20 : I Need U 👫
Ttik.. Ttikk.. Ttikk..
Hanya bunyi titisan air hujan yang jatuh menyembah bumi sahaja terdengar. Bunyi kesepian jelas dapat didengari dan dirasai. Hujan turun dan keadaan nya sangat memilukan hati. Seperti Jieun dan Yoongi sekarang. Dua-dua tidak sedarkan diri, terlantar di Hospital Besar Seoul yang sama dan di tingkat yang sama cuma wad sahaja berlainan tetapi berhadapan.
Kini Bangtan berada luar wad Min Yoongi dan Choi Jieun. Keluhan berat dapat di dengari oleh mereka.Mundar-mandir? Itu jangan cerita kerana sudah semestinya. Jelas menunjukkan bahawa risau, sedih nya mereka dengan apa yang berlaku. Sudahlah dua-dua terlantar di hospital dan tidak sedarkan diri.
" macam mana Yoongi hyung boleh diracun? Manusia mana yang tergamak buat macam ni? " Soal Hoseok yang sudah dibasahi dengan air mata yang tidak berhenti mengalir sejak tadi.
" Lisa.. " Jawab Jungkook perlahan.
Semua memandang Jeon Jungkook terkejut kecuali Kim Taehyung yang ada bersamanya sebentar tadi.
" Lisa? " Kaget Namjoon.
Sungguh terkejut dia mendengar kenyataan secara langsung daripada mulut Jungkook. Tidak menyangka sungguh dia bahawa gadis yang cantik dan kelihatan polos itu berniat jahat dan sanggup meracuni orang sebaik Min Yoongi.
Tergamak sungguh...
" macam mana kook tahu? " Ujar Seokjin yang menepuk bahu Hoseok. Barangkali menenangkan si Hoseok yang makin menangis mendengar kenyataan daripada Jungkook.
Keluhan berat dilafazkan dan Jeon Jungkook memandang hyung nya iaitu Kim Taehyung kerana Taehyung saja tahu kebenarannya selain dirinya. Bibir diketap mencari sekelumit kekuatan, Kim Taehyung menganggukkan kepalanya tanda meyakinkan kawan rapatnya itu.
" huhh "
Buat kesekian kalinya Jungkook mengeluh dan mengeluarkan telefon bimbit nya dan satu video yang berdurasi selama beberapa saat itu ditunjukkan
" Min Yoongi? nyawa dia mungkin dihujung tanduk disebabkan kesan racun yang lisa berikan! "
Sehingga Jieun ditolak jatuh dan pisau lipat diangkat tinggi bersedia untuk menghunuskan pisau kearah perut Jieun dan video itu tamat.
" Ya Tuhan " Seokjin mengurut-urut dadanya selepas melihat keadaan tersebut. Luluh jantungnya melihat pisau tajam yang diangkat tinggi.
" Kook.. simpan video ni dan sekejap lagi kita buat report polis. " Ujar Namjoon tegas.
" Kalau mereka lari? "
" Sebab itulah kita kena report polis sekarang. Kalau tidak mereka mesti akan datang hospital ni dan bunuh mereka. " Ujar Namjoon seraya menyentuh bahu jungkook.
"arra hyung " Balas Jungkook lemah.
Nasib waktu itu Jungkook dan Taehyung sampai tepat pada waktunya, kalau terlambat walaupun sesaat rasanya mereka tidak dapat menyelamatkan bayi dan Jieun. Tujuan mereka datang ke rumah Yoongi dan Jieun disebabkan ingin memberitahu bahawa Min Yoongi dimasukkan ke hospital disebabkan batuk berdarah dan pengsan di depan studio miliknya.
" apa kata korang pergi sekarang. Tak apa hyung ada untuk jaga mereka. Sekejap lagi Roseanne datang dan tolong jaga Jieun so Namjoon dan Kook boleh pergi laporkan sekarang " Ujar Seokjin dengan senyuman.
Jubah putih yang tersarung dibadan diperbetulkan akibat ditarik oleh CRYING BABY Jung Hoseok. Dia tahu Hoseok sedih kerana Jieun adalah kawan rapatnya dan Yoongi pula sudah dianggap sebagai abang kandung sendiri walaupun Yoongi tidak suka menunjukkan caring nya dia terhadap kawan-kawannya.
" baiklah hyung.. Nanti apa-apa call aku yaa " Kata Namjoon.
" okay "
" Tae nak ikut boleh? Sebab Tae pun saksi jugak " Taehyung mengangkat rendah tangannya. Semua terarah kepada Taehyung yang kuat suara nya. Nasib koridor wad vvip ni tidak ramai jururawat dan pesakit ke hulu hilir.
" Boleh, jom " Senyum Namjoon lebar apabila melihat kecomelan Taehyung. Buat kesekian kalinya bahu Jungkook ditepuk apabila Jungkook hanya diam dan termenung.
Mungkin masih sedih barangkali?
" Jungkook? " Panggil Taehyung yang sudah di hadapan nya.
" y..ya? " Jawab jungkook yang baru sedar daripada lamunan yang singkat. Dipandang Taehyung didepannya.
" khajja "
Dengan termangu-mangu Jungkook mengikut langkah Taehyung yang sudah menarik lengannya untuk mengikut langkah Namjoon yang sudah mara ke hadapan.
" Hyung.. "
Setelah sekian lama akhirnya suara Park Jimin dapat didengari. Dari tadi dia tidak membuka mulut, dan hanya tangannya tidak berhenti memujuk Hoseok. Kerana dia masih terkejut dengan apa yang terjadi lagi-lagi pada Min Yoongi.
" Ya Jimin? Wae? " Soal Seokjin yang disebelah kiri Hoseok dan Jimin disebelah kanan Hoseok. Seokjin menjengah sedikit kepalanya kehadapan untuk melihat wajah Jimin.
" Jimin sedih " Air mata yang setitik menitis dikesat dengan jari jemari pendeknya. Dia malu untuk menitiskan air mata sebentar tadi kerana dia tahu bahawa yang lain turut bersedih dan dia tidak mahu menambahkan beban kawan-kawan nya tapi sekarang ini dia tidak dapat menahan lagi perasaan sedih yang meluap-luap.
" Hyung pun sedih tapi apa kita boleh buat? Perkara sudah terjadi. Sekarang kita perlu berserah kepada yang maha esa. Hyung yakin Yoongi dan Jieun tidak akan apa-apa. Sekejap lagi doktor keluar lepas periksa keadaan Jieun. " Pujuk Seokjin dengan lemah lembut.
Jimin hanya tersenyum kelat dan menganggukkan kepalanya perlahan. Hoseok pula masih diam dan hanya menghembus mukus menggunakan beberapa helai tisu yang diberi kan oleh Seokjin.
Krekk!
Pintu wad milik Choi jieun ditolak dan tersembul keluar seorang doktor wanita dan bersama seorang jururawat wanita di tepinya.
" seokjin-aa " Panggil doktor wanita itu.
" Rachel-yaa " Balas Seokjin dan dia mula menghampiri doktor wanita itu.
" eo Seokjin-aa "
Pandangan doktor wanita itu beralih pada dua orang jejaka yang mengelap air mata mereka. Tersenyum Doktor wanita itu apabila melihat Jung Hoseok yang menghembus mukusnya tanpa menghiraukan seorang wanita ralit memandang nya.
" Saya Kang Rachel doktor pakar sakit puan di hospital ini" Katanya lembut pada Jimin dan Hoseok yang tidak berkelip memandang nya. Kemudian pandangan nya beralih pada Seokjin yang berada dihadapannya.
" awak doktor pesakit ke Seokjin? " Soalnya lembut.
" ya saya doktor yang menjaga Choi Jieun semasa dia sedang hamil " Jawab Seokjin dengan tenang.
Doktor Kang Rachel memberi senyuman manis kepada Seokjin yang bersikap formal dengan nya dan mula mengambil sebuah dokumen yang tercatit sedikit tulisannya.
" dalam tempoh ini, keadaan puan Choi masih tidak stabil akibat hentakan di pinggang nya tapi dia bernasib baik dan dia kuat kerana kandungannya masih selamat dan dijaga rapi. Tapi kalau terlambat sedikit mungkin peluang untuk selamat kan kandungan amat bahaya kerana dia mengalami pendarahan. " Terang Doktor Kang satu persatu.
Nafas lega dilepaskan oleh Kim Seokjin. Satu bebannya sudah hilang dan hanya tinggal satu lagi beban yang mendebarkan nya.
" Rachel.. dia dah sedar? " Soal Seokjin kemudian dokumen ditangan Rachel diambil olehnya.
" Masih belum lagi, sebab keadaan dia masih tidak stabil. Kalau sedar pun mungkin dalam beberapa hari lagi paling lama seminggu ikut tahap keupayaan dia. Atau dia akan sedar kalau cepat pun dalam tempoh beberapa jam. Jadi saya sarankan awak, saya dan doktor Roseanne dapat pantau keadaan pesakit. "
" Baiklah. Terima kasih Rachel" Tubuh Doktor Kang dipeluk olehnya dan paling mengejutkan lagi buat Jung Hoseok dan Park Jimin. Doktor Rachel membalas pelukan Seokjin.
" Kawan mesti tolong kawan. Seokjin better lepas ni jumpa saya. Bawak Roseanne sekali, ada hal yang perlu saya bagitahu " Setelah pelukan dilepaskan anak mata hazel milik Kang Rachel mencuri-curi pandang Jung Hoseok.
" eo hal apa tu? " Pelik Seokjin.
" adalah. Nanti saya mesej. Gtg right now, annyeong " Dada Seokjin ditumbuk perlahan sebelum menjauhkan dirinya.
Sempat Doktor Kang Rachel menunduk hormat kepada Hoseok dan Jimin sebelum melangkah pergi meninggalkan kawasan wad vvip.
Seokjin menghantar Doktor Kang dengan pandangan mata kemudian dia berpaling semula memandang dua orang rakannya. Sorang macam patung cendana, sorang lagi mula menghidupkan telefon bimbit nya.
" Hoseok-aa kau nak makan tak? Dari tadi kau tak makan sebutir nasi pun. " Tegur Seokjin yang menilik muka Jung Hoseok yang kelihatan pucat.
" e.. eo? Taknak lah hyung.. Seok tak rasa lapar "
Grrrr~!!
Bunyi perut keroncong seseorang membuat kan Jimin dan Seokjin memandang satu arah iaitu Jung Hoseok yang sudah memegang perutnya dengan sengihan janggal+malu.
" Tak lapar sangat. " Perli Seokjin dan Jimin serentak. Hoseok sudah menggaru kepalanya yang langsung tidak gatal.
" hehehe lapar... Cheokum(sikit) " Jari telunjuk dan ibu jarinya mula dirapatkan sehingga 2 cm sahaja ruang yang ada seperti c kecil.
" jomlah makan. Nanti kita naik sini balik. " Ajak Kim Seokjin yang sungguh mengambil berat tentang adik-adik nya.
" Jimin? Nak ikut tak? " Soal Seokjin bila Jimin masih tidak mengangkat punggung untuk bangun.
Kepala di geleng kan menandakan dia tidak mahu mengikut.
" Kejap lagi Araa datang teman chim jaga Yoongi hyung. " Balas Jimin dengan senyuman. Hilang terus air mata yang menitis tadi.
" patutlah tak ikut. Tunang nak teman. " Usik Seokjin dengan mencubit-cubit biceps Jimin. Terkekeh-kekeh ketawa Jimin dibuatnya.
Hoseok pula hanya menguntum kan senyuman manisnya. Gembira dia melihat kawannya itu gembira. Dalam hatinya sudah berkata.
Kook dengan tunang dia Kim Yerim..
Namjoon dengan yeonin dia Jung Eunsoo..
Yoongi dengan isteri dia Choi Jieun..
Seokjin dengan tunang dia Roseanne Park..
Taehyung dengan yeonin dia Yang Iseul..
Jimin dengan tunang dia Kim Araa..
Hoseok dengan?
Lonely forevahh lah aku.
Namjoon yang tangan pemusnah tu pun dah ada yeonin (kekasih).
Jung Hoseok bila lagi?
" Jeman! "
Suara seorang gadis memberhentikan usikan nakal Kim Seokjin. Kepala Jimin terjengah akibat nama samaran yang diberikan oleh tunangnya dipanggil.
" sayang! "
Tangan di lambai tinggi ke arah Kim Araa dan gadis itu berjalan kearah jejaka-jejaka terakhir Korea lah sangat. Hoseok memandang sayu ke arah Seokjin dan Jimin lalu memandang ke tempat lain.
Aku nak juga sepasang...
Lahaii Hoseok 2k18
••••
Huhh.. Huhh..
Bayi ni mesti mati!
Tak.. Jangan.. Junmyeon jangan!
Last word?
M..min Yoongi!
Nafas yang tidak teratur mula di hembus kasar. Dengan kekuatan yang ada mata di celik setelah sekian lama, mata milikku bertemu dengan siling putih. Bau-bauan ubat menusuk ke rongga hidung ku. Tak lain dan tak bukan aku berada di hospital sekarang.
Kejadian Suho atau Junmyeon yang menyerang aku dan bertindak membunuh anak ku mula berlegar-legar dalam otak. Serta merta tanganku meraba-raba perut aku dan..
Huh..
Keluhan lega dihelakan.
Syukur kehadrat ilahi.
Bayiku masih selamat.
Terima kasih princess sebab kuat hadapi ujian ini dengan mama.
Diracun..
Yoongi mana Yoongi?
Ruangan wad dipandang namun ianya kosong tanpa pelawat.
Air liur ditelan kesat.
Dah berapa hari aku terlantar dekat hospital ni?
Aku menggagahkan diri untuk duduk. Walaupun terasa sengal di pinggang dan punggung dengan segala kudrat seorang pesakit aku dapat duduk.
Mata aku mula berair apabila risau akan keadaan Yoongi . Dia baik-baik saja kan sekarang?
Ya Tuhan..
" Min Yoongi! " Jeritku lemah.
Aku tidak berdaya ingin melontar kuat suaraku kerana sistem imun badan ku masih lemah.
Krekk!
Pintu wad milikku ditolak laju menandakan seseorang masuk ke dalam wad milikku. Aku mengangkat wajah apabila bunyi tapak kaki semakin dekat dengan ku. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat figura Min Yoongi yang berpakaian hospital menghampiri ku.
Tangisan ditahan sebak kerana melihat keadaan Min Yoongi seperti semakin pulih tetapi bibirnya sedikit pucat. Selimut nipis hospital yang menyelimuti sehingga pinggang diramas. Anak mata tunak memandang lelaki dihadapanku ini.
" Jieun.. Akhirnya kau dah sedar " Ujar Yoongi dengan menahan tangisan. Pipi aku di belai manja olehnya.
Aku rindu dia 😭
" n.. neomu bogo...shipeoseo.. Jeongmal " Tangisan milikku mula kedengaran kuat. Muka aku mesti buruk sekarang ni. Dada milik yoongi ditumbuk halus oleh ku. Sehingga menunduk-nunduk aku dibuat nya, perasaan yang bercampur-baur dihamburkan dalam tangisan.
Rasa sebak mula menguasai diri. Tubuh milikku dipeluk kemas olehnya. Aku sembamkan wajahku pada bahu Yoongi. Hanya bunyi esakan milikku memenuhi segenap ruang wad vvip ini. Yoongi pula hanya mengusap-usap perlahan badan belakang ku dengan hembusan nafas berada di telinga ku.
" Dah lima hari Jieun aku tunggu kau sedar. " Suaranya ketika ini sungguh lembut.
Aku masih lagi teresak-esak menangis di bahu nya namun aku masih mendengar bait-bait ayat nya.
" since kita dimasukkan ke dalam hospital lepas dua hari aku sedar dan niat aku untuk balik selepas aku sihat tapi apa yang aku dapat tahu daripada Seokjin hyung kau.. "
Terjeda seketika percakapan nya. Dan aku dapat rasakan yang dirinya sedang menahan sebak didada namun digagahkan juga dirinya sendiri. Maknanya sudah seminggu aku tidak sedar kan diri.
" kau tak sedarkan diri lepas Suho serang satu-satunya isteri kesayangan aku ni. Neomu appeo... " Akhir kata Yoongi sungguh memberi impak yang besar bagi ku.
" mianhaeseo.. Tak juga diri saya sebaik mungkin " Aku melepaskan pelukan dan jari jemari ku ligat mengelap air mata yang masih bersisa namun makin diseka makin deras air mata keluar.
" gwenchana.. Asalkan kau dan anak kita selamat itupun sudah cukup baik untuk aku " Buat kesekian kali nya dahiku diciumnya.
" how about your... Condition? " Soalku dengan sendu yang tidak hilang dari tadi.
Yoongi menggumam perlahan dan memandang ku lama. Dan dia buat aku rasa nak menangis dengan riak wajah nya seakan-akan maksudkan " makin teruk ataupun tiada peluang untuk pulih "
" Don't ask me that you- " Terjeda kata-kata ku apabila dicantas laju olehnya. Rasa sebak mula menguasai diri kembali.
" I'm so sorry babe- "
Crack!
Aku rasa macam nak meraung sekarang pun ada. Min Yoongi memang cari nahas ke apa? Jangan salahkan aku kalau bayi ni nanti jadi crying baby.
" Min Yoongi stop talking nonsense! " aku sudah mula ingin meraung kembali. Elok-elok sedar terus buat konsert air mata. Aku raup wajahku dan mula ingin menangis sekarang ini .
" sayang listen "
Tangan kanan aku yang basah dengan air mata digenggam kemas dan dibawa ke pehanya dan diusapnya. Aku jatuhkan tangan kiri yang masih berada di wajah dan mengalihkan pandangan kearah lain.
" I'm so sorry babe sebab tak dengar cakap kau untuk pergi hospital periksa keadaan aku tapi apa yang aku nak cakap doktor sah kan yang aku... " Yoongi mengatup bibirnya rapat dan memberi pandangan yang aku sendiri tak dapat baca.
Jangan cakap yang kesan racun tu dah merebak dalam badan Yoongi dan peluang untuk Yoongi hidup...
Katakan ianya TAK!
" Sepenuhnya sihat sebab kesan racun tu tak merebak luas dan doktor dah buang racun tu. So sekarang tak mau nangis-nangis aku ada dengan kau sayang " Pujuknya dengan mengelus lembut pipi aku.
Fuhh..
Syukur..
Lega sungguh aku mendengar nya.
Terima kasih Tuhan kerana membenarkan kami bersama.
" Saranghae "
" uljima.. nado saranghae " Balas Yoongi dengan senyuman selepas itu bibirnya mendarat lembut atas bibirku.
Aku tahu dia cium aku untuk memberhentikan tangisan aku yang tidak reda dari tadi. Aku tak cukup kuat untuk kehilangan orang yang aku sangat sayangi dan mampu membahagiakan ku sepertimana omma dan appa lakukan.
Masin benarlah apa yang anak Jung woo min (bukan nama sebenar) a.k.a appa Jung Hoseok itu pernah berkata.
“ Kalau memang dah takdir tuhan yang tetapkan... Aku jamin lagikan pasti jodoh kau ada dengan Yoongi dan someday korang berdua mesti memerlukan satu sama lain ”
Sekarang aku sangat memerlukannya. Aku terasa seperti badanku mula lemah dan ingin mengatupkan kembali kelopak mata yang kian berat. Ini mesti kesan daripada aku keluarkan airmata semasa keadaan badanku baru pulih tambahan pula dengan keadaan aku yang berbadan dua.
Aku cuma perlukan rehat dan tidur secukupnya...
“ kyah—Min Jieun ” Suara Yoongi kedengaran cemas . Tubuhku di pelukan nya, sebuah pelukan hangat dapat dirasai.
“ Sayang.. kau kenapa? Okay tak? ” Soalnya cemas bila aku dah katupkan kelopak mata. Tubuhku dibaringkan di katil hospital.
“ Ireona— ”
“ I just wanna some rest ” Ujarku apabila membuka mata untuk memandangnya. Tangannya yang berada di ubun-ubun kepala ku ditarik lembut dan diletakkan di pipiku.
“ Tidurlah aku keluar dulu ” Pinta Yoongi yang mula ingin bangun mungkin niatnya tidak mahu mengganggu aku.
“ Tak boleh. Saya nak awak bukan bantal ” Aku tarik tangan dia yang digenggam dan lepas kan nya. Pinggangnya dirangkul erat seperti tidak mahu melepaskannya. Aku pandang Yoongi yang tersenyum melihat kemanjaan aku yang ingin melekat dengannya.
Dia labuhkan punggung atas katil hospital yang bersaiz seakan-akan queen tetapi kecil sedikit. Rangkulan di pinggang nya dileraikan lembut dan anak matanya menikam lembut anak mata kepunyaan aku.
Awakk janganlah pandang macam tu. Sherammm 😅
“ tepi sikit ” arahnya.
Menurut perintah.
Dianjakkan sedikit badan ketepi untuk memberi ruang abe taugeh baring di sebelahku. Setelah Yoongi baring dia terus labuhkan kepala di atas bantal dan aku menyelit baring di bicep kirinya. Badanku mengiring menghadapnya dan pinggangnya di peluk longgar.
Terpejam mataku sejurus terbau haruman maskulin lelaki nya. Menusuk-nusuk ke rongga hidung. Tangannya juga mendaratkan di pinggang milikku.
“ shhh sleep aku ada dengan kau ” Dahiku di cium lama. Badan belakangku di tepuk-tepuk perlahan seperti dia ingin mendodoikan aku.
Selesa itu yang aku rasakan.
Tak lama kemudian mataku terasa layu dan lama kelamaan mataku terkatup kemas dan dengkuran halus mula kedengaran.
Kata-kata terakhir Yoongi yang
aku dengar.
“ Sleep well sayang i love you so much ”
××××
🐣2630 Words 🐣
Tarakucah! Cah! Tarakucah! Cah cah! Bila larut malam 💃💃💃💃
Maaf, araa lambat update.
Araa busy ooo. Maaf siapa yang menunggu 😖😭
“♡ Loved a lot from Araa ♡”
Two
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro