❀10
Changbin hanya merenung makanan yang dibeli Mirae itu.Memang dia tak rasa nak menjamah makanan itu.Felix yang perasan dengan keadaan Changbin itu menegurnya.
"Kenapa kau ni...tu favourite kau kot...kau sakit ke apa?",tanya Felix risau.Tak pernah Changbin berkelakuan begitu.Naik risau juga dia.
"Tak...aku cuma malas nak makan sebab aku mengantuk je...",jawab Changbin lalu meletakkan kepalanya atas meja.Makanan yang dibeli tadi ditolak ke tepi.
"Okaylah kalau macam tu...takkan nak paksa pulak...",akhirnya Felix mengikut kehendak Changbin.Mirae pula hanya mendiamkan diri.
Selesai sahaja mereka makan,loceng berbunyi menandakan waktu kelas akan bermula.Makanan Changbin tadi,diberikan kepada Hongjoong yang kebetulan duduk di meja sebelah mereka.
Di kelas,
"Changbin.....Changbin....",cikgu yang mengajar menyeru namanya namun tiada sebarang reaksi.
"Changbin!",cikgu meninggikan sedikit suaranya dan barulah lelaki itu tersedar dari lamunannya.
"Are you okay? Awak tak dengar ke saya panggil tadi?",tanya cikgu itu.Felix memandang kawannya risau.Memang sah yang Changbin ada masalah,cuma dia tak nak berkongsi dengannya ataupun Mirae.
"Na kwaenchana... joesonghabnida Saem.",Changbin menundukkan kepalanya.Cikgu itu hanya mengangguk sebelum meneruskan mengajar.
"Betul ke kau okay...aku risau pulak tengok kau macam ni dari tadi.",bisik Felix perlahan.Changbin hanya tersenyum kecil lalu membuka bukunya.
❃❃❃
"Awak...nah air.",hulur Mirae.Changbin mengambil lalu mengukir senyuman.
"Mianhae korang.....aku tak ada niat pun nak jadi macam ni...cuma aku rasa letih hari ni.",jelas Changbin.Timbul pula rasa bersalah di hatinya bila dia sudah merisaukan hati Felix dan Mirae.
"Aku tak kisah....tapi kalau kau sakit tolong bagitahu aku ataupun Mirae.Jangan simpan sorang-sorang.",pesan Felix.Changbin mengangguk faham.
Di rumah Changbin,
Dia menghampiri ibunya yang sedang bersantai di ruang tamu rumahnya.Ada sesuatu yang dia ingin berbincang dengan ibunya itu.
"Eomma....Changbin nak pergi check mata boleh tak? Sebab dalam kelas tadi,Changbin tak nampak pun apa yang Saem tulis kat depan.",beritahunya.
"Seriuslah? Ermm kalau macam tu Eomma tak kisah pun...tu pun untuk kebaikan Changbin jugak kan? Bila nak pergi check?",tanya ibu Changbin.Matanya masih tertumpu pada skrin tv.
"Changbin ikut je bila-bila....kalau Eomma nak suruh Changbin pergi sendiri pun tak kisah.",jawabnya.Takut ibunya sibuk pula nak membawanya ke bandar.
"Arasseo...nanti Eomma kirim duit.",balas ibunya.
Felix membuka pintu rumahnya.Dia baru saja selesai mandi sebelum loceng rumahnya berbunyi.Dia sudah tahu yang Changbin menekan loceng rumahnya tadi.
"Lix...teman aku pergi bandar?",ajak Changbin.Felix tak menjawab.
"Aku busy...ajaklah Mirae.",cadang Felix.Dia memang malas mahu ke bandar hari itu.
"Dia tak kekok ke nanti? Sebab selalunya kan kita keluar bertiga.",tanya Changbin.Felix mengeluh kecil.
"Kau kan namchin dia..kenapa nak kekok pulak...kau pergilah ajak dia,aku yakin dia suka.",balas Felix.Tak taulah kenapa Changbin tu terlalu noob.
"Ouh betul jugak kan...tak apalah kalau macam tu...aku ajak Mirae jelah..Annyeong!",Changbin beredar dari situ.Felix menggeleng melihat perangai Changbin.Tadi kat sekolah bukan main bad mood petang elok pula.
❃❃❃
Kelam kabut Mirae dibuatnya sebaik Changbin mengajaknya keluar petang itu.Nasib baiklah dia bukan seorang yang bersolek lama.20 minit sudah cukup untuk dirinya bersiap.
"Dah siap..jom!",ajak Mirae.Changbin terpegun dengan kecantikan Mirae petang itu Rambutnya yang diikat kemas,gaun paras lutut yang disarungkan,cukup menyerlahkan kecantikan Mirae.
"Yeppeo....",puji Changbin.
"Komawo...jom?",ajak Mirae sekali lagi.Changbin mengangguk lalu memegang tangan Mirae menuju ke hentian bas.
Di kedai cermin mata,
"Ye...nak buat cermin mata ke nak check mata?",ramah pekerja perempuan di situ bila Changbin dan Mirae melihat-lihat cermin mata di kedainya.
"Saya nak check dulu...kalau saya rabun tu,buat teruslah.",jawab Changbin.Pekerja itu tersenyum mesra lalu menunjukkan tempat untuk periksa matanya.
"Senyum-senyum...namchin aku tu..",Mirae mencebik bila pekerja itu cuba beramah.
"Teruk juga mata awak ni...kiranya buat teruslah cermin mata ni?",tanya pekerja itu.
"Haah..buat teruslah.Mirae,awak rasa cermin mata mana yang sesuai dengan saya?",tanya Changbin.
"Ermm....yang ni sesuai kot.",Mirae mengambil cermin mata yang berwarna biru gelap itu.Changbin memakai cermin mata tadi lalu melihat cermin yang disediakan.
"Kalau awak nak pilih yang lain pun boleh...kalau macam design ni nampak lebih sesuai.",pekerja tadi menghulurkan cermin mata yang lain.Mirae menjeling.
"Ha? Ouh....biar saya cuba dulu.",Changbin memakai yang itu pula dan seperti yang dikatakan pekerja itu,memang nampak sesuai dengan mukanya.
"Mirae...macam mana? Sesuai tak?",tanya Changbin.Mirae memandang sekilas.
"Molla...awak rasa sesuai,ikut awaklah.",jawab Mirae acuh tak acuh.Changbin menggaru kepalanya bila Mirae seolah-olah merajuk dengannya.
"Sesuai dengan muka awak...ambiklah yang design macam ni....kalau nak pilih warna lain pun boleh.",kata pekerja itu lagi.
"Ermm...tak apalah,saya ambik yang first tadi.",buat kali pertama,Changbin memahami perasaan Mirae.Dalam diam,gadis itu mengukirkan senyuman.
Pekerja tadi hanya mengikut kehendak pelanggannya.Dia sebagai pekerja di situ,hanya mencadangkan yang terbaik.
"Tapi cermin mata siap,dalam 30 minit lagi.Kalau nak pergi mana-mana dulu,bolehlah.Nanti dah siap saya call je.",beritahu pekerja itu.
Baru saja Changbin nak menulis nombor telefonnya,Mirae terlebih dulu ke kaunter untuk memberi nombor telefon.Tergelak kecil Changbin melihat kelakuan Mirae.
"Okay...sekarang ni awak nak pergi mana?",tanya Changbin selepas mereka keluar dari kedai tadi.
"Entahlah...awak ada nak pergi mana-mana ke?",tanya Mirae pula.Changbin diam memikirkan tempat yang mahu dituju.
"Kita pusing-pusing jelah....saya pun tak tahu nak pergi mana...kalau nak tunggu kat sini lama lagi.",ajak Changbin.
"Arasseo..",kata Mirae ceria.Mereka berdua pun jalan-jalan di situ sementara menunggu cermin mata Changbin siap.
Mereka singgah di kedai baju yang mengadakan jualan murah.Disebabkan kedai itu mengasingkan pakaian lelaki dan perempuan,Changbin dan Mirae berpisah sekejap untuk melihat-lihat baju di situ.
"Changbin suka warna apa ye? Pink...takkan pulak.Haa....hitam kot..",Mirae mengambil baju blouse yang berwarna hitam itu.Harap-haraplah Changbin juga memilih warna yang sama dengannya.
Dia mencuba blouse tadi dan sedang elok dengan badannya cuma potongan baju itu sedikit labuh dengan badannya yang hanya berketinggian 157 cm itu.
"Okaylah ni....labuh sikit tak apa.",dia bercakap sendirian lalu pergi membuat bayaran.
Di bahagian lelaki,
Changbin memandang baju yang berwarna biru gelap.Dia tak bertanya pula apa warna kegemaran Mirae tadi.
"Dia minat biru kot...sebab tu dia pilih warna cermin mata aku warna biru tadi....",bebelnya sambil mengukur saiz baju di badannya.Malangnya baju itu terlalu kecil untuk badannya.Dia pun melihat saiz pada baju itu.
"S?!! Patutlah tak muat...aku dengan badan sado macam ni kena pakai saiz L.",sempat lagi dia bangga diri di situ.Puas juga dia mencari saiz yang sesuai namun tiada melainkan baju yang berwarna hitam.
"Hitam ni favourite aku....boleh lah ni... dekat-dekat lah dengan warna biru gelap.",Changbin pun mengambil baju itu lalu membawanya ke kaunter.
Mirae sudah menunggu di depan kedai selesai membuat pembayaran tadi.
"Awak beli baju warna apa?",tanya Mirae teruja.Changbin agak ragu-ragu untuk memberitahu Mirae tentang warna baju yang dibelinya.
"Hitam....awak mesti biru gelap kan?",teka Changbin.
"Jjinja? Saya pun warna hitam...kita samalah!!",Mirae sudah teruja di tempatnya.Tak sangka pula mereka memilih warna yang sama.Telefon Mirae berbunyi dan nombor yang tak dikenali terpapar di skrin.
"Yebeoseyo...siapa ni?",tanya Mirae.Changbin memandang Mirae.
"Ha...arasseo... kamsahabnida..",Mirae meletakkan panggilan.
"Cermin mata awak dah siap...jom pergi ambik..lepastu awak pakai terus ye.",beritahu Mirae.Changbin tak menolak dengan kehendak teman wanitanya itu.
Mereka pun pergi ke kedai cermin mata tadi.Selesai semua urusan,Changbin membuat keputusan untuk balik ke rumah kerana hari sudah malam.Tambahan lagi,esok mereka masih bersekolah.
Tepat pukul 8 malam,mereka tiba di perkarangan rumah Mirae.Pegangan tangan dilepaskan.
"Komawo sebab teman saya tadi.",ucap Changbin.Mirae mengukirkan senyuman manisnya.
"Sama-sama....take care tau..",pesan Mirae.Risau pula Changbin balik seorang diri malam itu.
"Arasseo...goodnight..saya balik dulu ye..jumpa kat sekolah esok..",kata Changbin lalu beredar dari situ.
Changbin terpaksa berjalan kaki selepas turun dari bas menuju ke rumahnya.Jarak hentian bas ke rumahnya agak jauh dan itu membuatkan Changbin agak sunyi untuk berjalan sendirian lalu dia menelefon Felix.
"Felix...angkatlah..",Changbin menelefon sekali lagi bila kawannya itu tak menjawab panggilannya.
"Hyung....",Changbin menoleh ke arah suara itu.Namun dia tak dapat nampak apa-apa memandangkan hari sudah malam.
"Hyung....", langkahnya terhenti dan kali ini dia ternampak seorang budak lelaki di belakangnya.Budak itu kelihatan seperti melarikan diri dari seseorang yang mana membuatkan Changbin menghampiri budak itu.
"Adik...kenapa ni? Ada apa----",satu hentakan terkena belakang kepalanya.Dalam sekelip mata,Changbin sudah rebah ke tanah.
"Goodjob...cepat ambik barang yang berharga...",sayup kedengaran suara itu.Changbin sempat menyorokkan telefonnya di poket baju.Dua lelaki tadi sudah mengambil dompet dari poket seluar Changbin lalu meninggalkan dia di situ.
"Fe...lix...",tanpa disedarinya,dia menekan dial nombor Felix.
"Changbin..Changbin-aaaah... yebeoseyo?",kedengaran suara Felix di hujung talian.
Lama kelamaan,suara itu makin sayup kedengaran dan segalanya berubah gelap.
Lambat sikit update ye malam ni....hehehhehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro