Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⋆✉️ ⌗ ten ›› !

"annyeong, nara imnida" heeseung yang memandang nara mula terkaku.

"hm, kenapa ni heeseung?" tanya sunghoon.

"eo- ohh, tak ada apa-apa. cuma, rasanya kita patut naik kereta api sekarang" jawab heeseung selepas dia memandang ke arah pelajar lain yang sedang memasuki kereta api.

"eonnie!"

"eo, yoora!! sera! yeseul! sumin! yoora!! mujurlah kamu semua selamat~" sooyoung mula berasa gembira apabila melihat kawan-kawannya yang lain menuju ke arah mereka.

"korang semua memang datang sekali ke?" tanya sunghoon. jake menggeleng.

"tidak, kebetulan bila saya dan sera sampai, mereka pun sampai" sunghoon hanya mengangguk faham.

"kau... kenapa kau dekat dengan nara eonnie?" yeseul mula menyepetkan matanya memandang sunghoon.

"EH? mana ada! kitorang pun baru berjumpa tadi heh. kau siapa?" tanya sunghoon balik.

"tuan- maksud saya, hyung. maaflah, mulut dia ni memang tak ada insurans sikit" celah sunoo.

"eh kau, sesuka hati je cakap mulut aku tak ada insurans. aku tanya je kenapa dia dekat dengan nara eonnie!" marah yeseul.

sunghoon hanya terdiam, perlahan-lahan dia menjauhkan diri dari nara.

"dahlah, jom naik kereta api. siapa lambat, kena tinggal" kata jake yang mula meleraikan pergaduhan sebelum ia bermula. jake terus menuju masuk ke dalam kereta api.

"y-yah! kata nak duduk sekali, hyung!" sunoo mula mengejar jake dan masuk ke dalam kereta api.

sooyoung mula mahu masuk tetapi dihalang heeseung.

"yah, kau kenapa?" tanya sooyoung.

"sebagai seorang lelaki, aku kena masuk dulu" katanya. sooyoung hanya mengangkat keningnya. heeseung perlahan tersenyum sambil berkata

"heh, dasar pumpkin girl" sooyoung yang terdengar mula menendang kaki heeseung sampai dia tersungkur.

"aduh!" orang di sekelilingnya mula mentertawakannya perlahan. sooyoung hanya buat tak tahu dan terus berjalan pergi ke tempat duduk.

"maaf" kata sooyoung perlahan didengari oleh heeseung.

"HAHAHAHA kesian hyung, jatuh tersungkur!" gelak sunoo. heeseung mula bangun dan terus pergi ke tempat duduknya.

skip

kini mereka tiba di akademi Decelis. semasa semua pelajar berjalan sambil melihat persekitaran akademi, terdapat banyak kejutan yang mereka tidak sangka seperti gambar potret yang tiba-tiba melambai tangannya, sedang membaca bukunya dan lain-lain lagi.

"selamat datang dan selamat malam kepada semua pelajar, tahniah kerana anda dipilih untuk masuk ke Decelis Academy ini. saya guru penolong kanan sekolah ini, Han So Hee imnida" kata cikgu itu perkenalkan dirinya pada semua murid baharu.

"sebelum kamu semua pergi ke bilik masing-masing, sila ke dewan makan untuk minum teh dan dapatkan tongkat sihir kamu di sana" kata cikgu so hee membuatkan kening enam gadis itu terangkat.

"weyh, mana nyah tu? aku nak cakap dengan dia betullah dia kat alam ghaib!" kata youngwool sambil memandang sekelilingnya.

sumin dan enam rakannya ada bersama-samanya. mereka menuju ke arah dewan makan.

skip

"sekarang, kita akan buat penentuan jenis magis kepada semua pelajar baru"

"penentuan ini dibuat bagi mengetahui bahawa jenis magis yang kamu dapat menguasai sepenuhnya, magis lain hanya menguasai dengan sedikit sahaja"

pengumuman yang dibuat oleh cikgu so hee tadi menarik perhatian semua murid terutama murid baru. sumin mula memandang sekelilingnya dan mendengar perkara dari murid lain.

"weyh, aku dengar berita ada budak mati kena sihir dengan ahli sihir hitam. sampai hilang semua darah budak tu siot"

"kau ada dengar tentang air pancut kristal di istana tu? sudah dekat genap 7 tahun, akhirnya ada air keluar dari situ"

"serius lah? bukan katanya darah asli diraja sudah tiada ke? raja sekarang pun dilantik oleh raja yang sudah hilang 7 tahun lepas tu"

"mana kau tahu raja yang lantik dia? bukan dia hilang ke?"

"aku dengar cerita dari orang lah, raja tu ada tinggalkan wasiat sebelum dia hilang"

kedengaran topik hangat itu mula tersebar. sunghoon yang dengar semuanya mula memandang nara. nara hanya diam, tak berkata walau sepatah.

"aku dengar putera diraja yang kalini hensem, ada khabar yang dia dah mula keluar dari istana lagi! tak sabarnya nak jumpa dia!"

tiba-tiba sahaja nara terbatuk kecil, sunghoon pula tiba-tiba menahan senyum.

"nara awak okay? tiba-tiba je batuk ni" tanya sooyoung.

"ahh, saya okay je. habuk terkena hidung tadi" tipu nara.

"di dalam senarai nama ni, saya akan panggil seorang demi seorang untuk tampil di hadapan untuk bagi topi magis ini menentukan magis kamu"

"terdapat pelbagai jenis magis dan satu yang disebut olehnya ialah magis terkuat kamu boleh kawal. contoh antara magis yang biasanya kalangan kamu akan dapat adalah air, api, ais, tumbuhan, angin dan graviti" terang cikgu so hee panjang.

"sekarang saya akan panggil seorang demi seorang untuk tampil di hadapan dan memegang encik topi bercakap yang berada di hadapan saya ni. dia akan beritahu kamu akan berada di antara empat rumah dan warna setiap uniform kamu iaitu I-LAND berwarna merah, I-FOREST berwarna hijau, I-CITY berwarna kuning dan I-FROST berwarna biru"

"nama yang dipanggil sila tampil di hadapan ye. bermula dari gred 10, yang pertama..." cikgu so hee mula memanggil seorang demi seorang ke hadapan.

beberapa minit sudah berlalu, kini nama niki yang dipanggil untuk ke hadapan.

"nishimura riki! seorang yang tidak mengisahkan orang lain! tetapi, walaupun badannya seperti batu rupa-rupanya hatinya selembut sutera yang baru dibuat oleh sarang labah-labah. urmm, kamu di I-LAND. sihir yang kamu boleh kuasai adalah graviti" kata encik topi bercakap itu dengan penuh semangat.

niki yang mendengar sudah membuat reaksi yang tidak percaya yang encik topi ini tahu perangainya yang sangat tak ambil kisah tentang orang lain. keningnya sebelah terangkat bersama senyuman senget yang tidak percaya.

"kang youngwool" entah kenapa tiba-tiba youngwool rasa gementar nak ke hadapan apabila tiba gilirannya.

"err eonnie, youngwool tunggu kat depan tau" katanya pada sera. sera hanya senyum dan angguk.

"fighting youngwool!" kata sera pelan. youngwool mula gerak tampil ke hadapan dan memakai encik topi bercakap tersebut.

"kang youngwool! seorang yang sangat bising dan tidak mudah mengalah! walaupun tabiatnya bising, kamu juga pandai mencipta sesuatu yang sangat menakjubkan! kamu di I-LAND dan sihir kamu adalah.." tiba-tiba sahaja encik topi mula memikirkan sihirnya seperti sihirnya lain dari yang lain.

"haa, sihir aku apa? cepatlah encik topi!"

"plasma" selepas kata-kata itu keluar dari encik topi tadi terus encik topi seperti terkena renjatan elektrik. bukan itu saja, malah tiba-tiba satu dewan menjadi gelap.

". . . . . . . ." satu dewan menjadi sunyi sepi. cikgu so hee mula menarik tangan youngwool dan melihat anak matanya dengan mendalam.

"err, cikgu?" setelah beberapa saat, cikgu so hee mula bergerak memberitahu kepada seorang cikgu lelaki yang berada di sebelahnya.

"baik semua, bertenang. ini hanyalah masalah elektrik sahaja. pihak mekanikal ada hubungi saya sebentar tadi akan dimatikan elektrik sementara. jadi kamu semua jangan risau. kita akan teruskan dengan gred 11" kata cikgu so hee dengan tenang.

nara yang sudah mengetahui kejadian sebenar youngwool mula mengalihkan pandangannya ke arah lima lagi kawannya yang berada di sekelilingnya, melihat mata mereka seorang demi seorang. nara mula terkaku.

dia mula memandang heeseung. agak terkejut kerana heeseung yang telah memandangnya terlebih dahulu.

di sudut heeseung pula yang melihat nara, dia mula teringat sesuatu.

"plasma"

"racun"

"solar"

"bayang"

"selamatkan tuan puteri demi beta"

"hyung" tegur sunoo. heeseung tersedar dari lamunannya.

"hyung tak apa-apa?" heeseung menggeleng.

"hyung okay, cuma teringat tragedi macam ni pernah berlaku dulu" katanya.

"pernah terjadi? seriuslah?" jake mula tak percaya.

"iya, pernah. masa tu teruk sangat tragedi ni" celah sunghoon pula.

"tuanku.." jungwon hanya tak mampu berkata apa-apa walau sepatah.

sunghoon memandang nara yang sedang cuba menenangkan dirinya. nara mula bergerak ingin ke luar dewan, membuat isyarat pada sunghoon supaya ajak berjumpa seketika.

di luar dewan

sudah berada di luar dewan, nara mula terjatuh seperti baru terlanggar sesuatu. sunghoon menyambutnya.

"kau okay tak nara?"

hai ?

finally dapatlah idea untuk menyambung chapter ni HAKDHAKDHAKDH lama dah terperap hanya disebabkan fikir nama rumah tu .. yelah , inikan tema macam harry potter ha begitulah ceritanya .

kalau tak sama sikit haa memang bole lari otak ni dari bahagian medulla oblongata .

oh ya, ‘another cast’ ada penambahan cikgu so hee tau ! feel free to jenguk jenguk hshshs .

maybe ni jek saya nak bebel hshshshshs , jangan lupa votement tau tau tau !

mwah ! 💋

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro