Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⋆✉️ ⌗ six ›› !

"terima kasih eonnie! walaupun kita baru je kenal, tapi eonnie dah belanja saya buku ni hehee" kata youngwool malu.

"eh takpelah! awak dah belikan eonnie air ni, biar eonnie belanja awak pula" kata sera pula. youngwool hanya tersenyum janggal.

"maafkan saya!" jerit seseorang dari belakang. mereka berdua mula menoleh. sooyoung mula berhenti berlari apabila sampai di depan mereka.

"ni! surat awak tercicir" youngwool yang melihat mula cuba cek surat di poketnya, tiada.

"ahh, gomawo"

"kau siapa.." sera mula menyepetkan matanya melihat sooyoung.

"eonnie, dia orang yang beratur belakang kita kat kedai tadi" terang youngwool.

"ahh. gomawo tolong kami"

"eh, takpe. sebab saya pun nak pergi ke sana jugak" sooyoung terus menunjukkan suratnya.

"eo, baguslah macam tu! boleh kita berkenalan! saya lin sera, panggil je sera. tahun ni saya gred 12" kata sera teruja.

"oh, saya kim sooyoung. panggil je sooyoung. saya juga di gred 12 tahun ni" kata sooyoung.

"wah, baguslah! harap kita dapat sekelas nanti!"

"hehee, harapnya begitulah. awak.." kata-kata sooyoung mula memandang ke youngwool.

"s-saya kang youngwool! panggil je youngwool atau woolie. saya gred 10, jadi.. kamu berdua eonnie sayalah begini" kata youngwool semakin perlahan.

sera dan sooyoung hanya tersenyum.

"comellah woolie ni! takpe, anggap je kami ni kakak woolie! biar tak ada siapa buli kamu, tau?" kata sera.

"betul ke ni?" tanya youngwool tak percaya.

"betullah! eonnie pun okay je! kalau woolie tak faham atau tak tahu soalan ke boleh je cari eonnie, eonnie ajarkan!" kata sooyoung pula.

"kalau macam tu yang eonnie nak, woolie okay je!" jawab youngwool dengan gembira.

"sooyoung eonnie, woolie minat sains! woolie pandai buat jus berkhasiat tau!"

"ye ke?" sooyoung mula membuat muka ingin tahu.

"urm! betul tu! dalam jus tu macam-macam woolie letak! ada bawang, daging ikan, halia, terung-" mereka berdua mula terdiam mendengar kata-kata dari youngwool.

"y-youngwool tak rasa pahit ke?" soal sera. youngwool menggeleng.

"takde, sedap je jus tu! kenapa? eonnie pun kan dah rasa tadi?" soal youngwool semula.

"eh, s-sejak bila?"

"tadi waktu kita terlanggar dan air eonnie tumpah tu! waktu tu.. hehee, woolie tak cukup duit untuk gantikan jus eonnie. jadi woolie guna jus woolie untuk eonnie. tak ada masalah kan?" terang youngwool.

'eh? t-tapi.. rasanya memang sedap- ke lidah aku tak ada rasa?! dahlah ada bawang..' desir sera. dia mula memaling ke arah youngwool.

"hehee, sedap!" kata sera dengan wajah seperti rasa sesuatu yang tidak menyenangkan.

"gomawo! hehee, tapi woolie pelik, dalam ramai-ramai orang yang rasa jus woolie ni akan tertidur sekejap. tetapi kat sera eonnie, tak ada apa-apa pun! hebatlah eonnie!" puji youngwool.

sera hanya tersenyum. sooyoung hanya mampu mendengar kata-kata youngwool itu.

"oh ye, sooyoung eonnie nak rasa?!" tanya youngwool dengan gembira.

"eh, urmm.. tak apa! eonnie tak haus sekarang" tolak sooyoung pelan. youngwool hanya mengangguk faham. mereka bertiga mula teruskan perjalanan ke stesen.

di rumah yoora

"omma, takpelah omma. yoora boleh pergi sendiri. stesen tak jauh pun dari rumah kita" kata yoora sebelum keluar dari rumah.

"urm, kalau macam tu.. okaylah! oh ye, gaun yang baru beli tu pakailah kalau ada majlis ke apa kat sana! omma cadang nak pakai pergi majlis kahwin kawan omma! tahu tahu kamu kena masuk akademi dah" terang ommanya.

"ahh yelah yelah! nanti apa-apa majlis, yoora pakai. papai omma!" lambai yoora. ommanya pun hanya melambai semula pada anaknya.

yoora mula berjalan kaki ke stesen. sedang dia berjalan-jalan, dia mula melihat setiap bangunan di sekelilingnya.

"huwaa, akan ku rindu semua jiran kat sini" kata yoora sendiri. kemudiannya, dia mula ternampak seorang nenek yang berusaha menolak kereta sorongnya yang diisi dengan buah-buahan. yoora mula datang dekat.

"halmeoni, mari sini saya tolong" minta yoora, mereka berdua mula menolak kereta sorong itu bersama.

hotel

"aduh, kat mana ni?" nara mula bangun dari tidurnya yang agak lama. dia mula melihat jam menunjukkan pukul 6 petang.

"lamanya aku tidur, mesti ubat tu kuat" katanya sendiri. nara mula bangun dari katil dan bergerak ke meja, melihat sepucuk surat di atasnya. nara terus membukanya.

"stesen 9¾? sebelum jam 8 malam" dia mula memaling ke arah almari, ada bagasinya.

"diorang masuk rumah aku sekali ke?" nara mula membuka bagasinya, segala piala dan pingat mula terkeluar.

"mwoya? kenapa masukkan semua ni? aku tak pakai pun kat akademi nanti haih" dia mula mengemas semula bagasinya dan mula bersiap.

nara menjenguk ke arah tingkap, hanya perlu menyeberang beberapa jalan untuk sampai ke stesen. nara terus pergi check out dari hotel itu.

situasi yoora

"cu, lepas ni pegang kuat sikit ye, kita akan turun bukit ni"

"jangan risau nenek, saya pegang kuat" kata yoora.

"nenek dah selalu pegang kuat, tapi jalan kat sini mesti ada je batu di mana-mana. itu yang nenek asyik terlepas tu" terang nenek itu.

"oh kalau macam tu, yoora kena pegang kuat- aduh!" yoora mula terjatuh apabila terlanggar sebuah batu.

"kan nenek dah cakap tadi. kamu okay?" tanya si nenek sambil mendekati yoora.

"nek! kereta sorong nenek!" jerit yoora.

"alamak, nenek dah tua nak, habislah buah tu" kata nenek itu sambil menggelengkan kepalanya.

nenek kenapa tak panik ni nek😔

"takpe nenek. nenek jalan pelan pelan, biar yoora kejar dulu ye?" kata yoora terus berlari mengejar kereta sorong itu.

di arah depan, sera, sooyoung dan youngwool masih tidak perasan akan kereta sorong itu bergerak laju ke arah mereka. malah di simpang lagi satu, seorang budak mula berlari ingin mendapatkan kereta mainannya.

nara yang baru keluar dari hotel, mula ternampak segala  situasi di seberang jalan itu.

"boboy! jangan lari boboy!" jerit si ibu.

"semua! ke tepi!" jerit yoora.

suara yoora mula menarik perhatian mereka semua. nara mula berlari ke seberang. sera mula ingin melindungi sooyoung dan sera, tidak sengaja matanya beralih ke arah budak yang sedang berada di depannya.

"adik!"

nara dengan pantas mula mendukung budak itu dan terus menendang kereta sorong itu sampai jatuh ke tepi simpang.

yoora yang baru sampai cuba mengambil nafas seketika, penat berlari.

"mianhe! korang semua tak apa-apa? aigo! kereta sorong nenek!" jerit yoora melihat bahagian pegangan kereta sorong nenek itu patah akibat tendangan nara.

"yah! kalau ye pun, jangan tendang sampai patah! sekarang, macam mana nak tolak kereta sorong ni?!" marah yoora pada sera.

"eh, bukan saya! tapi..." sera mula menunjukkan satu arah di mana nara mula terbaring di tepi simpang itu.

"siapa tu?! kenapa kau tendang- eh?" kata-kata yoora mula terhenti apabila melihat nara bangun sambil mendukung seorang budak.

nara memandang ke arah yoora sekejap dan terus meletakkan budak itu.

"adik tak apa-apa?" tanya nara lembut, budak itu hanya menggeleng sambil tersenyum.

"baguslah adik tak apa-apa" kata nara sambil mengusap kepala budak itu.

"boboy! oh tuhan, kamu tak apa-apa? kan omma cakap jangan berlari kat simpang ni" kata ommanya dan terus memeluk anaknya. budak itu hanya menggeleng tanda dia okay.

"hmm, boboy selamat je! eonnie ni, tadi dia selamatkan boboy waktu ada kereta sorong hampir kena boboy tau! kereta sorong tu makin dekat, dekat, dekat dengan boboy. lepastu, laju dia, macam boom! boboy terus ada kat pelukan eonnie ni!" terang budak itu, ommanya hanya tersenyum lega.

"gomawo, selamatkan anak saya" ucap mak cik itu. nara menggeleng.

"tak ada apa-apa lah puan. lepas ni, jangan biarkan dia berjalan sendiri di tepi jalan ni lagi" pesan nara. mak cik itu terus pergi bersama anaknya.

selepas bayang mereka hilang, nara mula memandang yoora.

"mianhe, aku terpaksa" kata nara, dia terus pergi mengutip buahan yang berterabur di atas jalan itu.

"korang tengok apa lagi? kutiplah" kata nara melihat mereka berempat masih berdiri. mereka mula mengutip buah-buahan itu bersama.

sambil mengutip, yoora mula dekat dengan nara.

"mian, aku tak tahu kau selamatkan budak tu" kata yoora.

"gwaenchana, benda tu dah lepas. yang penting, tak ada siapa cedera" jawab nara sambil meletakkan buah yang baru diambil ke dalam kereta sorong. yoora tersenyum.

mereka mula menyambung mengutip buah-buahan. setelah beberapa minit, semua buah telah dimasukkan.

"wah, terima kasih cu semua" ucap nenek itu baru sampai.

"halmeoni tak apa-apa?" tanya yoora risau.

"eh, nenek tak apa-apa. nenek jalan pelan-pelan macam yang kamu suruh hehee" jawab nenek itu.

"baguslah. ni kami dah kutipkan semua buah nenek, tapi pemegang dia- eh?" yoora yang baru nak tunjuk akan kerosakan kereta sorong itu mula terkejut melihat nara sedang ikat di antara pemegang yang patah itu menggunakan sehelai kain.

"halmeoni, mianhe patahkan pemegang kereta sorong nenek" kata nara.

"eh cu, tak apa. lagipun, rumah nenek dah dekat dah. tinggal lalu beberapa buah rumah dari simpang ni je" kata nenek itu lagi.

"baiklah kalau macam tu, kami pergi dulu ye?" ucap sooyoung.

"baik, terima kasih tolong kutip semua buah nenek ni!"

"sama-sama!"

"cu, ni surat cu terjatuh kat jalan" kata nenek itu sambil memegang baju nara. semua mula memandang surat yang dipegang oleh nenek itu.

"yah, tu bukan surat yang sama ke?" bisik sera pada youngwool dan sooyoung. yoora yang melihat mula terkejut. dia mula menyentuh surat di dalam poketnya.

"surat yang sama"

"oh, terima kasih nek"

"tak ada apa-apa lah. dah pergi, sekarang dah pukul 7 malam. kereta api tu bergerak lagi sejam, baik kamu semua cepat" kata nenek itu.

"eo? apa maksud nenek 'semua'?"

"hey, dah dahlah tu nak sorok. nenek dengar apa kamu semua bisikkan tu" sooyoung, sera dan youngwool mula tersenyum senget.

"eh, nenek dengar? hehee" kata sera menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"jangan anggap orang tua dah pekak pendengaran ye, telinga nenek makin tajam pendengaran ni tau" ujar nenek itu. semua hanya tersenyum.

"okaylah nek, kami pergi dulu ye? papai"

"papai cu semua~" semua mula bergerak mengambil bagasi masing-masing. nara mula bergerak dulu, yang lain masih berdiam diri.

"yah" mereka berempat mula memandang nara.

"masa berjalan, nanti kita semua lambat" ujar nara lagi. mereka berempat mula berjalan bersama.

keadaan sangat janggal selepas kejadian tadi. youngwool mula membuka suasana.

"apa kata kita semua berkenalan? saya kang youngwool, dari gred 10!"

"saya lin sera, dari gred 12"

"lee sooyoung, gred 12 jugak!"

"eo? saya pun dari gred 12! han yoora imnida"

semua mula memandang nara.

"awak?" tanya sooyoung. nara menoleh ke belakang.

"lee nara, gred 12" nara menoleh ke depan semula.

"oh, woolie masih paling muda" kata youngwool sambil memuncungkan mulutnya.

"hehe, gwaenchana. nanti kat akademi nanti dapatlah kawan sekelas" kata sooyoung sambil tersenyum. youngwool yang memandang sooyoung mula tersenyum dan mengangguk.

"okay!"

"kita dah sampai" semua memandang ke arah papan stesen kereta api itu.

"gaja!" mereka semua mula masuk ke dalam.

huehuehue , mian chapter ni sedikit hambar ಥ‿ಥ author tiba-tiba kekeringan idea kat chapter ni sksks . segala ayat di teaser macam akan terabur hakfjakdbsd . maybe next chapter author akan try susun balik ayat di teaser- haa gudlak lah kat author niyh- hshshs

btw cover author buat cantik kan? uhuks- don't worry , setiap minggu author tukar manusia lain hshshs , so semua akan dapat merasai fc nya menjadi cover book uhuks .

okay , itu sahaja untuk harini . jangan lupa votement !

papai ~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro