Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-'²²'-

Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu  membuatkan jantung Ji Ah berdegup kencang. Siapa pula yang berkunjung ke rumahnya pada jam sebegitu. Namun perasaan takutnya serta merta hilang apabila terdengar namanya dipanggil. Dengan langkah seribu, Ji Ah bergegas membuka pintu.

Melihat riak wajah Hyunjin ketika itu, Ji Ah mengerutkan dahinya. "Kenapa ni, Hyunjin?"

"Ji Ah, tolong saya! Iyen pengsan!" Hyunjin menarik tangan Ji Ah supaya ke rumahnya dengan kadar segera. Mendengarkan itu, Ji Ah terus menutup pintu rumahnya sebelum pergi ke rumah Hyunjin untuk memeriksa keadaan Jeongin.

Ji Ah menghampiri Jeongin yang tidak sedarkan diri. Dua jari diletakkan pada leher untuk memeriksa pergerakan nadi. Nafas Jeongin juga turut diperhatikan samada dalam keadaan stabil atau tidak. Selepas memastikan Jeongin dalam keadaan baik, Ji Ah memanggil Hyunjin yang berdiri tidak jauh darinya.

"Hyunjin, Iyen demam panas ni. Bawa dia masuk bilik lepastu sediakan tuala basah." Ji Ah memberi arahan. Hyunjin mengangguk laju lalu memapah Jeongin ke biliknya dengan bantuan Ji Ah.




Jeongin perlahan-lahan membuka matanya. Sakit di kepala masih terasa tetapi, tidak sekuat tadi. Cahaya lampu membuatkan Jeongin mengerutkan keningnya. Kemudian dia memandang gerangan yang baru saja masuk ke dalam biliknya. Tuala basah yang diletakkan pada dahi, dialihkan.

"Awak dah sedar... Rasa sakit lagi?" Tanya Ji Ah bersertakan senyuman lega. Bubur yang dibawa tadi, diletakkan di atas meja sebelum menumpukan perhatian kepada Jeongin.

Belakang tangan dilekapkan pada dahi untuk memeriksa suhu badan. Nampaknya, demam Jeongin masih belum kebah.

"Apa awak buat dekat sini? Abang mana?" Tanya Jeongin. Seingatnya, dia bersama Hyunjin di ruang tamu.

"Awak pengsan... Hyunjin panggil saya untuk tengok awak. Sekarang ni, Hyunjin pergi beli ubat dekat farmasi. Nanti dia baliklah tu..." Ji Ah menjelaskan perkara yang berlaku. Jeongin hanya mendiamkan diri, tidak bersuara. Perkara terakhir yang menjadi topik perbualan bersama Abangnya tadi ialah tentang Ji Ah. Jadi, sedikit janggal untuk berhadapan dengan gadis itu.




Kereta Hyunjin memasuki garaj rumah. Han keluar dari perut kereta sebelum berlari kecil ke arah tempat penumpang. Dia menyuruh Hwa Ra menunggunya untuk membuka pintu.

"Okey... Terima kasih Hwa Ra sebab temankan saya..," kata Han. Hwa Ra hanya mengangguk seraya tersenyum.
Disebabkan Han duduk bertentangan dengan Hwa Ra, dia hairan apabila kereta milik kekasihnya itu tiada di garaj. Rasanya ketika dia ke situ tadi, kereta masih ada.

"Hwa Ra... Mana kereta awak?" Soal Han. Melihatkan reaksi cuak Han, Hwa Ra menoleh ke belakang namun dia hanya mengekalkan riak bersahaja.

"Mungkin Ji Ah keluar kot. Tak ada apalah, Han..," ujar Hwa Ra lalu tertawa kecil. Kalaulah Han memasuki pertandingan mimik muka, sudah pasti dia akan menjadi juara kerana wajahnya yang memainkan peranan itu.

Belum sempat Han ingin membuka pintu rumah, Ji Ah terlebih dulu buka dari dalam. Kali ini, reaksi Han dan Hwa Ra sama-sama terkejut. Kenapa Ji Ah berada di dalam rumah penginapan Hyunjin dan siapa yang membawa keretanya?

"Ji Ah... Ke-kereta aku mana?" Tanya Hwa Ra.

Ji Ah menghela nafas perlahan. "Aku bagi Hyunjin pinjam sebab dia nak pergi ke farmasi. Aku ada dekat sini sebab tolong tengokkan Iyen. Dia pengsan tadi." Ji Ah menjelaskan apa yang berlaku. Hwa Ra menarik nafas lega mendengarkan itu.

Han terus berlari masuk ke dalam rumah sebaik saja Ji Ah memberitahu Jeongin pengsan. Pintu bilik Jeongin dikuak luas sebelum dia memanggil nama adik sahabatnya itu.





"Iyen!! Macam mana boleh pengsan?? Iyen lapar sangat ke?? Abang Han minta maaf sebab lambat balik! Kalau Abang Han tahu, Abang Han tak pergi kedai jauh-jauh!" Han segera memeluk badan Jeongin dengan penuh dramatik.

Jeongin mengebilkan matanya berkali-kali. Apa yang dibicarakan Han sekarang ini? Menyedari yang dia terlepas cakap, Han melepaskan pelukan lalu memegang bahu Jeongin.

"Erm... Jangan bagitahu Hyunjin tau, Hehe." Han menggaru belakang kepalanya sebelum dia menyentuh kedua pipi Jeongin. "Panasnya badan Iyen. Kenapa tak bagitahu yang Iyen sakit?"

Jeongin terpaksa menolak badan Han perlahan apabila Han memegang wajahnya untuk merasa suhu. Tidak pernah pula dia melihat orang memeriksa suhu badan dengan memegang seluruh wajah. Tidak lama selepas itu, Hyunjin muncul di muka pintu. Dia melangkah masuk dengan plastik ubat pada tangannya.

"Iyen makan dulu, ya. Lepas tu baru makan ubat..," kata Hyunjin.

"Hyunjin... Kau boleh tenang macam tu je tengok Iyen sakit?" Han bersuara. Hyunjin mengerutkan wajahnya bila Han berkata begitu.

"Habis tu, kau nak suruh aku buat apa? Baring sebelah Iyen? Makanan aku mana?" Soal Hyunjin.

"Ada... Iyen rehat cukup-cukup tau. Kalau sakit sikit je, bagitau Abang Han.. nak makan jap, lapar hehe." pesan Han sebelum meninggalkan bilik Jeongin.

Jeongin tersenyum melihat tingkah Han. Terhibur hatinya. Hyunjin menoleh ke arah Jeongin dan kelihatan mulutnya dicebik, menahan tangis. Tidak berkata apa-apa, Hyunjin memeluk badan Jeongin. Dia lega kerana Jeongin sudah sedar. Betapa risaunya dia ketika Jeongin tiba-tiba rebah di depan matanya tadi.

Jeongin membalas pelukan Hyunjin. "Abang ni... Iyen demam jelah," pujuk Jeongin sambil menepuk perlahan belakang abangnya.

Hyunjin meleraikan dakapan lalu mengelap airmatanya yang hampir jatuh. "Demam pun, Abang tak boleh tengok Iyen macam ni. Lain kali, jangan pendam sorang-sorang kalau dah tahu tak sihat. Apa gunanya ada Abang kalau tak tahu Iyen sakit."

Bukan apa, bila melihat Jeongin terbaring tidak sedar diri tadi, memori pahit ketika Jeongin berada di wad kecemasan dulu, bermain semula di fikirannya. Jadi dia takut perkara itu akan berulang semula.

Bunyi ketukan pintu, membuatkan dua beradik itu berpaling serentak. "Hyunjin... Saya balik dulu ye." Ji Ah meminta diri.

"Okey... Terima kasih sebab tolong tengokkan Iyen," balas Hyunjin semula. Ji Ah mengangguk lalu meninggalkan bilik.

Hyunjin terpandang bubur yang berada di atas meja. Mungkin Ji Ah yang tolong masakkan ketika dia keluar tadi. Hyunjin mengambil mangkuk itu lalu mengacau bubur menggunakan sudu.

"Cepat nganga mulut... Lepas ni makan ubat." Jeongin hanya mengikut kata abangnya lalu sesudu bubur disuapkan ke dalam mulut.

"Sampai hati korang tinggalkan aku sorang-sorang dekat luar!" Suara nyaring Han membuatkan Jeongin hampir tersembur. Hyunjin memberi pandangan tajam ke arah Han.

"Siapa suruh kau duduk luar?? Kau ni kan, sekali aku plaster mulut tu.. baru kau tahu betapa tersiksanya hidup tanpa bersuara. Masuklah bilik ni.. bukan ada orang halang pun. Mengada betul..," ujar Hyunjin dengan nada geram. Han pula tersengih seperti tiada apa yang berlaku lalu menghampiri katil Jeongin.

Semasa Hyunjin ingin menyuapkan bubur ke Jeongin, dia juga turut membuka mulutnya, minta disuap. Malas hendak bertekak, Hyunjin hanya melayan kerenah kawan baiknya itu lalu menyuakan bubur ke mulut Han.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Sebaik saja membersihkan dirinya, Hyunjin menjenguk Jeongin di dalam bilik. Kelihatan adiknya masih tidur. Dia menapak masuk untuk memeriksa keadaan Jeongin. Sama ada demamnya sudah kebah atau belum. Wajah Jeongin dipandang lama sebelum dia tersenyum sendiri. Sekeras-keras hati Jeongin namun apabila sakit begitu, dirinya tidak ubah seperti masa kecil dulu.

Berbanding semalam, suhu badan Jeongin sudah menurun meskipun masih panas. Tuala kecil dibasahkan sebelum diletakkan pada dahi Jeongin.

Pintu bilik ditutup perlahan lalu Hyunjin menuju ke dapur. Makanan yang dibeli Han malam tadi dipanaskan semula untuk dijadikan sarapan. Sekotak jus oren dikeluarkan dari peti. Hyunjin menikmati sarapan itu sendirian memandangkan Han masih belum bangun. Barangkali Hwa Ra lupa untuk mengejutnya pagi itu.

Plastik sampah diletakkan di depan pintu rumah. Hyunjin mengambil telefon yang tertinggal di dalam sebelum keluar semula. Dia ingin mengambil angin sebentar selepas membuang sampah. Hyunjin menyarungkan sandal lalu plastik sampah tadi diambil.

"Eh Ji Ah... Selamat pagi." Hyunjin menyapa Ji Ah yang juga keluar serentak dengannya.

"Selamat pagi..," balas Ji Ah pula. Mereka berdua membuat keputusan untuk jalan bersama atas permintaan Hyunjin.



"Wah... Saya tak tahu pula dekat sini ada taman tasik. Kalau tahu, hari-hari saya joging dekat sini," ujar Hyunjin teruja. Maklumlah sebelum ini, dia tidak sempat meninjau tempat yang ada kerana sibuk melayan Erika.

"Saya pun sebenarnya dah lama tak pergi sini sebab sibuk dengan assignment. Kali terakhir, saya pergi dengan Iyen." Ji Ah bersuara. Hyunjin menoleh ke arah gadis itu sebelum menghalakan pandangannya ke hadapan semula.

Dalam kepalanya, dia masih ragu-ragu kalau itu masa yang sesuai untuk memberitahu Ji Ah alasan Jeongin menolaknya. Jika bukan sekarang, bila lagi dia dapat keluar dengan Ji Ah. Tanpa disedari, Ji Ah perhatikan tingkahnya yang seolah-olah bercakap sendirian itu.

"Awak nak cakap apa-apa ke?" Tanya Ji Ah dan Hyunjin tersentak. Ketara sangatkah kelakuannya hingga Ji Ah boleh membaca fikirannya. Tidak menafikan, Hyunjin mengangguk perlahan.

"Kita duduk dekat satu tempat dulu boleh? Takut penat pula bercakap sambil berjalan." Hyunjin memberi cadangan. Ji Ah terus mengangguk tanpa bantahan.

Sebuah pondok yang pernah menjadi tempat singgah Ji Ah dan Jeongin dulu, dijadikan tempat berteduh. Masing-masing hanya mendiamkan diri, menunggu salah seorang dari mereka bersuara terlebih dulu.

Hyunjin menarik nafas panjang sebelum membuka mulut. "Saya nak cakap pasal Iyen. Awak tak kisah kan?"

Soalan Hyunjin membuatkan Ji Ah mengetap bibirnya. Bukan kerana marah namun disebabkan gementar. Kenapa Hyunjin ingin berbual tentang Jeongin dengannya? Tidak mahu terus berteka teki, Ji Ah mengangguk setuju.

"Kenapa awak sukakan Iyen?" Soal Hyunjin ingin tahu. Dia juga bermain dengan jarinya, cuba menghilangkan rasa berdebar.

"Entahlah... Kenapa saya sukakan dia padahal waktu saya kenal Iyen dulu, saya selalu sakit hati sebab perangai dia yang suka menyakat saya. Sampai saya hairan kenapa perangai dia lain dari awak. Tiba-tiba Iyen cakap yang dia sukakan saya... Masa tu, saya tak tahu nak cakap apa dan minta Iyen bagi masa. Lama-lama saya kenal Iyen, barulah tahu macam mana keperibadian dia macam mana... Kenapa awak tanya?" Ji Ah mengajukan soalan pula. Pasti ada sebab kenapa Hyunjin tiba-tiba bertanya tentang itu.

"Sebenarnya awak dah salah faham dengan Iyen, Ji Ah..." Mendengarkan itu membuatkan Ji Ah memandang Hyunjin yang duduk di sebelahnya.

"... Walaupun malu untuk akui semua ni tapi, saya sukakan awak. Iyen dapat tahu tentang ni dan sebab itulah dia tipu awak... Cakap yang dia tak sukakan awak lagi. Tapi awak percaya cakap saya, Iyen masih ada perasaan pada awak, Ji Ah. Apa kata awak jangan putus asa? Mana tahu dengan sebab tu, Iyen akan buka hati dia untuk awak." Hyunjin memberi semangat kepada Ji Ah. Dia tidak mahu gadis itu menyerah begitu saja.

Ji Ah terkedu. Reaksi apa yang patut diberikan selepas mengetahui semua itu? Meskipun Hyunjin menyatakan yang dia sukakan dirinya, perasaan pada Jeongin tetap sama. Itu bermakna dia sukakan Jeongin, bukan lagi Hyunjin.

"Saya.. tak tahu nak cakap apa sekarang ni." Ji Ah bersuara. Sungguh dia buntu saat ini. Hyunjin bangun dari tempatnya lalu berdiri di hadapan Ji Ah.

"Saya tak paksa tapi, sekurang-kurangnya awak dah tahu sebab sebenar. Semua ni berdasarkan keputusan yang awak buat, Ji Ah. Jadi, awak fikirlah dulu..," kata Hyunjin lagi.

Dari jauh, Erika mengetap giginya menahan geram. Dia memerhatikan Hyunjin yang memegang bahu Ji Ah. Sejak awal lagi, dia mengekori langkah pasangan itu. Berdasarkan apa yang dilihat, tekaannya tentang Hyunjin dan Ji Ah tidak salah. Hyunjin memang menyukai gadis itu dan meninggalkan dirinya di belakang.

"Kau tunggu nasib kau, perempuan." Dengan perasaan marah yang teramat, Erika melangkah pergi sebelum dia melakukan perbuatan di luar kawalan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro