⋆✉️ ⌗ five ›› !
petang keesokan harinya
sumin mula tergesa-gesa mengemas bagasinya, nak cuba melarikan diri.
dia mula cek tingkap di biliknya agar tiada apa-apa, dia mula cuba keluar dari tingkap itu.
situasi lain
"na na na na naa~ na- eh?"
"yeseul, kenapa?"
"omma, tengok tu" yeseul terus menunjukkan arah sebuah rumah tingkap atasnya ada orang nak keluar.
"ehh! dia nak bunuh diri ke tu?!" jerit ommanya sambil tekan brek kereta tiba-tiba. yeseul mula terhantuk.
"aduh! omma, brek lah elok elok. sakit kenapa yeseul"
"oh kamu terhantuk eh? ehehee mian mian. tengok budak tu, dia nak bunuh diri siap bawa bagasi tau! andwae!!"
yeseul hanya menutup telinga, sakit mendengar ommanya menjerit dalam kereta dari tadi. bukannya nak tolong-
"omma ni, tengok betul-betul. dia bawa bagasi tu maknanya dia nak lari rumah, bukan bunuh diri haih"
"oh ye eh? maklumlah omma dah tua, otak tak seberapa berfungsi" yeseul hanya menggelengkan kepalanya.
dia mula membuka tingkap dan melambai kepada gadis yang sedang berusaha keluar tadi.
sumin mula ternampak, dia mula cuba membuat isyarat diam. namun, yeseul cuba memberi isyarat nak menolongnya.
yeseul mula tulis sesuatu di kertas dengan tulisan besar dan menunjukkan kepada sumin.
'turunkan bagasi awak ke arah semak, saya tolong awak keluar dari situ'
sumin hanya mengangguk setuju. setelah beberapa minit berlalu, bagasi berjaya diletakkan ke dalam but kereta.
"sumin! bukak pintu ni!" sumin mula memandang ke arah tingkapnya. suara mak ciknya mula masuk ke dalam bilik.
"ppali yah!" jerit yeseul dari bawah. sumin dengan rela mula terjun. dengan sokongan omma yeseul, sumin mula jatuh di dekapan omma yeseul.
"kamu okay?" sumin hanya mengangguk laju.
"gaja, kita tak ada masa"
mereka terus bergerak masuk ke dalam kereta.
"WOI, BAGI BALIK ANAK BUAH AKU" jerit mak cik sumin.
yeseul mula menyampah dengan suaranya. dia berhenti berlari dan mula memusing memandang mak cik itu.
"WOI MAK CIK! MAK CIK TAHU TAK BEZA MAK CIK DENGAN BERUANG?"
"KAU KENAPA HA? MESTILAH ADA BEZA AKU DENGAN BINATANG TU!" jerit mak cik tu lagi.
"SALAH! DUA DUA SAMA JE GEMUK! NGAHAHAHHA"
"KURANG AJAR BUDAK NI! MEH SINI KAU!"
"apa kau cakap kat anak aku? kurang ajar?" puan park mula menggenggam sebatang besi yang entah dari mana datangnya dan mula memandang mak cik itu dengan pandangan tajam.
"HOI MAK CIK TUA! KAU SEDAR SIKIT EH! ANAK BUAH KAU YANG NAK LARI DULU! KATANYA KAU BANYAK BUAT DIA MERANA?! KALAU MACAM TU, MEMANG AKU SANGGUP TOLONG DIA LARI RUMAH. AMBIK NI!"
puan park mula membaling besi itu dan besi itu mula memecahkan tingkap rumahnya. mak cik itu mula terkejut sambil terjerit-jerit.
sumin juga terkejut akan perbuatan puan park manakala yeseul hanya tersenyum lebar.
"WOO OMMA DAEBAK! STAN OMMA!"
"yeseul-ah! ppali naik! kita gerak sekarang!"
"wokey!" sebelum masuk ke dalam kereta, dia mula memandang belakang sekali lagi.
"heh, rasakan" kata yeseul dan masuk ke dalam kereta. mereka mula bergerak meninggalkan mak cik itu.
mak cik itu mula melihat tingkapnya.
"a-andwae.. yeobo!! tingkap kita pecah!!" jerit mak cik itu pada suaminya.
berbalik ke dalam kereta, yeseul mula menanyakan pelbagai soalan pada sumin.
"kenapa dengan mak cik tu? kenapa dia halang awak keluar walaupun dia tak suka awak? dia mesti jahat kan? ataupun dia mesti nak pergunakan awak kan? eii dislike dislike"
"park yeseul, cuba tanya dia satu-satu? macam mana dia nak jawab semua soalan kamu tu sekali gus?"
"oh- ehehee. apa nama awak? dan.. awak nak ke mana?" tanya yeseul sambil memandang tepat arah sumin.
"urm, nama saya park sumin. saya-"
"oh baguslah! saya park yeseul!" yeseul terus mengambil tangan sumin dan bersalaman.
"kamu nak ke mana sumin?" tanya puan park.
"oh, saya ada pelepasan kereta api pukul 8 malam nanti"
"jam 8?"
"ah nae, saya perlu masuk akademi waktu tu" kata sumin.
"eh jap, jam 8. di stesen 9¾ kan?"
"m-macam mana kau-" belum sempat lagi sumin menghabiskan ayatnya yeseul mula menunjukkan surat.
"awak ada dapat surat macam ni ke?!" tanya yeseul.
"yah park yeseul! kenapa tunjuk surat-" belum sempat puan park ingin berkata lalu dipotong oleh sumin.
"nae! inilah suratnya"
"oh, kita satu sekolah lah macam ni! yeay!" yeseul mula memeluk sumin.
senyuman dari muka sumin mula terukir kecil.
"oh! awak senyum!" sumin mula luntur kan senyumannya balik.
"eyy, jangan macam tu! senyumlah lagi! saya suka!" sumin hanya mampu tersenyum kekok.
puan park yang memandu hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat anaknya.
beberapa minit kemudian
"okay nah bagasi kamu berdua"
"gomawo omma!"
"gomawo ahjumma, terima kasih jugak tolong sumin keluar dari rumah tadi" puan park hanya menggeleng.
"itu tak ada masalah lah. kalau jumpa lagi lepas ni, cakap je nak apa. acik belanja lain kali" kata puan park.
"omma, jangan macam tu. selama ni yeseul nak minta omma belanja, omma suruh yeseul pakai duit sendiri. ini tak adil!" rungut yeseul.
"eh budak ni, yelah yelah. mian tak dapat hantar kamu berdua depan pintu kereta api, sini tak boleh parkir pula"
"eh takpe takpe, kami berdua boleh jalan sama-sama sampai kat stesen nanti"
"papai omma!"
"papai anakku!"
di sebatang lorong yang panjang, ada seorang sedang berjalan sambil memikirkan sesuatu.
"kalau lobak merah tu dipetik pukul 2 petang, mesti tekstur dia lain dari lain. baru sedap dalam jus woolie nanti!" gadis itu mula mencatatkan bahan-bahannya di dalam sebuah buku.
di sudut lain pula, seorang gadis baru membayar minumannya yang baru dibeli. dia berjalan untuk masuk ke simpang terus itu.
"urm! sedapnya jus ni! nasib omma bagi aku keluar sendiri. kalau nak oppa temankan, memang dia sorang yang kebas air ni" dia mula berjalan tanpa didepan.
"sawi, bayam, epal, lemon.. apa lagi eh nak masuk dalam ni? nak masukkan bawang- argh!"
"urmm, sedapnya- argh!"
mereka berdua mula terlanggar satu sama lain.
"yah! tak nampak ke-" kata-kata youngwool mula terhenti apabila melihat gadis itu tiba-tiba sedih.
"huwaa, jus kegemaran aku~ huwaaa. 2,000 won aku hanya sia-sia semata hiks" kata sera melihat jusnya yang sudah tumpah.
"m-mianhe, aku tak sengaja. kau tunggu jap" youngwool mula pergi ke suatu tempat membeli sesuatu. dia mula kembali membawa secawan jus.
"nah! aku belikan yang baru untuk kau!"
"oh, huwaa air kegemaran aku! urm! nasib rasa sama! gomawo!" ucap sera pada youngwool.
"eh takpe takpe!"
"oh, kalau macam tu kita jumpa-" mata sera muka terbeliak apabila dia melihat sesuatu.
"huwaaaaaa!! buku resepi jus woolie aku!!!! d-DAH BASAH!!" youngwool mula mengambil buku itu.
"urm.. mianhe. aku tak sengaja langgar kau tadi" kata sera.
youngwool hanya melihat setiap helaian yang basah pada buku itu. semakin banyak diselak, semakin pedih perasaannya bagaikan kaca terhempas ke batu apabila melihat tulisan dalam setiap helaian itu mulai menghilang.
tulah kak, lain kali jangan pakai gel pen😔 memanglah cepat hilang tulisan tu😔
sera terus menjauhkan buku itu dari air dan mengambil surat yang terselit diantara helaian buku tersebut.
"nasib surat ni tak basah. nah- eh? Decelis Academy?" youngwool terus mengambil surat itu dan memasukkan ke dalam poket.
"eh, urm.. tak ada apa-apa lah"
"yah, tak mengapalah. tengok ni" sera menunjukkan suratnya juga.
"eo? awak pun dapat surat yang sama? jadi kita berdua nak pergi tempat yang samalah ni?" kata youngwool sambil tersenyum kecil.
"ehehe, nampaknya begitulah"
"urm, jomlah pergi ke stesen tu sama-sama" ajak youngwool.
"kejap, ikut saya" sera mula menarik youngwool ke suatu tempat.
kedai buku
"kan aku dah bagitahu semalam jawapan dia 140°" kata sooyoung sambil meletakkan telefonnya di bahu lalu merapatkan kepalanya. dalam masa yang sama, dia memilih buku latihan yang berada dia atas rak buku itu.
eh- betul ke macam tu- ha biarlah-
'yelah, tapi macam mana jalan kira dia? aku terleka semalam kau mengajar hehee'
"ish kau ni. tulah, main-main lagi semalam. 𝑝 = (9-2) darab dengan 180. kemudian, bahagi 9. lepas tu, baru dapat 140°" terang sooyoung.
(p/s : author bukak buku sekian.🏃🏻♀️)
kring ~ !
dalam masa yang sama, sera dan youngwool mula masuk ke dalam kedai.
"pilihlah salah satu, eonnie belanja" kata sera.
"eh, takpelah. woolie boleh je tunggu buku tu sampai kering" tolak youngwool.
"kalau woolie tak nak pilih, biar eonnie pilihkan. urm, yang ni cantik! yang ni mesti sesuai kalau woolie pakai buku ni" kata sera sambil menyelak buku-buku di atas meja itu.
berbalik kepada sooyoung yang sedang bercakap dengan kawannya di dalam telefon. sambil berbual, sooyoung hanya melihat gelagat dua gadis yang sedang memilih buku itu. dia hanya tersenyum manis.
'OH MACAM TU!'
prak !
"ya tuhan, terkejut aku perempuan ni"
'eh? sooyoung?? are you there?!'
panggil rakannya. sooyoung mengambil semula telefon samsung nya yang terjatuh tadi. #androidforlife
baik, tibe di situ.
"ha ye ye, janganlah jerit. aku kat kedai buku ni. ada soalan lagi tak? kalau tak, aku letak dulu" kata sooyoung lalu ingin mematikan panggilan tetapi...
'eh! ada satu lagi! what is the words before you said 'kidding' ?'
"eh dia ni, 'are you' lah"
'SALAH! KIMBAP KIDDING! A.K.A AYAT SEUNGKWAN DARI SEVENTEEN AHAKS-' tutt-
"merepek lagi je dia ni. baik aku bayar buku ni sekarang"
berbalik pada situasi sera dan youngwool yang masih belum habis memilih buku tadi...
"HAA! buku ni cantik! tengok! ada penanda buku huruf 'W' untuk woolie! dah jom!" sera terus menarik tangan youngwool lagi.
sera terus membuat pembayaran, sooyoung beratur di belakang mereka. youngwool hanya memandang ke arah sooyoung dari tadi. sooyoung hanya senyum padanya, youngwool juga membalas senyumannya. elelele comel je.
"gaja!" sera terus menarik tangan youngwool sekali lagi. sian budak ni asyik kena tarik tangan.🧎🏻♀️
youngwool hanya melambai sooyoung, surat yang berada di dalam poket youngwool mula terkeluar tanpa sengaja. sooyoung yang perasan mula mengambil surat itu.
"eh, dari Decelis Academy? mereka pun, sama akademi dengan aku jugak ke?" sooyoung terus membayar bukunya cepat dan terus mengejar youngwool dan sera.
1.5++k words dah u🧎🏻♀️ kalau tak cukup panjang juga ntahlaa- hshshshs
bukan tanak wat panjang ii , masalahnya takut hilang idea kat next chapter jek uhuks-
alhamdulillah after seminggu ni , demam author dah kebah and author dah test ! alhamdulillah -ve covid ! sekarang just tinggal selsema , batuk je 😘 sekarang author self quarantine kat bilik.. sebab mak , ayah dengan sorang adik author +ve '> doa baik-baik jelah ye 🤲🏻 harap lepas lima hari nanti semua kembali -ve jek ! btw stay safe ye semua ! no keluar keluar ! keluar top up shopeepay takpelah- eh- hshshshshs
papepun , don't forget to votement ye guin sekalian ! <3
papai~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro