⋆✉️ ⌗ four ›› !
rumah yeseul
ding ! dong !
"penghantaran untuk park yeseul~" kata seorang jejaka.
rumah itu sunyi tidak dijawab oleh sesiapa.
"hello~? ada orang tak?"
masih tiada yang menjawab. jejaka itu mula putuskan niat untuk pergi, dia mula memandang belakang dan...
"BOO!"
"ARGHHH!!!"
jejaka itu mula terduduk. yeseul hanya mentertawakannya.
"AHAHAHAH! DAH BESAR PUN TERKEJUT!" kata yeseul. jejaka itu mula bangun tak puas hati.
"dasar budak. hey! kau tahu tak aku ni siapa?!"
"tahu! abang posman yang emo, HAHAHAHAHA" jejaka itu mula membuat muka datar.
"ni abang nak tanya, siapa park yeseul kat rumah ni?" tanya jejaka itu, malas nak cari gaduh.
"tahu! ish, noob lah abang"
"kenapa pulak?" jejaka itu mula berkerut, merasakan sesuatu yang tidak tenang.
"yelah, satu kawasan ni tahu yeseul tu. siap abang polis, askar, dengan posman pun kenal dia. tapi sampai abang, hmm pelik abang je tak kenal dia" kata yeseul lagi.
"oh ye ke? abang baru pindah kerja kat sini, jadi tak kenal sangat orang kat kawasan ni" kata jejaka itu.
"eh kamu ni, lari topik pulak. haa, ni surat untuk dia. nanti tolong serahkan pada dia tau" yeseul mula mengambil surat itu.
"okay! don't worry abang, saya pasti akan bagi dia surat ni"
"okay, terima kasih adik-"
"yah park yeseul! omma kata masuk tolong omma ni! buat apa lama-lama kat luar tu" panggil puan park.
"okaylah abang, saya masuk dulu ye? omma saya dah panggil tu. terima kasih bagi surat ni pada saya!" kata yeseul pada jejaka itu lalu masuk ke dalam rumah. jejaka itu hanya ternganga.
"b-budak tak guna...." kata jejaka itu sambil menggenggam tangannya menahan marah. dia mula bergerak masuk ke dalam keretanya.
"kau ni dah kenapa? emo je tiba-tiba" tanya rakannya yang berada di tempat sebelah pemandu.
"takpe kau budak. nanti kat Decelis aku jumpa kau, aku pastikan kau tak tenang" kata jejaka itu lalu menekan pedal minyak dengan laju.
"dah kenapa kau berdendam pulak ni? dia dipilih oleh pengetua- WOI PERLAHAN HANAT! YA TUHAN, SELAMATKANLAH NYAWAKU DARI SEGALA ANCAMAN. SESUNGGUHNYA, BURUNG GAGAK INI NAK BERTAUBAT DARI TANGGUH HANTAR SURAT HUEHUEHUE" kata rakannya apabila kereta itu bergerak dengan laju. dia hanya mampu bersabar.
berbalik pada situasi yeseul
"omma! tengok ni!" yeseul menunjukkan surat itu pada puan park.
"ohh- ehh?!" puan park hanya melihat sekejap, namun pandangannya mula terkejut apabila melihat surat itu.
"omma ni, dah kenapa muka macam tu? ingat sebengap-bengap yeseul kat sekolah biasa, yeseul tak boleh dapat surat ke~?" kata yeseul dengan nada berlagak.
"eh kamu ni, rasakan" puan park mula memukul kepala yeseul dengan senduk kayunya.
"aduh! ishh, apa ni omma main pukul pukul pulak" yeseul mula memegang kepalanya yang kesakitan.
"haa. dah dapat surat tu, pergilah kemas baju cepat. omma tengok tarikh masuknya esok" kata puan park dengan selamba.
"hmm, esok je pun- eh, ESOK?! APA NI ABANG POSMAN PERAP SURAT LAMA-LAMA NI?! EII DISLIKE DISLIKE" yeseul terus berlari masuk ke biliknya dan terus menyiapkan bagasinya.
puan park hanya memerhatikan gelagat anaknya, dia hanya menggelengkan kepalanya.
"dasar jongsuk tak guna. aku dah cakap jangan libatkan keluarga aku lagi, kau nak jugak eyy. nasib kau pengetua.. kalau tak, memang nahas aku kerjakan kau. burung gagak tu pun makin malas buat kerja eh? hmm, memang kena dislike lah dengan anak aku" bebel puan park sendirian.
rumah sooyoung
"eh tapi, kenapa nama pengetua dia sama macam appa? appa bukan kerja doktor ke? haish, dah dahlah tu sooyoung, jangan fikir negatif"
bebel sooyoung sendiri di dalam bilik. dia masih merenung surat itu atas bawah.
"sooyoung, dah dahlah tu. tarikh kemasukan tu besok, baik siapkan baju cepat" ujar puan lee yang baru sahaja masuk ke dalam bilik anaknya.
"omma, appa ada kerja lain ke selain doktor?"
"apa kamu merepek ni? kamu fikir appa tu boleh ke buat kerja lain selain bedah orang?"
"erk, ehehee. takde takde"
"dah dah, kemas je baju"
"okay"
sooyoung terus mengambil bagasinya dan mula menyiapkan pakaiannya. tidak lupa juga buku latihannya untuk dia mengulangkaji.
di suatu tempat
"yah! kau kenapa- auch.." jerit nara pada jejaka itu sambil memegang perutnya yang sakit.
"perangai kau memang sama je dengan omma appa kau"
nara mula menggenggam tangannya menahan marah.
"siapa kau nak kata aku dengan omma appa aku?!"
"tch tch tch, itu tak penting. yang lagi penting sekarang ini" jejaka itu mula memberi sepucuk surat kepada nara. nara mula mengambilnya.
"Decelis Academy? kenapa dengan surat ni?"
"datang pada alamat yang ada kat belakang surat itu esok sebelum pukul 8 malam. kau terpilih untuk masuk ke akademi tu, ada sesuatu yang kau perlu tengok kat sana" jejaka itu mula melangkah dekat pada nara.
"jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ni semata perlawanan kau hujung bulan ni. aku dah buang nama kau dalam senarai. pergi ke akademi tu" kata lagi jejaka itu lalu menyuntik nara dengan ubat tidur.
"kau- argh!" nara yang baru saja bangun mula terjatuh semula, terbaring di atas jalan itu.
"dah tiga hari aku perhatikan kau, kau tak tidur langsung semata berlatih. rehatlah, nanti kau jumpa mereka di sana" kata jejaka itu sebelum nara melelapkan matanya.
jejeka itu mula mengangkat tubuh nara dan bawanya masuk ke dalam kereta. rakannya hanya melihat.
"kau bagi juga ubat tu?"
"dia dah lama berjaga. eloklah bagi dia tidur sekarang" katanya sambil melihat nara tidur di tempat duduk belakang.
"nak bawa dia ke mana sekarang? baju dia kita dah bawa" tanya rakannya.
sebelum menyerang tadi, sempat mereka terjah rumah nara dan memasukkan segala yang diperlukan ke dalam bagasi.
"weyh, banyak sia medal emas. ni kalau aku lawan dia, konfem kalah hiks. baru budak tu, bukan lagi encik lee dengan puan lee"
"ambil jelah semua pingat tu, masukkan. kang satgi ada barang kesayangan dia tertinggal"
"oh, okay okay"
"kita letak dia kat hotel berdekatan dulu. esoknya, mesti dia terus ke pintu berkumpul"
"arasseo" kereta itu mula bergerak menuju ke arah sebuah hotel kecil berdekatan.
30 minit kemudian
"letak je barang dia kat sana"
"baik"
"nara mana?" tanya rakannya.
"ouh, aku dah letak dia dalam bilik"
"esok harinya, kita kena siapkan keretapi sekarang. biar suruh burung lain jaga dia di sini"
"baik" rakannya mula pergi je arah tingkap dan memandang beberapa ekor burung di atas tiang elektrik.
"kamu semua, jaga dia ni. esok, budak ni kena pergi ke kerajaan tu" burung itu hanya membalas dengan membuat bunyi.
rakannya mula keluar dari hotel itu dan masuk ke dalam kereta.
"mereka akan jaga budak tu. jom" kereta itu mula bergerak pergi.
dah dah , untuk sooyoung , mian author takde idea nak buat scene kamu panjang hshshs sebab watak budak baik ni susah sikit nak fikir dengan author yang otaknya tak seberapa hshshshshs.
sorry lupa update semalam tau🙏🏻 ni pun maaf ayat tunggang langgang je tak sempat nak cek balik.
next chapter nanti, haa maybe korang semua akan berjumpa satu sama lain + jumpa l.i korang sksksk (๑ ิټ ิ)
oh ya , nak cakap sikit tolong doakan family author ye :'> appa ming dah +ve covid. then dia dah pindah duk quarantine kat rumah lagi satu. then , alhamdulillah setakat ni kakak dengan dua adik ming -ve covid🤲🏻
author? author just sakit tekak je , pening tu adalah jugak huehuehue. mak ming kata "kalau taknak positive covid, tak yah test" so author tanak test ahaks🏃🏻♀️
papepun , korang semua stay safe ya🤲🏻 jangan lupa votement+doakan semua baik-baik je :>
papai~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro