Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-'⑭'-

Satu subjek sudah dipilih untuk dijadikan sasaran. Senapang yang siap diisi peluru, diletakkan selaras tulang selangka. Tumpuan diberikan sepenuhnya sebelum bersedia untuk menembak. Nafas ditarik sedalam-dalamnya dan picu ditarik. Bang! Subjek yang disasarkan akhirnya tumpas.

"Wah! Iyen, hebatnya awak!" Ji Ah bersorak sambil menepuk tangannya. Dia berasa teruja apabila tembakan Jeongin mengena pada anak patung musang yang diinginkannya.

Dengan senyuman bangga, Jeongin meletakkan senapang yang digunakan tadi. Penjaga gerai itu menghulurkan anak patung kepada Ji Ah. Gadis itu menyambut dengan senyuman lebar.

"Terima kasih Iyen dan maaf sebab perlekehkan awak tadi... Hehe." Ji Ah tersengih. Dia berasa malu kerana ketawakan Jeongin yang ingin bermain permainan itu tadi. Hasilnya, Jeongin menembak dengan tepat.

Senyuman kecil terukir di wajah Jeongin. Senang hatinya dapat melihat gadis itu gembira keluar bersamanya. Ji Ah yang memeluk patung musang sedikit mendongak, memandang Jeongin yang lebih tinggi.

"Iyen, awak nak tahu satu perkara tak?" Tanya Ji Ah. Jeongin menoleh lalu mengangkat sebelah keningnya.

"Awak nampak comel bila senyum macam tadi. Sampai saya rasa nak tarik-tarik pipi awak," puji Ji Ah.

Jeongin segera mengendurkan senyuman yang diukirkan. "Mana adalah. Merepek."

Ji Ah mengintai wajah Jeongin sepanjang jalan yang mana membuatkan Jeongin tersenyum malu. "Ha, kan comel bila awak senyum."

Jeongin tidak menghiraukan pujian Ji Ah. Langkahnya dipercepatkan, meninggalkan Ji Ah di belakang.

"Iyen! Tunggulah saya!" Jerit Ji Ah.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Hyunjin pulang ke rumah selepas berjumpa Erika. Buat masa sekarang, dia harus memenuhi kehendak Erika demi menjaga rahsia yang disimpan. Hyunjin berasa kesal kerana pernah mempercayai gadis itu satu ketika dulu.

"Yow Hyunjin! Kau pergi mana??" Soal Han sebaik saja ternampak batang hidung kawan baiknya.

Hyunjin menutup pintu sebelum menuju ke ruang tamu. "Aku keluar dengan kawan tadi."

Melihat riak wajah Hyunjin, Han dapat meneka yang kawan dimaksudkan Hyunjin itu ialah Erika. Lagipun, semua kawan Hyunjin juga merupakan kawannya. Bahu Hyunjin ditepuk perlahan, cuba mencari kebenaran.

"Kau jumpa Erika, kan? Tak payah nak tipu. Iyen belum balik lagi jadi, kau boleh bagitahu aku." Han cuba memujuk. Sebagai sahabat sehidup semati, Hyunjin boleh mempercayainya.

Tiada pilihan lain, Hyunjin mengangguk tanda mengiyakan tekaan Han. Lagipun, mereka sudah berkawan selama 3 tahun dan selalu berkongsi masalah antara satu sama lain.

"Aku get back dengan Erika," beritahu Hyunjin. Mata Han membulat mendengarkan berita mengejut itu. Adakah Hyunjin sedang bermimpi hinggakan dia kembali semula kepada gadis yang pernah menyakitinya sebelum ini?

"Weh! Seriuslah?? Ma-macam mana??" Soal Han dengan nada tidak percaya. Hyunjin membaling bantal ke arah Han. Kelantangan suara kawannya itu bukan saja dapat didengari jiran sebelah malah satu taman perumahan.

Han mengalih bantal tadi dari mukanya. Kad lelaki yang mengaku sebagai kenalan Jeongin tadi,  terkeluar dari poket seluar Han. Tanpa berfikir apa-apa, Hyunjin mengambil kad itu.

"Apa ni?" Tanya Hyunjin sambil membelek kad yang dipegangnya.

"Ouh, tu kad kawan Iyen. Dia suruh aku bagi pada Iyen." Han menjawab soalan Hyunjin. Tulisan yang tertera pada kad itu dibaca satu persatu. Sebaik saja membaca nama pemilik kad, riak wajah Hyunjin berubah.

"Si- siapa yang bagi kad ni?" Suara Hyunjin sedikit bergetar.

Han memandang Hyunjin hairan. Kenapa dengan kad itu? Ada kuasa ajaib kah yang membuatkan Hyunjin gugup begitu sekali. "Entah tapi, dia nampak sebaya Iyen. Yang kau terkejut sangat ni kenapa?"

Tidak berkata apa-apa, Hyunjin mengoyakkan kad itu menjadi kepingan kecil. "Kau jangan bagitahu Iyen apa-apa pasal ni, faham?"

Han terkedu. Selama berkawan dengan Hyunjin, ini kali pertamanya dia melihat Hyunjin dalam keadaan terdesak. Sedikit sebanyak, Han ingin mengetahui kebenaran.

"Ada apa-apa yang aku tak tahu ke? Baik kau cerita dekat aku, Hyun. Kenapa kau koyakkan kad tu?" Tanya Han ingin tahu. Hyunjin mengemam mulutnya lalu memandang wajah Han lama.

"Pemilik kad tu sebenarnya... Abang kandung Iyen."

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Jeongin dan Ji Ah turun dari bas. Perjalanan yang mengambil masa setengah jam itu terasa lama sekali.  Headband yang dipakai Ji Ah terjatuh dari kepala semasa gadis itu sedang meregangkan badannya. Jeongin mengambil headband  itu dan barulah dia teringat akan sesuatu.

"Ji Ah... Saya lupa nak pulangkan benda ni pada awak." Jeongin menghulurkan klip rambut rama-rama kepada Ji Ah. Sebenarnya dia ingin mengembalikan aksesori itu ketika di taman tema tadi. Disebabkan terlalu berseronok, Jeongin terlupa.

"Eh, awak jumpa dekat mana? Saya ingatkan dah hilang. Terima kasih," ujar Ji Ah lalu klip rambut tadi bertukar tangan.

"Saya jumpa dekat jeti. Masa festival bunga api hari tu...," jelas Jeongin. Mereka mula mengangkat kaki, menuju ke taman perumahan mereka.


Beberapa langkah ingin sampai ke rumah, sebuah kereta melepasi Jeongin dan Ji Ah. Kereta itu berhenti di depan rumah penginapan Jeongin. Seorang perempuan yang sangat dikenali, keluar dari perut kereta.

"Apa yang kau buat dekat sini?" Soal Jeongin sebaik tiba di depan pagar rumahnya. Erika mengukirkan senyuman manis bila 'disapa' Jeongin.

"Saya nak jumpa Hyunjin. Alang-alang awak masuk tu, tolong panggilkan dia, ya?" pinta Erika.

"Ji Ah, awak baliklah dulu. Selamat malam." Jeongin menyuruh Ji Ah meninggalkan mereka berdua di situ. Ji Ah hanya mengangguk faham.

Jelingan tajam diberikan sebelum Jeongin masuk ke dalam pagar. Dasar perempuan tiada adab! Belum sempat Jeongin menanggalkan kasutnya, pintu rumah dibuka dan Hyunjin keluar.

"Sayang! Kenapa lambat sangat keluar?" Erika bersuara dengan nada manja.

"Kau kenapa-"

"Sorry... Tadi saya cari telefon." Hyunjin memotong kata-kata Jeongin yang membuatkan lelaki itu menoleh ke arahnya.

Tidak mahu bertentang mata, Hyunjin mengalihkan pandangan ke arah lain. "Abang nak keluar sekejap."

Tanpa menunggu Jeongin bersuara, Hyunjin sudah pun melangkah. Setiap gerak geri Hyunjin diperhatikan Jeongin hinggalah abangnya masuk ke dalam kereta gadis yang sangat dibencinya itu.



Han terkejut apabila Jeongin meluru ke arahnya yang sedang bermain telefonnya. Air liurnya ditelan perlahan melihat wajah tegang Jeongin ketika itu.

"Kenapa Abang keluar dengan perempuan tu??" Soal Jeongin. Matanya tidak sedikit pun memandang ke arah lain.

Han bangun dari sofa, cuba mengambil udara secukupnya. Dia hampir sesak nafas kerana ketegangan wajah Jeongin.

"I-Iyen... Janganlah marah. Biasalah tu, keluar makan-" Han menghentikan katanya apabila Jeongin terus masuk ke dalam bilik.

Han menggaru kepalanya. Bukan kerana gatal tetapi, buntu. Hendak memujuk pun tidak guna, makin dimarahi adalah. Memang itu sikap Jeongin sejak dulu lagi.

"Ingat, jangan bagitahu Iyen pasal ni. Biar aku yang cakap sendiri bila dah sedia."

Pesanan Hyunjin bermain semula di fikiran, Han mengusutkan rambutnya pula. Dia sendiri masih terkejut dengan apa yang diberitahu Hyunjin tadi. Jadi, Han memilih untuk membiarkan Jeongin bersendirian.



"Hwa Ra!! Hwa Ra!! Gempak!!" Bergegar satu rumah dengan suara Ji Ah. Tidak beri salam, gadis itu tergopoh-gapah menuju ke arah kawannya.

"Apa yang gempak??" Soal Hwa Ra. Mendengar perkataan 'gempak', bekas kerepek di atas meja terus dicapainya. Ji Ah melepaskan lelah di sebelah Hwa Ra.

"Hyunjin keluar dengan Erika." Ji Ah melaporkan apa yang dilihatnya tadi.

Hwa Ra mengunyah kerepek tadi sebelum bersuara. "Biasalah tu, diorang berbaik semula. Untuk pengetahuan kau, itu ialah perkara biasa dalam hubungan percintaan."

"Ya... Aku tahu cuma aku kesian dengan Iyen. " Ji Ah menzahirkan rasa simpatinya. Bila teringatkan reaksi Jeongin tadi, dia dapat merasakan yang lelaki itu sedih.

Hwa Ra mengecilkan matanya. Dia cuba menghadam apa yang keluar dari mulut Ji Ah. "Hmm... Kesian dengan Iyen. Kau tak rasa sedih ke bila Hyunjin keluar dengan minah tu?"

"Tak pun... Kenapa?" Ji Ah mengambil kerepek dari balang. Dia memusingkan kepalanya bila dapat merasakan yang dirinya sedang diperhatikan Hwa Ra.

"Tahniah, Ji Ah kerana sudah move on. Sekarang bolehlah kau terima Iyen, kan? Kan?" Hwa Ra mengangkat keningnya seraya tersenyum lebar. Ji Ah bangun dari tempatnya. Duduk lama-lama di situ akan membuatkan Hwa Ra terus mengusiknya. Jadi, lebih baik dia mengundur diri terlebih dulu.

Mata Hwa Ra bergerak seiring pergerakan Ji Ah. "Esok jangan lupa bagi jawapan kau! Kesian Iyen tunggu lama!"

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Han memandang ke arah Jeongin. Dari apa yang diperhatikan, kelihatan Jeongin tidak menunjukkan sebarang tanda protes. Dia menunduk sebaik saja Jeongin menoleh ke arahnya.

"Mana Abang?" Tanya Jeongin seperti tiada apa yang berlaku. Wajah Han diangkat perlahan-lahan mendengar soalan itu.

"D-dalam bilik air," jawab Han sepatah. Dalam kepalanya mula memikirkan bermacam-macam perkara. Adakah Jeongin terhantuk hingga ingatannya hilang begitu saja? Ataupun Jeongin terjatuh dalam biliknya lalu pengsan?

Kerusi ditarik, Jeongin melabuhkan punggungnya di situ. Mi segera yang dimasak oleh Han, diletakkan ke dalam mangkuk untuk disantap. Terdengar bunyi pintu bilik air dibuka, Jeongin dan Han menoleh serentak.

"Abang dah makan?" Jeongin memecahkan kesunyian. Hyunjin memandang Han, minta penjelasan namun kawan baiknya itu hanya mengangkat bahu.

"Erm... Tak lagi. Iyen makanlah dulu." Hyunjin menjawab sebelum masuk ke dalam bilik. Jeongin mengangguk lalu menyambung makan.

Hyunjin menghampiri Jeongin yang sedang bermain telefonnya di kerusi batu. Dia duduk di sebelah adiknya.

"Iyen... Abang minta maaf-"

"Kalau Erika boleh buat Abang gembira, Iyen tak boleh nak halang. Lagipun, Iyen tak ada hak nak halang kebahagiaan Abang. Jadi tak payah minta maaf sebab Abang tak buat salah apa pun pada Iyen." Jeongin terlebih dulu meluahkan rasa hatinya.

Hyunjin menundukkan pandangannya, serba salah mula terasa. Apa yang dirasainya langsung tidak seperti yang difikirkan Jeongin. Dia berbaik semula dengan Erika bukan kerana sayangkan gadis itu. Namun disebabkan tidak mahu menyakiti hati Jeongin, dia lebih rela menerima semula Erika.

"Terima kasih, Iyen." Hyunjin mengusap lembut kepala Jeongin. Lega hatinya bila Jeongin tidak memarahinya seperti sebelum ini. Kebenaran yang disimpan akan diberitahu cuma hanya menunggu masa yang sesuai.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Ji Ah mengambil beberapa gambar sementara menunggu Jeongin yang pergi ke tandas. Tidak lama kemudian, bayang Jeongin kelihatan dari jauh. Mereka berdua meneruskan perjalanan menuju ke taman untuk aktiviti berjoging petang itu.

Tiba di situ, kelihatan tidak ramai orang. Mungkin kerana cuaca yang agak mendung. Meskipun begitu, cuaca bukanlah penghalang untuk Jeongin dan Ji Ah meneruskan larian sepanjang taman.

Jeongin mengajak Ji Ah berteduh di sebuah pondok kecil berhampiran apabila hujan turun secara renyai-renyai. Nasib baiklah mereka sempat sampai ke situ apabila hujan mulai turun dengan lebatnya.

"Wah! Dah lama tak hujan lebat macam ni." Ji Ah memulakan perbualan. Bau tanah yang dibasahi hujan itu membuatkan Ji Ah tersenyum.

Jeongin hanya membisu. Tempias hujan lebat membuatkan Jeongin mendekati Ji Ah. Bunyi dentuman guruh menyebabkan dia terkejut lalu terpeluk Ji Ah tanpa sengaja.

"Saya takut..," adu Jeongin. Tidak bertanya lebih lanjut, Ji Ah memeluk bahu lebar Jeongin. Tangannya menepuk bahu seiiring titisan air hujan yang jatuh dari bumbung pondok.

"Saya ada... Awak jangan risau," pujuk Ji Ah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro