⋆✉️ ⌗ three ›› !
rumah sumin
ding ! dong !
"sumin!! bukak pintu tu!!" arah mak cik park.
sumin mula membuka pintu setelah loceng berbunyi, ditekan oleh seseorang.
"ye, ada apa ye?" tanya sumin
"urm, siapa park sumin? saya kena bagi surat ini padanya" tanya jejaka itu.
"eo, sayalah park sumin" jawab sumin.
"oh maaf, haa nah surat untuk kamu"
"surat?" sumin mengambil surat itu dan melihat seketika.
"Decelis Academy? tumpang tanya, siapa yang- eh?" sumin yang baru sahaja hendak menanyakan soalan tiba-tiba jejaka itu sudah hilang.
"cepatnya hilang" sumin mula melihat ke arah pokok bersebelahan rumahnya.
"banyaknya burung gagak, harap tak ada apa-apa berlaku lah" sumin mula menutup pintu.
dia mula membuka surat itu dan membacanya.
"mak cik! mak cik tukarkan sekolah sumin ke?"
"ha? tukar? sejak bila mak cik..." mata makciknya mula terbeliak apabila melihat surat itu.
dia terus merampas surat itu daripada tangan sumin dan terus mengoyakkannya.
"yah, itu surat sumin!"
"tak boleh. tak boleh. kau tak boleh ke sana"
"tapi sumin dah baca! sumin diterima pergi ke akademi tu! sumin nak masuk" bantah sumin.
"mak cik dah kata kamu tak boleh pergi ke sana!"
ding ! dong !
mereka berdua mula berpaling ke belakang melihat loceng pintu yang baru berbunyi.
mereka melihat ruang surat di pintu. dengan perlahan, sepucuk surat yang sama jatuh ke atas lantai rumah. sumin mengambilnya.
"see? sumin dapat lagi. akademi tu memang nak sumin masuk- yah!"
"shit, budak ni. mak cik kau kata tak boleh TAK BOLEH! yang kau melawan dia kenapa?!" kata pak ciknya pula dan mengoyakkan lagi surat itu.
tiba-tiba, ruang surat di pintu itu bertubi-tubi mengeluarkan surat yang sama.
di atas pokok luar rumah
"sebab ni ke kau suruh pengetua buat surat banyak-banyak?" tanya seseorang.
"aku dah agak benda ni berlaku. nasib aku suruh pengetua buat surat untuk budak ni banyak-banyak. HAHAHAHAH" jawab orang yang berada di sebelahnya.
mereka hanya sambung melihat sekumpulan burung gagak memasukkan surat ke dalam rumah itu.
rumah sera
ding ! dong !
"ha ye wak? ada apa datang? nak ngorat abang saya lagi ke? maaf, kami tak terima bunga dah" kata sera.
"adik, kakak datang nak hantar surat dik, bukan nak bagi bunga" kata wanita itu.
"ouhh, maaf maaf. saya sangka akak perempuan yang selalu usha abang saya tuh, ehehee. oh ye, surat pada siapa ye?" terus sera menukar tajuk, malas nak bercakapa tentang hal lain.
"lin sera?"
"eh??? sayalah tu! meh sini surat tu" sera terus mengambil surat itu.
"from Decelis Academy-" riak wajah sera terus berubah terkejut, terus dia berlari ke arah bilik abangnya.
"OPPA!!!!"
"kan aku dah kata ketuk pintu.."
"TENGOK NI!" riak abangnya dari nak marah terus tak jadi apabila melihat surat itu.
"macam mana kau diterima-"
"WOOO HOOOOO!! SERA DAPAT SAMA SEKOLAH DENGAN APPA!!!! ARGHHH! NAK BAGITAHU OMMA LAH! PAPAI OPPA! MUAHAHAHAHA" kata sera dengan penuh teruja.
"mental ke apa budak ni-" kata sehyuk melihat adiknya sedang berlari ke dapur.
"omma! tengok ni! sera pun dapat surat macam appa!"
"uuwuu, surat apa tu?" tanya puan lin. tidak memandang anaknya lagi, kerana sedang memotong bawang.
"Decelis Academy!" terus terhenti apabila puan lin mendengarnya. perasaannya juga terkejut apabila mendengar perkataan tersebut. dia mula mendekati anaknya.
"lin sera, kamu betul-betul nak masuk akademi ni ke?"
"omma kenapa risau pulak ni? mestilah nak! omma yang kata appa dulu tokoh pelajar sekolah tu! biar sera jadi tokoh untuk appa yang seterusnya!" kata sera yang sudah berada di atas kerusi menggayakan dirinya seperti patung liberty sambil memegang sebuah piala.
"ya tuhan sejak bila kamu panjat kerusi ni dik oi-" terkejut puan lin apabila memandang anaknya tegak berdiri di atas kerusi itu.
"omma, nampak tak sehyuk punya piala kesayangan- ADUH!" kata-kata sehyuk mula terhenti apabila dia terhantuk pada belakang sera.
"EH EH- OPPA SHIB- AARGHH!!" tidak sempat sera menghabiskan katanya, dia mula terjatuh dari kerusi itu.
prang !
"ishh, YAH OPPA! MATA MANA MATA?!" marah sera.
"EH KAU LAH! DAH KENAPA BERDIRI ATAS KERUSI TU?! GILA KE APA?! AKU CARI-" sehyuk mula terdiam apabila matanya beralih pada suatu arah.
"HA CARI APA? APA?! OH PIALA KAU? ADA JE NI HAA SERA PINJAM KEJAP- EH? MANA EH? TADI SERA ADA PEGANG-" kata-kata sera mula terhenti apabila matanya ternampak kaca bertaburan di atas lantai. sera mula senyum kekok.
'mati aku' desir hati sera.
"o-oppa.. urm, takpelah. tahun depan oppa boleh masuk pertandingan ni lagi.. kalau oppa buat yang terbaik, pasti menang punya!" kata sera agak kekok.
"lin sera?"
"hmm?" sera hanya mampu memberi senyuman pada abangnya.
"ni bukan sekadar piala pertandingan sera. ini piala sempena projek N.A.S.A abang menang" terang sehyuk dengan pelan.
"oh ye ke, ehehee. kalau macam tu, SERA MASUK BILIK KEMAS BARANG DULU! ESOK SERA KENA PERGI DAH! AMPUN OPPA!" sera terus berlari naik tangga dan masuk ke dalam biliknya serta mengunci pintu.
"LIN SERA!! AKU AKAN PASTIKAN KAU MERANA DEKAT DECELIS ACADEMY TU NANTI!!!" jerit sehyuk dari bawah.
ding ! dong !
"ye? ada apa datang ni? nak cuba jus woolie saya ke?" tanya youngwool pada jejaka itu.
"eh tak tak, saya datang ni nak hantar surat pada kang youngwool" terang jejaka itu.
"ouh, sayalah youngwool! surat apa pula?" youngwool mengambil surat itu dan membacanya.
"Decelis Academy?"
"saya gerak dulu ye? papai-" baru sahaja jejaka itu nak pergi namun ditahan oleh youngwool.
"eh, kenapa ni dik?" tanya jejaka itu.
"ahjussi mesti penat kan? nah! saya bagi jus buatan saya! nanti ahjussi terus bertenaga tau!" kata youngwool sambil menghulurkan sebotol air 'JUS WOOLIE' pada jejaka itu.
"oh ye ke? baiknya kamu! terima kasih tau!" terus jejaka itu membuka minuman itu dan meminumnya. youngwool tersenyum gembira.
"hehee, tak ada masalah lah. oh ye, ada macam-macam saya letak dalam tu. contohnya, avokado, terung, timun-" tersedak jejaka itu apabila mendengar bahan-bahannya.
"a-adik, adik letak apa lagi dalam jus ni?" tanya jejaka itu kekok.
"oh, saya letak halia, kangkung, daging ikan salmon pun ada! baik untuk kesihatan tau! ada lebih 50 bahan dalam jus tu! kelopak bunga pun saya letak! bunga raya, dandelion, lavender, purslane dan mawar! lima-lima jenis bunga ni boleh dimakan, jadi saya cuba campurkan semuanya. sedap tak ahjussi?" panjang lebar youngwool memberitahu bahannya.
"urm, hmm.. sedap!! hehee, sedap sangat!" kata jejaka itu walaupun matanya sudah berair.
"iya ke?!! eheheh, harap ahjussi bekerja keras selepas ni ye? papai! terima kasih bagi surat ni!!" kata youngwool sebelum menutup pintunya.
jejaka itu mula cuba berjalan masuk ke dalam keretanya. malangnya, dia kini berjalan terumbang-ambing sambil cuba ingin fokus.
"yah, kau okay tak ni?" tanya kawannya yang berada di dalam keretanya.
"menyesal aku minum jus budak ni, PAHIT!!!" jeritnya sebelum jatuh pengsan.
"woi, jus apa kau minum ni? woi bangun woi! nanti kena bagi report kat pengetua woi!"
berbalik kepada situasi youngwool
"uish, akademi mana tiba-tiba ambil aku ni?" kata youngwool yang sedang berjalan ke arah bilik appanya.
"appa! tengok ni!"
"NO NO! KALAU PASAL JUS, APPA TAK NAK RASA!" jerit appanya yang baru sahaja ingin menyorok di bawah selimut.
"eh, bukanlah! ni haa, ada orang hantar surat ni. woolie tengok surat dari Decelis Academy" kata youngwool.
"ouh, omma kamu punya tu. letaklah kat meja dia tu, nanti omma kamu balik dia bacalah" kata appanya lega, lalu dia mencapai telefonnya.
"eh, tapi nama penerima bukan untuk omma. tapi woolie"
"HAA?!" terkejut tuan kang mendengar kata-kata youngwool. dia terus mengambil surat itu dan membacanya.
"kamu nak masuk ke akademi ni?"
"woolie tengok surat tu macam menarik! urm, nak!!" jawab youngwool.
"hurm, betul ke ni?"
"eh betullah. boleh woolie bagi jus ni kat kawan baru woolie" kata youngwool sambil menunjuk sebotol jus buatannya. appanya mula tergerak kebelakang ketakutan.
"ergh, okay okay. appa lebih rela kamu pergi sana. janji appa tak nampak jus tu lagi" appa youngwool terus membenarkan anaknya untuk berpindah ke akademi itu apabila melihat jus anaknya.
dasar ayah memang nak elak dari anak 😭🤚🏻
"oh ya, tarikh masuk dia esok kan? cepatlah kemas baju kamu!" arah appanya setelah melihat tarikh masuk pada surat itu.
"haa yelah yelah!" youngwool terus bergerak masuk ke biliknya dan mula berkemas.
ding ! dong !
"siapa tu?" tanya yoora yang baru sahaja membuka pintu.
"penghantaran surat untuk han yoora" kata jejaka itu.
"surat? sejak bila aku dapat surat ni huh? 'Decelis Academy'? tumpang tanya- eh?" belum sempat yoora menanyakan soalan tiba-tiba jejaka itu sudah tiada.
"hilang dah orangnya? orang ke hantu sia" kata yoora lalu menutup pintu. dia membaca surat itu dengan teliti.
"eh, tapi sejak bila aku cakap dengan omma nak tukar sekolah?" soalan itu mula berpusing di kepalanya. yoora terus ke bilik muzik.
"omma, yoora dapat surat dari Decelis Academy. omma nak yoora tukar sekolah ke?" soal yoora yang baru masuk ke dalam bilik muzik.
puan han yang sedang bermain piano di hujung bilik terhenti apabila mendengar perkataan itu. dia mula diam beberapa saat.
"omma?" yoora menyentuh bahu puan han. lamunan puan han tersedar.
"ah, ye? kamu kata apa tadi?"
"oh, jap. yoora bacakan eh?"
"sijil kemasukan ke Decelis Academy. bahawasanya, anak tuan puan telah mengesahkan bahawa han yoora, telah berkelayakan dalam semua aspek adalah dengan ini diterima sebagai pelajar" baca yoora. puan han diam semula.
"omma, waeyo? ada yang tak kena ke?" tanya yoora, melihat ommanya terdiam tiap kali dia menyebut tentang akademi itu.
"ohh, tak tak. urm, kamu nak ke masuk akademi ni?" tanya puan han.
"eh, yoora yang tanya omma kenapa pindahkan yoora? omma tanya yoora balik nak ke tak akademi ni. kalau macam tu, yoora terima je!" jawab yoora.
"kalau macam tu, omma okay je. bila tarikh pergi akademi tu?" tanya puan han.
"biar yoora tengok. esok?! heol! yoora siapkan baju sekarang, kenapa abang pos tu perap surat ni lama-lama huehuehue. tak sempat nak jumpa appa dah" yoora mula berlari masuk ke dalam biliknya.
sambil dia mengemas, tidak lupa dia mengambil sebingkai gambar di atas mejanya.
"mianhe appa, yoora masuk akademi dulu" kata yoora lalu meletakkan gambar itu elok ke dalam bagasinya.
situasi puan han
ommanya mula mengeluarkan telefon lalu menelefon seseorang.
"mwoya, han joon woo? anak awak akan masuk ke akademi itu esok. biar betul?"
'ehh, takkan baru dapat surat tu? bukan sepatutnya dari minggu lepas ke? ni mesti burung tu suka tangguh lagi hantar surat. oh ya, haah. pengetua dah bagitahu saya yang dia akan masuk. jangan risau'
"tapi kenapa pilih yoora? saya risau akan jadi apa-apa kat dia kalau dia masuk Decelis itu"
'honey, bertenang. sayang kan ada? don't worry, I'll take care of her. sayang rasa bersalah tinggalkan dia dan biarkan awak jaga dia selama ni. sekarang, giliran saya pula untuk jaga dia'
"kalau sayang kata macam tu, baiklah. saya akan serahkan dia pada awak, janji awak akan jaga dia baik-baik?"
'don't worry honey, I'll take care of our sweetheart. okaylah, sayang dah sibuk ni, nanti I free, I call you. bye, I love you'
"okay, love you too"
selepas tamat panggilan, senyuman mula terukir pada puan han.
dengan ini , telefon author disahkan bersemut hakxjajxjsj. okay okay , kamu semua sudah tengok pada desc kan? author akan update tiap hari jumaat dan sabtu , so sabar yaa.
author pun manusia , bukan tiap hari update , innalillah nanti jari author 💀 author pun nak masa author dengan family hehee.
anyways, stay tuned for tomorrow update !
don't forget to votement <33
papai~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro