Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-'❶'-

Kicauan burung-burung yang berterbangan menandakan waktu sudah senja dan itu masanya untuk pulang semula ke sarang.Langit juga sudah bertukar warna untuk menyambut kehadiran malam.

Seorang pemuda memasang penghawa dingin biliknya untuk menghilangkan rasa bahang setelah seharian menghabiskan masa di luar.Stokin yang dipakai juga sudah ditanggal sebelum merebahkan diri di atas katil.

Pandangannya tertumpu ke arah siling bilik hinggalah pandangan tadi dialihkan sebaik saja pintu biliknya dibuka.

"Hai,Iyen..",sapa gerangan yang membuka pintu tadi sambil tersengih.

"Abang...kenapa?",soal Jeongin lalu mengalihkan pandangan ke arah siling semula.

Hyunjin,abang kepada Jeongin menghampiri adiknya yang sedang baring itu.Dengan selamba dia menolak badan Jeongin memberi ruang untuk dirinya mengambil tempat di situ.

"Macam mana hari ni? Okay?",tanya Hyunjin ingin tahu.

"Hmm...okay je.Ramai orang macam biasa,jadi penat sikit.",Jeongin menjawab pertanyaan abangnya.

Hyunjin memandang Jeongin lama.Sejak kejadian yang berlaku dua bulan lepas,sikap adiknya berubah walaupun tidak terlalu ketara.Jeongin yang perasan dengan pandangan Hyunjin, cepat-cepat bangun dari pembaringannya.

"Kenapa pandang Iyen macam tu?",soal Jeongin lalu tergelak kecil.Kekok pula rasanya bila ditenung sebegitu.

"Iyen...kalau Abang ajak pergi bercuti nak? Lagipun kan sekarang tengah cuti...tak kan nak duduk rumah je?",Hyunjin mengutarakan soalan yang memang ingin ditanya sejak tadi lagi.

"Tengoklah... Iyen tak janji.",jawab Jeongin dengan nada mendatar.

Hyunjin menarik muncung kerana rancangannya untuk memujuk Jeongin tidak berjalan lancar.

"Hmm...tak apalah kalau macam tu.Abang tak paksa.",Hyunjin mengalah.

Jeongin menoleh sebaik saja pintu bilik ditutup dan satu keluhan dilepaskan.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Jeongin menuju ke arah meja makan untuk sarapan bersama keluarganya.Puan Hwang mengukirkan senyuman bila anak bongsunya kelihatan.

Kerusi ditarik dan Jeongin melabuhkan punggungnya sementara menunggu sarapan dihidang.

"Abang...",panggil Jeongin yang mana membuatkan mereka semua berpandangan.

"Pasal bercuti tu,Iyen nak ikut Abang...",beritahu Jeongin dan Hyunjin mula tersenyum kerana teruja.

"Ouh korang nak pergi bercuti? Baguslah sebab Papa dengan Mama pun kerja kat luar sepanjang musim panas ni.",celah Encik Hwang.

Puan Hwang meletakkan mangkuk yang berisi nasi goreng ke atas meja sebelum mengambil tempat di sebelah suaminya.

"Hmm betul tu...tak adalah korang bosan sangat cuti ni.",tambah Puan Hwang.

"Yeay! Nanti kita boleh mandi pantai,kan? Dah lama kot tak nampak pantai..",Hyunjin membuka mulut dan Jeongin hanya tersenyum kecil.

"Okay...",jawab Jeongin pendek.Sekurang-kurangnya keputusan untuk mengikut Hyunjin pergi bercuti dapat menenangkan fikirannya.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Dua buah beg yang bersaiz sederhana sudah dimasukkan ke dalam bonet belakang kereta.Pagi itu,Hyunjin dan Jeongin akan bertolak ke Pulau Jeju untuk percutian musim panas mereka tahun itu.

"Iyen,semua barang penting dah bawak kan?",tanya Puan Hwang sambil memerhatikan anak bongsunya yang sedang memakai kasut.

Jeongin hanya menjawab dengan anggukan sebelum berdiri menuju ke arah kereta.

"Tunggu! Hyunjin! Jangan tinggal aku!",satu suara kedengaran.Walaupun sayup,namun masih dapat didengari dengan jelas setiap bait perkataan.

Hyunjin tergelak melihat kawan baiknya,Han yang tidak cukup nafas kerana berlari.

"Mana ada aku tinggallah...belum pergi lagi.",kata Hyunjin.

Han menarik nafas lega.Bukan apa,dia tidak dapat membayangkan dirinya menghabiskan cuti bersendirian tanpa Hyunjin di sisi.Han tersenyum manis lalu menyapa Puan Hwang yang turut berada di situ.

"Okaylah,Mama...Hyunjin pergi dulu.",ujar Hyunjin.

"Bawak kereta elok-elok...kalau mengantuk berhenti dulu,jangan paksa diri tu.",pesan Puan Hwang.

"Iyen...dengar cakap Abang kat sana nanti,jangan degil.",tambah Puan Hwang lalu memeluk badan dua orang anak terunanya itu.

"Ma...Iyen bukan budak kecik...",Jeongin bersuara.

"Tapi Iyen tetap paling muda,kan?",Puan Hwang tidak mahu mengalah.Jeongin hanya diam kerana dia tahu,dia tidak akan menang bila berbicara dengan ibunya.

Puan Hwang menutup pagar rumah selepas kereta yang dipandu Hyunjin sudah lagi tidak kelihatan.Lega hatinya bila mendapat tahu Jeongin akan menyertai percutian Hyunjin kali ini.Tidaklah dia risau Jeongin akan bersendirian di rumah nanti.

"Dahlah jangan risau sangat... pandailah diorang jaga diri kat sana nanti.",suara Encik Hwang menghentikan lamunan Puan Hwang.

Puan Hwang hanya mengangguk kecil seraya mengukirkan senyuman.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

"Ji Ah..tolong angkat baju yang aku jemur tadi boleh? Aku nak ke tandas jap.",pinta Hwa Ra.

Ji Ah yang sedang menonton filem di televisyen hanya menurut permintaan teman serumahnya itu.Lagipun itu bukan kali pertama dia melakukan kerja itu.

Sedang mengangkat baju,sebuah kereta memasuki garaj rumah sebelahnya.Oleh kerana rumah sebelah merupakan rumah penginapan,Ji Ah tidak hairan jika ada orang menginap di situ tambahan pula sekarang ialah cuti musim panas.

Baju yang diangkat tadi segera dicampak ke atas sofa.Hwa Ra yang baru saja keluar dari tandas menghampiri Ji Ah yang menyambung semula filem yang tertangguh tadi.

"Malam ni makan luar nak? Aku malaslah nak masak.",ajak Hwa Ra.

"Aku ikut je asalkan kau yang belanja.",jawab Ji Ah selamba.

Hwa Ra hanya akur dengan itu memandangkan dirinya yang mengajak.Baju yang diangkat Ji Ah sebentar tadi dibawa masuk ke dalam bilik meninggalkan Ji Ah sendirian di ruang tamu.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

"Kita nak makan apa malam ni? Biar Iyen masak.",tanya Jeongin memandangkan malam itu mereka bertiga masih belum mengisi perut.

"Tak apalah... biar Abang dengan Han masak.Kita kan jalan jauh mesti Iyen penat.",ujar Hyunjin.

Han yang tadinya teruja segera mencebik.Padahal dia juga penat setelah hampir dua jam perjalanan untuk sampai ke situ tadi.

"Alahh...kita makan kat luar jelah? Lagipun kita nak masak apa kat dapur...bukan ada makanan pun.",Han memberi cadangan.

"Haahlah...kalau macam tu,kau belanja ea?",usik Hyunjin lalu tertawa kecil bila Han bermasam muka.

Jeongin hanya tersenyum kecil melihat gelagat Han yang memang selalu kebudak-budakan itu.

"Okay jom...nanti lambat restoran tutup pulak.Orang cakap makanan tu lagi sedap kalau orang lain yang belanja..",usik Hyunjin lagi yang mana membuatkan Han menghentakkan kakinya perlahan tanda protes.

Mereka bertiga hanya berjalan kaki menuju ke restoran oleh kerana lokasi restoran itu tidaklah terlalu jauh dari rumah penginapan mereka.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Sementara menunggu pesanan sampai,Jeongin meminta diri untuk berjalan di sekitar restoran itu memandangkan restoran itu terletak berhampiran pantai.

Mata dipejam menikmati angin pantai yang sudah lama tidak dirasainya kerana menetap di kawasan bandar.Kali terakhir dia menjejakkan kaki di situ ialah ketika dia masih bersekolah rendah.Baru saja ingin melangkah,mata Jeongin membulat apabila seorang gadis sedang berlari laju ke arahnya.Akibat tidak sempat mengelak,mereka berdua terjatuh ke belakang.

"Eh maaf! Saya tak sengaja!",ucap gadis yang melanggarnya tadi.Gadis itu bingkas bangun kemudian dia menghulurkan tangan untuk membantu Jeongin berdiri dari tempatnya.

Jeongin bangun tanpa menyambut huluran tangan tadi.Belakang baju ditepuk untuk menghilangkan pasir pantai yang melekat.Jelingan diberikan sebelum dia beredar dari situ membuatkan gadis tadi tercengang.

"Hwa Ra! Kau lah ni kejar aku dengan siput...kesian dia kena langgar,dahlah kuat.",marah Ji Ah sambil matanya memerhati ke arah Jeongin yang tidak jauh dari mereka berdua.

"Salah aku ke ni?",soal Hwa Ra serba salah.Dia juga melihat pertembungan yang berlaku di antara dua orang itu tadi.

"Tanya pulak...yelah salah kau.Sekarang ni,kau teman aku pergi mintak maaf dekat dia.",ajak Ji Ah.

Belum sempat Hwa Ra menjawab,tangannya sudah ditarik terlebih dulu menuju ke arah sebuah restoran yang berhampiran.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

"Wow...makanan sampai,Iyen pun sampai.Pandai ya Iyen tetapkan masa.",tegur Han bila Jeongin kembali semula ke restoran itu.

"Hmm...",jawab Jeongin pendek.Han memandang Hyunjin dan Hyunjin hanya mengangkat bahunya.

Ji Ah memanjangkan leher mencari kelibat orang yang dilanggarnya tadi.Langkahnya diteruskan sebaik saja melihat Jeongin yang sedang memandang ke arah lain.

"Selamat malam,maaf mengganggu...",sapa Ji Ah sambil menundukkan kepalanya.

Jeongin,Hyunjin dan Han sedikit terkejut bila dua orang gadis menghampiri meja makan mereka.

"Saya datang ni nak mintak maaf sebab terlanggar awak kat pantai tadi...",jelas Ji Ah dan Jeongin hanya memandang kosong manakala Hyunjin dan Han masih lagi tercengang.

Ji Ah mengangkat kepalanya bila tiada sebarang suara kedengaran.Dia menarik nafas terkejut sebaik saja melihat wajah Hyunjin yang duduk berhadapan dengan Jeongin.

"Hyunjin?!",soalnya separa terkejut.Hwa Ra yang berdiri di belakang Ji Ah juga terkejut dengan suara kawan baiknya.

"Yoo Ji Ah?",Hyunjin menegur semula dengan riak muka teruja.

Ji Ah mula tersenyum malu bila Hyunjin menyebut nama penuhnya.Siapa sangka yang dia akan bertemu semula dengan cinta pertamanya di situ.Ini semua berkat dia melanggar Jeongin tadi.

Jeongin memandang abangnya yang sedang berbual dengan Ji Ah dengan pandangan yang tidak berminat.Han juga turut bertanya macam-macam perkara oleh kerana mereka bertiga agak rapat ketika sekolah menengah dulu.

"Jomlah makan sekali...meja pun kosong ni.",pelawa Hyunjin.

Ji Ah dan Hwa Ra saling berpandangan sebelum mengangguk setuju.Lagipun apa salahnya mereka makan sekali memandangkan tujuan datang ke situ memang untuk makan.

"Iyen balik dulu.",Jeongin bangun dari kerusinya sebelum sempat Ji Ah mengambil tempat.

"Eh...tapi Iyen tak makan lagi.",ujar Han bila melihat makanan yang dipesan Jeongin masih belum terusik.

"Takpelah...Abang Han makan jelah.Iyen nak balik dulu,penat.",jawab Jeongin lalu meninggalkan meja makan itu.

Ji Ah mula rasa bersalah bila Jeongin sudah pun beredar.Adakah kehadirannya di situ membuatkan pemuda tadi tidak selesa?

"Biarlah...nanti kita bungkus je untuk dia.Awak jangan salah faham tau...adik saya memang susah nak bergaul dengan orang baru.",jelas Hyunjin.

Ji Ah hanya menyimpulkan senyuman kecil walaupun di dalam hatinya dihuni rasa bersalah.Sudahlah dia membuat Jeongin terjatuh sekarang dia mengganggu waktu makan pemuda itu pula.

:・゚✧:・゚✧✧・゚: ✧゚・:

Jeongin menepuk dahinya perlahan sebaik saja tersedar yang dia terlupa untuk meminta kunci rumah penginapan dari Hyunjin.Mahu tidak mahu,terpaksalah dia menunggu di meja batu yang terletak di halaman rumah penginapan itu.

Tangan digunakan untuk menongkat dagu sambil kakinya dihentak perlahan.Bintang yang bertaburan di langit pada malam itu direnung.

Sedang melayan perasaan,beberapa orang remaja lelaki melintasi pagar rumah yang mana mengalihkan perhatian Jeongin.Melihat kumpulan tadi sama-sama bermain papan selaju,sedikit sebanyak hati Jeongin terusik.

Sudah lama dia tidak meluangkan masa bermain papan selaju yang mana pernah menjadi hobinya suatu ketika dulu.Perkara yang berlaku beberapa bulan lepas,membuatkan Jeongin melepaskan minatnya itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro