Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-'➐'-

Hwa Ra yang sedang mengambil sedikit snek di dapur, bergegas ke ruang tamu bila terdengar suara jeritan Ji Ah. Terkejut dibuatnya bila melihat Han yang sedang terduduk di bawah manakala Jeongin pula memegang penyapu lidi yang entah datang dari mana.

"Apa yang kecoh-kecoh ni? Iyen, kenapa pegang penyapu tu?" Soal Hwa Ra kebingungan.

Jeongin meletakkan penyapu lidi tadi ke tepi. "Ha? Kejap, Abang Han tak jawab lagi kenapa ada kat sini."

"Kunci rumah kan pada Hyunjin. Kebetulan pulak masa tu Hwa Ra ada kat luar, lepas tu dia ajak lah tunggu kat sini dulu." Han menjelaskan kesalahfahaman yang berlaku itu.

"Maaf Han. Saya ingatkan perompak tadi." Ji Ah pula bersuara. Kalaulah dia tidak bertindak melulu, pasti semua ini tidak terjadi.

"Masalahnya kau ada telefon kan? Kenapa tak call kita orang? Nasib baik Jeongin yang pergi dulu. Kalau aku, memang kena bantai lah kau." Hyunjin yang berdiri di tepi pintu rumah, mencelah. Berderau darah dibuatnya bila Ji Ah menjerit secara tiba-tiba.

Han bingkas bangun dari situ. Belakang kepalanya diusap seraya tersengih. "Aku tak terfikir lah pulak. Maaf Ji Ah buat awak terkejut."

Ji Ah hanya menggeleng. Lagipun itu juga salahnya.  Dia memandang Jeongin yang melangkah keluar dari rumahnya tanpa berkata apa-apa. Rasa bersalah pula bila teringatkan Jeongin yang berlari ke rumahnya tadi.

"Okeylah, kalau dah tak ada apa-apa, kita orang balik dulu." Hyunjin meminta diri. Tidak enak pula dia berlama-lama di situ tanpa sebarang sebab.

Han sempat menghabiskan air teh yang dihidangkan Hwa Ra semasa dia menunggu di situ tadi. "Terima kasih Hwa Ra dan minta maaf Ji Ah sebab buat awak terkejut."

Hwa Ra mengangguk seraya tersenyum. "Tak ada apalah. Jumpa esok, Han. Jangan lupa tau!"

Han menunjukkan ibu jarinya. Dia baru hendak mengucapkan selamat tinggal tetapi tidak sempat kerana Hyunjin sudah pun mengheretnya keluar. Hwa Ra tertawa melihat Han yang hampir terlanggar pagar rumahnya itu.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Han mengaduh sakit bila Hyunjin mencubit pipinya. Seperti tiada apa yang berlaku, Hyunjin duduk di sebelah Han yang sedang melayan anime di ruang tamu.

"Kau kenapa cubit pipi aku?" Soal Han tidak puas hati. Tangan pula masih menggosok pipinya yang terasa perit itu.

Hyunjin menoleh ke arah Han lalu cuba menahan tawanya. "Saja. Tengok kau comel sangat."

Han berganjak beberapa inci dari Hyunjin. Meremang bulu roma dibuatnya mendengarkan itu. "Kau jangan macam-macam... Aku straight. Nak bengkok-bengkok pergi cari orang lain."

"Straight-straight pun single jugak." Hyunjin mengejek.

"Eh aku ada Hwa- tak ada apalah." Han menghentikan katanya. Pandangannya dihalakan ke tepi lalu menampar mulutnya perlahan.

"Ha apa tu? Aku dengar kau sebut Hwa tadi. Hwa apa, ha? Hwasa? Hwarang?" Hyunjin mula mendesak Han. Dia yakin yang kawannya itu menyebut sesuatu.

Han menolak badan Hyunjin bila dihimpit begitu. Macam manalah dia boleh terlepas cakap. Dia membuat keputusan untuk terus mendiamkan diri tanpa menghiraukan desakan Hyunjin.

"Ha! Hwa Ra kan?? Kau bercinta dengan dia ke, Han? Cepatlah cerita dekat aku macam mana kau boleh dengan dia!" Paksa Hyunjin sambil memukul badan Han.

Han mengunci mulutnya, tidak mahu bersuara walaupun apa yang diteka Hyunjin itu hampir tepat. Geram dengan Han yang tidak mahu membuka mulut itu, Hyunjin mencengkam pipi Han.

"Kau tak cerita dekat aku, aku cium kau." Hyunjin mengugut lalu memuncungkan mulutnya yang mana membuatkan mata Han membulat.

Wajah Hyunjin ditolak kasar yang mana membuatkan Hyunjin terjatuh dari sofa. Teruk begitu sekali kah kesan ditinggalkan kekasih?

"Ya lah aku cerita! Aku tak sangka kau macam ni, Hyunjin. Sebagai sahabat sehidup semati, aku rasa yang aku gagal membimbing kau ke jalan yang lurus," ujar Han dengan nada sebak.

Hyunjin memandang Han dengan pandangan tidak kisah. "Cepatlah cerita. Kalau aku bengkok pun, bukan kaulah aku pilih."

"Apa yang korang berdua merepek tengah malam ni?" Jeongin yang tadinya hanya mendiamkan diri, bersuara. Dia sudah berada di situ sejak tadi tetapi, tidak dapat berdiam diri lagi selepas adegan songsang hampir terjadi di depan matanya.

"Han ni tak nak cerita macam mana dia boleh bercinta dengan Hwa Ra." Hyunjin mencebik.

"Aku tak bercintalah. Memandai je kau ni." Han menafikan kata-kata Hyunjin. Tadi suruh bercerita tetapi, dia pula membuat andaian sendiri.

Hyunjin memandang Han. "Habistu apa?"

"Aku suka kat Hwa Ra tapi, dia tak tahu pun. Aku cadang esok nak luahkan pada dia sambil tengok bunga api." Han memberitahu rancangannya sambil tersenyum malu. Berdebar pula hatinya bila membayangkan saat-saat indah yang akan berlaku malam esok.

"Bunga api? Aku tak tau apa-apa pasal bunga api pun." Hyunjin bertanya.

Han bangun dari tempat duduknya menuju ke bilik. Tidak lama kemudian, dia kembali semula dengan sehelai poster di tangannya. Poster itu kemudiannya dihulurkan kepada Hyunjin.

Hyunjin membaca apa yang tertera pada poster itu. "Wah! Aku nak pergi! Iyen-"

"Tak nak. Abang ajak orang lain." Jeongin memotong. Tempat ramai orang begitu bukanlah menjadi pilihannya.

Hyunjin mencebik bila Jeongin awal-awal lagi sudah menolak ajakannya. "Aku nak pergi dengan siapa? Tak naklah sorang-sorang."

"Hmm... Aku tahu siapa," ujar Han lalu mengangkat keningnya berkali-kali.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Ji Ah terdiam selepas Hyunjin mengajaknya ke festival bunga api malam itu. Untuk kali kedua dia ingin menampar pipinya sendiri.

"Awak nak pergi ke? Kalau tak nak, saya tak paksa." Hyunjin tidak mahu memaksa Ji Ah jika dia tidak berasa selesa dengan ajakannya.

Ji Ah mengangguk perlahan. Senyuman teruja cuba disembunyikan sebaik mungkin. "Saya nak pergi tapi, kita berdua je ke?"

"Haah. Iyen tak nak pergi sebab dia tak suka pergi tempat ramai orang macam tu. Kenapa, awak tak selesa ke kalau kita berdua je?" Hyunjin meminta kepastian. Ji Ah menggeleng, menafikan apa yang dikatakan Hyunjin itu. Nampaknya angan-angan selama ini akan menjadi kenyataan. Dengan pemandangan bunga api yang menghiasi langit malam, sudah pasti akan membuatkan harinya lebih sempurna.

"Terima kasih, Ji Ah sebab sudi terima ajakan saya," ucap Hyunjin dengan senyuman manisnya.

"Tak ada apalah. Saya yang patut cakap macam tu sebab awak sudi ajak saya," balas Ji Ah pula.

Hyunjin tersengih malu bila Ji Ah berkata begitu. Apa yang dimalukan pun tidak tahulah. Bukannya dia akan meluahkan perasaan pada Ji Ah sepertimana Han yang akan meluahkan perasaannya pada Hwa Ra malam itu.

"Hyunjin, saya masuk dulu ya? Nak tolong Hwa Ra masak." Ji Ah meminta diri. Risau pula Hwa Ra muncul di depan pintu dengan pisau di tangannya. Hyunjin mengangguk faham lalu melambai tangannya.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Tepat pukul 8 malam, mereka berempat tiba di festival. Orang ramai sudah pun memenuhi tempat itu walaupun pertunjukan bunga api akan berlangsung pada tengah malam. Di festival itu, terdapat gerai-gerai yang menjual cenderahati, makanan ringan dan banyak lagi barangan menarik.

Hyunjin berpaling ke belakang bila bahunya dicuit. "Aku dengan Hwa Ra pergi lain dulu, ya? Bye!"

"Okey. Han, fighting!" Hyunjin memberi semangat kepada kawan baiknya. Han tersenyum lebar sebelum mengangguk.

Pandangannya dialihkan ke arah Ji Ah pula. Gadis itu berjalan di depannya sambil melihat gerai yang menjual pelbagai aksesori wanita. Hyunjin sempat melihat beberapa klip rambut yang tersusun di situ. Satu klip rambut yang berbentuk rama-rama, diambilnya.

"Ji Ah, cantik tak?" Hyunjin menunjukkan klip rambut tadi. Ji Ah menunjukkan reaksi teruja lalu mengangguk laju.

"Cantik! Awak nak beli untuk mak awak ke?" Soal Ji Ah polos. Hyunjin tidak menjawab sebaliknya terus membuat bayaran untuk klip rambut rama-rama itu.

Tanpa berkata apa-apa, Hyunjin meletakkan klip rambut itu di kepala Ji Ah lalu tersenyum puas. "Dah. Lagi nampak cantik bila awak yang pakai."

Ji Ah memegang klip rambut itu dengan rasa tidak percaya. Hyunjin membelikan aksesori itu dan memakaikan sendiri di kepalanya? Bahkan Hyunjin memuji dirinya cantik? Ingin sekali dia menjerit kerana rasa teruja yang tidak terkata.

"Ter... Terima kasih, Hyunjin." Ji Ah tersenyum tidak sudah.

"Sama-sama. Anggaplah tu hadiah awak sebab temankan saya malam ni." Hyunjin menjawab. Lagipun tidak sedap pula jika tidak membelikan gadis itu apa-apa sebagai tanda terima kasih.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Alat kawalan jauh dicapai dan skrin televisyen terpasang. Jeongin menonton siaran yang ditayangkan hinggalah telefonnya berdering. Dia melihat nama pemanggil sebelum menjawab.

"Hello, Abang Han. Kenapa?" Tanya Jeongin sebaik saja panggilan itu dijawab.

Iyen. Abang Han nak mintak tolong boleh? Barang abang ada tertinggal dalam bilik. Boleh tolong hantarkan tak?

"Barang apa?"

Jeongin hanya mendiamkan diri, mendengar apa yang diberitahu Han di hujung talian. Televisyen yang dipasang, dimatikan. Jeongin bangun dari sofa menuju ke bilik Han untuk mengambil barang yang disebutkan tadi.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Han berlari kecil ke arah Jeongin yang datang bersama barangnya. "Sorry, Iyen menyusahkan."

"Hmm," jawab Jeongin pendek. Kotak kecil berwarna merah hati dihulurkan kepada Han.

"Terima kasih tau! Nanti Abang Han belanja makan aiskrim, ya?" ujar Han sebelum meninggalkan Jeongin di situ. Jeongin mencebik. Setakat aiskrim, dia boleh membelinya sendiri.

Melihatkan suasana festival yang meriah itu, Jeongin membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar situ sebelum pulang ke rumah.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Hyunjin mencari tempat untuk mereka berdua menyaksikan bunga api nanti. Hyunjin terpandang sebuah jeti lama dan tangan Ji Ah ditarik menuju ke situ.

"Macam mana... Okey tak kalau kita duduk sini?" Tanya Hyunjin.

"Saya tak kisah pun duduk mana-mana," jawab Ji Ah dan Hyunjin mengukirkan senyuman hingga lesung pipit di pipinya kelihatan.

Baru saja ingin bertanya, telefon Hyunjin berdering membuatkan Ji Ah membatalkan niatnya. Hyunjin menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali itu.

Air mukanya serta merta berubah lantas memandang Ji Ah. Panggilan tadi dimatikan. "Ji Ah, saya mintak maaf tapi saya kena pergi sekarang. Erika, dia accident."

Ji Ah menarik nafas terkejut. "Teruk ke?"

"Saya tak tahu dan saya kena ke hospital sekarang. Sekali lagi saya mintak maaf." Hyunjin menundukkan kepalanya sebelum meninggalkan Ji Ah sendirian di situ.

Ji Ah hanya perhatikan bayang Hyunjin yang kian menjauh. Sebak mula terasa di dada. Hyunjin yang sepatutnya berada di sisi, kini melangkah pergi. Ji Ah menoleh bila seseorang duduk di sebelahnya.

Ji Ah memalingkan wajahnya ke arah bertentangan lalu mengelap airmata yang hampir mengalir. "Awak buat apa kat sini? Bukan awak tak suka tempat ramai orang ke?"

"Saya datang sini untuk teman awak..," ujar Jeongin lalu matanya merenung wajah Ji Ah. Dalam pada masa yang sama, beberapa das mercun dilepaskan. Pelbagai corak bunga api mula menghiasi keindahan langit malam dan menjadi saksi kehadiran dua insan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro