Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀12

Di bilik doktor,

Puan Kang masuk ke bilik itu selepas doktor memaklumkan kepadanya yang keputusan CT Scan sudah keluar.Dia mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

"Puan....saya harap puan bersabar.",doktor itu memulakan perbualan.Puan Kang sudah mengerutkan dahinya.

"Kenapa dengan anak saya doktor?",tanya Puan Kang.Doktor itu tak menjawab sebaliknya mengeluarkan keputusan CT Scan milik Changbin.

"Seperti yang puan nampak,di bahagian kiri otak Changbin,ada satu ketumbuhan...dan dia sangat bernasib baik yang kepalanya tak dipukul bahagian berkenaan....anak puan menghidap kanser otak tahap 3.",doktor menerangkan kepada Puan Kang.

"Ja...jadi,anak saya masih boleh selamat?",bergetar suara wanita pertengahan umur itu.Tangannya sudah digenggam kuat menahan tangisnya.

"Joesonghabnida....anak puan,paling lama pun ada lagi 5 bulan untuk hidup...itupun bergantung pada antibodi pesakit.",jelas doktor itu dengan nada kesal.

"And...Andwae!! Anak saya baru 18 tahun doktor,tak mungkin dia akan mati secepat tu...doktor tolong periksa sekali lagi doktor..",rayu Puan Kang.Airmatanya makin laju mengalir.

"Joesonghabnida....mengikut pemeriksaan saya,kanser otak ni boleh berlaku sebab keturunan,puan ada ahli keluarga yang sama penyakit macam ni?",tanya doktor itu.Puan Kang mengelap airmatanya.

"Mendiang anak perempuan saya.....ta--pi,tak mungkin semua ni boleh berlaku....dia tak ada mengadu sakit apa-apa pun sebelum ni.... please doktor saya merayu supaya doktor buat ujian semula.",kali ini Puan Kang sudah melutut.Hatinya tak sanggup nak terima semula kejadian yang sama apatah lagi berkaitan dengan anak lelakinya.

Doktor tadi menenangkan Puan Kang.Dia sudah biasa dengan perkara begitu memandangkan kebanyakan dari pesakitnya dari golongan orang yang muda-muda.

"Saya dah tak boleh nak buat apa melainkan mencadangkan supaya anak puan kena datang setiap temujanji.Kadang-kadang,keajaiban boleh berlaku....jadi saya nak puan tak berputus asa buat masa sekarang.",pujuk doktor itu.Puan Kang menangis semahu-mahunya di bahu doktor itu.

❃❃❃

Puan Kang menggagahkan dirinya untuk masuk ke bilik anaknya.Keputusan CT Scan berada di tangannya.Dia cuba tabahkan hatinya supaya tak menangis di depan Changbin.Pintu itu ditolak,kelihatan anak lelakinya itu sedang bersendirian.

"Eomma...wae?",tanya Changbin.Melihat kepala Changbin yang masih berbalut itu,hatinya berkecai lantas terus memeluk satu-satu anak lelakinya.

"Eomma...wae? Kenapa menangis...bagitahu Changbin please..",Changbin mengusap belakang badan ibunya.

"Changbin....kenapa perkara ni berulang balik?",Puan Kang bersuara.Changbin masih keliru dengan ibunya.

"Eomma tak nak hilang kamu....13 tahun lepas Eomma dah hilang Noona kamu....kenapa semua anak Eomma nak tinggalkan Eommaaa....",kata Puan Kang sambil menangis.Changbin sudah faham tentang perkara yang cuba disampaikan ibunya.

"Maksud Eomma....Changbin ada penyakit macam Noona?",dia minta kepastian dan ibunya mengangguk.Pelukan masih belum dilepaskan.

"Changbin....dah nak mati ke?",tanya dia lagi.Makin kuat tangisan ibunya itu.

"Kenapa bukan Eomma je yang rasa perkara ni? Changbin terlalu muda nak tanggung penyakit ni...",ujar wanita itu.

"Ey...kwaenchana,Eomma mesti kuat kalau nak Changbin kuat kan? Dah...pergilah basuh muka tu,nanti kawan-kawan masuk bilik,diorang risau pulak.Eomma kena janji,jangan bagitahu siapa-siapa pasal ni....terutama sekali Felix....janji?",pujuk Changbin.

Sebenarnya,dia juga tak dapat nak terima kenyataan tapi dia cuba menguatkan dirinya supaya ibunya tak bersedih.Dia tak sangka yang penyakitnya boleh seteruk ini.

"Arasseo...Eomma pergi tandas dulu ye?",Changbin mengangguk.Dia tak nak kawan-kawannya tahu tentang penyakit sebenar yang dihidapinya.

Puan Kang menarik nafas terkejut sebaik membuka pintu bilik itu bila Felix berada di depan pintu.

"Fe...Felix?",Puan Kang memanggilnya.Felix mengangkat mukanya dan kelihatan bekas airmata di wajahnya.

"Betul ke apa yang Felix dengar?",tanya Felix dengan suara serak.Changbin menundukkan pandangannya.

"Eommeoni...",panggil Felix lagi.Puan Kang mengangguk lalu beredar dari situ.Tak sanggup dirinya lama-lama di situ.

"Binnie....wae?",Felix sudah memeluk kawan baiknya itu.Changbin tak dapat lagi menahan kesedihan yang melanda hatinya lalu turut memeluk Felix erat.

"Mianhae...Lix....mianhae.",kata Changbin.Suaranya tenggelam dalam pelukan Felix.

"Wae...kau tak salah...",balas Felix.Kawan baiknya itu sekali pun tak pernah menyakitkan hatinya sepanjang mereka berkawan.

"Aku nak rahsiakan perkara ni...jangan bagitahu Mirae.",pinta Changbin.Pelukan sudah dileraikan.Changbin mengambil tisu yang tersedia di meja kecil lalu mengelap airmata Felix.

"Uljima....aku hidup lagi.",seloroh Changbin namun tiada respon dari Felix.

"Bukan Mirae patut tahu ke? Perlu ke kau rahsiakan dari dia",tanya Felix pula.

"Aku perlukan masa untuk bagitahu dia...aku takut dia tak boleh terima bila dapat tahu....janji ea jangan bagitahu dia.",pesan Changbin.Felix mengangguk faham.

Pintu bilik diketuk sebelum Mirae masuk.Terukir senyuman di bibirnya tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

"Korang baru lepas menangis ke?",tanya Mirae bila dia perasan muka masing-masing sembap.Changbin menggeleng laju manakala Felix tak memberi respon.

"Nak sedih-sedih tak ajak....merajuk lah.",Mirae menyilangkan tangannya.Pandangan sudah dihalakan ke tingkap.

"Mana ada sedih...kiteorang throwback kisah lama je...waktu Felix masuk hospital sebab gastrik.",tipu Changbin.

"Ouh...yeke..awak ada gastrik? Tak tahu pun.",Mirae menoleh semula.

"Sekarang dah tahu...",jawab Felix selamba.Gadis itu tersengih.

"Mana dua ekor lagi tu....lama betul makan.", Changbin menukar topik.

"Ouh lupa bagitahu...diorang dah balik sebab nak study...esok kan exam.",beritahu Mirae.

"Sejak bila diorang study....ke sebab last exam? Bagus-bagus.",Changbin meneka.Dia memandang Felix yang duduk di sebelahnya.

"Korang pergilah balik....esok kan exam lainlah aku...duduk goyang kaki je kat wad ni.",sengaja Changbin menghalau.Felix memekakkan telinganya lalu mengeluarkan gula-gula dari poket seluarnya.

"HA...KENAPA KAU MAKAN GULA-GULA?! KAU JANGAN MACAM-MACAM LIX!",marah Changbin bila Felix mengeluarkan sebiji gula-gula.Terperanjat Mirae dibuatnya dengan suara Changbin yang kuat itu.

"Mwo? Apa salahnya aku makan..bukan racun pun.",balas Felix.Gula-gula tadi sudah dikemamnya.Mirae mengangguk.

"Ingat pesan aku...jaga makan elok-elok...kau kena ingat yang kau tu bukan Superman...jangan sampai kau pulak duduk kat sini.",bebel Changbin lagi mengalahkan nenek.

"Kenapa awak cakap macam tu...Felix sakit ke?",tanya Mirae ingin tahu.Pelik juga bila Changbin tiba-tiba terkejut melihat Felix makan gula-gula.

"Dia ada hipoglisemia...tau tak?",tanya Changbin.

"Maksud awak...gula rendah dalam darah?",tanya Mirae dan Changbin mengangguk.Felix sudah menjeling kerana rahsianya yang selama ini tersimpan rapi sudah terbongkar.

"Awak tolong tengok-tengokkan dia ni ye Mirae...nampak je macam kuat tapi sebenarnya tak.",perli Changbin.

"Aku nak balik dulu...Mirae nak balik sekali?",Felix terpaksa mengalah.

"Eoh...boleh jugak...jaga diri elok-elok ye awak.",pesan Mirae sebelum meninggalkan bilik itu.

"Changbin....kalau ada apa-apa...terus call aku..Arasseo?",Felix mengingatkan.Changbin mengangguk malas.

"Kau pun sama...jaga makan kau.Aku tak nak kau sakit.", Changbin pula berpesan namun kawan baiknya itu terlebih dulu mengambil langkah.

"Mianhae Binnie...aku tak janji.",Felix menarik nafas dalam.

❃❃❃

Sesekali Changbin berasa sakit di kepalanya tetapi dia hanya mendiamkan saja.

"Changbin....kalau sakit bagitahu Eomma ye...jangan diam je.",pesan Puan Kang.

"Anni...cuma sakit kepala sikit,Eomma jangan risaulah.",jawab Changbin tenang.

"Ha?! Sakit kepala? Mata kabur tak? Ada rasa nak muntah ke?",tanya Puan Kang risau.Changbin menggeleng perlahan.

"Eomma...na kwaenchana...nal mideo.",Changbin memegang tangan ibunya lalu diletakkan di pipinya.

"Macam mana Eomma nak percaya...kamu tak pernah cakap kat Eomma pun yang kamu sakit...semuanya nak pendam sendiri...jadi kalau ada apa-apa,bagitahu terus.",tegas Puan Kang.

"Macam Felix....suka sangat bebel.",kata Changbin perlahan namun masih dapat didengari ibunya.

"Sebab risau Changbin...tolong dengar cakap Eomma.",suaranya kedengaran serius.

"Mianhae...maksudnya,tahun depan Changbin tak sempat sambut birthday lah kan?",tanya Changbin selamba.

"Kenapa cakap macam tu?", marah Puan Kang.

"Betul lah....kalau 5 bulan je lagi...maksudnya paling lama pun sampai Januari tahun depan...",jawabnya.Puan Kang memeluk anaknya.

"Jangan cakap macam ni lagi kalau tak nak Eomma sedih.",ujarnya.

"Eomma....",panggil Changbin manja.

"Hmmm...",

"Sebelum mati....Changbin nak jumpa Appa boleh?",tanya Changbin secara tiba-tiba.Sebaik mendengarkan pertanyaan anaknya,Puan Kang membulatkan matanya.

❃❃❃

Felix turun dari tingkat atas selepas bersiap-siap untuk ke sekolah.Puan Yoo yang sedang menyediakan sarapan pagi itu memanggil anaknya.

"Felix...let's breakfast.",ajaknya.

"Tak apalah...Lix dah lambat ni.Lupa pulak yang hari ni kelas mula awal sebab exam...Lix breakfast kat sekolah je lah...pergi dulu!",bayangnya sudah hilang dari pintu.Puan Yoo mengeluh kecil.

Di sekolah,

Felix sudah selesai menjawab kertas ujiannya lalu minta diri untuk ke tandas.Mirae hanya memerhati gerak geri lelaki itu.

Felix memegang perutnya yang terasa senak sejak dalam kelas lagi.Roti yang dibawa secara senyap,dimakannya.Nasib baiklah dia sempat membeli roti itu sebelum peperiksaan bermula.

"Not now pleasee...",dia berkata sendirian.Sekarang bukan masa yang sesuai untuk gastriknya menyerang.Roti yang dikunyah tadi cuba dihadamnya.

"Nah...makan ni.",Felix mendongakkan kepalanya bila sebungkus roti dihulurkan kepadanya.

"Mirae...awak buat apa kat sini?",tanya Felix lantas bangun dari tempatnya.

"Saya tahu awak sakit dari tadi lagi...ambiklah roti ni.",Mirae masih menghulurkan rotinya.

"Komawo....dahlah,awak masuk kelas dulu..nanti Saem pelik pulak.",arah Felix.

"Arasseo...makan tau roti tu.",pesan Mirae lalu meninggalkan Felix.

Baru saja Felix nak membuka plastik roti tadi,tangannya mula terketar-ketar.Felix cuba menggenggam tangannya.Matanya dipejamkan supaya dirinya tak rebah di situ.

"Why now? Lix...kau kena kuat.",dia memberi semangat kepada dirinya.Kepala sudah disandarkan pada dinding.Roti yang diberi Mirae,dimakannya.Selang beberapa minit,barulah keadaan kembali seperti biasa.

Korang jangan risau...banyak lagi part sweet yang tak berapa sweet Yana Tak tulis lagi...dia kenalah ada konflik2 gitu kan? Just wait for me!Thanks for 1K comments..love you

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro