Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41 : Papa & Mama❤️ ( Ending)


Assalammualaikum...

Araa nak Tanya, sesiapa sudi nak buatkan poster untk ketiga-tiga fanfic Araa?

👉🏻👈🏻

Bismillah—♥

Vermissen Sie mich?
(Do you miss me?)
—Min Suga 🌚💕

♥♠♥♠♥

Hallo Berlin,Germany

  Bagasi dan segala barangan seperti beg terdampar kemas di tepi katil bersaiz king. Satu persatu barangan penting dibawa keluar daripada bagasi. Dibelek-belek seketika sebelum meletakkan barangan itu di atas meja solek. Sebotol minyak wangi berjenama Clive Christian yang khas untuk wanita diletakkan sebelah minyak wangi lelaki yang turut berjenama Jo Malone London Blackberry & Bay.


Seusai sahaja menyusun segala barangan wanita yang penting atas meja solek. Langkahan kaki menuju ke arah satu meja sederhana kecil. Disinsing dahulu lengan baju yang panjang hingga siku.
Tanpa banyak bunyi dia duduk disebuah kerusi berhadapan dengan meja itu.

Seketika kepalanya berpaling kebelakang untuk melihat pergerakan seseorang yang duduk di hadapan bagasi seperti mencari sesuatu dengan mulut yang terkumat-kamit melancarkan sesuatu bicara.

Apa yang dibebel pun dia tidak tahu menahu. Malas mahu mengambil tahu kerana barang dihadapan nya ini perlu diambil perhatian dahulu. Nanti kalau terjeda memang ditinggalkan terus.

Saat jari jemari panjangnya menari-nari pada papan kekunci komputer riba tubuh sasanya dipeluk erat dari arah belakang. Bau harum yang menusuk-nusuk rongga hidungnya mula membuatkan dirinya tersenyum sendirian. Tanpa menegur, dia sambung kembali hal yang terjeda seketika.

Awakkkkkkkkk saya baru sampai sini. Taknak layan ke? ” Mendayu sahaja suara manja Choi Jieun.

Taknak, sebab kau tak bawak
Haejung sekali. ” Guraunya.

Memain awak ye, tak sampai dua minggu pun saya tinggalkan Hae dekat Korea tu. Culture sini dengan Korea lain.
Lagipun dak cik Tu dah lama sangat tak balik Korea— ” Bebelan sudah bermula.

shhh arayeo.. tak payah explain
aku dah tahu. ”

Jawapan Yoongi membuatkan Jieun Rasa nak penyek je jadi leper. Dah tahu tapi Tanya lagi. Menyampah betul—

Dahtu bakpe Tanya nye?! ” Naik seoktaf suara Jieun.

Berdesing sebentar telinga Yoongi.
Parah ni kalau tak rawat.
Ada peluang telinganya pekak.

wooo wooo calm down okay jangan
lah menjerit dekat telinga aku. ” Jeling Yoongi sambil menggosok telinga kiri
yang hampir pekak.

Kesah apa aku. ” Kasar Jieun.

“ Aku pun tak kisah. ”

“ SAYA LAGI TAK KISAH! ”

Geram!

Orang nak merajuk ni tak faham ke?
Pujuk la~

“ Tak kisah sudah, pergilaaaaa sana menyampah je kacau orang nak buat kerja. Benci nya lah Ada isteri cam ni! ”

Niat untuk bergurau namun meleset sahaja!

Jieun sudah siap siaga memasang wajah yang ketat dan mencuka. Ingat tak terluk ke hati ni?

Ibu mengandung ni sensitif.
Mudah nak marah, nangis.
Campur aduk!

“ BLAH LAH KAU. TAKGUNA, AKU MALAS LAYAN KAU! ”

Tiada kata² hormat yang digunakan.
Kemarahan nya hampir meletus!
Ini dah melampau!

Balik Korea balik lah macam ni.
AKU punya rushing nak jumpa KAU nak teman KAU. KAU buat taik dengan AKU. ” Emo Jieun.

Betullah, dia punya tergesa-gesa nak datang Germany untuk berjumpa dengan si cinta hati. Tapi akhirnya buat perangai.

Balik Korea betul² nanti baru tahu!

Berura-ura untuk melangkah pergi namun Masih menunggu si Juon sis beku itu memujuk.

“ Bye. ”

“ Bye!!!!!! ” Merah wajahnya menahan marah. Kalini memang kemarahan nya meledak!

Sudahlah menghalau!

“ Dah, pergi balik Korea Tu. Jaga anak.
Ni nak melekat dengan orang je kerja!
Bagilah orang rehat juga. Dah balik sana menyibuk tak sudah! ” Halau Yoongi dengan nada serius.

Cepat sikit blah tu. ” Tambah Yoongi.

Makin meledak larva gunung berapi ketika ini. Makin galak ye engkau Yoongi.
Baru 3 Hari tinggal dah jadi macam ni.

Tadi kata rindu lah apalah pastu sekarang menghalau!

Balik Korea, cerai!

Beg tangan digapai selepas menggapai sehelai hoodie warna biru gelap. Bukan setakat beg tangan. Bagasi miliknya yang sudah terbuka di zipkan kembali dan menarik hingga ke muka pintu. Jangan ditanya bagaimana reaksi wajah Choi Jieun yang semestinya sudah mencuka.
Sakit hati tahap dewa!

Hati ni macam disiat-siat!
Sakit dia memang berkecai gila lah hati ni.

Sempat berpaling sekilas kebelakang, mana lah tahu si lelaki batu tu nak halang isteri dia yang cantik ni ke....

Namun, meleset Sama sekali!

Jangan harapkan Tegur.
Pandang pun tidak!

Sekarang, dia benar² merajuk.

Noktah.

PPAP!


Pintu bilik hotel di hempas kasar. Mata tertancap pada pintu yang bewarna coklat ini. Bibir diketap geram menahan Rasa yang bercampur aduk. Hiba,merajuk,amarah semua berkecamuk.

Kalau dah tak sayang cakap!!!!

Balik Korea orang kawin dengan KANGJUN!

EH TIBER

Akibat kegeraman yang hampir meletus, sipi-sipi nak capai otak. Pintu yang tidak bersalah dihadapan ini ditendang kuat oleh Jieun. Sakit ke tidak sakit kakinya DIA tidak ambil peduli langsung!

Akibat Masih geram... Pintu dihadapan ini terbayangkan Yoongi dah. Rasa nak sepak berkali-kali!

Tendangan maut dan padu Itu cukup membuatkan Yoongi yang duduk sendirian tersentak dan tersengih.
Apa nak jadilah mak buyung sorang tu.

Menggeleng kepala sahaja Yoongi melihat pintu yang ditendang dari luar. Rasa kasihan pula pada pintu yang tidak bernyawa. Jika dia boleh bercakap, semestinya pintu itu akan memaki hamun si Jieun yang hampir membuat vandalism di negara orang.

Buat Kali kedua pintu yang tidak bernyawa lagikan bersalah ini ditendang lagi dengan lebih kuat.

Jangan Ingat AKU nak balik bilik ni ! ”

Dijeling pintu dengan penuh rasa sakit hati . Ini kalau depan mata memang kena smash kepala tu.

Suami tak suami.
Derhaka tak derhaka.
Hormat tak hormat.

Sakit hati menyampah!

Malas mahu berlama-lama kakinya mengatur langkah pergi daripada terus menjejakkan kaki di hotel sederhana mewah ini.

Sempat singgah dahulu di bilik RM ataupun Namjoon. Menyampaikan yang dia harus balik ke Korea akibat urusan peribadi. Termanggu-manggu jejaka yang tinggi lampai itu. Sudahlah blur, tetiba datang bilik hotel orang.

“ Balik Korea? Kau baru sampai. ” Runsing jejaka ini dibuatnya.

“ Urgent. Nak balik. ” Ringkasnya.

“ Sorang? Kau mengandung kot. ”

“ Aku pandai jaga diri aku. ” Jawab gadis ini mendatar. Pandai² lah dia Jaga diri sendiri macam mana. Sebelum berkahwin elok je, tak pernah kena culik pun 🙄.

Mood tengah swing ni hah jangan nak tanya melebih -,- .

Rapmon terdiam. Taktahu nak cakap apa. Nanti tak pasal-pasal kena herdik percuma.

“ Bye, maaf tau tak teman korang
sampai Paris. Bye. ”

“ Eh Jieun, Yoongi macam— ”

“ Tak kenal. ”

Malas mahu berlama, buat panas je.
Sebut pula nama lelaki beku tu memang swing mood lah dia.
Hanya ekor mata sahaja menemani si genit itu berlalu pergi.
Hairan dia, baru datang terus nak balik?
Macam pelik je—

Ingat balik riak wajah masam mencuka Jieun apabila menyeru nama seorang insan iaitu Yoongi, terus cakap tak kenal.
Ini tak lain dan tak bukan memang bergaduh lah ni.

Haihhh Yoongi~

Mende lagi kau nak buat ni Yoongi~

Lantak hengkorang lah laki bini~

Tu laa lain kali jangan kawin awal 🌝✨

Walaaa~

🌙🌙🌙🌙

Namjoon 🌚
5:31 pm

Hyung. Kau gaduh dengan Jieun
Ke? Wallaaa dia kata DIA NAK balik
Korea!
√√

Gaduh manja.
√√ 

Dia balik Korea hyung!
√√

Kalau sempat aku buat roadblock.
√√ 

Palabana kau punya roadblock.
√√

Annyeong.
  √√ 

Hyung!

Pesanan ringkas yang dihantar oleh rakan baiknya dibiarkan begitu sahaja terikat namun tak bertali— Tiber...

Dia tahu yang Choi Jieun isterinya yang degil Tu semestinya menuju ke airport sekarang. Bukan dia tak kenal perangai budak² isterinya itu.

Tahu lah dia nak settle Kan macam
mana nanti.

Sebotol air mineral dicampak ke atas katil setelah menutup kemas penutup botol.

Sejenak perbuatan Jieun terngiang-ngiang kembali di benak fikiran.

Protes ditunjukkan kepadanya sudah cukup dia tersengih lebar. Suka sangat nak buat

si katik tu menggelupur kemarahan!

Sengaja mahu menguji tahap kesabaran mak buyung macam mana.

Ternyata memang angin monsun
campur puting beliung🌪️, gunung
berapi aktif yang meletus dan tsunami melanda! 🌋

Boleh bayangkan jika Jieun menendang nya. Aduduudududu boleh nazak dia.

Ada yang tak dapat sertai konsert akibat parah kena belasah dengan isteri.

Memori sebentar tadi tersemat di otaknya.
Tergeleng-geleng kepala mengingati memori lucu sebentar tadi.

“ Haihhh isteri...isteri.. kalau lah perempuan dapat kuasa cerai memang mati aku sehari 6 Kali kena cerai pastu
rujuk balik. ”

nanti-nantilah pujuk. ”

Bukan lama pun merajuk tu— ”

Mata terarah kembali pada skrin
komputer riba yang bercahaya. 
Mahu menumpukan sepenuhnya pada aturan lagu yang sudah disusun dalam komputer riba ini.

Namun dengan automatik hujung jari yang menekan papan kekunci terjeda. Dahi sudah berkerut-kerut memikirkan sesuatu.

“ Tapi kalau si genit Tu betul²
balik Korea macam mana?! ”

“ Nanti-nantilah pujuk.... ”

Ego menguasai.
Bahunya memujuk Choi Jieun perkara yang mudah. Petik jari terus jadi lampu hijau.

Ambil remeh padahal Jieun ketika ini memang mahukan pujuk rayu suaminya itu.

Lantak hengkorang lah laki bini~

After 1 hours....

Tekan itu tak kena,
Tekan ini tak kena juga.

Aish! Serabut!

Aishh paboya.. ”

Mengalah juga dengan ego, tanpa banyak cakap Yoongi menutup komputer riba nya, memakai jaket beserta topi dan melangkah keluar daripada bilik hotel.

Laju jari jemari panjangnya menekan
Nama seseorang dalam kenalan Telefon pintarnya.

Helo Sejin hyung— ”

🌙🌙🌙🌙

Jieungi_
Flughafen Berlin Scnonefeld Airport.

❤️by beauty blender._ , Berussabut_ , celinggit, chaeraa______ , Chaeroseu- , eunsoojoo, MeSeultae, KimYR, Katilmalamkesepuluh, RMyan, Hopeworld and 2,989017 others.

Jieungi_ Korea, wait for me.🇰🇷

View All Comments.

KimYR eonnie! Korea?!
Jemahsenak wait! Bukan ke you baru arrived at Berlin?! @Jieungi_
Jieungi_ masalah teknikal dkt Korea @Jemahsenak
Jieungi_ Iye reim. @KimYR
Hooniemun- Harap semua dipermudahkan amen! @Jieungi
H

yxminxx u look chubby right now. Stay healthy with baby! @jieungi
Dualipat berlipat-lipat natural beauty you. Seriously seorang ibu!
Yoonjusue_ hati² makan nnti tersedak.
MinSuga- PERGHHH cantik nya wife Yoongi oppa! ❤️
xxminbts mana Yoongi? Selalunya berdua. Tak teman BTS sampai Paris ke eonnie? @jieungi
hyunah_aa yeppuda!
mejiwoo103 kenapa lawa sangat ni Saeng!
Jieungi_ gomapda eonnie @hyunah_aa @mejiwoo103
bts_memes_ cantik!
Araa95 eonnie gaduh dgn dia ke?!
Jieungi_ -..- @Araa95

🔄

Lepas perhati post milik sendiri aku tukarkan general kepada silent. Sempat scroll ke bawah dahulu post untuk menghilang kan kebosanan yang melanda. Ramai rakan satu Alma mater aku dahulu memuat naik post tentang kehidupan masing².

Comel je, ada Yang dah kawin.
Ada yang membujang.
Ada yang dah di tempah tapi belum berkahwin lagi.

Yeonseoyu_
South,Korea.

❤️1,467,890 others
Yeonseoyu_ let’s meet after 8 months little happiness 💕✨

View all 8 comments

Jieungi_ Congrats little ballerina 👯‍♀️✨
Jihyuk- Dak Cik Kita dh dpt baby! @Yeonseoyu_
Littleliptun- dah beranak pinak jgn lupakan kawan Baik kau ni wui~ -~
Yeonseoyu_ thnks sunbae! @jieungi_  hehehehe thanks hyuk! @jihyuk- @littleliptun- Weh Taeha kau Tu dh Jdi dancers jgn lupa balik Korea.
Gyurihu Rindu penari ballet ni~
Aeminha congratulations rakan sekampus!
Oowonseok huhuhuhu rindu kau budak ballet!
Yeonseoyu_ cuti² @gyurihu , @aeminha thnks budak! , @oowonseok rindu gak budak popping dancer.

Yoo Yeonseo, si gadis ni junior aku waktu zaman University dulu tapi dia bidang tarian. Senang hati lihat dia bahagia dengan pilihan hati walaupun waktu zaman jahiliah dulu kalau sehari tak bergaduh dengan Hojung memang tak sah! Nasib jodoh menyebelahi mereka.

Sudah, nanti aku jeles lihat kemesraan mereka. Hojung Tu selalu manjakan si Yeonseo. Layan aje kepala permata hati.
Hmm~ untung lah..

Kita ni ada laki tapi menghalau kita.
Hmph!! Payah!

Pandangan dilemparkan pada dinding lutsinar yang menempatkan berderet-deret kapal terbang. Sudah satu jam aku duduk di ruang makan airport ni. Jenuh juga menunggu waktu penerbangan ke Korea.
Tapi nasib baik hanya 30 minit sahaja lagi perlu aku menetapkan di bumi German ini. Tak sampai sehari menetap!

Pinggan dihadapan ku yang sudah licin tanpa makanan. Hanya serdak roti yang menjadi peneman si pinggan. Juga dipandang kosong tanpa perasaan.

Mampu menjamah roti je sebab nak jimat duit. Hengko Ingat ticket penerbangan
ke Korea Tu satu dollar? dua dollar?!
Beratus dollar tahu!!!

Kalau ambil penerbangan yang mewah memang pokai lah aku. Aku ni sudahlah berjimat-cermat , Cari duit sendiri tau!
Tak harapkan duit Yoongi—tapi kalau dah bagi itu namanya satu rezeki Kan?

Rezeki jangan ditolak...

Itu memang satu fakta yang benar!

Cermin mata bulat di tanggalkan.
Ruangan tepi mata bahagian hidung dipicit-picit bagi menghilang kan rasa pening yang tak terhingga.

Rasa nak meletup!!

Ini mesti tak bukan kerana tekanan yang melanda. Kerana mulut badan binasa. Kerana mulut aku yang tak reti mahu bertolak-ansur dengan Yoongi yang sememangnya menghanat tadi memberi tindak balas yang negatif!

Terasa berat kepala memikirkan masalah yang melanda. Sedikit demi sedikit di redakan dengan memejamkan mata dan merehatkan diri diatas kerusi ini.

hm annoying.

Ngomelku dengan penuh rasa
menyampah nya.

Hmm nak balik Korea.
Ada suami, tak guna tak nampak pengorbanan isteri yang sanggup hadap berbelas jam semata-mata nak jumpa dan melepaskan rindu terhadap sang cinta hati.

Sreeett

Rehat aku terganggu dengan bunyi tarikan kerusi dihadapan aku. Siapa pula yang main duduk depan ni?! Tak nampak ke aku nak rehat ni.

Kehadiran manusia itu hanya diabaikan.
Buat sahaja seperti tidak wujud manusia dihadapan ku. Entah benar ke palsu hadapan aku ini hadirnya seorang manusia yang mungkin digelarkan sebagai pelancong.

hey miss, can I have sit down here?

Sure you can. ” Jawabku dengan membuka sedikit sahaja mulut.

Lenggok suara yang sememangnya menggunakan loghat english dapat di kesan iaitu semestinya orang putih.

Dia orang putih Kan?
Tak faham dialek Korea Kan?

Aku harap dia tak faham Bahasa Korea.

Sebabbbb
.....

Aku nak keluarkan kata kesat ni.

Tak apa Kann....

Ah lantak!

paboya.. Aishh shibal.

Dengan penumbuk kecil yang dianggarkan sebesar jantung aku mengetuk meja dengan geram. Nasib meja ni utuh kalau tidak memang berbunyi detung-detang!

Dah lama tak mencarut gini. Ni kalau Yoongi dengar aku mencarut memang kena tampar mulut aku rasanya.

Aku tengah geram ni okay.
Geram pasal dia.

“ Ibu mengandung mana boleh mencarut. ”

Eh—Korean?!

Tidak terkejut kerana bagi pemikiran aku,pelancong juga boleh bercahaya asing selain bahasa ibunda mereka. Tapi cara percakapan dia macam familiar je.

Arghh—aku malas nak fikir.

none of your business dude.
Who are you? ” Angkuh ku kerana mood aku kelaut Sumatra sekarang. Sesempit laluan Selat Melaka!

Menyampah nya lah!

Ada nampak wajah aku gembira
sekarang ni?!

Aku—

i’m your husband.


Cakkk!!

Serta merta kedua belah mataku tercelik akibat terkejut dengan pernyataan gerangan manusia tersebut.

Sesaat sahaja merenung wajah berkulit dihadapan ku ini. Bebola Mata kembali menjeling tajam menandakan aku menyampah dengan kehadiran nya.

Namun jelingan aku dibalas dengan
wajah tanpa riak miliknya. Segelas jus buah-buahan yang berbaki separuh milikku diteguknya sehingga habis.

Suka hati je—

“ Nak apa? ” Soalku tanpa berbasa-basi.

“ Balik hotel. ”

Jawapan yang ringkas dan terselit juga nada yang berbaur arahan diajukan.
Tanpa mempunyai secalit rasa gerun anak mataku menikam tajam matanya.

Setajam mata pedang samurai.

“ Taknak, dah halau pastu kutip balik. Pujuk dulu. ” Degilku.

“ Tadi beria halau orang. Orang dah beli tiket dah pun. Lembab betul kau ni.
Habis duit simpanan aku.  ” Sengaja mahu menunjukkan riak protes. Bahasa pertuturan juga bertukar sedikit kasar.

Cuma perkataan kau dan aku sahaja meluncur bait-bait di bibir merah aku ini.
Jarang lah nak dengar, lihat dan baca bila waktu yang sesuai Choi Jieun gunakan perkataan itu.

“ Pergilaaaaa sana, taknak berurusan dengan manusia macam anda. ” Halau aku tanpa memandang wajahnya. Entah, terdetik rasa malas nak bersemuka dengan mamat yang sama taraf dengan konkrit ini.

Batu!

“ Aku boleh ganti balik, no need to worry lah. Aku Minta maaf okay sayang? Jom balik, hah lusa Aku ada concert. Teman aku ye sayang? ”

“ taknak. ” Wajah dipalingkan.

“ Kalau tak aku angkat kau. ”

“ macam berani. ” Sedaya upaya nak memperkotak-katikkan kekuatan dia.

Kemudian kedengaran kerusi ditolak ke belakang. Fedup lah Tu, dah dah kacau je orang nak balik Korea. Hmphh!!!

Tapi sangkaan imaginasi kepunyaanku meleset!

“ kyah—turunkan saya! ” Bentakku sedikit terkawal kerana tidak mahu menganggu orang yang berdekatan.

Malu pula dibuatnya. Mungkin pada pandangan orang lain mereka akan katakan yang Kami adalah pasangan yang manis kerana Yoongi mengangkat ku.

Itu expectation.
Yang reality nya...

Aku tak suka kerana. Ini dikatakan sebagai tempat awam. Tambahan pula, si Yoongi ini seorang bintang yang popular kerana BTS sudah mencapai status global.

“ Pandai pula bahasakan diri awak saya. ” Perlinya.

Shut up.

“ Sejin hyung, tolong tarik bagasi perempuan ni. ”

Tercengang.

What? Perempuan?

“ Kyah—perempuan?! Turunkan saya,
saya nak balik Korea! ” Bentakku.

“ Kau dah berat. Taknak diet ke sayang? ” Topik ditukarkan. Heh, menyampah!

Now, awak nak cakap saya ni gemuk lah Yoongi Min? ” Ujarku, nada percakapan sedaya upaya dikawal. Taknak Pula meroyan disini.

“ Ya, gemuk. ”

“Dah tahu gemuk.
Takpayah nak gatal² nak dukung orang gemuk macam saya ni! ” Meronta-ronta ingin dilepaskan. Sehinggakan Yoongi hampir hilang keseimbangan.

Hampir tersilap langkah Yoongi akibat ketidakduduk diam aku. Aku cuma taknak dia dukung aku macam ni depan orang ramai. Faham tak?

Dia yang memakai mask mencerlung kearahku. Jelas pandangan matanya mengatakan yang dia seakan marah kerana disebabkan tindakan aku mungkin membahayakan diri masing².

Tangannya yang memegang bawah
peha ku diperkemaskan.

“ Duduk diam-diam lah. ”

Akur,
Tak berani nak melawan lagi.

🌙🌙🌙🌙

Nasib baik, hotel yang diduduki para bintang kegermelapan ini tidak dikerumuni padat dengan peminat-peminat seperti minggu-minggu sebelumnya. Akhirnya ketenangan dapat dirasai.

Jieun,

Gadis itu merampas bagasi yang berada dalam genggaman lelaki yang bernama
Min Yoongi. Tanpa banyak cakap si katik itu terus meletakkan bagasi itu di satu sudut yang lapang dan pastinya bukan di laluan utama.

Perut yang sudah membukit disentuh. Terasa sakit yang mencucuk-cucuk namun cepat sahaja dirinya bertenang dan menarik nafas untuk meredakan kesakitan yang di alaminya.

Ini tak lain dan tak bukan mesti tekanan yang melanda. Aughhh dia hampir terlupa yang dia sedang mengandung sekarang ni.

Gerak geri si katik ini diperhatikan oleh Yoongi yang masih berdiri disebelah katil. Terpalit rasa risau melihat keadaan isterinya. Terasa serbersalah pula dirinya yang kecil lagikan hina ini.

“ Sayang.. ”

Mendayu sahaja suara lelaki Min Yoongi tatkala memanggil si isteri kesayangan nya yang masih dengan angin monsun barat daya.

“ Kau masih merajuk dengan aku ke. ”

“ Saya tiada mood. So jangan nak menggedik kacau saya. ”

“ Takkan gurau kasar juga tak boleh?
Kau macam tak kenal suami kau ni. ”

“ Gurau salah timing. ”

arrata.. saya tak janji
tak gurau kasar lagi. ”

“ Jieun penat. Nak rehat. ” Badan direhatkan atas katil. Akhirnya dapat juga dia melegakan badannya hanya dengan berbaring.

Selimut yang bewarna putih itu ditarik sehingga paras pinggang. Hari yang memenatkan. Hari ini kakinya tak berhenti berjalan membuatkan dirinya penat segalanya.

Tapak tangannya melekap pada bahagian bawah perutnya apabila rasa mencucuk-cucuk kembali menyergah.

Cepat sahaja dirinya memejamkan matanya dan cuba untuk menenangkan emosi dan segalanya. Mahu buang jauh-jauh tekanan yang melanda.

Dengan nama Tuhan, dia tidak mahu kandungan ini meninggalkan nya.
Lagi kejam jika dia keguguran atas faktor dirinya sendiri.

Tuhan saja tahu betapa sayang dan cintanya dia pada sekelumit hadiah yang Tuhan yang Maha esa menghadiahkan kepadanya.

“ Sayangggggg... ”

Aish, nak apa? ” Soal Jieun dengan nada terkawal tanpa secalit pun terdetik ingin meninggikan suara entah keberapa kakinya.

Cukuplah dia sudah menjadi isteri
derhaka beberapa jam yang lepas.

mianhae... saya salah kalini. ” Tempat disebelah Jieun diambil. Sebelah tangan Jieun dicapai dan dikucup-kucup dengan penuh kasih sayang .

Sejenak, Jieun tidak berhenti memandang wajah kacak suaminya yang mengucup tangan kanannya. Tersenyum nipis saat mendengar perkataan saya digunakan.

Adakah panggilan itu akan kekal atau diomong kosong sahaja?

“ Sepatutnya saya tak seharusnya buat awak tertekan. Saya betul² minta maaf. Jieun, maafkan saya sebab buat awak tertekan. Niat saya memang mahu bergurau. ” Ditenung cincin kahwin mereka yang tersarung di jari manis isterinya.

Masih kekal pada tempat asal.
Tidak pernah Jieun menanggalkan tanpa hal yang remeh walaupun dalam keadaan buruk sekalipun.

Baby, maafkan papa ya? Mama kamu comel sangat bila merajuk. Papa tak tahan nak usik mama kamu. Tuhan sahaja tahu betapa gembiranya papa dapat usik mama kamu. Baby jangan nakal² dalam perut mama. Papa janji tak akan buat mama tertekan dengan perangai papa. ” Kedua bahagian tangannya menyentuh kiri dan kanan bahagian pinggang Jieun.
Perut isterinya dipandang sayu sebelum mencium permukaan bawah perut yang sedikit menunjukkan bentuknya.

Dicium berkali-kali dengan penuh kasih sayang. Melihat perbuatan lelaki yang dia cintai dihadapannya ini meruntun kan lagi hati seorang isteri. Tangan sudah menekup mulut menandakan dirinya dilanda perasaan terharu.

Kesakitan yang dirasai nya sebentar tadi hapus bagaikan angin menerpa.

Betapa sayangnya antara satu sama lain terhadap si kecil yang bakal melihat dunia pada tahun hadapan.

“ Sayang..maafkan papa ya? ”

Ujar Yoongi setelah merangkak keatas untuk mendekatkan wajah mereka. Dikiranya seperti Yoongi sedang on top Jieun. Tangan besarnya menekup lembut rahang isterinya.

Sebentar tadi panggilan papa dan mama disebut sebagai panggilan untuk anak mereka. Tapi sekarang ini, Yoongi menyiarkan panggilan kau aku kepada awak saya dan sekarang sudah menjadi tittle papa mama.

Entah mengapa dirinya terasa insaf dan mahu menukarkan panggilan mereka kearah yang lebih manis dan cringe.

Anak mata hazel Jieun merenung redup kedalam mata suaminya untuk mencari secebis keikhlasan. Ternyata keikhlasan dapat dirasai nya. Perlahan-lahan tangan Yoongi yang menyentuh bahagian rahangnya disentuh lembut.

“ Yoongi... ”

Yeobo.. saya sepatutnya minta maaf sebab kurang ajar... t...tinggi..kan suara dekat suami. Maaf...kan saya se..bab
jadi...seorang isteri yang derhaka.. ” Setitik air mata wanitanya membasahi pipi tatkala berasa bersalah dengan kelakuannya. Bergetar suaranya tidak dapat menahan emosi.

Terasa melampau.

Ya, melampau kerana berlaku tidak hormat pada suaminya. Kerana dia harus ingat, syurganya berada pada tapak kaki suami.

Andai sekarang dirinya tidak berbaring.
Kaki suaminya lah yang ingin dia sujud
dan cium sekarang.

anniya sayang.. uljima.. nan appeo.. ” Jari jemari panjangnya menghapuskan airmata yang berharga ini. Selepas itu, bibirnya mengucup dahi isterinya.

“ Jauh daripada sudut hati, papa tak bermaksud nak sakitkan hati sayang. Maafkan papa sebab tak pandai jaga hati kesayangan papa ni. Mama kena tahu yang papa sayang sangat dengan bidadari papa ni. ”

“ Yoongi— ”

shhh call me papa.
That's our new nickname.

“ P..pa..pa , jalmothaeseo. I love you.. ”

“ Papa sentiasa memaafkan bidadari papa ni. Dah² namo nangis. Tak cantik dah Choi Jieun papa ni. ”

“ Maafkan papa? ”

Tanpa menunggu lebih lama Jieun mengangguk pasti menandakan dirinya memaafkan bidadara nya. Yoongi yang masih berada diatas nya ditenung dengan wajah manjanya.

Akibat geram dengan wajah comel Jieun. Yoongi mencuit hidung mancung bulat isterinya.

Aduyaiii, kesayangan papa❤️

Pinggang Yoongi dipeluk longgar.
Rindu, rindu mahu melekat dengan jejaka kesayangan nya. Kalau boleh nak peluk setiap masa.

Sayang benor dia dekat papa dia 🌚✨

Yoongi mengalihkan anak rambut yang menutup dahi licin isterinya. Kemudian jari jemari nya turun mengelus pipi tembam isterinya. Geram, rasa nak gigit pun ada.

“ Janji jangan buat keputusan melulu.
Papa baru gurau sikit halau menghalau itupun mama dah melenting pastu tinggalkan papa. ” Muncung Yoongi.
Geli hati melihat kegedikkan Yoongi.

Tapi dia suka..
Bibir bawah Yoongi dicuitnya.

“ Janji. Papa pun perangai jangan hanat sangat. Mama ni mudah sensitif sejak berbadan dua. ”

“ Papa janji okay? Nanti Kita keluar jalan² nak? ” Badan direbahkan di sebelah isterinya. Masing² mengiring menghadap satu sama lain.

eh, jadual papa tak padat? ” Soal Jieun sambil perlahan-lahan menarik lengan Yoongi untuk menjadikan bantal.

Aughhhh selesanya~

Yoongi hanya melihat kelicikkan isterinya yang senyap² jadikan lengan berototnya sebagai bantal lengan. Malas mahu menegur sebaliknya menarik rapat bahu isterinya dalam dakapan hangatnya.

“ Papa rehearsal esok. ”

Hah, lupa. Mohon padam ye post dekat Instagram sayang. Geram papa tengok. ” Kritik Yoongi.

Macam mana tidak geram?
Close up betul isterinya mengambil gambar. Sudahlah cantik. Payah Kan nak Jaga isteri cantik ni?

“ Kenapa nak geram pulak? ”Bingung Jieun. Pehal pulak dah suaminya ini?

Kenapa papa?
Gambar mama buruk ke?

Muncung sedepa bibir Jieun apabila soalannya lambat dijawab.

“ Sebab mama cantik sangat. Nanti ada jantan direct message sayang. Papa tak suka. Mama Tu papa punya. ” Pipi Jieun diciumnya dan mula tersengih-sengih melihat wajah isterinya seakan-akan bingung.

ceh, papa Tu. ”

eh, papa Ada peminat okay? Mestilah papa kena sayang Army BTS. Fans papa ramai tau. ” Tepuk dada akibat bangga menyatakan yang dirinya mempunyai ramai pengikut.

Mestilah..
Sudah menjadi idol global bukan?
Terkenal di persada dunia. Jadi pengikut BTS sudah tidak terkira. Setiap concert yang dilakukan tiket pasti sold out dengan cepat.

Gigih para Army untuk menyaksikan Bintang kesayangan mereka yang menjadi idola mereka.

“ Tapi tak seramai Jungkook. ” Celah Jieun dengan sengaja mahu mencari pasal. Sekejap sahaja Minta maaf, kemudian Cari pasal balik.

Sabar je lah Yoongi dengan perangai mengada isteirnya ini. Gigit nanti baru tahu.
Kita bagi gigit kat leher nak?

Hehehehe. 🌚🌚🌚🌚

Tidak terkesan langsung dengan pernyataan isterinya. Baginya Jungkook si Maknae itu memang disayangi Dan dicintai ramai peminat. Utama lah dikatakan.

Langsung tidak cemburu dengan ayat Jieun. Tak mungkin dia mahu cemburu dengan adik kacaknya itu.

Baginya, semua ahli BTS mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang mampu menggetarkan lutut peminat-peminat.
Dan jika mahu meminati BTS seharusnya meminati ketujuh-tujuh jejaka tampan itu.


Dan, macam yang di tulis tadi. Jungkook juga mempunyai daya penarik tersendiri.

Meh payung gambo abang kelapa kit.

No wonder. Sebab Jungkook tumpuan utama BTS tapi yang penting ada juga orang minat papa. ”

“ Yelah papa Ku Sayangggggg ” Pipi Yoongi pula diciumnya. Digomolnya kerana geram. Selesa sangat dapat manja² macam ni.

“ Sayang.. ” Panggil Yoongi sambil tangannya bermain dengan leher isterinya.

“ urm? ”

“ Choi Jieun.. ”

“ Ya, Min Yoongi. ”

“ Mama. ”

“ Kenapa papa Ku sayang? ”

Saranghae~ ” Dahi Jieun menjadi sasaran kucupan hangatnya.

Nado~ ” Terpejam matanya menikmati ciuman hangat Di dahi nya. Dapat rasakan detik-detik romantik bakal muncul membukakan tirai.

“ Mama kena sentiasa ingat yang papa sayanggggg sangat dekat mama. Cintaaaaaa sangat dekat mama.
Cinta yang dipinjamkan ni kita kena jaga sama². Ingat tau sayang. ”

“ Mama Akan Ingat sampai bila² ”

“ Kita bersama sampai tua okay? Tuhan dah tulis cantik takdir kita. Dan papa yakin, ada hikmah Dan tujuan Tuhan ketemukan papa dengan mama. Sudah semestinya jodoh Kan? ”

“ Sampai bila² Choi Jieun tetap isteri papa. Tiada yang lain. Hanya Choi Jieun yang satu. Datanglah seribu walaupun sejuta tak dapat gantikan mama. Sebab papa cintakan mama. Papa taknak sia² kan cinta yang dipinjamkan oleh Tuhan ini. ”

“ mama pun. ”

Didekatkan wajahnya dengan wajah kecil Jieun. Hampir sahaja bibir mereka bertaut mahupun bersatu. Pintu bilik diketuk bertalu-talu.

Siapa yang semangat sangat kacau
cincin dan permata ini?!

Akibat geram moment romantik mereka diganggu. Yoongi menumbuk bantal yang disebelah isterinya. Kesal pulak sebab tidak cium bibir isterinya awal².

Itulah siput sangat!

TTOK!!! TTOK!!! TTOK!!!

“ HYEONG~JOM BERKUMPUL DEKAT BILIK JIN HYEONG. ” Suara Hoseok dan Jimin berkumandang di luar bilik.

Jieun sudah tergelak kecil melihat wajah cemberut suaminya itu. Tanpa menunggu lama pipi suaminya ditekup dan bibir merah Yoongi menjadi sasaran kucupannya.

Terus berubah air muka Yoongi. Tersenyum lebar bila mendapat ciuman walaupun hanya beberapa detik.

Baru sahaja ingin mendekatkan
kembali wajah mereka....

“ Yoongi hyeong?

Tergantung sepi jarak wajah mereka yang semamangnya sudah hampir itu. Tinggal beberapa cm je lagi. Adik² Ku bagilah abang mu ini bermanis-manisan dengan kakak mu ini.

“ Nanti hyeong sampai! Pergi dulu! ”

“ Taknak, nak gerak sama². ”

“ Aku sepak jugak budak ni kang. Hah ye kejap! ”

“ Mama, jom ikut papa. ”

“ Taknak lah, mama nak tidur.
Mama penat. Takpe papa pergi je
mama okay. ”

take care ye sayang. ” Ubun-ubun isterinya diusap-usap selepas itu ditarik selimut tebal ini menutupi badan isterinya sehingga paras dada.

Suhu penghawa dingin di aturkan
semula akibat suhu yang rendah.

Tidak mahu isterinya dilanda demam.
Dan dia juga harus menjaga diri dan kesihatan dalam jadual yang padat Dan sendat ini.

“ Iloveyou ❤️ ”

“ me too. ”

Serata wajah isterinya dicium. Berhenti di bahagian bibir. Lagi sekali bibir isterinya dikucup lama dalam beberapa saat.

Entah, dia rindu dengan bibir isterinya.
Daya tarikkan yang mempersonakan.

“ Yoongi hyeong, ppaliwa~

arraseo nan khanda!

Ppaliwa hyeong >_< ”

“ Reti sabor tak? ”



Pengakhiran yang gembira dan membuatkan mereka tersenyum dapat mencipta satu lagi kenangan manis.

Semoga cinta mereka dalam alam imaginasi ini berkekalan.

Jodoh tidak pernah tersalah alamat.
Ingat Tu.

Jumpa Di epilogue 👋🏻💕


×××××
🌙4401 words🌙

Assalammualaikum..
Maafkan Araa ya sebab lambat update.

Kita jumpa Di epilogue!

💕 lot's of loves from Araa 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro