Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

⋆✉️ ⌗ nine ›› !

pintu empat

husnuzon ye sooyoung , scene budak baik ni author tak ada idea sangat disebabkan otak author bukan otak budak baik tapi otak budak mental hshshs. tetapi jangan risau, nanti kau masuk kereta api nanti muncul scene kau dengan heeseung (๑ ิټ ิ)

pintu lima

"mana semua orang ni?" sudah dekat lima minit sera mencari kelibat yang lain tetapi masih belum jumpa. dia mula berhenti di bawah pokok.

dia hanya berdiam diri lama di situ, melihat kawasan sawah di sekelilingnya membuatnya rasa tak selesa.

"sooyoung? youngwool-ah? mana korang? nara?" sera mula ingin menyandarkan tubuhnya pada pokok tiba-tiba ada seorang yang memegang bahunya dari belakang.

"ARGHHH POKOK ADA TANGAN!" jerit sera.

"eh mian, aku tak bermaksud nak terkejut kan kau" kata seseorang sambil membuka fon telinganya.

"k-kau siapa?" tanya sera gugup.

"oh, aku sim jaeyun. boleh panggil jake"

"o-ouh, a-aku lin sera"

"haa, betullah kau. dah jom gerak"

"ha? apa yang betul?" tanya sera.

"kau budak baru Decelis Academy kan? kita naik kereta kuda dulu, lepastu baru naik kereta api. baru sampai sana" tanya jake.

"ouhh, okay. tapi, kawan-kawan aku masih tak sampai lagi"

"pekerja tu tak bagitahu kau ke yang diorang semua masuk pintu lain?" sera hanya menggeleng.

"ahh, diorang dah masuk pintu lain. jangan risau, dah jom naik" ajak jake.

"mana kereta kudanya? aku dari tadi pusing kawasan ni tak jumpa pun"

"dulu sini lapang, sekarang dah bersawah. jadi, kereta kuda tak boleh turun sampai sini. kita kena pergi jauh sikit. dah jom" sera hanya mengangguk faham dan bergerak sekali dengan jake.

sudah sampai, sera dan jake mula naik kereta kuda itu. mereka mula bergerak pergi ke stesen.

pintu enam

"aik? mana yang lain ni? eonnie~" youngwool mula memanggil-manggil nama eonnienya.

"yah" youngwool memaling ke arah belakang mendengar suara dari seseorang.

"siapa kau nyah?"

"aku yang patut tanya kau. kau siapa? dan boleh diam tak? bisinglah" tegurnya.

"oh, aku kang youngwool. kau pula?"

"nishimura riki, panggil niki je",

"nishi- apa?! aku panggil nyah jelah. n jugak" dahi niki mula berkerut.

"sukahati kaulah. jom"

"ha? jom ke mana ha? kau nak buat apa ha? jangan macam-macam, aku ada jus istimewa ni" kata youngwool. niki hanya menggulingkan matanya dan mendekati youngwool. youngwool mula ke belakang sedikit kerana jarak mereka hanyalah 10cm.

"y-yah, kau kenapa dekat-dekat ni?" panggil youngwool sambil memandang ke tempat lain. niki masih lagi berdiam dan memandang youngwool tepat.

"selangkah lagi kau ke belakang.."

"k-kenapa?" tanya youngwool gugup.

"ada najis lembu. dah, jom" niki mula berjalan. youngwool mula memandang ke belakangnya, dan memang tepat kata niki, ada najis di situ.

youngwool mengambil nafas lega, ingatkan apalah tadi jadi. dia mula bergerak ikut niki.

"nyah tadi aku langgar dinding lepastu aku masuk alam ghaib nyah, canggih woo" kata youngwool. niki hanya mendengar, malas nak jawab.

"eh nyah, ada nampak lagi enam eonnie tak?"

"siapa pula tu?"

"diorang kawan aku, patutnya diorang masuk dulu. ni, tak ada pula kat sini"

"ohh, diorang keluar dari pintu lain lah tu. pintu masuk ke sini ada banyak. walaupun masuk dari pintu yang sama, tapi setiap orang akan keluar dari pintu yang berbeza. jadi kawan kau mungkin keluar dari lain pintu" youngwool hanya membuat wajah 'oh'.

setelah beberapa minit, mereka berdua sampai dan terus naik ke kereta kuda. di dalam perjalanan, youngwool terus menanyakan niki soalan.

"nyah, kau.. senior kat akademi tu ke?" tanya youngwool.

"nak kata senior, tak juga. tapi aku dibesarkan di sini, rumah aku pun kat sini. cuma jauh je" terang niki.

"nyah" niki hanya mengambil nafas, menahan diri dari pertanyaan youngwool. niki memandang orang di sebelahnya yang sudah lama perhatikan mereka.

"kau tak ada nama ke? dia asyik panggil kau 'nyah' je" tanya orang di sebelahnya.

"aku ada nama woih!"

"alah, chill lah. itu pun nak marah.." katanya.

"yah, nyah" panggil youngwool lagi.

"shh, diam boleh tak? aku nak rehat" kata niki dengan bernada sedikit tinggi. youngwool terus terdiam selepas mendengar ayatnya.

keadaan mula menjadi senyap, semua membuat hal masing-masing. youngwool yang bosan mula menikmati angin petang itu.

pintu tujuh

nara yang baru keluar dari pintu mula melihat sekeliling. dia mula mengeluh.

"dalam beribu pintu, bandar jugak kau bagi aku keluar. dahlah ramai orang, nasib tak payah naik kereta kuda" katanya.

nara mula berjalan keluar dari lorong itu dan memandang kiri kanannya. walaupun selalu melawat tempat tu dulu, dia masih tak ingat jalan menuju ke stesen kerana dia jarang ke bandar.

nara mula mengambil jalan kiri. sedang berjalan, semua orang mula memandangnya dengan pelbagai reaksi seperti terkejut dan takut akannya.

"maafkan saya" tegur nara pada seseorang. belum sempat nara memandang mukanya, terlebih dahulu orang itu lari darinya. nara mengambil nafas berat.

"yah" tegur seseorang di belakangnya. nara mula berpaling ke belakang.

"kau siapa- yah!"

"jom" tidak sempat nara ingin menghabiskan ayatnya, tangannya sudah ditarik oleh orang itu hingga ke depan stesen. semua orang mula terkejut dengan tindakan orang itu.

setelah sampai di stesen kereta api itu, dia mula melepaskan tangan nara.

"kenapa tarik aku ke sini? siapa kau? macam mana kau tahu aku nak ke sini?" soal nara bertubi-tubi.

"mian, aku tak berniat nak tarik kau sebenarnya. tapi pintu tu bagi kau keluar kat bahagian bandar, aku kenalah tarik kau supaya orang tak pandang kau sangat. oh ye, panggil aku sunghoon. park sunghoon. kau lee nara kan?" terang sunghoon dan terus kenalkan dirinya. nara mula serius.

"mana kau tahu nama aku?"

"dahlah tu puteri, satu kerajaan kenal kau sebab kau anak raja sebelum ni. aku tak pernah nampak kau tapi omma aku yang cerita kat aku pasal kau. betullah, sombong dah kau sekarang. takhta pun tak nak ambil" kata sunghoon.

"kisah aku dah tak ada kena mengena dengan raja, jangan panggil aku puteri. aku yang sepatutnya panggil kau putera" kata nara.

"macam mana kau-" belum sempat sunghoon menghabiskan ayatnya nara mula menunjukkan sebuah logo diraja pada baju sunghoon.

"aku tahulah setiap baju diraja mesti akan ada tanda tu untuk kenal pasti identiti kau dari kerajaan mana" kata nara.

"err, oh ye, tak payah panggil putera tu! panggil sunghoon je. yang aku tahu, raja serahkan takhta pada appa aku, kau dihantar ke bumi. itu je. aku ni? tahu tahu jadi putera. PENAT TAHU TAK MAID SELALU KEJUT AKU PAGI BUTA?" kata sunghoon. nara hanya tersengih.

"mana ada pagi buta, paling awal jam 8 pagi. kau kena bangun siap-siap naik kuda ronda satu padang" walaupun sudah lama meninggalkan negara, nara masih ingat jadual waktu tetap di istana. sunghoon hanya memuncungkan mulutnya.

"oh ye, nanti bila lapang, aku ajak kau lawat istana. mesti kau rindu bilik kau kan? appa aku masih pastikan bilik kau kemas tau?" kata sunghoon.

"maybe tak payah, aku stay kat akademi je" jawab nara.

"EH, KAU PUN MASUK AKADEMI TU JUGAK KE?!" tanya sunghoon teruja. nara hanya mengangguk.

"yang kau teruja sangat ni kenapa?"

"tak adalah, saja je.. aku x sangka kau akan dijemput juga. oh ye, aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

"apa dia?"

"kenapa keluarga aku naik takhta? bukan sepatutnya ayah kau ke? yang aku tahu, tuanku dulu tiba-tiba je letak jawatan. lepastu, ayah aku jadi raja. aku rasa macam tak betul, jadi aku nak tanya kau apa jadi kat raja masa tu?" tanya sunghoon panjang.

"kenapa kau kena tahu? bukannya-"

"nara-ya!" tak sempat nara menghabiskan ayatnya, sooyoung memanggil namanya.

"oh, sooyoung" tegur nara apabila melihat sooyoung.

"awak okay?" tanya sooyoung.

"okay je, kenapa tanya- h-hey.. sooyoung, kau kenapa ni?" tanya nara melihat sooyoung yang tiba-tiba jatuh terduduk di depannya.

"mati-mati saya ingat korang semua dah tak ada hiks. penjaga pagar tu pun tak bagitahu yang kita akan keluar ikut pintu lain-lain" katanya. nara mula berkerut.

"jangan risau, dia banyak berfikir je sejak naik kereta kuda tadi" sampuk seseorang.

"eh, heeseung!"

"oh, tu-" belum lagi heeseung mahu memanggil sunghoon, sunghoon sudah menarik lengannya memberi suatu isyarat.

"shh!"

"oh, s-sunghoon. kau okay?" tanya heeseung.

"aku okay je" jawab sunghoon tenang.

"siapa yeoja yang kau sembang dari tadi? macam kau dah kenal-" kata heeseung terhenti apabila melihat nara yang sedang fokus menenangkan sooyoung.

nara yang sedar akan dirinya diperhatikan oleh heeseung mula bangun.

"annyeong, nara imnida"

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA SEMUA~ (◍•ᴗ•◍)❤

maaflah sebulan menghilang tanpa jejak hshshshs .. haa dah baca , jangan lupa votement !

tenkiu yang mana stay votement hingga sekarang , ming appreciated sangat !

papai ~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro