Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-'⑲'-

Hyunjin memeluk tubuh di depan pintu. Sebaik saja dia tiba di rumah tadi, Hwa Ra sudah pun berada di situ. Hyunjin bingung melihat kawan baiknya yang kelihatan menikmati saat-saat bahagia itu. Sekarang ini Han sedang sakit atau berkelah? Siap main suap-suap bagai.

"Teruk sangat ke sakit tu? Aku tengok macam tak je..." Hyunjin bertanya. Jika hendak berdiam diri saja, tidak pasal-pasal dia menonton drama secara langsung. Bukan main lagi Han membuka mulutnya dengan luas apabila Hwa Ra menyuakan makanan.

Han tersenyum dengan mulut penuh. "Tadi sakit tapi lepas Hwa Ra datang, terus rasa sakit tu berkurang."

Hyunjin memutarkan matanya mendengarkan itu. Adakah Han sengaja mengejeknya atau dia yang berperasaan begitu? Hwa Ra yang ada di situ hanya menguntumkan senyuman. Tidak mampu berkata apa-apa.

"Ya lah tu. Kau saja je kan? Sakit perut tapi, boleh lagi sumbat makanan dalam mulut...," marah Hyunjin. Mana tidaknya, kalaulah dia tidak melayan panggilan Han tadi, sudah tentu dia dapat menunggu Jeongin di perhentian bas.

Hwa Ra menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Err.. kalau macam tu, saya balik dululah. Lagipun, Hyunjin dah ada untuk teman awak."

Han mencebik. Dia masih belum puas memanjakan dirinya dengan Hwa Ra. Gadis itu datang ke rumah tadi pun kerana hendak memberikan agar-agar. Disebabkan melihat Han yang sedang kesakitan, dia membuat keputusan untuk singgah sementara menunggu Hyunjin pulang.

"Alah... Saya lapar lagi," ujar Han. Tangan Hwa Ra dihayunkan beberapa kali, memujuk supaya kekasih hatinya tinggal lebih lama.

"Memang pun kau tu... Lapar perhatian." Hyunjin mencelah sebelum menjeling tajam. Mengada-ngada betul. Hwa Ra tersengih sebelum meminta dirinya meninggalkan Hyunjin dan Han di rumah itu.





Pintu bilik Jeongin diketuk beberapa kali sebelum Hyunjin memulas tombol. Sejak adiknya pulang petang tadi, dia masih belum berbual apa-apa dengan Jeongin.

Kelihatan Jeongin sedang bermain telefonnya dengan fon telinga yang terpasang. Sebaik saja menyedari kehadiran Hyunjin di dalam bilik, Jeongin menanggalkan fon telinga tadi sebelum membetulkan kedudukannya.

"Iyen buat apa?" Hyunjin memulakan perbualan. Dia melabuhkan punggung di atas tilam sebelum menghadap Jeongin.

Telefon diletakkan di atas meja kecil. "Dengar lagu... Kenapa?" Jeongin menyoal semula.

"Abang nak minta maaf sebab lukakan hati Iyen dan tak jujur dengan Iyen..," ujar Hyunjin. Kakinya dihentak perlahan, cuba menghilangkan rasa gementar.

Jeongin mendecit. "Kalau pasal tu tak ada apalah... Bukan salah sesiapa pun. Iyen dah besar dan boleh terima semua ni walaupun pada mulanya Iyen rasa sedih. Apa yang berlaku ni ada sebabnya, Abang. Sepatutnya Iyen yang minta maaf dengan Abang sebab buat Abang risau..."

"... Mama dengan Papa pun ada call Iyen tadi. Diorang sama macam Abang, risaukan perasaan Iyen. Jujurlah Iyen cakap.. sikit pun Iyen tak marah sebaliknya Iyen berterima kasih sebab sepanjang hidup Iyen, tak pernah pun Iyen rasa tersisih. Dekat situ dah cukup menunjukkan kasih sayang korang pada Iyen. Jadi, jangan minta maaf sebab perkara ni... Okey?" Jeongin menenangkan abangnya.

Tidak bersuara, Hyunjin segera memeluk erat badan Jeongin. Satu beban yang menghuni perasaannya terasa dilepaskan begitu saja. Sungguh, Jeongin sangat bermakna dalam hidupnya dan tiada siapa yang boleh sangkalkan lagi kenyataan itu.

"Abang sayang Iyen... Ingat tu," kata Hyunjin. Jeongin membalas pelukan abangnya sebelum mengangguk kecil. "Iyen pun sayangkan Abang."

Han yang kebetulan lalu di depan bilik Jeongin, memegang dadanya kerana tersentuh melihat dua beradik itu. Tiba-tiba dia teringin mempunyai abang yang boleh menjaga dirinya sepertimana Hyunjin menjaga Jeongin. Han segera melangkah pergi bila Hyunjin dan Jeongin meleraikan pelukan.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Sesudah subuh, bermulanya hari. Perlahan-perlahan matahari terbit dari ufuk timur menerangi bumi yang tadinya gelap gelita. Suhu di pagi hari terasa begitu mendamaikan. Suasana yang sunyi beransur-ansur dicemari dengan kicauan burung yang keluar dari sarang. Pelbagai suara dan bunyi lain juga mula kedengaran, memecah kesunyian. Menandakan aktiviti yang semalaman terhenti kini bergerak kembali.

Langsir yang menutupi pintu gelangsar, diselak membiarkan cahaya matahari menerangi ruang tamu rumah. Hyunjin mengambil udara segar itu sebelum menjenguk Han dan Jeongin di dalam bilik masing-masing. Kelihatan Jeongin masih lagi lena diulit mimpi. Kini pintu bilik Han pula ditolak.

"Sejak dua menjak ni, awal pulak kau bangun. Ada apa-apa ke?" Tanya Hyunjin sebaik saja melihat Han yang sedang mengemas katilnya.

Lima jari tangannya menyikat rambut yang agak berserabut itu. "Sebab sekarang Hwa Ra selalu kejut aku.. hoho. Kau ada?"

Hyunjin menyengetkan mulutnya. Kalau tidak fikir kawan, sudah lama Han dibelasahnya. Selepas terjebak dalam hubungan percintaan, bukan main seronok lagi Han mempersendakannya.
Malas hendak bertekak, Hyunjin melangkah menuju ke dapur.

Susu segar dituang ke dalam gelas. Agar-agar yang dibawa Hwa Ra semalam, dikeluarkan dari peti untuk dijadikan sebagai sarapan. Itulah kehidupan mereka. Apa saja makanan yang tersimpan di dalam peti maka itulah yang akan menjadi hidangan untuk menjamu selera.

"Hyunjin! Tu kan agar-agar Hwa Ra bawa untuk aku? Kenapa kau yang makan?" Han menghentakkan kakinya tanda tidak puas hati.

"Ouh, yeke? Tak ada pun nama kau tertulis dekat sini." Hyunjin menyindir. Padahal Hwa Ra memberi sebekas besar agar-agar lainlah hanya dalam mangkuk yang kecil.

Han mengalah. Perlahan-perlahan dia menarik kerusi di sebelah Hyunjin. "Bagilah aku rasa pulak."

"Ha ambik. Telan sekali dengan mangkuk tu." Hyunjin menolak agar-agar tadi kepada Han.

Han tersenyum girang lalu segera menyuapkan sesudu makanan itu ke dalam mulut. Matanya terpejam kerana begitu menikmati air tangan kekasih hatinya. Hyunjin yang berada di sebelah, dipandang.

"Hyunjin.. Pasal Ji Ah. Kan aku pernah cakap sebelum ni yang dia sukakan kau... Kau tak ada perasaan dekat dia?" Han membuka topik.

Hyunjin diam mendengar soalan cepumas kawan baiknya. Kenapalah dalam banyak-banyak soalan, perkara itu juga yang disoalnya. "Masa kau bagitahu aku hari tu, aku tak sukakan Ji Ah lagi tapi..."

"... lepas dia selalu bagi semangat dekat aku, perasaan tu datang," jujur Hyunjin. Han pula sudah menepuk tangannya tanda teruja.

"Jadi apa lagi... Bagitahulah Ji Ah. Nanti terlambat mulalah menyesal..." Han memberi dorongan supaya Hyunjin meluahkan perasaannya kepada Ji Ah.

"Memang dah terlambat pun..." Hyunjin mengukirkan senyuman nipis. Mendengar kata-kata Hyunjin, kedua kening Han bertaut. Apakah maksud Hyunjin?

"Iyen ada bagitahu aku yang dia sukakan Ji Ah dan dah luahkan pun perasaan dia..," beritahu Hyunjin sebelum sempat Han bertanya.

Han melongo. Sedikit pun dia terfikir tentang itu kerana tidak pernah melihat Jeongin bermesraan dengan Ji Ah. Wajah Hyunjin ditatap untuk membaca apa yang bermain di fikiran kawan baiknya itu.

"Maksudnya... Kau mengalah?" Han bertanya lagi. Hyunjin tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk. Lagipun selepas hubungannya dengan Erika terhenti sekerat jalan, dia takut yang dirinya masih ragu-ragu dengan perasaan singgah di hatinya.

Han menepuk bahu Hyunjin perlahan sebelum menunjukkan kedua ibu jarinya. Carilah siapa pun di dunia ini, dia akan memilih Hyunjin sebagai manusia paling baik yang pernah dia jumpa. Nasib baiklah dirinya lelaki, kalau perempuan sudah lama dia mengajak Hyunjin berpacaran.

Hyunjin tertawa lalu menjeling kecil. "Dahlah... Makan agar-agar tu sampai kau muntah. Aku nak bersiap kejap."

"Bersiap? Pergi mana pulak? Aku baru nak ajak keluar sama-sama." Han memuncungkan mulut. Nampaknya dia terpaksa tangguhkan rancangannya ke hari lain.

"Aku nak jumpa Erika dan terus terang dengan dia. Lagipun dah tak ada apa-apa lagi kot untuk aku getback dengan dia. Esok kita keluar sama-sama, ya? Hari ni kau pergi dating dengan Hwa Ra." Sempat lagi Hyunjin menyelit nama kekasih hati sahabatnya itu.

"Kau ada cadangan tak untuk aku buat dengan Hwa Ra? Aku tak tahu sangatlah tempat kat sini," tanya Han. Sebaik saja Hyunjin menyebut nama gadis pujaannya itu, terus dia terfikir aktiviti untuk dilakukan bersama Hwa Ra.

Hyunjin meletakkan jari telunjuknya di dagu. Dia memikirkan sejenak sebelum menjawab. "Ada.. kau suruhlah Hwa Ra ajar buat agar-agar yang dia bagi semalam. Sambil-sambil belajar tu, korang mainlah siram-siram air panas dekat dapur. Aww, so sweet..."

"Kepala otak kau sweet macam tu... Dahlah. Tadi cakap nak jumpa Erika, kan? Pergi siap cepat sebelum aku yang siram air panas dekat kau," marah Han. Hyunjin pula sudah tergelak besar kerana dapat mengusik Han pagi itu. Sebelum Han bangun dari tempatnya, lebih baik dia melarikan diri dulu.




Erika menghulurkan secawan Americano kepada Hyunjin. Dia sempat singgah di sebuah kafe sebelum pergi menemui Hyunjin di tempat yang dijanjikan.

Hyunjin menyambut minuman yang dihulurkan tadi. Erika yang tersenyum manis itu dipandang lama.

"Erm... Hyunjin. Saya minta maaf tau sebab masuk rumah macam je haritu. Saya sedar dengan kesilapan saya dan pasal Jeongin, saya janji tak akan ungkit lagi." Erika menaikkan tangannya sebagai tanda janji. Senyuman pula masih tidak lekang dari bibirnya.

"Tak perlu... Iyen dah tahu pun. Tujuan saya ajak awak jumpa bukan nak cakap hal tu tapi, saya nak putuskan hubungan kita." Hyunjin berterus terang tanpa berselindung lagi. Erika mempamerkan riak terkejut.

"Kenapa? Awak dah setuju untuk mulakan hubungan baru dengan saya," ujar Erika. Dia tidak boleh menerima keputusan Hyunjin begitu saja.

Pandangan kosong diberikan kepada Erika. Kalau ada cermin di situ, sudah lama dia beri kepada Erika supaya sedar diri. Rambut panjangnya diraup ke belakang sebelum menjawab soalan Erika.

"Saya setuju sebelum ni sebab Iyen. Sekarang dia pun dah tahu hal sebenar jadi, tak ada alasan lagi untuk kita teruskan hubungan ni. Itu saja yang saya nak cakap. Saya balik dulu."  Hyunjin mengangkat kaki meninggalkan Erika sendirian di situ.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Jeongin dan Ji Ah keluar untuk makan malam bersama di sebuah restoran. Jeongin menyangkakan yang Ji Ah akan mengajaknya ke kedai makan yang terletak di tepi pantai sebaliknya gadis itu pergi ke pusat beli-belah.

"Awak nak makan apa? Pizza ataupun KFC? Ke nak makan sushi?" Tanya Ji Ah.

Jeongin memandang deretan restoran terletak di tingkat bawah pusat beli-belah itu. Kalau ikutkan seleranya, dia lebih suka makan di kedai biasa namun memandangkan Ji Ah yang mengajaknya, dia hanya mengikut saja.

"Ikutlah. Saya tak kisah pun." Jeongin menjawab. Ji Ah mengangguk perlahan sebelum menarik tangan Jeongin menuju ke restoran yang menyediakan pizza.





Jeongin menyerahkan semuanya kepada Ji Ah untuk memesan apa. Lagipun, dia bukanlah jenis yang memilih dalam bab makanan. Selesai membuat pesanan, Ji Ah memandang wajah Jeongin semula.

"Sebenarnya hari ni saya nak bagitahu jawapan saya sebab tu ajak awak keluar malam ni. Iyen... saya sukakan awak. Masih ada harapan kan untuk saya dalam hati awak?" Ji Ah meluahkan perasaannya sebelum memulakan perbualan terlebih dulu.

Jeongin tidak menunjukkan sebarang reaksi. "Awak terlambat, Ji Ah. Saya dah tak sukakan awak..." ujar Jeongin.

Ji Ah mengerutkan keningnya mendengarkan kata-kata Jeongin. "Ap-apa maksud awak? Terlambat?"

"Maafkan saya, Ji Ah... Saya tak pernah minta pun untuk perasaan ni datang. Memang saya sukakan awak dulu tapi, sekarang tak lagi. Saya cuma anggap awak sebagai kawan je..." tambah Jeongin lagi. Riak wajahnya kekal tenang tanpa sebarang perubahan.

"Ouh... Okey." Mutiara jernih mula kelihatan pada tubir matanya.  Ji Ah bangun dari kerusi lalu meninggalkan restoran tanpa menunggu pesanan tiba di meja makan.


Mata Jeongin bergerak seiring pergerakan Ji Ah. Dia hanya perhatikan gadis itu melangkah tanpa berniat untuk mengejarnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro