Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-'⑱'-

Hyunjin membetulkan rambutnya yang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Terik matahari yang memancar tidak menghalangnya untuk terus berdiri di situ. Dia memeluk tubuhnya sambil menikmati pemandangan pantai.

"Hyunjin... Nah." Ji Ah menghulurkan air. Dia pergi ke situ bersama Hyunjin selepas makan tengahari tadi. Dengan senyuman, Hyunjin mengambil minuman yang dibeli Ji Ah.

Sebatang kayu pokok yang tersadai di situ, menjadi tempat mereka berdua melabuhkan punggung. Ji Ah melihat jam tangannya dan masih ada lebih kurang dua puluh minit lagi sebelum masuk pukul 3 petang. Tentang Jeongin pula, Jinhyuk ada memberitahu yang Jeongin ada bersamanya dan akan pulang petang nanti. Jadi, sementara menunggu kepulangan Jeongin, Hyunjin ingin mengambil angin di situ.

"Erm.. Ji Ah. Sebenarnya saya nak minta maaf sebab awak terpaksa libatkan diri dalam masalah keluarga kita orang dan terima kasih sebab faham." Hyunjin mengemam mulutnya hingga lesung pipitnya kelihatan. Kedua tangannya pula digenggam erat.

"Janganlah macam tu... Sejak korang datang bercuti dekat sini, saya dah anggap korang macam keluarga sendiri. Kita banyak kali luangkan masa sama-sama. Lagipun, kita tak mintak pun semua ni berlaku." Ji Ah membalas. Tidak enak pula bila Hyunjin berkata demikian.

Hyunjin menghela nafas panjang. Percutian musim panas ini sepatutnya menggembirakan hati Jeongin sebaliknya melukakan lagi perasaannya. "Saya ni abang yang teruk, kan?"

"Tak, Hyunjin. Bagi Iyen, awak bermakna dalam hidup dia lebih dari siapa pun. Bahkan dari Mama dan Papa awak. Jadi, janganlah sedih. Mula-mula memanglah dia marah nanti dia okeylah tu. Tunjukkan pada Iyen yang awak sayangkan dia tanpa pedulikan status diri dia..," ujar Ji Ah seakan seorang kaunselor. Rasanya dia sudah boleh ambil kursus kaunseling kalau terus begini. Semalam dia memujuk Jeongin, hari ini giliran Hyunjin pula.

"Sebenarnya... Saya dapat tahu pasal ni pun secara tak sengaja. Masa tu, saya terdengar perbualan Papa dengan doktor semasa Iyen dimasukkan ke dalam wad. Sejujurnya saya terkejut tapi, tak lama lepas tu saya sedar yang semuanya tak bermakna apa-apa. Iyen tetap adik saya walau apa pun yang terjadi. " Hyunjin meluahkan rasa hatinya.

Ji Ah menyimpulkan senyuman. Kisah dua beradik ini sangat menyentuh hati. Cara Hyunjin dan Jeongin menunjukkan kasih sayang terasa berbeza daripada adik beradik yang lain. Jika sebelum ini, dia hanya mendengar cerita abang yang bersikap menyebalkan daripada kawan-kawannya, termasuklah Hwa Ra. Jeongin sangat beruntung dapat memiliki abang yang berhati lembut seperti Hyunjin dan mereka berdua memang sudah ditakdirkan sebagai adik beradik.





Han menyilangkan tangan sambil menyandarkan badannya pada pintu. Erika yang berdiri di depan pagar rumahnya dipandang dengan pandangan menyampah.

"Awak nak apa datang sini?" Soal Han sambil memutarkan matanya. Entah apa yang Erika mahukan lagi sampai datang ke situ.

"Saya datang nak ambik beg saya yang tertinggal dekat sini semalam... Boleh saya masuk?" Jelas Erika. Dia hendak ke situ malam tadi tetapi, tidak jadi disebabkan sibuk dengan penggambaran.

"Tunggu dekat situ... Biar saya ambik. Awak tu bukan boleh percaya sangat." Sempat Han memerli Erika sebelum masuk ke dalam rumah. Kemudian, dia muncul semula bersama beg di tangan.

Beg tangan sudah dipulangkan namun Erika masih lagi tidak berganjak dari tempatnya. Han yang mahu menutup pintu, mendengus geram bila melihat Erika yang masih tercegat di depan pagar.

"Apa lagi?? Jangan cakap duit awak hilang pulak," kata Han.

"Hyunjin ada? Saya nak bercakap dengan dia sekejap," ujar Erika. Dia mahu meminta maaf kepada Hyunjin tentang semalam.

Han menggerakkan mulutnya tanda tidak puas hati. Apa lagi yang minah itu mahukan. Tidak habis-habis dengan Hyunjin. Macamlah Hyunjin seorang saja lelaki yang wujud di muka bumi ini.

"Hyunjin tak ada... Entah dia lari ke mana. Awak balik jelah, tak payah susahkan diri cari Hyunjin lagi," ujar Han acuh tidak acuh. Makin benak otaknya jika menghadap gadis itu lama-lama.

Pintu rumah ditutup. Erika mengetap giginya sambil memikirkan keberadaan Hyunjin sekarang ini. Senyuman sinis mula terukir sebaik saja terlintas satu tempat yang mungkin Hyunjin ada di situ.

Erika yang menyaksikan Hyunjin sedang bersama Ji Ah, memberhentikan langkah. Nampaknya, peluang untuk dia mendapatkan semula hati Hyunjin sudah tipis. Dia perlukan rancangan lain untuk memenuhi kehendaknya. Tidak mengganggu perbualan Hyunjin dan Ji Ah, dia meninggalkan tempat itu.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Jeongin mematikan langkah sebaik saja tiba di pintu wad. Senarai nama pesakit yang tertampal di pintu dibaca satu persatu. Mata Jeongin berhenti pada satu nama yang tertulis Na Dohee lalu dia memandang seorang wanita berusia 40-an yang sedang duduk di katil hujung. Dia dapat merasakan yang wanita itu ialah ibu kandungnya. Bunyi derapan kasut membuatkan Jeongin berpaling ke belakang.

"Katil Mak dekat hujung... Jeongin masuklah." Jinhyuk meraih tangan Jeongin lalu menarik adiknya menuju ke katil ibunya.

Wanita itu melemparkan senyuman mesra sebaik saja melihat Jinhyuk. Matanya tertumpu ke arah pemuda yang berdiri di belakang anak lelakinya. Tidak pernah pula dia melihat kawan Jinhyuk yang ini.

Lidah Jeongin kelu untuk berkata-kata sebaik saja bertentang mata dengan ibu kandungnya. Jinhyuk meletakkan bungkusan makanan yang dibeli tadi di atas meja sebelum mendekati Jeongin.

"Mak... Ni Jeongin," beritahu Jinhyuk. Riak terkejut jelas terpapar pada wajah wanita itu lantas cuba untuk turun dari katilnya. Bagaimana dia tidak boleh mengenal anaknya sendiri. Dengan bantuan Jinhyuk, dia melangkah perlahan menuju ke arah Jeongin.

Kedua tangannya menyentuh wajah Jeongin. Dua puluh tahun berlalu begitu pantas. Kali terakhir dia melihat anak bongsunya, semasa berusia setahun. Kini, anaknya sudah membesar menjadi seorang remaja. Tanpa melengahkan masa, Dohee terus memeluk badan Jeongin. "Maafkan Mak, Jeongin... Maafkan Mak."

Perasaan Jeongin ketika itu bercampur baur. Sedih, gembira, terharu seakan bersatu dalam dirinya. Perlahan dia mengangkat kedua tangan, membalas pelukan ibu kandungnya. Jinhyuk yang memerhatikan pertemuan ibu dan adik kandungnya, tersenyum lega. Sekurang-kurangnya dia dapat memenuhi permintaan ibu untuk berjumpa dengan Jeongin.

"Jeongin... Sihat?" Itu merupakan soalan pertama yang ditanya Dohee. Jeongin hanya mengangguk. Senyuman kecil terukir di bibirnya.

Jinhyuk mempersilakan Jeongin duduk di kerusi pelawat. Dia ingin memberi masa untuk ibunya bersembang dengan Jeongin. Pasti banyak perkara yang ingin dibualkan.

"Jinhyuk nak pergi mana? Duduklah sini. Mak nak berborak dengan anak-anak Mak," ujar Dohee bila melihat anak sulungnya mengorak langkah. Mendengarkan permintaan itu, Jinhyuk menghampiri katil ibunya lalu duduk di sebelah Jeongin.

Kerana tidak tahan sebak, Dohee mengalirkan airmata. Siapa sangka dia dapat menyaksikan dua orang anaknya duduk bersebelahan. Tidak mahu ibunya terus bersedih, Jinhyuk memeluk bahu Jeongin.

"Hensem kan Jeongin?" Tanya Jinhyuk. Dohee tersenyum seraya menyeka air matanya.

"Semoga cepat sihat... Mak.." Jeongin bersuara. Walaupun baru saja bertemu dengan ibu kandungnya, dia dapat merasakan hangatnya kasih sayang seorang ibu. Tidak kisahlah jika ibu angkat sekalipun. Seorang wanita yang bergelar ibu, selamanya akan menjadi seorang ibu.

Dohee mendepakan kedua tangannya. Jeongin dan Jinhyuk memeluk tubuh ibu mereka serentak.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Hyunjin melihat jam. Kalau diikutkan, bas yang dinaiki Jeongin sudah tiba di situ. Kepalanya mula memikirkan bermacam-macam perkara. Ji Ah yang menemaninya di perhentian bas itu, menepuk bahu Hyunjin.

"Awak janganlah risau... Lagipun sekarang kan petang, mesti jalan sesak." Ji Ah cuba menenangkan Hyunjin. Sudah seperti emak hilang anak gayanya.

Telefon Hyunjin berdering yang mana membuatkan dia menarik nafas terkejut. Ji Ah tertawa kecil melihat gelagat Hyunjin. Nama yang terpapar pada skrin telefonnya, dilihat.

"Ya, Han... Kenapa?" Tanya Hyunjin sebaik saja telefon dilekapkan pada telinga. Ji Ah memuncungkan mulutnya mendengarkan itu. Ingatkan Erika yang menelefon, kekasih hati Hwa Ra rupanya.

Tidak lama kemudian, Hyunjin meletakkan panggilan. " Erm... Ji Ah. Awak tunggu Iyen boleh? Han bagitahu yang dia sakit perut sangat. Nak bangun pun tak boleh."

"Ha?? Teruk ke??" Soal Ji Ah risau. Dia tidak pernah lagi sakit perut hingga tidak mampu bangun sendiri.

Hyunjin mengangkat bahunya. "Mungkin dia makan banyak sangat tengahari tadi. Okeylah, saya balik dulu ya? Maaf sebab menyusahkan awak."

"Eh, tak apa... Hati-hati jalan." Ji Ah melambai kecil. Secara tiba-tiba dia tergelak sendiri bila membayangkan wajah Han yang sedang kesakitan. Ada-ada saja kerenah Han.

Sebuah bas kelihatan dari jauh sebelum berhenti di perhentian bas.
Ji Ah bangun dari tempatnya lantas memanggil Jeongin sebaik saja melihat lelaki itu turun dari bas. Jeongin perlahan-lahan mengukirkan senyuman apabila ternampak Ji Ah di situ.

Jeongin mengaduh sakit bila Ji Ah memukul badannya secara tiba-tiba.
Tangan kanannya menggosok bahu yang terasa perit akibat tamparan Ji Ah tadi. Dengan muka yang berkerut, Jeongin bersuara. "Kenapa awak pukul saya??"

Ji Ah membulatkan matanya mendengar soalan Jeongin. "Kenapa awak tanya? Yang awak tak bawak telefon tu pasal apa?? Kalau jadi apa-apa pada awak, siapa yang susah??"

"Ouh... Hehe." Jeongin tidak mampu menjawab sebaliknya tertawa kekok. Kalau soal itu, dia tidak dapat menjawab lagi.

"Sekarang jom balik..," ajak Ji Ah. Belum sempat hendak melangkah, Jeongin terlebih dulu memegang tangan gadis itu.

"Teman saya pergi satu tempat?" Pinta Jeongin. Tidak menolak, Ji Ah hanya mengangguk tanda setuju. Lagipula, hari masih muda jadi tidak salah jika dia menemani Jeongin.





Ji Ah kehairanan sebaik saja tiba di destinasi. Beria lah dia membayangkan tempat yang istimewa seperti sebelum ini, sebaliknya Jeongin membawanya ke jeti yang sama pada malam festival bunga api dulu.

"Kenapa awak nak datang sini?" Tanya Ji Ah sambil matanya melihat sekeliling. Tiada apa-apa yang menarik melainkan pokok-pokok yang tumbuh di situ.

"Saja... Awak tak suka ke tempat ni?" Jeongin bertanya semula. Ji Ah menggeleng seraya tersenyum. Dia tiada masalah cuma sedikit tertanya kenapa Jeongin ingin meluangkan masa di situ.

Jeongin membuang habuk sebelum Ji Ah duduk di sebelahnya. "Saya jumpa mak kandung saya tadi... Mungkin sebab tak pernah jumpa sebelum ni jadi, saya nervous. Cuba teka apa yang buat saya yakin?"

Ji Ah diam sejenak memikirkan jawapan. "Erm... Tak dapat nak teka lah. Apa dia? Cepatlah cerita lagi pasal mak kandung awak... Saya nak tahu."

"Apa yang buat saya yakin... bila saya dapat teka mana satu mak kandung saya. Masa tu, saya rasa teruja sampailah saya bersemuka dengan Mak. Selepas apa yang Abang Jinhyuk ceritakan semalam, akhirnya saya boleh faham perasaan Mak yang terpaksa lepaskan saya waktu kecil..."

"... Soalan pertama Mak pada saya seolah-olah meraikan kehadiran saya dan dari situlah, saya dapat rasakan kasih sayang daripada Mak walaupun tak pernah jaga saya. Macam mana Mama peluk saya, begitulah rasanya bila Mak peluk saya. Tiada beza sikit pun..." Panjang lebar Jeongin menceritakan detik terindahnya kepada Ji Ah.

Ji Ah memegang tangan Jeongin. Lega hatinya apabila Jeongin dapat menerima segalanya secara terbuka. Sekali lagi, dia dapat membongkar diri sebenar Jeongin dan perkara itu membuatkan Ji Ah menemukan jawapan perasaannya yang sebenar.

"Iyen... Apa kata esok kita makan malam sama-sama?" Cadang Ji Ah.

"Kita berdua?" Tanya Jeongin dan Ji Ah mengangguk. Dia sudah membuat keputusan untuk memberi jawapan kepada Jeongin pada malam esok.

"Okey..." Jeongin menyimpulkan senyuman.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro