🌴SPECIAL SUPRISE🌴
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ🌹
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ...
Enjoy your reading ❤️
;;;;;
Min Yoongi melurutkan cermin mata hingga
hujung batang hidungnya. Skrin iPad yang masih bercahaya di pandang sekilas . Mata melirik kearah bahagian atas iPad, 2:50 pagi.
Wine yang berbaki suku dicapai lalu diteguk hingga habis tatkala mata helang sepet itu menangkap susuk tubuh langsing isterinya, Choi Jieun.
" Yoongi, sayang nak tidur ni. Awak ada kerja lagi ke? Nak saya tunggu awak? " Ujar si isteri kepada suami.
Pantas Yoongi menggeleng. iPad di turn off. Segera itu Yoongi menuju kearah keberadaan isterinya di atas katil. Cermin mata ditolak ketepi kemudian baju ditanggalkan. Uwah.. barulah selesa.
" Jieun. "
" Urm.. " Pinggang Yoongi Jieun peluk. Wajah ditempekkan di lengan Yoongi. Hidung menangkap bau haruman minyak wangi si jejaka. Harum sehingga menusuk ke rongga hidung.
" Kita pergi bercuti nak? " Suara bernada rendah Yoongi menyapa telinganya. Perut Yoongi mula diusap-usap oleh Jieun.
" With our kids? "
" Tak, kita berdua je. Honeymoon, nak tak? " Soal Yoongi lagi.
" Honeymoon? Kita baru berkahwin ke Min Yoongi? Tch, " Perut Yoongi ditampar lembut.
" Kita acah-acahlah pasangan
baru berkahwin. Alahh kau ni.. tolonglah jangan potong aura romantis aku. "
Jieun hanya membuat muka, ada yang kena gigit kepala ni nanti mamat ni. Pipi tembam Yoongi dicuit geram
" Dekat mana? "
" Pulau Maldives, tempat impian kau bila nak pergi honeymoon. " Melebar terus senyuman Choi Jieun. Pipi Yoongi dicium bertalu-talu tetapi hanya seketika sebelum dia menggigit sedikit pipi Yoongi.
" Itulah papa, masa first honeymoon. Taknak bawa sayang pergi Maldives. Ni dah ada dua orang anak baru nak pergi. " Jeling Jieun.
Yoongi tergelak kecil. Rambut panjang Jieun dibelai. " I'm a busy person okay? "
" Sekarang kan BTS berehat dua bulan
for vacation. Why not dalam masa seminggu Tu Kita spend time masa bersama and then seminggu lagi dengan keluarga? " Cadang Yoongi. Dia tenung Jieun yang mendagu di dadanya.
Jieun diam seperti berfikir.
" You should agree with that because I'm already booked and manage all our honeymoon activity. " Cantas Yoongi. Teruja sebenarnya kerana bakal meluangkan masa sepenuhnya dengan kesayangan.
" hm, what kind of activities? "
Yoongi menyenyum sinis.
" Day 1, sleep. Day 2 until 3 our time. Day 4- "
" Juggulae? (Nak mati?) " Mata disepetkan lagi. Ish lelaki dia ni. Melebih nampak.
" Kata honeymoon? "
" Papa nak anak lagi ke? " Sarkastik Jieun menyoal. Kening dinaikkan menantikan jawapan Yoongi sementara itu mata mereka bertembung lama.
" Why not? Papa bagi selagi mampu untuk legasi Min berkembang. " Bibir mengoyak senyuman nakal.
Jieun menahan perasaan. Sabar saja lah dengan perangai gedik suaminya tapi apa salahnya?
" Boleh tapi tunggu hero kita dah masuk umur 2 tahun. Now Taeoh baru 1 tahun . " Jieun menyengih tanda kemenangan apabila Min Yoongi hanya mengetapkan bibir.
" Kalau dah rezeki tak akan sayang mampu tolak. " Tubuh kecil molek Jieun ditarik dalam pelukan hangatnya.
" Nakal ya papa?
Ada-ada je alasan dia macam semalam tak dapat. " Yoongi yang berada di sebelahnya di pandang.
" Mama yang naughty semalam. Awak yang pakai baju tidur seksi semalam. Sayang yang goda. " Menegakkan kebenaran. Pipi Jieun berona merah.
" Ish. Diamlah. "
Terkekeh kecil Yoongi dibuatnya. Pipi gebu isterinya diusap dan dibelai manja.
Bukan apa, dia cuma rindukan perangai mengada Choi Jieun semasa dalam mod preggy.
Shooo kiottt!!
Dia addicted dengan isteri sendiri.
" Sayang, kita pergi next week ya? "
" Anything for you, hubby. "
Akhirnya tubuh kecil molek bak model
Choi Jieun yang bergelar isteri nya itu di rengkuh manja sambil sebelah tangan merayap ingin menutup lampu tidur yang sememangnya romantik tahap gaban.
" Goodnight precious love Min Yoongi. "
Diakhiri dengan kucupan hangat di dahi licin isterinya. Seraya itu pinggang kecil wanita itu menjadi sasaran sebagai bantal golek panjang.
🌴🌴🌴🌴
Lhaviyani Atoll, Hurawalhi Island, Maldives
Hurawalhi dikelilingi oleh lagun yang indah, terumbu rumah yang sangat baik dan pantai yang panjang dan berpasir putih. Ia adalah satu-satunya Resort di pulau Hurawalhi, di Lhaviyani Atoll, kira-kira 400 meter panjang lebar 165 meter, 6.5 hektar (16 ekar). Pemindahan kapal laut dari Lapangan Terbang Antarabangsa Velana adalah penerbangan 40 minit yang indah. Hurawalhi mempunyai 5.8, restoran undersea kaca di seluruh dunia.
Ianya menjadi tempat dimana dua merpati sejoli ini akan menghangatkan suasana pengantin lama.
" Yoongi Yoongi Yoongii! "
" Cantiknya, neomu joha! "
Penerbangan selama 48 jam, punggung beralaskan seat business class membuatkan Choi Jieun tidak sabar-sabar mahu berjalan. Yoongi memerhati tingkah laku kesayangan nya itu. Mereka berlenggang berjalan disebabkan pekerja hotel serba mewah ini sudah menghantar bagasi mereka semasa mereka bersiar-siar sekitar hotel.
Seketika Yoongi memejamkan mata menikmati angin bayu di pantai. Dia amat sukakan suasana ini. Berehat sungguh!
Hilang sarat sakit kepala nya apabila melihat permandangan yang tidak dapat dia lihat di negara lain. Hanya di Maldives.
Yoongi mengatur langkah kearah Jieun yang memerhati matahari terbenam dengan senyuman melebar. Rambut yang beralun mengikut rentak angin menjelaskan wajah kacak Min Yoongi ataupun Min Suga yang dikenali sebagai idol terkenal dunia.
Bahu kecil Choi Jieun dipeluk.
Dagu direhatkan pada kepala si isteri memandang kan Jieun kurang ketinggian. Masing-masing menikmati matahari terbenam yang cantik.
" Hubby.. "
Panggilan manja Jieun dibalas dengan deheman Yoongi.
" Mama tak sangka sekarang mama datang Maldives untuk honeymoon walaupun usia perkahwinan kita hampir mencecah tiga tahun. "
" Kita rare. " Dua ketul perkataan Yoongi membuatkan Jieun mengeluarkan tawa kecil. Tangan besar gedabak Yoongi disentuh dan dikucup sedikit.
" Awaklah lembab sangat nak honeymoon. Nasib honeymoon kita dengan jelajah dunia awak. Dapat juga saya merasa udara negara lain. " Mencebik comel sahaja Jieun.
" sama-sama sayang. "
Ayat Yoongi mengundang tawa kecil Eunbyul. Orang cakap dia pula balas sama-sama.
Gigit pipi tembam tu nanti baru tahu haaaa buat macam kunyah chewing gum!
" Yoongi. "
" Ya, Min Jieun. "
Jieun menguntum senyum apabila memori setahun yang lepas berlegar di ruangan kotak minda.
" Awak ingat tak. Waktu saya nak lahirkan
Min Taeoh? Awak kelam kabut, berkejar dari entertainment ke hospital pastu dorm . " Suara lembut isterinya menyapa pendengaran nya. Yoongi mengangguk kepala tanda mengingati hal tersebut.
Mana mungkin dia lupa akan kejadian kabut Tu? Sumpah dia langsung melanda kesibukan yang teramat pada hari isterinya, Jieun dikejarkan ke hospital disebabkan sakit bersalin.
Dengan kerja di entertainment.
Jieun yang tak henti-henti mahukan dia sebagai semangat walaupun dikelilingi oleh keluarga.
" Ah kejadian tu. Sungguh buat aku kelam kabut tahu? Dengan kerja lagi. Aku minta maaf sebab hari tu banyak sangat kerja. " Terlepas juga keluhan di bibir Yoongi.
Kepala digelengkan tanda perkara kelam kabut itu tidak berlaku lagi.
" Awaklah yang melebih. Kucup tangan saya sampai keluar air liur. Eii mulut bocor. " Kutuk Jieun. Bukan selalu kutuk Yoongi depan-depan ni.
Terima sajalah padah dia sebentar lagi.
Pasti Yoongi berikan ayat sentap kepadanya.
Yoongi menarik nafas.
" Sayang tahu tak. Mulut bocor ni lah yang cium awak setiap masa, yang ucap kata-kata manis, dodoikan awak, berikan nasihat-nasihat dan bibir ni juga yang berikan ayat savage dekat awak. Ha! "
" Tahulahhh, mama tahu. Papa ni emosional pula. Papa datang bulan ke apa? " Posisi diubah. Jieun menghadap Yoongi. Leher Yoongi dikalungkan dengan tangannya.
Leher si jejaka itu diusap-usap lembut. Memujuk si jejaka Gula batu yang bakal meletus sedikit sahaja lagi jika dia tidak henti-henti memanaskan hati jejaka kesayangan nya ini.
" Apa nonsense sangat soalan sayang ni? Macam mana ni, sayang tu dahlah isteri Min Yoongi the genius man jjang man boong boong. " Tutur Yoongi seperti marah tetapi disebaliknya dahi isterinya itu dikucup beberapa detik.
Jieun balas dengan kucupan ringan di bibir Min Yoongi. Membuatkan hujung bibir jejaka itu menarik senyuman manis.
Nakal ni Min Jieun.
" Jieun.. Min Jieun. " Panggil Yoongi apabila Jieun hanya diam dan bermain dengan dadanya yang terdedah akibat dua butang daripada atas dibuka.
" hm? Ya Yoongi. " Pinggang ramping Jieun dirangkul dan ditarik rapat sehingga hembusan nafas dapat kedengaran.
" I love you. "
" Me love you more, Yoongi. "
Dengan berlatar belakangkan matahari terbenam. Pasangan manis ini melagakan hidung mancung mereka dan berbisik rendah nadanya dengan ayat-ayat manis sebelum menyatukan bibir mereka.
🌹🌹🌹🌹
Geniusynggi
❤by bae65_, jjbn-, Hoonago, SeokjinKim92-, Seultae_ ,eunsoojoo_, Taehyung95 and 190,9698 others.
Geniusynggi Gratefully, when I awake, I see you first. My view everyday ❤️ @Jieungi_
View all 289,900 comment...
🌹🌹🌹🌹
Yoongi's focus
Rambut panjang mengurai Jieun dibelai lembut. Wajah polosnya yang nyenyak dimamah mimpi indah itu ditenung lama.
Mimpi apalah isteri aku ni?
Tersenyum-senyum dalam tidur.
Mesti mimpi Indah sangat ni.
Aku turut menyengih apabila tangan Jieun mula mencari pinggang aku dan dipeluk longgar olehnya. Bahu Jieun yang terdedah diusap lembut seakan mendodoi kembali.
" Ongi wangi hm.. "
Ujaran Jieun dalam keadaan tidur itu menyentakkan aku. Tidak lama kemudian bunyi keruhan kecil berkumandang.
Aish, Jieun! Mengigau!
Mestilah wangi, aku pakai minyak wangi tahu malam tadi sebelum bermanja-manja dengan isteri tercinta.
Dahi Jieun dicium lama dan aku melemparkan pandangan kearah laut biru kehijauan. Kenapa Maldives ni cantik sangat?
Sekali aku terpandang laut ini seakan magis yang mampu menghilangkan beban di kepala yang sarat dengan pelbagai hal. Terutamanya hal kerja. Hal untuk membuat lagu, mencari melodi dan sebagainya.
Langsir yang dibuka olehku sebentar tadi menjelaskan permandangan langit yang kebiruan. Awan yang berkepul-kepul di awangan membuatkan aku mengukir senyuman melihat ciptaan Tuhan yang sememangnya tidak difikir dek otak manusia.
Harini nak buat aktiviti apa?
Boleh mati kutu jugalah kalau dua minggu duduk melangut dekat sini.
Semalam dah berkayak selepas tu pergi Aquarium Restaurant and Bar memandang kan semalam genap hari kelima kami disini.
Hm, aku tak bawa lagi Jieun pergi Undersea Restaurant. Jieun kan suka sangat ikan-ikan. Bayangkanlah semalam pergi lunch dengan dinner dekat Aquarium Restaurant and Bar.
Dia hampir nak bawa balik ikan-ikan yang dia nampak dalam air.
Aish Min Jieun..
Telefon bimbit yang berada di tepi bantal aku gapai untuk lihat waktu South Asia sekarang.
" Yoongi.. "
Suara seksi Jieun menyapa pendengaran aku. Wajah Jieun yang masih mamai dipandang. Sebuah kucupan di pipi aku hadiahkan buatnya.
Rutin harian pagi, beri ciuman kepadanya . Belakang badan Jieun diusap-usap perlahan.
" Eo, already wake-up sayang?
Good morning baby. "
Jieun menguntum senyum manis, tubuh sasaku di peluk. Wajahnya ditempekkan di dada bidangku.
" Pukul berapa ni, yoonie? "
" 9:10 pagi. "
" Awal lagi... Mmm.. " Menyempat sahaja dia mengucup dada bidang aku. Nakal ni sayunk Abe ni. Pipi gebunya ditepuk-tepuk perlahan apabila dengkuran Jieun kedengaran.
" You should wake-up sayang, nanti terlepas breakfast buffet sayang macam mana? " Suara lembut digunakan.
Topik makanan membuatkan Jieun membuka kembali kelopak mata. Mata kami bertembung. Tangan dia merayap mengenggam tanganku tanda memujuk. Aku menaikan kening kemudian dia mencebik.
" Hurm.. give me only 5 minutes. After that immediately we going to shower. " Aik, memujuk nampak. Anak rambut yang terjuntai ingin menutup mata Jieun dialihkan.
" Together? "
" Kenapa, Taknak ke? Sayang offer ni untuk papa. "
Bibir aku mengoyak senyuman mendengar ayatnya. Hidungnya dicuit manja.
" Orang bingai je tolak perlawaan isteri untuk mandi sekali. Dah bangun nanti kita terlepas breakfast. Kalau terlepas memang sayang tak akan keluar bilik hari ni. Muktamad. " Nada tegas digunakan di hujung ayat.
Jieun hanya mengangguk kemudian melepaskan pelukan dan mencapai telefon bimbit nya.
Aku bangun dan meregangkan badan.
" Awak nak pergi mana? "
" Bilik air lah sayang, nak penuhkan air dalam tab mandi. "
Setelah selesai melakukan kerja di bilik mandi aku melangkah kearah bilik tidur semula selepas 5 minit berteleku di bilik mandi.
Figura Jieun yang meniarap atas katil dengan hanya memakai spender dan bra menjadi santapan mata. Aku sandarkan badan di tepi dinding. Memerhatikan kelakuan Jieun yang video call dengan rakan-rakannya.
" Kau dengan Tae pergi mana woi? "
" Bercuti dekat Pulau Jeju je oi, tak mampu nak bercuti macam orang Tu dekat Maldives. "
" Bodoh ni perli-perli. Hah Araa kau buat apa dengan Jimin dekat Paris? "
Oh, Jimin dekat Paris?
" Bercutilah tak akan gelek pulak. "
Dapat aku lihat Jimin yang disebelah sedang menyuap makanan.
" Nanti aku balik Korea aku belanja korang makan okay, pesan dekat Eunsoo, yerim, Rose dengan Rachel. "
" Arraseo! "
Ppuk!
Badan belakang Jieun dilepuk. Dia meringis sakit kemudian menjeling tajam aku disebelah. Aku menghiraukannya dan turut meniarap sambil melihat skrin telefonnya.
" Annyeong.. "
" Oi, Yoongi! Pekaborrr! "
" Baik saja ui, bahagia uhuks. "
" Kami nak mandi ni, nanti berborak lagi yaa. Geuno. "
Dengan selambanya butang merah ditekan. Tangannya aku tarik supaya bangun untuk menuju ke bilik mandi.
" Dah sayang, jom. "
" Angkat sayang now kalau Ongi nak habuan dalam bilik air nanti. " Ouh, goda ya Jieun.
" Aik sayang, ganas sangat ke papa semalam sampai sayang taknak bangun ni? " Gurauku.
" Ishh bukanlah. Saya nak manja dengan awaklah Yoongi. Okay taknak tak apa awak yang rugi. " Manja sangat bunyinya.
Jieun yang berura-ura ingin bangun dan memberi Jelingan padu. Bibir digigit geram apabila melihat kelakuan Jieun.
Tidak semena-mena tubuh ringan Jieun di dukungku secara bridal style. Leherku dipaut kemas olehnya.
" Ni buat aku taknak bagi kau keluar bilik ni. Menggoda je tahu. "
" Untuk Yoongi juga. "
🌹🌹🌹🌹
Memandangkan esok hari terakhir mereka dibumi Maldive dan keesokannya pernerbangan mereka di waktu awal tengahari, Min Yoongi ingin meluangkan masa di kepulauan Maldives ini dan memenuhi hari mereka di sini.
Choi Jieun membetulkan gaun hitam yang dibawanya. Puas dibelek-belek badannya
ingin melihat okay ke tidak baju ini dengannya. Kerana tidak silap dia, baju ni dia beli dua tahun lepas semasa makan malamnya dengan Yoongi di restoran terkenal.
" Syukur baju ni must lagi. Hehe. "
Erm mana Yoongi?
Jieun menoleh kebelakang ingin melihat keberadaan si suami. Atas katil Tiada, mana pula kesayangan dia pergi ni?
Pintu yang menghubungkan bilik tidur dan balkoni menarik minatnya apabila terbuka sedikit. Susuk tubuh Yoongi dapat ditangkap. Nampaknya Yoongi sedang duduk di luar di hadapan kolam renang.
Jieun mengatur langkah kearah Yoongi
apabila lihat suami itu ralit melihat awan yang gelap menandakan Malam sudah menjelma.
" Yoongi, sayang dah siap. "
Suara lembut Jieun menyapa pendengaran Yoongi. Menoleh memandang wajah cantik si isteri.
Bibir mengukir senyum.
Jieun pula melihat baju yang dipakai oleh Yoongi. Simple tapi menarik.
Y
oongi mencapai tangan kecil Jieun , mereka bersama-sama melangkah keluar dari bilik hotel dan menuju ke transport untuk membawa mereka ke tempat makan malam.
🌹🌹🌹🌹
🏝️5.8Undersea Restaurant 🏝️
Hidangan yang tersedia diatas meja di pandang dengan penuh berselera. Bersinar-sinat mata Jieun apabila melihat makanan dihadapannya ini.
Semuanya seafood. Dia amat sukakan seafood lagi-lagi lobster aumm! Hidang 10 ketul pun dia yakin boleh habiskan!
“ Jalmoghaesumnida~ ” Suara comel dilakukan oleh Jieun.
Sudu dan garfu dicapai oleh Jieun.
Yoongi Yang melihat hanya tersenyum.
Dia turut gembira dengan melihat Jieun gembira.
“ Sayang.. ” Panggil Yoongi.
Jieun mengangkat wajah, memandang
si jejaka dambaan hati. Kepala disengetkan seidkit dengan lagak comelnya.
“ Makan banyak-banyak hehe. ” Pipi Jieun diusapnya lembut.
“ Comotlah sayang. ”
Tepi bibir Jieun yang terdapat kuah sup labu itu dilap menggunakan jemarinya. Jieun hanya memerhati dengan hati yang berdebar-debar seperti pasangan baru berkahwin.
Wajah kacak Itu ditenung Jieun dengan senyuman yang mampu membuat Yoongi angau dengan hak sendiri.
“ Sweet lah lagi, saya suka. Hehe. ”
“ Untuk kau, semuanya boleh sayang. ”
🌹🌹🌹🌹
Kini mereka berada di pondok yang dihiasi lampu-lampu. Mata Jieun meliar-liar segenap ruang yang teramat cantik.
Dedaun ivy yang menjadi hiasan diantara lampu-lampu membuatkan pondok ini kelihatan lebih cantik dan menawan hati.
Bunyi derap kasut yang menghampirinya membuatkan dia menoleh kebelakang.
Min Yoongi, jejaka yang sentiasa
mendebarkan hati kecilnya ini.
Dia memandang Yoongi yang menghampirinya dengan sekuntum bunga bertangkai pendek.
Bunga itu diselitkan ditepi telinga Jieun. Rambut Jieun dibelai lembut dan dirapikan rambut yang sudah diikat messy bun itu.
“ Thanks. ”
Jieun kembali melihat segenap pondok yang sememangnya cantik dimatanya walaupun kelihatan simple.
“ Cantik? Aku minta pekerja hotel ni buat semperna Malam terakhir kita di Maldives ni. ”
“ Terlampau cantik untuk dibandingkan dengan pondok dekat rumah kita hehe. ” Sengih Jieun. Dia mula menyentuh daun ivy yang menghijau cantik.
“ Iya? Nanti kita hias pondok dekat rumah kita macam ini ya sayang? Mesti anak-anak suka dengan pondok tu nanti. ”
Mereka sudah terbayangkan Haejung dan Taeoh yang terpegun melihat keadaan pondoj seperti ini.
“ Anything for my future. ”
“ Sayang, I want to tell you something. ”
Bahu Jieun dipegang oleh Yoongi.
Dipusingkan badan kecil itu menghadap nya. Pipi putih mulus itu diusap-usap dengan penuh kasih sayang.
Jieun menunggu ayat seterusnya.
Dia bersedia ingin cair dengan ungkapan kata-kata Yoongi.
Pinggang ramping Jieun dirangkul oleh Yoongi.
“ Terima kasih ada dengan aku.
Waktu aku tiada keyakinan untuk teruskan karier sebagai penyanyi idola. Kau ada dengan aku. Ada dengan Bangtansoyeondan. You did so well sayang, kau pembakar semangat aku yang paling dekat dan paling Min Suga sayangi hingga ke akhir hayat dia. ” Intonasi lembut dan perlahan digunakan bagi menjelaskan lagi betapa romantisnya suasana ketika ini.
Pada mulanya, Jieun hanya tersenyum mendengar ayat Yoongii. Tetapi apabila dengar ayat seterusnya membuatkan hatinya merundum rasa tersentuh.
“ Terima kasih juga sentiasa menjadi seorang isteri yang terbaik. Do a house work dalam masa yang sama sayang bekerja dekat Bighit. Yoonnie terharu ya sayang. Balik rumah aku tahu sayang aku ni penat tapi sayang tak pernah mengeluh depan suami sayang.
You keep it secret. You make a whole thing. ”
“ Min Yoongi terharu dengan pengorbanan masa Min Jieun. Kau juga seorang gadis yang mampu buat aku tersungkur dengan kau. Kau terima aku jadi suami kau, walaupun aku jadi penyanyi idola dan Aku tahu kau banyak Kali dapat mesej ugutan tapi kau tak pernah mengadu dengan aku sebaliknya Seul yang jadi pemdengar setia kau. ” Pipi Jieun diusap lembut.
Dia tahu Jieun sedang terharu sekarang.
" Aku tahu kadang-kadang tiada masa untuk kau. Sayang.. kau tetap setia dengan aku. Walaupun kita pernah bergaduh tentang aku tak hiraukan kau, tak mesej kau apa semua tapi dengan izin Tuhan. Kita masih bersama.
Aku harap jodoh Kita sampai bila-bila.
Sayang, aku janji. Kita besarkan anak-anak kita and the future sama-sama ya? "
Jieun mengangguk laju.
Bibir digigit apabila Yoongi sudah memulakan adegan yang bakal buatkan dia terharu dan mengalirkan air mata.
Ibu jari kanan Yoongi mengusap mata Jieun yang terpejam selepas dihadiahkan kucupan di ubun-ubun kepala.
" I don't want to lose you. I love you to the moon and back. Even the world can't tell how much Min Yoongi deeply in love with you.
So sayang, stay with me forever and don't you ever to leave me okay? "
Yoongi memiringkan kepalanya, jarak mereka serta merta dihapuskan dengan sekali langkah dimulakan oleh Min Yoongi.
Bibir mereka yang bersatu di dalamkan lagi sehingga Choi Jieun memisahkan ciuman yang penuh romantis dan lembut itu.
Belakang badan Yoongi dipeluk dan diusap perlahan. Mata mereka bertembung buat masa yang lama.
" Yoongi.. gomawo. Sayang akan ingat kata-kata papa sampai bila-bila. Walaupun papa lafazkan tentang pengorbanan sayang yang tak terhingga. Sayang juga bersyukur dengan pengorbanan papa dari mula-mula kita kahwin sehingga sekarang.
Thanks a lot papa sebab hadir dalam hidup sayang. Tanpa Min Yoongi, Jieun mungkin tak akan kahwin. Jieun mungkin tidak merasa kehangatan cinta seorang lelaki dingin yang mampu berubah menjadi lelaki yang manis dan mendambakan hati Jieun. "
" I do really love you too , papa. Kehangatan cinta yang kita tidak mungkin pudar. Sayang pasti, jodoh kita mutlak kekal. I wish everything will be fine. ”
Hidung mereka mula berlaga.
Dibawah sinaran cahaya bulan penuh.
Mereka melakukan aksi yang penuh romantis.
Jika bulan dan bintang boleh bersuara,
mereka akan mengomel tentang pasangan ini yang tidak jemu meluahkan ayat manis yang sungguh mendebarkan hati.
“ Semoga hubungan kita dirahmati oleh Tuhan ya sayangku, Min Jieun? ”
Jieun mengangguk dan mengambil langkah kehadapan.
Belahan bibir mereka kembali menghangatkan suasana sensual yang mereka cipta.
Pekerja-pekerja hotel yang melihat hanya memeluk sesama sendiri melihat tetamu mereka yang sememangnya manis lagikan extra itu.
Wahai pencipta Yang berkuasa, engkau berikanlah kebahagian yang mutlak kepada pasangan ini. Cinta mereka sangat suci, pengorbanan mereka dan segala yang mereka lalui sangatlah bermakna bagi mereka.
Terima kasih kerana menyatukan mereka.
Benarlah, Tuhan itu wujud .
Walaupun DIA memberi pelbagai situasi untuk kita lalui. Benarlah, dia menyayangi hamba-hambanya.
Semoga jodoh mereka berkekalan hingga ke hujung hayat.
×××××
🌴3227 words🌴
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca cerita tidak seberapa ini.
Ribuan terima kasih Araa ucapkan ya.
Araa menulis special update ni semperna
50K untuk Suami Gula Batu Savage.
Sesurupsis sayang!!
Jika Ada terkurang ke apa, Mohon maafkan Araa.
Araa tak tahu tahap manisnya berapa.
Boleh Komen untuk bagi peratus untuk tahap kemanisan Kali ni?
0–100%
“ Goodbye, au revoir, adios. ”
–Penutup SGB+S❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro