Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-'❸'-

"Sayang..."

Hyunjin yang sedang memilih barang, tergamam apabila seorang gadis tiba-tiba memeluk lengannya.Gadis itu melemparkan senyuman manis ke arah Hyunjin lalu melepaskan lengan Hyunjin.

"Erika? Apa yang awak buat kat sini?" soal Hyunjin separa terkejut. Gadis yang bernama Erika itu menyisir rambutnya ke belakang telinga sebelum menjawab soalan Hyunjin.

"Alah...awak tak rindu saya ke? Dah lama kita tak jumpa." Erika meluahkan rasa kecewa bila Hyunjin melayannya begitu.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

"Hyunjin? Sa...sayang?" ujar Ji Ah dengan nada tidak percaya.

"Awak buat apa duduk kat sini?" tegur Jeongin yang kebetulan berada di barisan rak makanan itu.

Akibat terkejut, Ji Ah melatah secara tidak sengaja. Salad yang dipegangnya jatuh tergolek dan berhenti tepat di depan kaki Jeongin. Tidak menjawab soalan Jeongin, Ji Ah segera bangun tanpa mengambil salad itu lalu pergi ke tempat lain meninggalkan Jeongin yang memegang salad di tangannya.

Jeongin memandang sekeliling mencari Hyunjin yang datang ke situ bersamanya tadi. Matanya tertumpu pada Hyunjin yang ketika itu bersama seorang gadis yang sangat dikenalinya, Erika Park.

Ji Ah meletakkan barang-barang yang diambil tadi ke atas kaunter untuk diimbas dan ketika itulah baru dia tersedar yang dia terlupa untuk mengambil salad. Nampaknya dia terpaksa pergi ke belakang semula untuk mengambil salad.

"Erm... Saya nak pergi ambik satu barang lagi boleh?" tanya Ji Ah dan juruwang yang bertugas hanya mengangguk.

"Ni ke barang tu?" soal Jeongin setelah meletakkan salad di atas kaunter. Ji Ah perlahan-lahan mengangguk tanda mengiyakan soalan Jeongin.

Sambil menunggu giliran, Jeongin membaca pesanan yang diterima dari Hyunjin, menyuruh untuknya pulang terlebih dulu.

Di luar pasaraya,

Ji Ah melepaskan keluhan bila melihat bilangan beg plastik yang berisi barang dapur itu. Sudahlah dia hanya berjalan kaki bagaimana dia hendak mengangkut semua itu dengan hanya menggunakan kedua tangannya.

Gadis itu tersenyum lega melihat Jeongin sedang menghampirinya.Nasib baiklah Jeongin sudi membantunya untuk membawa sebahagian beg plastik itu.

"Terima kasih sebab sud---" kata-kata Ji Ah terbantut bila Jeongin hanya berjalan melepasinya tanpa menghulurkan bantuan seperti yang diharapkan.

"Iyen!" panggil Ji Ah secara terpaksa. Lagipula hanya Jeongin saja yang ada untuk membantunya.

Mendengarkan namanya diseru, Jeongin menoleh ke arah Ji Ah seraya mengangkat keningnya. Dia memandang beg plastik yang berhampiran Ji Ah dan tahulah dia yang gadis itu memerlukan pertolongannya.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Hyunjin melihat jam tangannya. Sudah hampir sepuluh minit dia berada di kafe itu. Erika yang duduk berhadapan dengannya dipandang.

"Cepatlah bagitahu apa tujuan awak ajak saya ke sini? Kalau awak cuma ajak saya minum, terima kasih sajalah. Saya balik dulu." Hyunjin bangun dari kerusinya.

"Saya cuma rindukan awak, Hyunjin. Dan saya ajak awak datang sini sebab nak berbual dengan awak, salah ke?" Erika cuba meraih simpati.

Hyunjin tersenyum sinis mendengar 'tujuan' gadis itu. Entah muncul dari mana tiba-tiba datang untuk meluahkan perasaan rindu yang tidak masuk akal itu padanya.

"Salah,Erika. Selama lima bulan awak tinggalkan saya demi kerjaya model awak tu, saya dah lupakan awak dan perasaan tu dah hilang. Saya nak balik dan jangan cari saya lagi lepas ni,"  tegas Hyunjin lalu meninggalkan kafe itu.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Jeongin memandang Ji Ah yang berada tidak jauh di belakangnya. Dia mengukirkan senyuman jahat sambil menghirup air botol yang dibelinya. Ji Ah memandang Jeongin dengan pandangan tidak puas hati. Mana tidaknya, Jeongin hanya membawa satu beg plastik manakala dia membawa tiga lagi beg plastik yang lain. Sama saja seperti lelaki itu tidak menolongnya.

"Ji Ah,cepatlah...lambat mengalahkan kura-kura," ejek Jeongin.

"Umur awak berapa ha panggil saya macam tu? Saya ni lagi tua dari awak tau tak? Panggil saya Kak Ji Ah," marah Ji Ah bila Jeongin hanya memanggil dengan panggilan tidak formal.

"Setakat tua setahun apalah sangat beza." Jeongin menjawab dengan selamba. Itulah perempuan, hal panggilan pun boleh dijadikan isu besar.

Sampai di depan pagar rumah, Jeongin meletakkan beg plastik yang dibawanya tadi di bawah lalu masuk ke dalam rumah tanpa sepatah kata.

Hwa Ra keluar untuk membantu kawan baiknya itu membawa masuk barang-barang yang dibeli. Dia berasa kagum terhadap Ji Ah atas apa yang dilakukan Ji Ah hari itu.

"Dah tahu beli barang banyak tapi jalan kaki... syabas Ji Ah, aku bangga," sindir Hwa Ra. Entah apalah yang difikirkan Ji Ah sedangkan kereta miliknya tidak terusik pun di garaj itu.

Ji Ah melepaskan lelah di atas sofa. Terasa lenguh di kakinya bukan disebabkan perjalanan yang jauh tetapi kerana jumlah beg plastik yang dibawa. Hwa Ra datang dari dapur dengan membawa segelas air sejuk untuk Ji Ah.

"Kau pun bijak sangat tak call aku kenapa? Kalau call bolehlah aku ambik kau kat pasaraya," bebel Hwa Ra.

"Aku tak terfikir lah pulak sebab ingatkan Iyen nak tolong aku rupanya tak ada beza pun." Ji Ah menjawab sebelum menghirup air yang dibawa Hwa Ra tadi.

Hwa Ra mengerutkan dahinya mendengar nama Jeongin keluar dari mulut Ji Ah. Semalam bukan main lagi belasah bantal lepaskan geram hari ini sudah berdamai?

Ji Ah menoleh ke arah Hwa Ra lalu cepat-cepat dia menjelaskan apa yang berlaku sebelum kawannya itu membuat andaian sendiri.

"Kau jangan fikir lain... kebetulan Iyen ada kat pasaraya, aku mintaklah tolong dia tapi kau tahu tak dia buat apa? Dia bawak satu je beg plastik tu dahlah yang paling ringan! Siap ejek aku lambat macam kura-kura lagi... Ish! geram pulak aku bila ingat balik," cerita Ji Ah dengan bersungguh.

"Hmm...okaylah tu sekurang-kurangnya dia tolong. Dahlah aku kena mula masak ni, nanti diorang datang tak siap lagi," ujar Hwa Ra.

"Diorang? Siapa pulak nak datang?" tanya Ji Ah hairan. Rasanya pagi tadi tiada pula Hwa Ra memaklumkan apa-apa pasal tetamu padanya.

"Orang sebelahlah...kau tak ingat ke malam tu kan Hyunjin belanja kita. Jadi aku nak balas lah balik dengan masak untuk makan tengahari ni." jelas Hwa Ra lalu terus menuju ke dapur untuk membuat persiapan.

Ji Ah terbaring mendengarkan itu dari Hwa Ra. Sudahlah dia baru saja menyaksikan Hyunjin bermesraan dengan seorang gadis ditambah pula Jeongin yang mengejeknya, kini dia terpaksa menghadap sekali lagi wajah-wajah itu.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Suasana rumah Hwa Ra dan Ji Ah agak meriah dengan kehadiran tiga pemuda itu di rumahnya ataupun lebih tepat, kehadiran Han. Sesekali terdengar mereka tertawa kerana geli hati mendengar celoteh Han yang tidak berhenti-henti itu.

Sedang berbual,loceng rumah berbunyi menunjukkan seseorang berkunjung ke situ. Ji Ah menawarkan diri untuk melihat gerangan yang datang itu.

"Ye...cari sia...pa?" Ji Ah terdiam sebaik saja melihat tetamu yang datang itu. Gadis itu ialah gadis yang sama dilihatnya di pasaraya tadi.

"Erika?" Han terkejut melihat gadis itu sedang berdiri di depan pagar.

Demi mengekalkan keceriaan suasana, Han terus membuat lawak bodohnya supaya keadaan tidak kekok. Erika menuangkan air ke dalam gelas Hyunjin bersertakan senyuman manis. Kerana menjaga perasaan gadis itu, Hyunjin hanya membiarkan apa yang dilakukan Erika walaupun dia membentak dalam hatinya.

Ji Ah memerhatikan tingkah laku Erika yang duduk bersebelahan Hyunjin ketika itu. Sedikit sebanyak dia cemburu melihat Hyunjin bersama gadis lain. Jeongin yang berdiri tidak jauh dari situ, perasan akan perubahan air muka Ji Ah lalu memandang ke arah Hyunjin dan Erika.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Ji Ah termenung sendiri sambil menghalakan pandangannya ke arah luar rumah. Walaupun Hyunjin itu bukanlah miliknya tetapi perasaan cemburu itu hadir bila mendapat tahu tentang kewujudan gadis bernama Erika Park itu.

"Buat dah mengelamun dia... sudahlah sedihnya bukan dapat apa pun," pujuk Hwa Ra meskipun dia tahu yang Ji Ah tidak akan mengendahkan kata-katanya.

"Aku bukan apa...aku sedih sebab perempuan tu lagi cantik dari aku. Kalau nak banding dengan aku ibarat ubi kentang dengan buah pear tau tak?," luah Ji Ah dengan nada sedih.

Hwa Ra tergelak mendengarkan perumpamaan yang diberikan Ji Ah itu. Apa kaitan pula ubi kentang dengan buah pear dalam hal itu? Ada saja benda yang nak disebutnya.

"Tapi kau tak perasan ke yang Hyunjin macam terpaksa je layan 'buah pear' tu. Maksud aku air muka Hyunjin tu nampaklah lain." Hwa Ra meminta pendapat kerana dia yakin yang gadis itu bukanlah seseorang yang istimewa dalam hidup Hyunjin.

Ji Ah mengalihkan pandangannya ke arah Hwa Ra bila kawannya itu berkata demikian. Dengan penuh semangat, Ji Ah menghampiri Hwa Ra.

"Betul ni? Bukan sebab nak sedapkan hati aku kan?" Ji Ah meminta kepastian. Kawan baiknya itu bukan boleh dikira dan Hwa Ra mengangguk dengan penuh keyakinan.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Jeongin menghampiri Hyunjin yang sedang mengemas pakaiannya di dalam almari. Melihat adiknya, Hyunjin segera mengukirkan senyuman ke arah Jeongin.

"Kenapa, Iyen?" tanya Hyunjin. Tangannya pula melipat baju yang baru diangkat petang tadi untuk disusun di dalam almari.

"Pasal Erika..." tangan Hyunjin terhenti seketika mendengarkan nama itu. Namun Hyunjin tetap tersenyum seperti biasa untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya.

Melihat Hyunjin bertindak demikian, Jeongin mengambil baju yang dipegang Hyunjin supaya abangnya menumpukan perhatian padanya.

"Kenapa dia datang balik? Nak sakitkan hati abang lagi?" soal Jeongin tidak puas hati.

"Bukanlah... dia datang kat sini sebab ada shooting untuk majalah. Lepastu kebetulan pula terserempak masa tengah beli barang tadi," jelas Hyunjin walaupun jawapannya itu tidak jujur sepenuhnya.

Jeongin menghela nafas. Dia bukanlah hendak masuk campur dalam hidup Hyunjin tetapi dia tidak mahu melihat abangnya kesedihan lagi sepertimana sebelum ini.

"Apa pun jawapan abang... Iyen harap abang boleh jujur dengan diri sendiri dan fikirkan balik apa yang perempuan tu dah buat pada abang dulu." Jeongin meninggalkan Hyunjin kerana ingin abangnya memikirkan semula apa yang dikatakannya.

Hyunjin hanya perhatikan Jeongin yang melangkah keluar dari bilik. Betullah apa yang dikatakan adiknya itu tetapi bila Erika munculkan diri, dia mula keliru dengan perasaannya sendiri.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Han yang sedang menguap cepat-cepat menutup mulutnya. Maklumlah, biasanya waktu itu merupakan waktunya diulit mimpi tetapi pagi itu terpaksa bangun pagi oleh kerana hendak bertolak awal. Hyunjin,Jeongin dan Hwa Ra sudah menampakkan diri kecuali Ji Ah yang masih lagi berada di dalam rumah.

"Ji Ah! Lambat lagi ke?!" laung Hwa Ra bila gadis itu belum kelihatan. Han yang dibuai rasa mengantuk tadi serta merta matanya menjadi segar mendengarkan laungan Hwa Ra yang lantang itu.

"Selamat pagi semua... saya tak terlambat kan?" tanya Erika yang baru saja tiba.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro