⋆✉️ ⌗ eleven ›› !
"kau okay tak nara?" sunghoon mula risau.
"a-aku okay. cuma youngwool punya kuasa-"
"tuanku!" belum sempat nara menghabiskan ayatnya dipotong oleh heeseung yang memanggil sunghoon.
"heeseung, macam mana situasi di dalam?"
"elektrik masih lagi terputus tuanku. patik tak tahu puncanya dari mana"
"youngwool" sunghoon dan heeseung mula memandang nara.
"hah? kenapa dengan youngwool?" tanya sunghoon.
"kuasa youngwool.. plasma" fikiran nara mula bercelaru dan terus memegang lengan sunghoon.
"cepat! bawa dia keluar dari dewan. mereka sekali.."
"mereka?"
"sewaktu kita semua berjumpa tadi.. mereka" sunghoon yang mendengar terus mengangguk faham.
"heeseung, panggil yang lain dan beritahu cikgu yang enam lagi pelajar perlu keluar dari dewan dengan senyap. kita tak nak pelajar lain tahu tentang kuasa mereka. youngwool tadi pun hampir ramai mempercayai kuasanya. biar berlima lagi buat di bilik lain, di tempat yang tiada pelajar" arah sunghoon.
"baik tuanku" heeseung mula masuk ke dalam dewan semula.
"heeseung, dia..." sunghoon mula tersenyum.
"dia pengawal peribadi aku. tak lupa juga lagi lima yang jumpa kawan-kawan kau tadi pun pengawal peribadi aku" nara berkerut.
"aku dulu sorang je pengawal, kau ni mesti perangai teruk sampai ada enam pengawal" kata nara sambil tergelak kecil.
"tak adanya, pengawal aku jadi ramai sebab aku masuk akademi ni je. kan dah dikira luar kawasan istana" terangnya. nara hanya mengangguk.
dalam dewan
heeseung berjalan mula mendekati lima rakannya.
"pst, korang" bisik heeseung. dia hanya perlu berbual dengan perlahan supaya tiada siapa yang mendengar mereka.
"eo, hyung tadi ke mana? tuanku okay tak?" tanya jungwon.
"tuanku okay, cuma korang ingat tak gadis yang ada sebelah tuanku sewaktu kita sampai tadi?"
"iyelah. kenapa dengan perempuan tu?" soal jongseong pula.
"shh, jangan gelar dia 'perempuan' lah! dia anak raja sebelum ni"
"dah dah, tuanku suruh kita keluar dan bawa mereka berenam sekali keluar" kata heeseung.
"mereka? siapa?"
"yeoja yang datang dengan korang tadi. tuan puteri tadi kata mereka juga ada sesuatu. kita bawa mereka keluar dan buat penentuan jenis sihir dan rumah di tempat lain"
"baik" jungwon dan lain mengangguk faham. mereka semua bangun dari meja makan itu dan mula bergerak.
niki mula bergerak ke depan untuk mengambil youngwool yang sedang dipegang erat oleh cikgu so hee. youngwool sorang sahaja yang masih berada di sisi cikgu itu, yang lain sudah kembali ke tempat duduk mereka.
"saem, izinkan saya bawa youngwool keluar dari sini" katanya.
"kamu fikir kamu siapa?" bantah cikgu so hee.
"ini arahan daripada putera diraja" selepas kata-kata itu, niki mula tarik tangan youngwool dengan erat dan membawanya keluar.
"lagi lima sudah dibawa keluar, putera menyuruh pihak sekolah menjalankan sesi penentuan mereka dalam senyap" kata niki sebelum menyambung langkahnya keluar.
"y-yah, apa arahan putera ni? siapa kau sebenarnya? kenapa kau tarik aku woi-" hampir saja suaranya menaik, niki sudah meletakkan jari telunjuknya ke bibir youngwool.
"ikut saja kami"
youngwool hanya diam. dalam masa yang sama, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka sambil memakan gula-gula lolipop. dia menggigit lolipop itu hingga pecah, riak tidak puas hati juga sudah menerangkan yang dia sedang marah.
di sudut lain, sera mula nampak tangan adik angkatnya sedang ditarik oleh seseorang.
"woi, adik kesayangan aku kena culik dengan playboy woo. jangan harap kau bole lari" dia mula bangun dari tempat duduknya dan ingin berlari tetapi dia tiba-tiba ditahan oleh jake.
"kau nak ke mana ni? siap selak lengan macam gangster lagi" tanya jake.
"kau tengok tu, adik kesayangan aku tu kene tarik. tak boleh jadi ni! tepi tepi!" tanpa dia peduli, sera terus menolak jake sehingga hampir terjatuh. sabo kak sabo.
jake menahan sera lagi.
"apa lagi wahai sim jaeyun?"
"tak payah nak gelabah sangat, itu member aku yang tarik adik kesayangan kau tu. aku datang sini pun nak bagitahu kau dengan kawan kau yang lain keluar dari sini"
"apa maksud kau?" sera mengangkat kening.
"haih, jangan banyak kata, jom. sorang kawan kau dah tunggu di luar"
"nara ke?"
"takdelah, alien. siapa lagi kawan kau yang hilang kat meja ni eyy"
"ouuhhh, baik baik. kami keluar" setuju sera.
"korang, nara kene culik"
"HA?!" serentak yang lain menjerit. jake hanya menepuk dahinya.
"AKAK PENYELAMAT KITA KENA CULIK! AYUH RAKAN-RAKAN KITA SELAMATKAN DIA!!!!" jerit yeseul. sera hanya tersenyum. sooyoung, yoora, yeseul dan sumin turut bangun dari tempat mereka dan berlari keluar dari dewan.
jake mula terkejut apabila mereka terlebih laju sehingga meninggalkan rakannya. jake menekan pin magis yang berada di bajunya.
"jungwon, jay, heeseung, sunoo. pasangan korang dah nak lari keluar dulu.." kata jake dengan nada redha.
‘APA?! PASANGAN KAU KATA- ADUH!’
"korang? korang?!"
‘k-kami dah dapat mereka..’
jake menghembus nafas lega, nasib mereka bertembung. kalau tidak, jadi satu hal lagi mereka lari jauh-jauh nak kejar. padahal, nara ada di luar dewan saja.
setelah beberapa minit, elektrik semua kembali hidup semula. cikgu so hee mula meneruskan sesi penentuan magis.
"cikgu, tolong ambil alih sekejap. saya perlu keluar" kata cikgu so hee pada cikgu lain. dia mula bergerak keluar dewan.
di luar dewan
"ehh?! sihir youngwool tu betullah dia dapat plasma? tapi.. macam mana nak guna sihir macam tu?" soal yoora.
"nampaknya saya perlu mengajar pelajar baru kalini" celah seorang lelaki tua. semua mula memandang lelaki itu.
"atuk ni siapa? atuk tinggal sini ke?" tanya yeseul. lelaki tua itu mula membuat reaksi tidak percaya akan kata yeseul.
"kau panggil aku atuk?" katanya sambil memegang jantungnya seperti kena heart attack aduh risau masuk icu je nanti tuk.
"eh, habis tu nak panggil apa? pakcik tua?" lelaki itu hanya pasrah akan kata yeseul. silap hari bulan, moyang pun boleh keluar dari mulutnya.
"saya pengetua di akademi ni. nama diberi lee jongsuk. boleh panggil-"
"lee apa? jongak? ke jongang- aduh!" akhirnya sebatang kayu berjaya mendarat di kepala yeseul.
"jangan nak memandai mandai panggil pengetua dengan panggilan tidak hormat! panggil dia tuan pengetua" keluar suara cikgu so hee yang baru keluar dari dewan.
riak wajah pengetua itu sangat berpuas hati manakala yeseul masih mengusap kepalanya.
"aduh, nak gurau je.."
"haa, sudah-sudah. cikgu so hee, sila bawa budak-budak ni ke bilik magis. tunggu saya dalam tu" cikgu so hee hanya mengangguk dan bawa keenam-enam gadis itu. sebelum meninggalkan pengetua, sooyoung memandang pengetua itu.
pengetua mula memandang sunghoon.
"kamu dan nara, mari sini. kita berbincang sekejap"
"o-ohh.. baik pengetua" jawab sunghoon. nara hanya mendiamkan dirinya.
"tuanku.." panggil sunoo.
"korang boleh ikut cikgu so hee. jangan risau, aku tak akan lari dari akademi ni" mereka semua hanya mengangguk dan terus bergerak kecuali heeseung.
"patik perlu kekal dengan tuanku. susah kalau apa-apa berlaku" sunghoon hanya mengeluh.
"kau perhatikan kitorang je. jangan curi dengar" kata sunghoon.
tinggallah mereka berempat di situ. heeseung berada sedikit jauh, tidak mendengar perbualan pengetua bersama sunghoon dan nara.
setelah beberapa minit, sunghoon dan nara hanya mengangguk.
"jom kita masuk ke bilik magis sekarang. yang lain sedang menunggu kita tu" ajak pengetua.
alhamdulillah dengan syukur kepada hadrat ilahi , akhirnya setelah setahun berhabuk kembali lagi saya EHEK
maaflah buat kamu semua tertunggu-tunggu yer *peluk bayang-bayang*
oh ye, untuk lycoris cyber... hehe
𓁹‿𓁹 *lenyap*
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro