-'➓'-
Han menggaru kepala sambil memikirkan cara untuk meluahkan perasaan yang tertangguh tempoh hari. Mulutnya terkumat-kamit menghafal skrip Hyunjin. Dia mengangguk dengan yakin lalu menarik nafas sedalamnya.
Hwa Ra mendongak memandang Han yang berdiri di sebelahnya. "Han! Cantik tak istana pasir yang saya buat ni?"
"Can... Tak." Han membulatkan matanya bila tersalah sebut. Hwa Ra memandang pelik mendengar perkataan yang keluar dari mulut Han. Tersalah dengar kah?.
"Cantik!" Puji Han sambil menunjukkan ibu jarinya. Hwa Ra tersenyum girang lalu menambah lagi acuan pasir di bahagian atas. Han menghela nafas lega. Entah kenapa dia boleh tersasul sebegitu rupa.
Mata Ji Ah memerhati Han dan Hwa Ra silih berganti. Seperti mengetahui niat Han, Ji Ah meminta diri. "Hwa Ra, aku pergi sana kejap tau."
Han menoleh ke arah Ji Ah dan kelihatan Ji Ah memberi semangat kepadanya. Han duduk di sebelah Hwa Ra yang sedang leka membina istana pasir itu. Dia berdehem beberapa kali sebelum bersuara.
"Erm... Hwa Ra." Han membuka mulut. Dengan harapan setinggi gunung, dia berdoa agar semuanya berjalan seperti yang dibayangkannya.
"Kenapa?" Hwa Ra tidak menoleh sebaliknya tangan sibuk menghias istana pasir yang sudah siap dibina itu. Sesuatu yang berjalan di istana pasir menarik perhatiannya.
"Sebenarnya saya nak cakap yang-"
"Han! Kumbang tanduk!" Sakat Hwa Ra.
"Argh! Saya suka awak!" Han meluahkan perasaannya tanpa sedar. Hwa Ra yang memegang anak ketam itu, terkedu. Han menutup mulut dengan kedua tangannya lalu melarikan diri kerana malu.
"Hwa Ra! Cepat kejar Han!" Hyunjin dan Ji Ah bersorak dari jauh. Hwa Ra lantas bangun bila diberi semangat begitu kemudian mengejar Han yang tidak jauh darinya.
Hyunjin menepuk tangannya sambil bersiul. Kalau Ji Ah tidak memberitahu tentang itu kepadanya, sudah tentu dia tidak sempat memberi sokongan. Hyunjin cepat-cepat berpaling ke arah lain apabila matanya bertembung dengan Ji Ah. Untuk menghilangkan rasa kekok, Hyunjin melangkahkan kaki menuju ke arah bekas tahan sejuk.
"Iyen, nak air?" Tanya Hyunjin dan Jeongin mengangguk. Pandangannya beralih ke arah Ji Ah pula.
"Ji Ah, awak nak air tak?" Tidak sempat Hyunjin bertanya, Jeongin terlebih dulu bersuara. Ji Ah hanya menggeleng lalu mengalihkan pandangannya ke arah laut.
Hwa Ra masih lagi mengejar Han. Akibat terlalu penat berlari, Hwa Ra tersadung seliparnya sendiri lalu tertiarap di atas pasir. Mendengar bunyi jatuhan, Han menoleh sebelum berlari ke arah Hwa Ra.
"Hwa Ra, awak okey tak?" Han mendekati Hwa Ra.
"Hahahahaha! Saya okey." Hwa Ra tergelak sambil menyapu pasir yang melekat pada mulutnya. Suara tawa gadis itu membuatkan bulu roma Han berdiri. Hwa Ra sedang disampuk hantu kah? Han menapak beberapa langkah ke belakang, menjauhi Hwa Ra.
"Kenapa gelak? Betul ke awak Hwa Ra?" Soal Han polos. Ranting kayu juga diambil sebagai alat untuk mempertahankan dirinya.
"Ya, Hwa Ra. Takkan kumbang tanduk pulak. Awak janganlah lari, penat saya nak kejar tau tak?? Saya tak sempat nak cakap yang saya pun suka awak." Hwa Ra meluahkan perasaannya pula.
Han mula tersipu malu. Itu pada luarannya sahaja sedangkan di dalam hati, sudah berteriak teruja. Pipinya menaik kerana tersenyum. "Kiranya, kita ni jadilah?"
"Ha jadilah kot. Dah lah jom balik, diorang tunggu tu," ajak Hwa Ra lantas menarik tangan Han.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Ji Ah menatap siling putih biliknya. Walaupun penat terasa di badan tetapi, matanya pula masih segar tidak menunjukkan tanda akan terlelap. Patung beruang dipeluk erat dan bayangan Jeongin muncul di fikirannya. Hujung bibir mula menaik tanpa disedari bila teringatkan waktu dia berkejaran dengan Jeongin petang tadi.
"Ha! Tak tidur lagi!" Sergah Hwa Ra yang menyebabkan Ji Ah terbangun lalu terhantuk kepala katil.
Dahi digosok berkali-kali. Bergegar otaknya akibat hantukan tadi. "Kau ni kenapa??"
Hwa Ra tersengih sebelum melangkah masuk. "Janganlah marah. Hari tu pun kau buat macam tu jugak kan? Adil lah."
Ji Ah menjeling. Sempat lagi kawannya itu hendak membalas dendam. "Kenapa datang sini? Tak boleh tidur lah tu."
"Memang pun. Setiap kali aku pejam mata, setiap kali tu jugaklah muka Han muncul. Aku tak tahu pulak jatuh cinta ni boleh buat aku kekurangan tidur," adu Hwa Ra.
Ji Ah tidak berkata apa-apa. Biarlah Hwa Ra menikmati saat-saat bahagianya itu. Hwa Ra menoleh ke arah Ji Ah.
"Kau dengan Iyen apa cerita? Dah bagi jawapan ke belum?" Hwa Ra bertanyakan hal itu kepada Ji Ah. Dia juga ingin mengetahui perkembangan Ji Ah.
Gadis itu hanya menggeleng. Dia masih lagi rasa berbelah bahagi untuk menjawab luahan hati Jeongin tempoh hari. Jadi, lebih baik dia memikirkan perkara itu masak-masak.
"Aku cadangkan baik kau terima cepat. Kau ingat Iyen nak tunggu kau selamanya? Pasal Hyunjin tu, lupakan jelah," nasihat Hwa Ra.
Ji Ah mengeluh perlahan. Memang benar apa yang dikatakan Hwa Ra. Peluang yang ada tidak mungkin bertahan lama. Dalam pada yang sama, dia juga tidak mahu membuat keputusan terburu-buru dan akhirnya akan menyakiti perasaan Jeongin.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Hyunjin meregangkan badan sebaik saja terbangun dari tidur. Selepas mandi pantai semalam, badannya terasa sedikit lenguh-lenguh.
"Hyunjin! Betul ke??" Han menampakkan dirinya di muka pintu bilik. Riak wajahnya cuak ibarat dikejar hantu.
"Betul apa?" Hyunjin bertanya semula dan kerutan kelihatan di dahinya.
"Lagi seminggu kita ada dekat sini? Aku tak sempat lagi nak dating dengan Hwa Ra!" Han sudah hilang harapan. Kalau dia tahu betapa singkatnya masa, sudah tentu dia akan mengungkapkan perasaannya seawal mungkin.
Hyunjin memberi Han pandangan kosong. Melebih betul kawannya seorang itu. "Siapa yang cakap macam tu?"
Han terdiam. "Erm... Aku tengok kalendar? Hehe."
"Ha betul lah tu. Dah keluar dari bilik aku sekarang. Pergi luangkan masa dengan Hwa Ra selagi ada kesempatan ni." Hyunjin menutup pintu biliknya meninggalkan Han terpinga-pinga di tempatnya.
Han meluru ke arah Jeongin yang sedang mengunyah roti pula. Jeongin mengangkat kening bila Han tersengih di sebelahnya.
"Iyen, betul ke lagi seminggu kita tinggal sini? Abang Han tanya Hyunjin tadi lepastu dia cakap ya," soal Han minta kepastian. Hyunjin itu bukan boleh dipercayai.
Jeongin menelan roti sebelum menjawab. "Sepatutnya macam tu tapi Mama ada call, suruh stay lagi dua minggu. Sebab apa, Iyen tak tahu."
Han mendengus geram. Nasib baiklah dia mengambil langkah bijak dengan tidak mempercayai kata-kata Hyunjin. Disebabkan terlalu gembira, Han menarik pipi Jeongin yang sedang mengunyah roti itu.
"Terima kasih, Iyen!" Ucap Han lalu menghilangkan dirinya. Jeongin memegang pipi yang terasa perit tadi. Nasib baik dia tidak tercekik roti bila diperlakukan begitu.
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Wajah Ji Ah masam mencuka. Plastik berisi sampah dibawanya di bawah terik cahaya matahari. Sepatutnya giliran Hwa Ra membuang sampah hari itu tetapi, gadis itu sudah pun keluar secara senyap-senyap. Nasib baiklah dia masih boleh mengawal kewarasannya. Kalau tidak, ada juga disumbat Hwa Ra ke dalam plastik itu.
"Ji Ah..." Satu suara memanggil dan Ji Ah menoleh. Plastik sampah tadi dihumban ke dalam tong sebelum menjawab.
"Kenapa? Nak jemput ke 'majlis perkahwinan' pulak?" Sindir Ji Ah bila Erika berdiri di depannya. Kelihatan gadis itu dalam keadaan yang baik, cuma kepalanya saja yang berbalut.
"Boleh kita bercakap? Sekejap je, saya janji." Erika merayu. Hanya Ji Ah saja yang boleh menolongnya ketika ini. Melihat Erika yang seakan terdesak itu, Ji Ah mengangguk setuju. Jika gadis itu hendak menyakitkan hatinya lagi, memang nahaslah.
"Saya mintak maaf pasal dekat kafe hari tu." Erika memulakan bicara. Ji Ah menggaru pipinya, tidak berminat dengan apa yang dikatakan Erika.
"Itu saja? Okey, saya balik dulu." Ji Ah mula mengorak langkah. Erika sempat memegang tangannya, menyuruh supaya gadis itu menunggu.
"Saya dah nak balik ke Seoul petang ni. Boleh awak bagitahu Hyunjin? Saya ada call dia tapi tak angkat." Erika menjelaskan perkara yang ingin diberitahunya.
Ji Ah menjeling. Kalau tidak menjawab panggilan, boleh saja Erika menghantar mesej kepada Hyunjin. Perkara yang mudah sengaja dipersulitkan. Bak kata orang, muka cantik tapi bodoh tidak berguna juga.
"Untuk makluman awak, saya ni bukan 'burung merpati', ya nak sampaikan pesanan awak pada dia. Pergi lah rumah Hyunjin, jumpa sendiri." Kali ini Ji Ah sudah tidak dapat menunggu lagi. Dengan cuaca yang panas ditambah lagi menghadap wajah perempuan ini menambahkan lagi kepanasannya.
"Manager saya meninggal malam semalam dan sebab itulah saya perlu balik ke Seoul untuk beri penghormatan terakhir. Hyunjin kenal manager saya jadi, saya nak dia tahu tentang ni. Maaf kalau menyusahkan awak, saya pergi dulu." Erika mengakhiri bicara lalu melangkah pergi.
Rasa bersalah mula menyerbu dirinya. Ji Ah berpaling ke belakang namun Erika sudah tiada di situ. Kasihan pula bila mendapat tahu berita sedih yang menimpa gadis tinggi lampai itu.
"Hai, Ji Ah!" Sapa Hyunjin yang sedang membasuh keretanya di laman rumah.
Ji Ah mengukirkan senyuman kekok. Perkara yang diberitahu Erika tadi bermain di kepalanya. Ji Ah menghampiri Hyunjin.
"Hyunjin, saya nak cakap dengan awak boleh? Pasal Erika." Ji Ah memberanikan dirinya. Senyuman Hyunjin serta merta mengendur.
"Dia jumpa awak? Apa lagi yang dia nak?" Tanya Hyunjin dengan nada serius. Sungguh dia tidak mengerti apa yang diinginkan gadis itu.
"Erika suruh bagitahu awak yang manager dia meninggal malam semalam. Petang ni, dia akan bertolak ke Seoul. Erika ada cakap yang awak kenal manager dia." Ji Ah menyampaikan apa yang diminta oleh Erika.
Melihat Hyunjin yang masih mendiamkan diri, Ji Ah bersuara lagi. "Saya bukan berniat nak masuk campur dalam hal ni tapi, saya rasa Erika perlukan teman untuk lalui semua ni. Terpulang pada awak nak jumpa dia atau tak."
Hyunjin tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mungkin masih terkejut dengan berita itu. "Saya masuk dulu, terima kasih sebab bagitahu pasal ni."
:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:
Jeongin mengikut langkah Hyunjin yang menuju ke kereta itu. "Bawa kereta elok-elok."
"Okey. Jaga diri elok-elok, kalau Han buli Iyen, bagitahu abang ya," pesan Hyunjin. Jeongin tertawa kecil sebelum mengangguk.
Hyunjin memandang Ji Ah yang sedang berdiri di depan pintu rumahnya. "Saya pergi dulu. Terima kasih sekali lagi."
"Sama-sama." Ji Ah membalas. Hyunjin masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan dan kereta itu perlahan-lahan meninggalkan perkarangan rumah.
Ji Ah perhatikan Jeongin dalam diam. Kata-kata Hwa Ra semalam terlintas di fikirannya. "Iyen, jom keluar petang ni?"
"Hmm... Okey." Jeongin menjawab lalu masuk ke dalam rumah.
"Macam itu je dia jawab? Sekurang-kurangnya senyumlah sikit. Ish! Sakit pulak hati aku. Yang aku pun satu, rajin sangat pergi ajak budak tu keluar." Ji Ah membebel sendirian.
Jeongin yang mendengar bebelan Ji Ah di sebalik pintu rumah tertawa sendiri. Terhibur hatinya dapat mengusik gadis itu. Kalau dibuka pintu ketika itu, lintang-pukang Ji Ah jawabnya kerana malu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro