!! Malu saya..",marah Mirae manja sambil memukul lengan Changbin.

"Jom jalan depan sana pulak.",Mirae menarik tangan Changbin.

"Aaa...yeppeoooo!!",Mirae mengambil salah satu aksesori yang dijual di situ.Changbin melihat aksesori yang lain.Matanya tertumpu pada satu pin rambut yang berbentuk bunga ros.Dia mengambil pin rambut itu lalu disepit kan pada rambut Mirae.

"Areumdaun...",kata Changbin lalu membayar pin rambut tadi.Mirae tersenyum manis bila pin itu disepit pada rambutnya.

"Komawo...awak nak apa? Biar saya belanja pulak.",tanya Mirae.Dia juga mahu menghadiahkan sesuatu pada Changbin.

"Saya ikut awak je...",jawab Changbin.

"Ha...nilah...couple bracelets.",Mirae sudah memilih salah satu gelang di situ.Dia mengambil gelang yang berwarna biru gelap.

"Suka? Ke awak nak warna lain.",tanya Mirae.Dia meletakkan semula gelang tadi lalu memilih warna lain pula.

"Anni...Saya suka..beli lah.",Changbin menghulurkan gelang tadi semula.

"Arasseo...kita pakai terus.",kata Mirae.Selepas bayar,dia membuang tanda harga lalu terus memakaikan gelang tadi pada tangan Changbin.

"Awak pakaikan pada saya.",hulur Mirae.Baru saja Changbin mahu mengambil,tangannya tiba-tiba terasa kebas dan gelang itu jatuh.

Tangan kamu mungkin akan terasa kebas secara tiba-tiba.Dan itu ialah antara simptom-simptom awal yang kamu akan rasa.

Kata-kata doktor terlintas di fikirannya.

"Eoh..mian.",kata Changbin.Dia cuba menggenggamkan tangannya yang kebas itu namun masih tiada perubahan.Mirae yang tak mengesyaki apa-apa mengambil gelang yang terjatuh tadi.

"Kwaenchana...nah.",hulur Mirae semula.

"Awak...kejap lagilah,kita pergi satu tempat ni dulu...saya nak bagitahu awak something.",ajak Changbin.Dia terpaksa melakukan begitu kerana tangannya masih kebas.

"Ne...",jawab Mirae.Dia menyimpan gelang itu ke dalam beg tangannya.

"Awak nak makan apa-apa...kita beli dulu.",tanya Changbin.Mirae menunjukkan ke arah gerai tteobeokki yang berada tak jauh dari mereka.

"Jom.",ajak Changbin.

Sepanjang mereka di gerai,Changbin hanya menatap muka gadis di depannya itu.Dia tak tahu apa reaksi Mirae jika tahu tentang penyakit sebenarnya.

"Binnie...aaaaa",Mirae menyuakan tteobeokki.Changbin membuka mulutnya bila teman wanitanya ingin menyuapkan makanan.

"Mashi-sseo..",kata Changbin sebaik makanan itu masuk ke dalam mulut.Mirae mengangguk mengiyakan kata-kata Changbin.Siap sahaja mereka menikmati tteobeokki,Changbin mengajak Mirae pergi ke taman yang selalu dikunjungi mereka.

❃❃❃

Di taman,

Mereka berdua berjalan sambil berpegangan tangan.Taman itu sunyi kerana hari sudah malam.Mereka mengambil tempat di salah satu bangku di situ.

"Mirae....kenapa awak suka saya?",tanya Changbin.Dia sudah bersedia untuk memberitahu Mirae.

"Saya suka awak sebab perhatian dan cara awak layan saya.",Mirae menjawab.Changbin tergelak kecil lalu mencubit pipi gadis itu.

"Awak sayangkan saya banyak mana?",tanya Changbin lagi.Dia perlu mengambil masa terlebih dulu.

"Banyak sangat...saya sendiri pun tak boleh nak terangkan banyak mana..",jawab Mirae jujur.

"Mirae....mana gelang tadi?",tanya Changbin.Gadis itu mengeluarkan gelang yang tersimpan dalam begnya tadi.

Changbin mengambil gelang itu lalu memakaikan pada pergelangan tangan gadis di depannya.

"Saya nak....awak jangan tanggalkan gelang ni...walaupun saya pergi jauh....janji?",ujar Changbin.

"Janji...tapi kalau putus macam mana?",seloroh Mirae.

"Kalau putus...maknanya awak tak sayangkan saya.",jawab Changbin.Mirae tersenyum manis.Sengaja dia mengusik lelaki itu.

"Sebenarnya saya....dah tak lama Mirae.",akhirnya Changbin meluahkan perkara sebenar.

"Tak lama apa...awak ada perempuan lain ke? Mesti nurse kat hospital tu kan?",teka Mirae.Changbin menggeleng.Tangan gadis itu digenggamnya.

"Anni.....saya dah tak lama kat dunia ni....saya ada.....kanser otak tahap 3.",Mirae menarik tangannya.Serta merta airmatanya bergenang.

"Awak...benda ni tak kelakarlah..",marah Mirae.

"Saya tak main-main Mirae...saya ada lagi 5 bulan untuk hidup.",sambung Changbin.

"Awak takkan tinggalkan saya kan?",tanya Changbin minta kepastian.Mirae sudah bangun dari bangku itu.

"Mianhae...Changbin...say....saya balik dulu.",Mirae mengakhirkan katanya lalu meninggalkan Changbin sendirian.

Senyuman pahit terukir di bibir Changbin bila gadis itu meninggalkan dia sendirian tanpa menjawab pertanyaannya tadi.

"Kau salah Lix....dia tinggalkan aku.",katanya sendirian.

Kalau ada masa I update lagi malam ni yee....tak janji...

Korang rasa Mirae tinggal Changbin ke tak?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro