-'⑪'-
Petang itu hanya mereka hanya berdua memandangkan Han dan Hwa Ra sudah keluar bersama. Hyunjin pula menemani Erika pulang ke Seoul pada petang itu.
"Nak pergi mana?" Tanya Jeongin. Tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar sambil melihat pemandangan di situ.
Ji Ah mengemam mulutnya memikirkan tempat yang sesuai untuk dikunjungi. "Sebenarnya, saya pun tak tahu nak pergi mana, hehe."
Jeongin mengerutkan keningnya. "Habis kenapa awak ajak saya keluar?"
Ji Ah menyengetkan mulut. Seharusnya Jeongin berasa senang kerana dapat keluar berdua dengannya tanpa ada orang ketiga.
"Saya ada satu tempat nak pergi." Jeongin bersuara.
Sebaik saja tiba di tempat itu, Ji Ah menoleh ke arah Jeongin. Adakah Jeongin sedang bermimpi yang mana membuatkannya dia ingin ke situ? Jeongin memerhati beberapa orang sedang bermain papan selaju. Teringat pula kenangan lamanya.
"Seriuslah awak nak datang sini? Ke awak salah tempat?" Tanya Ji Ah.
"Awak nampak saya main-main ke sekarang ni?" Soal Jeongin semula. Mendengarkan itu, Ji Ah mengangguk faham. Jika bertanya lagi, tidak mustahil Jeongin akan mengetuk kepalanya menggunakan papan selaju.
Petang itu tidak ramai orang yang berada di situ jadi, banyak tempat duduk yang kosong. Ji Ah memandang Jeongin dengan ekor matanya.
"Awak tunggu sini kejap," ujar Jeongin sebelum meninggalkan Ji Ah sendirian di situ. Tidak sempat bertanya hendak ke mana bayang Jeongin sudah pun lesap dari pandangan.
Ji Ah menjerit kecil apabila sebotol air minuman yang sejuk diletakkan pada pipinya. Jeongin tertawa kecil sebelum memberikan minuman itu kepada Ji Ah. Tempat kosong di sebelah gadis itu menjadi tempatnya melabuhkan punggung.
"Kenapa awak nak ke sini?" Tanya Ji Ah ingin tahu. Dia masih ingat bagaimana Jeongin menolak untuk mengikutnya ke situ bersama Hyunjin.
Air yang dibeli tadi, diteguk beberapa kali. Tidak mengalihkan pandangannya, Jeongin menjawab. "Entah. Saya rasa nak pergi sini, saya pergi jelah."
Jeongin memerhati setiap langkah yang ditunjuk pemain. Rupanya, mereka yang berada di situ bukanlah calang-calang orangnya bila masing-masing menunjukkan aksi yang agak sukar dilakukan bagi pemain amatur.
"Iyen... Ceritalah pasal keluarga awak." Ji Ah cuba mencari topik perbualan.
"Keluarga saya? Tak ada yang menarik pun. Mama dengan Papa yang sibuk dengan kerja sendiri, Abang yang selalu uruskan saya. Itu saja." Jeongin tersenyum sendiri.
Ji Ah terdiam. Nampaknya dia tersalah tanya soalan. Kepalanya digaru, cuba memikirkan perkara lain untuk dibualkan. Jeongin memandang Ji Ah yang kelihatan resah itu.
"Kalau awak nak tahu pasal saya dengan abang, boleh je," kata Jeongin. Ji Ah tersengih seraya mengangguk perlahan.
"Sejak saya sekolah rendah lagi, Mama dah sibuk dengan kerja. Papa pulak selagi belum tengah malam, jangan harap nak balik. Selama itu juga, Abang yang banyak uruskan saya..." Jeongin mula bercerita. Ji hanya mendiamkan diri, menumpukan perhatian kepada Jeongin.
"... Tapi saya bersyukur sebab hubungan keluarga kita orang tetap kuat. Kalau tanya siapa yang saya paling sayang, Abanglah yang saya akan pilih. Jadi, kalau dia sedih ataupun gembira saya akan rasa sekali. Saya tak dapat bayangkan kalau hidup tanpa Abang." sambung Jeongin.
Ji Ah tersenyum mendengar kisah keluarga Jeongin. Petang itu, dia dapat mengetahui sisi lain yang ada pada diri Jeongin. Siapa sangka, lelaki yang kelihatan dingin itu merupakan orang yang lembut hatinya.
"Saya yakin yang Hyunjin pun rasakan benda sama. Tengok cara dia layan awak pun dah tahu, betapa sayangnya dia pada awak. Cemburu pulak saya," ujar Ji Ah disertakan tawa kecil.
Jeongin mengalihkan pandangannya ke arah Ji Ah lalu tersenyum kecil. Entah kenapa dia berasa selesa meluahkan apa yang dirasainya selama ini kepada Ji Ah. Bila bersama gadis itu, dia dapat menunjukkan dirinya yang sebenar.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Jeongin mencari Han di sekitar rumah namun tidak kelihatan pula kelibat lelaki itu.
Satu nota yang dilekatkan pada peti, diambil lalu dibaca apa yang tertulis pada nota kecil itu.
Iyen, Abang Han keluar joging dulu tau! Sandwich telur ada atas meja, makanlah. Nanti petang kita keluar sama-sama, ye?
Abang HANdsome.
Berpinar mata Jeongin membaca tulisan yang terakhir. Sejak bercinta, perangai Han semakin menjadi-jadi. Ini mesti kes selalu dipuji Hwa Ra hingga membuatkan Han tidak berpijak pada bumi yang nyata.
Jeongin menampal semula nota tadi sebelum mengambil sekeping sandwich telur yang terletak di atas meja. Sekurang-kurangnya, Han masih menyediakan sarapan untuknya sebelum meninggalkan rumah.
Tengahari itu, Jeongin hanya meluangkan masa dengan menonton filem yang disiarkan televisyen. Han pula belum pulang meskipun matahari sudah tegak di atas kepala.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Hyunjin dan Erika jalan beriringan menuju ke lobi hotel. Selepas memberi penghormatan terakhir, mereka berdua membuat keputusan untuk terus pulang tanpa singgah di mana-mana.
"Awak bertolak ke Pulau Jeju petang ni?" Tanya Erika.
Hyunjin hanya mengangguk. Dua hari sudah cukup baginya untuk menemani gadis itu. Erika memegang tangan Hyunjin yang menyebabkan langkah lelaki itu terhenti.
"Erm... Hyunjin, maafkan saya. Saya betul-betul menyesal dengan apa yang saya buat pada awak dulu. Boleh awak bagi saya peluang kedua?" Erika cuba mengambil kesempatan yang ada.
Seakan tahu niat sebenar Erika, Hyunjin merentap tangannya. "Baguslah kalau dah menyesal tapi jawapan saya tetap sama, Erika."
"Saya mengaku yang saya bodoh sebab tinggalkan awak, Hyunjin tapi percayalah cakap saya. Sejak pertunangan kita putus, tak pernah sekali pun saya sukakan lelaki lain." Erika masih lagi tidak mengalah.
Hyunjin mengetap bibirnya menahan geram. "Kalau macam tu, carilah lelaki yang sesuai dengan awak. Jangan ganggu hidup saya lagi."
"Saya tahu yang awak masih sayangkan saya, Hyun. Kalau tak, mesti awak tak akan ikut saya balik Seoul. Tolonglah jujur dengan diri awak, Hyunjin. Awak buat semua ni sebab Jeongin kan? Kenapa awak sibuk sangat nak jaga perasaan Jeongin sedangkan dia-"
Hyunjin segera memotong sebelum sempat gadis itu menghabiskan kata-katanya. "Haritu, awak kaitkan Ji Ah dan sekarang ni nak kaitkan Jeongin pulak? Perangai awak ni memang tak berubah, Erika. Tak pernah berfikir sebelum cakap. Tahu tak sebab mulut awak ni, dah banyak kali sakitkan hati saya?"
"Yang putuskan pertunangan kita bukan saya tapi awak. Sekarang dah dapat kan apa yang awak impikan? Jadi, jangan sampai saya naik angin dan malukan awak dekat sini, Erika. Faham??" Jari telunjuknya diturunkan. Hyunjin mengemaskan kolar sutnya sebelum melangkah pergi. Erika hanya perhatikan Hyunjin yang menuju ke arah lif.
"Rahsia yang kau simpan tak akan kekal lama, Hyunjin," gumamnya sendirian.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Jeongin menongkat dagu sambil melihat Han yang sedang membodeknya. Dia baru merancang untuk bermalasan hari itu tetapi, Han pula mengajaknya bermain layang-layang.
"Abang Han ajaklah Kak Hwa Ra. Tadi elok je berjoging dua orang. Iyen malas lah nak keluar." Jeongin menolak secara baik.
Han menghentak-hentak kaki tanda protes. Mulutnya pula dimuncungkan. Jeongin menahan geram di dalam hati. Kalaulah Han itu lebih muda darinya, sudah tentu dihantukkan kepala Han pada dinding biar betul pemikirannya.
Jeongin mengeluh perlahan. Makin parah nampaknya Han kali ini. "Abang Han umur berapa nak main layang-layang? Tak pernah Iyen nampak orang tua macam Abang Han ni main benda tu dekat pantai. Budak-budak adalah."
Han masih lagi merayu seperti tadi, tidak mengendahkan apa yang dikatakan adik kawannya itu. Biarlah dilabel terencat sekalipun, dia tidak akan mengalah sebelum memastikan Jeongin akan mengikutnya petang itu.
"Ya lah, ya lah." Jeongin akur. Han secara automatik tersenyum sampai ke telinga. Nampaknya rancangan berjalan dengan lancar.
"Okey, petang ni tau!" Han mengingatkan Jeongin lalu berlari kecil menuju ke biliknya meninggalkan Jeongin.
Telefon dikeluarkan dari poket seluar sebelum dia membuat panggilan. Pintu bilik juga sudah dipastikan ditutup rapat supaya Jeongin tidak mendengar perbualannya.
"Hwa Ra, petang ni plan kita on." Lapor Han dalam keadaan berbisik.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Pelbagai jenis layang-layang yang dimainkan segelintir kanak-kanak berterbangan di udara. Jeongin menyilangkan tangannya, menunggu Han membeli layang-layang yang ada dijual berhampiran.
"Iyen! Cantik kan??" Laung Han dari jauh. Kelihatan dia sedang membawa layang-layang menuju ke arahnya.
Hujung keningnya digaru. Jeongin terfikirkan bagaimana Hwa Ra melayani kerenah Han yang tidak ubah seperti kanak-kanak itu. Dalam pada masa yang sama, dia dapat merasakan Hwa Ra ialah seorang gadis yang cekal hatinya. Han meletakkan layang-layang yang dibelinya ke atas tanah.
"Pilihlah nak yang mana. Ada corak ketam, ikan todak, rama-rama dengan sotong. Iyen nak main yang mana satu?" Tanya Han sambil menyusun layang-layang tadi.
Jeongin memandang sekilas sebelum menjawab. "Ikutlah Abang Han, tak kisah asalkan boleh terbang."
"Eh, Han dengan Iyen? Korang buat apa dekat sini?" Tegur Hwa Ra. Sebenarnya dia sudah berjanji dengan Han akan bertemu pada petang itu. Dia sengaja menyuruh Han bawa Jeongin ke situ manakala dia pula mengajak Ji Ah.
Han menunjukkan reaksi terkejut. "Hwa Ra? Nampaknya kita memang sudah ditakdirkan sejak dulu lagi."
Hwa Ra tergelak kecil melihat lakonan Han. Ji Ah yang berdiri di belakangnya sudah memberi pandangan tajam namun Hwa Ra menjelirkan lidahnya.
"Kalau macam tu, korang mainlah sama-sama. Kita orang pergi dulu, ya? Main elok-elok!" Pesan Han. Tangan Hwa Ra ditarik menuju ke tepi pantai.
"Kalau awak tak nak main, tak apa. Saya faham," kata Ji Ah.
"Kita main dekat sana," ujar Jeongin sambil menunjukkan satu tempat. Layang-layang bercorak ketam dihulurkan kepada Ji Ah manakala dia mengambil yang bercorak sotong. Kaki mula melangkah menuju ke tempat yang ditunjuk tadi.
Hwa Ra mencebik bila Han menghulurkan layang-layang kepadanya. "Tak nak corak ni."
"Seriuslah? Corak ikan todak ni yang awak nak?" Soal Han tidak percaya. Beria lah dia membelikan corak rama-rama untuk Hwa Ra malangnya gadis itu lebih menyukai corak ikan todak.
Dengan hati yang pasrah, Han menyerahkan layang-layangnya. Asalkan Hwa Ra gembira, dia tidak kisah jika terpaksa mengambil layang-layang bercorak rama-rama itu.
"Terima kasih. Rama-rama tu sesuai dengan awak," ujar Hwa Ra dengan nada ceria. Han hanya tersengih. Dari situ, dia dapat mengetahui yang Hwa Ra bukanlah seorang gadis yang gemarkan benda yang feminin sebaliknya sukakan sesuatu yang eksotik.
Ji Ah memandang Jeongin untuk memastikan yang mood Jeongin dalam keadaan baik. Ada perkara yang perlu disampaikannya. Ji Ah perhatikan layang-layangnya sebelum bersuara.
"Iyen..." Panggil Ji Ah yang mana membuatkan Jeongin menoleh.
"Boleh tak kalau saya minta masa sikit lagi? Selepas dengar kisah keluarga awak semalam..." Ji Ah diam sejenak.
"Buatkan saya nak kenal awak dengan lebih dalam. Saya janji lepas tu saya akan bagi awak jawapan," kata Ji Ah.
Jeongin tersenyum. "Kalau macam tu, okey. Saya akan tunggu."
Ji Ah mengemam mulut, cuba mengawal keterujaannya. Dia memandang Jeongin yang masih tersenyum itu. Dari apa yang dilihat, senyuman Jeongin ketika itu berbeza dari senyuman sebelumnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro