Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❀11

Felix baru saja masuk ke biliknya selesai makan malam.Telefon yang dibiarkan atas meja,diambilnya dan terpapar panggilan yang tak berjawab dari Changbin.Belum sempat dia menelefon semula,telefonnya berdering lantas dia menjawab panggilan itu.

"................."

"Changbin..... Changbin-aaaah... Yebeoseyo?",namun masih tiada suara menjawab.

Felix yang rasa tak sedap hati itu segera meluru keluar.Dia dapat merasakan perkara buruk yang terjadi pada kawan baiknya itu.

"Eomma....Lix keluar jap.",beritahunya lalu menutup pintu.Puan Yoo tak sempat bertanya anak lelakinya itu mahu ke mana.

Felix menelefon sekali lagi Changbin namun belum kedengaran deringan telefon itu.Barulah dia teringat yang Changbin pergi ke bandar petang tadi dan serta merta dia berlari ke hentian bas.

Felix menelefon lagi dan mula kedengaran telefon itu berdering tak jauh dari kedudukannya sekarang.Segera Felix berlari mencari arah bunyi itu dan langkahnya terkunci sebaik melihat sekujur tubuh terbaring di atas jalan.

"Chang....bin?",dia memberanikan dirinya menghampiri tubuh itu.Kakinya tak dapat lagi bertahan lalu dia terduduk di situ.Laju tangannya mendail nombor kecemasan dan selepas itu,dia menelefon ibunya pula memaklumkan tentang keadaan Changbin.

"Changbin...kenapa kau macam ni? Bangunlahh....",Felix sudah memangku badan kawan baiknya yang tak sedarkan diri itu.Airmatanya laju mengalir di pipinya.Cermin mata yang tercampak ke tepi sudah retak.

Di hospital,

Puan Yoo menenangkan ibu Changbin.Betapa terkejutnya wanita itu bila dimaklumkan tentang anak lelakinya.Felix pula duduk jauh dari mereka.Cermin mata Changbin ditenungnya.

"Mianhae....sebab tak teman kau...",Felix rasa bersalah dengan apa yang terjadi.Kalaulah dia tak menolak ajakan Changbin,mesti semua ni tak akan terjadi.

15 minit kemudian,doktor yang merawat,keluar dari bilik pesakit.Mereka bertiga berdiri bila doktor itu menghampiri.

"Penjaga Seo Changbin?",tanya doktor itu dan Puan Kang mengangguk.

"Buat masa sekarang ni,dia dalam keadaan stabil cuma belum sedarkan diri.Tapi saya belum tahu kalau ada kecederaan dalaman disebabkan dia di serang di bahagian kepala.Semuanya kena tunggu keputusan CT Scan.....kalau puan nak masuk, bolehlah tapi hanya penjaga saja.",terang doktor itu sebelum meminta diri.

"Harap Unnie bawak bersabar ye...kita harapkan yang baik-baik je untuk Changbin.",Puan Yoo menenangkan kawannya itu.

"Komabda....korang nak balik dulu tak apalah...lagipun esok kan Felix sekolah...nanti apa-apa Unnie call awak.",kata Puan Kang.

"Hmm.....stay strong okay? Saya pergi dulu ye..",Puan Yoo menepuk lembut bahu wanita itu.

"Eommeoni....ni Binnie punya.",Felix menghulurkan cermin mata.Puan Kang tersenyum kelat lalu mengambil cermin mata itu.

❃❃❃

Di sekolah,

Cikgu Heechul masuk ke kelasnya dengan perasaan yang bercampur baur.Baru saja,Puan Kang memaklumkan tentang perkara yang terjadi.

"Saem...kenapa nampak sedih?",tanya Wooyoung,kawan sebelah Hongjoong.
Selalunya gembira saja bila guru kelasnya itu setiap kali nak ambil kehadiran pelajar.

"Pagi ni....kita ada berita sedih...korang dengar elok-elok ye.",Cikgu Heechul bersuara.Kelasnya itu mengangguk faham.Felix hanya menundukkan pandangannya kerana sudah maklum dengan perkara yang nak disampaikan begitu juga dengan Mirae.

Selepas Felix menghantar mesej kepadanya malam tadi,dia tak dapat tidur lena memikirkan keadaan teman lelakinya.

"Changbin....dia tak akan ambik last exam esok.",beritahu Cikgu Heechul.Dia berasa sebak untuk memberitahu perkara seterusnya.

"Wae? Dia pindah ke Saem?",tanya Hongjoong pula kali ini.

"Dia masuk hospital malam tadi.Dan pagi tadi,Eomma Changbin bagitahu saya pasal perkara ni...",sambungnya lagi.Satu kelas sudah mengambil nafas terkejut.

"Jadi....saya tak nak perkara ni melemahkan semangat korang nak exam esok....Changbin tetap akan  ambik exam tapi mungkin lewat sikit.Arasseo?",tanya Cikgu Heechul.

"NE SAEM!!!",bergema kelas itu dengan suara mereka.Cikgu Heechul mengukirkan senyuman melihat semangat anak muridnya itu lalu beredar dari kelas.

"Felix...stay strong bro!",Hongjoong memberi kata-kata semangat.Satu kelas itu sudah maklum dengan persahabatan mereka berdua jadi mereka dapat merasakan Felix sedang bersedih dengan apa yang berlaku.

"Mirae....jangan sedih-sedih..nanti buruk muka tu Changbin lari.",usik Wooyoung dan perkara itu membuatkan Mirae tersenyum.Dia beruntung kerana kawan sekelasnya menyokong dirinya dan Felix.

"Komawo...",ucap Felix dan Mirae.

❃❃❃

Di hospital,

Changbin perlahan-lahan buka matanya.Dia mengambil masa sebelum betul-betul sedar sepenuhnya.Jari jemarinya digerakkan perlahan dan secara tak sengaja,dia terpegang tangan ibunya yang terlelap di sisinya.

"Changbin?",Puan Kang mengangkat kepala dan wanita itu segera menekan butang kecemasan.

"Sabar ye sayang....semuanya akan okay.",kata Puan Kang sambil mengelus lembut rambut anaknya.Doktor masuk ke dalam bilik itu sebaik sahaja butang itu ditekan.

Puan Kang menapak beberapa langkah ke belakang memberi ruang untuk doktor melakukan kerjanya.

"Macam mana keadaan anak saya doktor?",tanya Puan Kang.

"Kalau ikutkan pemerhatian saya,dia tak ada apa-apa masalah...cumanya saya perlu tunggu keputusan CT Scan keluar barulah saya boleh pastikan kesihatannya.Kalau tak ada apa-apa,saya minta diri dulu.",terang doktor.Puan Kang mengangguk faham.

"Eomma...",Changbin memanggil perlahan.Disebabkan dia dipasang alat bantuan pernafasan,suaranya agak tenggelam.

"Ne....Changbin ada sakit mana-mana ke?",soal ibunya.Changbin menggeleng lemah.

"Siapa...jumpa Changbin?",memang dia tak ingat langsung muka budak lelaki yang memerangkap dirinya malam tadi.

"Felix....tu pun sebab kamu tertekan nombor dia.Macam mana lah kamu boleh kena rompak kat kawasan rumah kita.",beritahu ibunya.

"Mian...hae Eomma..",ucap Changbin.Puan Kang menggeleng perlahan.Tak pernah sekali pun anaknya itu berbuat salah dan dia pun sudah menganggap apa yang berlaku itu sebagai tanda peringatan.

"Petang ni Felix bagitahu Eomma yang dia dengan Mirae nak melawat....mungkin kawan kelas kamu yang lain jugak.",Puan Kang menyampaikan pesanan kawan baik anaknya.

Changbin mula menjamah makanan sebaik sahaja alat bantuan pernafasan ditanggalkan.Mungkin kerana dia kurang makan semalam,perutnya mula terasa lapar.

Pintu bilik diketuk,Felix menjengukkan kepalanya lantas tersenyum gembira bila melihat Changbin sedang menjamu selera.Felix masuk ke dalam bilik itu,diikuti Mirae,Hongjoong dan Wooyoung.

"CHANGBIN!!!! KWAENCHANA?!!",Wooyoung terlebih dulu mengambil tempat di kerusi yang disediakan.

"Na kwaenchana....komawo sebab datang.",jawab Changbin.Felix menggeleng kepalanya.Selalunya kawan baiknya yang buat kecoh,kali ini tertukar dengan Wooyoung pula.

"Nah...Eomma saya buat bubur untuk awak.",Mirae meletakkan bekas makanan di meja kecil.

"Wooyoung....bangunlah.Kesian Mirae  berdiri.",Hongjoong menarik tangan Wooyoung yang masih setia di kerusi itu.

"Eoh...mianhae...silakan duduk.",Wooyoung bangun dari kerusi itu lalu menyuruh Mirae duduk di situ.

"Yeay....aku boleh duduk...kena tipu.",Hongjoong menari kecil bila kerusi itu akhirnya menjadi miliknya.Sengaja dia menipu kerana kakinya lenguh akibat berdiri 5 minit.Mirae tergelak melihat gelagat Hongjoong dan Wooyoung.

"Kau ingat muka yang serang kau?",tanya Felix.Dua orang tadi diabaikannya.

"Tak...yang aku ingat,ada sorang budak lelaki ni panggil aku lepastu aku pergilah dekat dia...last-last,aku kena serang dari belakang.",cerita Changbin.

"Awak ni...lain kali janganlah baik sangat.Ni pantang nampak orang minta tolong.",bebel Mirae.

"Saya pun tak sangka benda ni terjadi...sebab budak yang panggil saya.",terang Changbin.

"Macam mana kau boleh telefon Felix?",tanya Hongjoong sambil menyilangkan kakinya di atas kerusi.Wooyoung sudah menarik muka di tepinya.

"Aku terdail lah kot...sebab last contact aku nama Felix.",teka Changbin.

"Eommeoni mana?",tanya Felix bila dia baru perasan kelibat ibu kawannya itu tiada.

"Pergi jumpa doktor...sebab keputusan CT Scan aku baru siap...kejap lagi datanglah balik.",Felix mengangguk.

"Awak makanlah bubur ni....saya suap nak?",pelawa Mirae.Changbin tersenyum malu.

"Auch......saya sakit jugak Mirae..AAAAAA",Hongjoong sudah membuka mulutnya minta disuap.Wooyoung mengambil pinggan kosong lalu menyumbat ke dalam mulut Hongjoong.

"Sudahlah korang bergaduhnya...Changbin sakit ni kan.",tegur Felix.Serta merta mereka berdua mendiamkan diri.Peristiwa Felix marah Hyera masih terngiang-ngiang di fikiran mereka.Seram.

Mirae menyuapkan bubur ke dalam mulut Changbin.Berselera lelaki itu menyantap makanan yang dibawa Mirae itu.

"Korang nak ke?",tanya Mirae bila Hongjoong dan Wooyoung tak berkelip mata dari tadi.Baru saja mereka nak mengangguk,satu suara mencelah.

"Tak payah...bubur kosong nak terliur apanya.Lapar pergi beli makanan kat cafe.",Felix bersuara.

"Entah...bubur je pun.Jom kita beli makanan kat cafe nak?",Hongjoong mengajak Wooyoung walaupun sebenarnya dia nak merasa bubur itu namun tak jadi kerana ditegur Felix.Wooyoung bersetuju lalu mereka berdua pun keluar dari bilik itu.

"Sedap tak?",tanya Mirae.

"Sedap sangat...Lix,kau tak nak rasa ke?",pelawa Changbin.Felix menggelengkan kepala.

"Eh kejap..ni bukan baju yang awak beli semalam ke?",tanya Changbin sebaik melihat baju yang dipakai Mirae itu.

"Haah....cantik tak?",Mirae minta pendapat dari teman lelakinya itu.Dia terharu kerana Changbin perasan dengan pakaiannya hari itu.

"Yeppeo....sesuai dengan awak..",puji Changbin.

"Awak...saya nak pergi tandas kejap ye.",beritahunya dan Changbin mengangguk.

"Awak tahu tak tandas kat mana?",tanya Felix pula.Mirae menggeleng.

"Tak apalah...kau pergi tunjuk tandas kat Mirae.Aku okay je.",Changbin mencelah.

"Betul ni? Apa-apa kau tekan butang kecemasan tu.",pesan Felix.

"Arasseo...",jawab Changbin.

"Sakit sikit pun tekan tau..",pesan Felix lagi.Changbin mengangguk.Risau sangat Felix dengan dirinya.Mereka berdua pun meninggalkan bilik itu.

Tak lama kemudian,Puan Kang pula masuk ke bilik itu.Sembap mukanya menunjukkan yang dia baru saja menangis.

"Eomma...wae?",tanya Changbin risau.Puan Kang tak menjawab lalu terus memeluk tubuh anaknya itu.Tangisan yang ditahan,akhirnya dilepaskan jua.

"Eomma...wae? Kenapa menangis...bagitahu Changbin please...",desak Changbin bila tangisan ibunya belum reda.

"Changbin...kenapa perkara ni berulang balik...", teresak-esak Puan Kang menangis.Changbin masih keliru dengan apa yang cuba ibunya sampaikan.

Felix yang baru saja memegang tombol pintu,terdengar Puan Kang memberitahu tentang kesihatan  Changbin dari dalam.

"Andwaeee......",Felix terduduk di depan pintu sebaik mendengar penjelasan Puan Kang.Sekali lagi airmatanya mengalir.

Teringat pulak masa Felix tersingkir lepas tu dia peluk Changbin...Huwaaaaaaa kennot brain.

Sendu ke tak?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro