Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

16 : Salah faham


   Sejak aku sah hamil 3 bulan, Yoongi beri tumpuan sepenuhnya dekat aku. Balik pun awal,, ikut apa aku nak. Kalau aku nak susu kambing dia sanggup suruh kawan dia carikan untuk aku. Selalu jugak urut aku lagi-lagi tang kaki dengan belakang badan. Cramp weh cramp. Aku pesan dekat Yoongi.

Jaga jaga juga tapi kerja untuk cari nafkah jangan tangguh. Nanti mati kebuluran aku dengan baby girl ni. Aku tak mahu dia berjambang kalau duduk jaga aku setiap masa whole day 24 hours siang dan malam. Memang seronok bila dia setiap masa dihadapan mata tapi tak sedap mata memandang bila dia tk bercukur semata-mata mata mahu melekat pada ku setiap masa.

Sekarang kandungan aku dah masuk 4 month... Yaaa 4 month. Masa berlalu dengan pantas bukan? Hari ini hari Graduan universiti tahun akhir di Seoul University. Dan aku tak yakin kalau lepas ni aku dapat ke tidak tawaran kerja. Tapiiii kalau aku dapat pun Yoongi akan halang sebab dia cakap dia mampu tanggung aku.

Jadiii kita iya kan sahaja lah. 😪 Suasana di dalam kereta sunyi sepi antara kami berdua dan hanya bertemankan lagu di corong radio. Kami dalam perjalanan untuk pergi ke Seoul University. Aku pakai pakaian yang macam dibawah ni ⬇⬇ memandang kan perut aku dah membesar sedikit. Pakai kemeja lama aku nanti tu takut tak muat je 😅 almaklumlahh Jieun dah gemuk 😂

“ sayang ”

erm wae

Yoongi disebelah aku tatap,, aku amati setiap perincian wajahnya. Ia cukup sempurna buatku, walaupun dia tak se kacak Jengkuk tapi dia lah putera ais yang mampu membeku kan aku dengan cinta dia. Acewahhhh cheesy aaa pulak 😂 . Cuma dia nampak segak harini dengan T-shirt kuning dan coat putih dan seluar jeans putih. Nampak smart. Jarang nak tengok dia pakai pakaian warna kuning ni. Itupun aku pujuk, nak sedondon lah katanya 😝

“ aku harap kau tak buas lah nanti.. Dahlah tak reti duduk diam ” Katanya pandang aku sekilas.

Buas?
Ehhh sejak bila aku buas!

“ mana ada saya buas ” balasku kembali ingin membela diri.

Yoongi pandang aku kembali bila dia selamat parkir kereta di tempat parkir kereta yang sudah disediakan.

“ huh.. Tak buas konon. Yang semalam kau wrestling aku pahal? Nasib aku pikir kau mengandung je kalai tak malam tadi kita buat malam Jumaat ” Balasnya sinis.

Dia yang ditepi dijeling tajam. Ini dah melebih!  Sebab apa aku wrestling dia?  Dia yang BIJAK pergi hanguskan apron kesayangan aku semalam. Saje buat aku naik angin.

“ awakkan yang cari nahas dulu!  Bakar apron saya kena— umph

Kata-kata aku dikunci rapat bila dia cium bibir aku. Pandai eh nak diamkan aku. Eiiii ni benci ni! Suka cium orang tetiba. Tubuhnya aku tepuk bila tangannya sudah menyentuh perut aku. Serta merta ciuman dileraikan. Aku dah pandang dia dengan pipi yang sudah mula kemerah-merahan akibat malu.

relax lah aku baru cium sikit ” Ujarnya nakal. Pipi aku yang masih kemerah-merahan disentuh olehnya.

ish, mana ada! ” Dalihku. Dah terang-terangan pipi aku memang merah tapi nak pertahankan diri tu punyalah degil.

tch. Up to you.. Aku malas nak berdebat dengan sayang aku ” Hidung aku dicuit sebelum kepala aku di usap lembut.

Aku hanya diam tidak berkutik melihat sisi romantik nya. Kenapa dia tetiba caring pula ni??  Suka buat jantung aku rasa nak pecah.

khajja baby girl, nanti kau lambat ”  Rambut blonde miliknya di perbetulkan di cermin kereta. Tak payah betulkan rambut tu, awak memang dah semulajadi kacak.

khajja! ” Teruja aku.

Kami berdua turun dari kereta mercedes white milik Yoongi. Aku lihat laju sahaja Yoongi keluar dari kereta manakala aku masih terhegeh-hegeh mahu buka kan pintu. Disebabkan seat penumpang ni kebelakang sedikit khas untuk aku menyandar jadi susah pula untuk aku keluar dengan perut yang memboyot ini.

Sedar tak sedar pintu kereta belah penumpang sudah dibuka oleh Min Yoongi. Aku pandang Yoongi yang menghulurkan tangannya kepadaku. Minta di sambut huluran tangan kanan nya. Aku sambut huluran tangganya.

“ terima kasih awak ”

small matter.. Lain kali biar aku bukakan pintu untuk kau okay? ”

Hanya anggukkan kepala diberi kan kepada nya. Seraya pintu kereta ditutup Yoongi memimpin tangan aku pergi meninggalkan tempat parkir kereta. Banyak mata-mata memandang kami mungkin pelik melihat perut aku sudah membesar?  Iyelah last aku datang university bulan lepas dan diberi cuti untuk persiapan graduate dalam masa sebulan tuptap datang university balik perut dah membesar. Dulu aku selalu pakai baju besar sebab itulah tidak ketara mana.

“ Sayang ” panggil Yoongi lembut.

Apa kau sayang?  Sayang?  😂

“ kenapa? ” aku peluk lengannya.

“ mana Hoseok?  Bukan ke dia cakap dia dah sampai? ” Soalnya kepada aku. Aku angkat kening kiri aku memandang nya.

“ Hoseok? ”

yes

“ Hyung! Jieun! ”

Satu suara memanggil kami. Serentak kami menoleh ke kanan. Ternyata Hoseok yang sudah memakai jubah konvokesyen sambil melambai-lambai ke arah kami. Tapi bukan dia seorang sahaja, ada seorang lelaki mendampingi nya. Urgh Kim Suho 😒

Sibuk je.

“ Wei Hoseok! Sini! ” Panggil Yoongi ceria.

Hoseok menarik tangan Suho pergi ke arah kami. Eh perlu ke kau bawak malaun tu!  Ish!  Serabut! Bila mereka dah sampai dihadapan kami Suho tak berhenti pandang aku tak berkelip. Buat aku rasa tak selesa, faham tak tak selesa. 😾

“ wassup hyung ”

“ wassup ” Mereka bersalam dengan cara mereka sendiri dan mula berbual-bual tentang sesuatu. Pastu abaikan aku dengan si Tauhu ni .

“ sayang lepas jap aku nak cakap dengan Hoseok sekejap ” Pinta Yoongi lembut, aku pandang Yoongi lama sebelum melepaskan pautan lengannya tapi aku masih berkepit dengan Yoongi.

“ hye Jieun ” tegur tauhu didepan aku ni.

erm hye ” ujarku acuh tak acuh.

how condition your baby? ” Soalnya acah mat saleh.

so far good ” Balasku tanpa memandang nya.

Tetiba dia dekatkan dirinya dengan aku lalu dia bisikkan sesuatu di telinga kiri ku. Mata ku terbeliak mendengar bisikkan tauhu dia. Rasa macam nak tendang dia dekat sini pun ada.

i know you will be more pretty when you pregnant. Please say goodbye to your husband because after this you'll be mine. Wait for me okay? ” Suho tepuk bahuku lalu menjauhkan dirinya. Senyuman sinis sempat dihadiahkan buatku.

“ Hoseok, aku kena pergi dulu ni. Family aku dah ada dalam dewan ” Suho meminta izin untuk blah cepat-cepat 😔

kkeurae nanti aku menyusul ” Kata Hoseok yang sempat highfive dengan Suho.

“ Jumpa kau dekat dewan nanti ” Suho tepuk bahu Hoseok.

“ jadi Yoongi aku pergi dulu ” Pintanya dengan senyuman diberikan kepada Yoongi.

arra ” balas Yoongi pendek.

Aku tengok riak wajah Yoongi macam nak tak nak je layan Suho. Nak kata jeling pun tak tapi dia macam tak nak layan Suho. Aku keluh lega bila Suho dah angkat kaki nak pergi dari tempat kami tapi keluhan lega bertukar menjadi keluhan berat bila dia palingkan muka kearah aku beserta senyuman.

“ Jieun, aku pergi dulu. Ingat apa yang aku kata tadi ”

YA TUHAN! 
BLAH LAH CEPAT!

“ blah Ah kau ” Balasku kasar.

Tubuh sendiri aku peluk bila menyampah betul dengan Suho tadi. Riak wajah menyampah aku memang jelas. Aku perasan Yoongi dari tadi tenung aku semacam.

“ Kenapa jieun? ” Soal Hoseok pelik.

nothing, abaikan tauhu tadi ” Aku cuba nak tukar topik.

Hoseok mengangkat bahunya dan aku pandang Yoongi yang dah pandang tempat lain bila aku pandang dia.

Dah kenapa?

“ Seok, awalnya kau pakai jubah ” Ujarku.

“ awal? Eh awal lagi Bagus tahu! Semangat ni ” Hoseok lagakan bahu dia dengan aku.

“ semangat ”

Aku jeling Hoseok dan kembali memeluk lengan Yoongi erat. Dagu aku labuhkan di bahunya. Kenapa muka dia nampak keruh?

“ mak buyung jom ikut aku pakai jubah konvokesyen ” Ajak Hoseok yang mula maju kehadapan.

“ awak.. jom? ” Ujarku lembut.

ha?  ”

“ mengelamun apa awak ni? Jom ikut saya pakai jubah konvokesyen tu ” Muncung ku bila dia mengelamun tadi.

“ takde apa jom lah ” Balasnya dingin, Yoongi meninggalkan aku sendirian dan mula menyaingi langkah Hoseok yang sudah maju ke hadapan.

Kenapa dia tetiba dingin?

Boleh sesiapa bagitahu aku?

••••


Bila tiba sahaja di tempat yang sepatutnya prof Yoojung memberi aku jubah konvokesyen kepada ku.

“ perlukan pertolongan? ” Soal prof Yoojung prihatin.

aniyo prof, suami saya boleh tolong ” dengan lembut aku menolak pelawaan prof tercantik dalam university ini Bae Yoojung namanya.

  Prof Yoojung menganggukkan kepalanya beserta dengan senyuman manis. Selepas membalas senyuman aku tarik tangan Yoongi ke tempat yang lebih sesuai. Yoongi hanya ikut tanpa sebarang pertanyaan.

“ sayang, mari sini jubah tu aku pakaikan ” Kini jubah konvokesyen sudah bertukar tangan. Bahuku ditarik lembut menghadapnya tanpa sebarang pertanyaan dia terus memakaikan untukku.

Aku hanya diam saja, malas nak bukak mulut. Dahlah tadi tinggalkan aku, sakit pulak hati rasa tadi.

Selepas selesai Yoongi mengusap rambut panjang ku dan mencium dahiku. Aku terkejut tapi riak wajah biasa dihadiahkan.

“ aku..hmm minta maaf kalau tadi aku dingin dengan kau. Bukan apa aku sebenarnya cemburu kau dengan Suho tadi ” Ujar Yoongi sambil pandang arah lain.

Lahhhh kes cemburu lah ni? Tubuh Yoongi di peluk longgar oleh ku disebabkan halangan perut milikku.

“ saya setia dengan awak lah ” Pipinya dicium lembut. Dapat rasakan pelukan aku dibalas olehnya.

i'm sorry

Aku tersenyum mendengar permohonan maaf nya. Aku lagakan pipi kanan aku dengan pipi kanan dia.

“ saya okay Yoongi, tak ambil hati pun ” Cehhh padahal tadi rasa nak tumbok pun ada.

Sejurus itu Yoongi lepaskan pelukan lalu dia melutut dan sekarang dia sama tinggi dengan perut aku. Dia pegang pinggang aku dan perut aku yang berlapik dengan baju dan jubah konvokesyen diciumnya. Belakang kepalanya aku sentuh dengan senyuman meniti di bibir.

KLIK!

NICE SHOT

Serta merta kami berdua menoleh ke arah suara yang datang dari arah kiri kami. Ternyata Jungkook si Jengkuk yang memakai jubah konvokesyen sambil tangannya memegang sebuah camera nikon dslr.

Jeon Jungkook dia pelajar tahun akhir si Seoul University,, Jungkook ni bijak walaupun dulu waktu menengah tinggi Bahasa inggeris dapat 3 je ∪ˍ∪ selepas itu dia tak sambung kolej tapi dia terus ke university. Jadi waktu belajar dia sama dengan aku tapi aku ni ulang setahun. Jimin dan Taehyung juga graduate pada hari ini.

Jadi lepas ni kami semua bebas daripada belajar.

“ kook nanti tangkapkan gambar kitaorang lepas ni ” Arah Yoongi yang sudah berdiri tepi aku .

“ satu gambar 5000₩ ” Sengih Jungkook nakal.

Amboi Amboi Amboi!
Kau ingat laki aku kaya sangat ke?!
Eh Jeonbit ni—

“ bab duit nanti cash

What the FISH!
K ngaku laki aku kaya ƪ(•̃͡ε•̃͡)∫

••••

“ Jieun! Kau jangan lompat! Baling je topi tu! ”

Pesanan Yoongi sebentar tadi ditelan bait-bait. Aku berdiri sebelah Jimin dan dalam kiraan tiga topi khas untuk konvokesyen dibaling dengan semangatnya.

HOORAY!!!

Dan sepertimana kata-kata Yoongi tadi aku hanya Baling topi konvokesyen. Takde peluang nak lompat-lompat.

Seusai tadi, sekarang pula sesi bergambar. Aku sudah selesai cuma hanya menemani abang-abang hot bergosip ,aku berbual dengan Bangtan. Kawan perempuan? Jujur, aku tak de kawan perempuan selain Yoori si adik ipar. Bukan tak de orang nak kawan tapi aku yang tak selesa.

Aku baru perasan yang suami aku tiada bersama kami. Mana pula suami aku ni pergi?

“ Weh, yoongi mana Yoongi? ” Soalku pada Bangtan.

Mereka pandang satu sama lain dan mengangkat bahu tanda mereka tidak mengetahui keberadaan Min Yoongi.

“ tandas mungkin? ”

“ Tapi— lama sangat dah ni ” Sesak aku.

alahh mana tahu dia cirit terbirit ke haa ” Tambah Namjoon yang ditepi aku.

yep. ada lah tu kejap lagi ” Tokok Seokjin yang ingin menyedapkan hati aku.

Aku hanya berdehem kecil dan mula memandang ke arah IPhone milikku. Mesej aku sebentar tadi hanya diberi seen yang menyakitkan hati. Aku tekan nombor satu dan automatik panggilan disambung kepada Min Yoongi.

“ weh, tu bukan ke Yoongi hyung? ”

a'ah lah

Sejurus mendengar kata-kata Taehyung terus aku memandang Taehyung dan dia tunding jari ke arah belakang aku.

Serta merta mulut aku terkunci melihat Yoongi dan seorang perempuan duduk di satu sudut sambil bergelak ketawa dengan riang. Bibir diketap geram sebelum memandang ke arah lain bila perempuan itu bertepuk tampar dengan Yoongi.

Nombor yang anda dail

Butang merah ditekan.

IPhone aku genggam erat dengan amarah makin menebal di hati.

“ Noona gwaenchanayeo? ” Soal Jungkook dengan nada prihatin.

“ okay ” balasku ringkas.

Selepas itu semua diam bila melihat muka masam ku. Hati tengah sakit ni, jangan nak banyak tanya kalau taknak kena sembur dengan aku.

“ tapikan, aku macam kenal je perempuan tu ” Ujar Hoseok.

“ kan, kejap.. Tu bukan ke Lisa?  Halahhh yang kolaborasi dengan syarikat kita ” Namjoon menampar bahu Hoseok.

Aku hanya pasang telinga....

“ Hah!  Dia lah kerashhhh fanatik fanatik si Yoongi tu! ” Namjoon dan Hoseok mula bertepuk tangan.

“ tapikan kau tak rasa ke diorang macam rapat ? Setahu aku Yoongi tak layan fans fanatik gila overdose tu”

“ kan, yang aku rasa diorang jadi kawan la. Takkan lah skandal pulak ”

Makin lama makin panas pulak rasanya. Diorang dua ni saja nak buat aku naik hantu ke apa? Aku dah pandang maut dah dekat pakcik-pakcik gosip tepi aku ni.

“ takkan lah skanda—”

“ baik diam sebelum aku mandulkan korang ” Ugutku keras.

erk jieun aku minta maaf ”

“ aku nak balik. Acara ni dah lama habis. ” aku cabut jubah konvokesyen dan letak atas meja.

ehh jieun sabarlah. Kita boleh slow talk dengan Yoongi. ” Seokjin menghalang. Lenganku dipegangnya tanda tidak mahu biarkan aku pergi.

“ pergi mati dengan slow talk dia. Aku dari tadi macam tunggul tunggu dia tapi dia boleh gelak tawa dengan betina lain? Minta maaf lah aku bukan selembut kapas yang korang sangka. ”

Aku rentap kasar tanganku dan berjalan laju meninggalkan ruangan dewan. Suara-suara sumbang yang memanggil, aku endahkan. Sejurus keluar dari university aku berhentikan teksi dan nasib aku baik bila ada teksi yang berhenti.

“ Nak pergi mana cik? ”

Ye, aku tahu aku muda.

“ Ilsan ”

Aku tekad, aku nak blah balik rumah omma. Yoongi?  Pergi berambus dengan kawan haktuih dia tu.

Adios!
Angkat kaki,
Aku blah dulu.

•••••


Yoongi’s


“ Yoongi saya dengan Jisoo balik dulu ” Pinta Lisa.

okay, hati-hati balik ” Ujarku sekadar mengambil berat.

arra..annyeong

Dengan gaya comel Lisa dan Jisoo melambaikan tangannya. Aku membalas lambaian nya dengan senyuman. Setelah memastikan mereka sudah pergi aku kembali masuk ke dalam dewan ingin mencari Jieun. Sumpah aku tak sedar yang dah lebih setengah jam aku dan Lisa berbual-bual. Sebenarnya kami discuss pasal lagu dan berbual kosong, aku hanya anggap Lisa sebagai adik dan bukan orang yang teristimewa.

Ni mesti merajuk punya lah Jieun tu. Serius aku minta maaf gila-gila. Dari jauh aku nampak Jieun tidak kelihatan, hanya bangtan dan Yerim sahaja ada. Mana pulak isteri aku tu pergi.

Selepas saja sampai di meja mereka, pandangan tak puas hati diberikan. Berkerut dahi aku dibuatnya.

“ dah kenapa? Jieun mana jieun? ”

Soalanku dibalas dengan jelingan tajam selain Namjoon dan Jimin kerana mereka mengalihkan wajah.

“ aku tanya ni ” Dinginku bila geram.

“ isteri hyung dah pergi. ”

Kata-kata Jungkook tadi rasa macam tumbuk je muka kacak dia tu.

“ Tak lawak lah bodohh! ” Geram betul aku.

Jungkook berdiri dan meja ditepuk kuat. Kami semua terkejut, jelas yang Jungkook memang bengang sekarang ni.

“ Isteri hyung dah lari lepas tengok adegan taik ayam yang hyung cipta dengan Minah thailand tu! ” Jerkah Jungkook.

Bibir di ketap geram mendengar jerkahan padu Jungkook.

Jieun nampak?

Arrghh! Shit!

“ Jungkook cuma nak cakap. Kook anggap Jieun noona tu macam noona kandung kook. Kook marah sebab hyung tak bangun tinggalkan lisa dan pergi dekat isteri hyung. Hyung kena sedar yang isteri hyung mengandung anak hyung! Isteri hyung tak setabah yang hyung sangka. Tolong jangan sempitkan fikiran hyung sebab kook rasa hyung tak bodoh ”

“ Kim Yerim ikut saya ” lengan Yerim disambar.

Selepas memberi kata-kata sentap yang tak sesentap mana Jungkook pergi meninggalkan kami dengan Yerim si tunang dia.

Aku pegang kepala kerusi yang berada didepan mata ku dan digenggam dengan perasaan yang serba salah.

“ Dia mungkin balik ilsan. ” Kata Hoseok sambil pandang arah lain.

Ilsan?
Naik teksi?
Min Jieun!
Kau memang suka buat aku risau!

Kerusi yang didepan aku ditendang . Dengan linangan air mata aku berlari keluar dari dewan.

Aku tak salahkan Jieun.
Dia berhak memiliki perasaan marah, cemburu, rasa nak belasah aku.
Sebab kali ni aku salah.

“ Min Jieun! ”

••••


Third person focus

“ kau berjaya butakan isteri dia dengan adegan kau tu? ”

“ Tolong lah aku bijak okay bukan macam kau main cakap belakang. Fake!

eh betina apa je kau buat tadi? Ada kau cium Yoongi? Bagi dia pil khayal pastu mengandungkan kau? ” Kata-kata pedas si lelaki itu mula memanaskan hati, telinga si perempuan itu.

“ Ni baru stage pertama lah bijak! Ada sebab kita serang time Jieun mengandung. ”

“ kau nak buat apa? ”

something special ” Sinis perempuan itu.

Seusai itu mereka bergelak ketawa persis orang kurang akal fikiran.

“ Hahaha— kalau aku tak dapat Jieun. Yoongi pun tak dapat lah hanat! ”

Perbualan antara seorang lelaki dan perempuan mula di api kan dengan perbalahan dan dengan tiba-tiba mereka ketawa.

Si lelaki mula bergerak ke arah satu papan kenyataan  yang penuh dengan gambar Min Yoongi dan Choi Jieun. Pisau lipat yang berada di genggaman tangan menikam gambar perkahwinan Min Yoongi dan Choi Jieun.

“ Hidup ni kena adil. ”

“ Aku tak dapat kau juga tak akan dapat ”



××××
🍃2752 words 🍃

Trang tang tang, Trang tang tang  Trang tang tang tang tang YOU GOT THE BEST OF ME!

Tak nak taip lebih tapi selamat membaca dan terima kasih vote komen cerita ni lagi-lagi jeonseaguk- ceulpark dan banyak lagi yang komen penpik ntah apa apa ni.

Iloveyou all so much!

<<VOTE&KOMEN>>

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro