❤︎ 𝓢𝓹𝓮𝓬𝓲𝓪𝓵 𝓒𝓱𝓪𝓹𝓽𝓮𝓻 ❤︎
Changbin yang bertugas sebagai pengacara majlis kelihatan begitu tekun melakukan kerjanya sebelum meletakkan mikrofon di atas meja terlebih dulu untuk membasahkan tekak yang terasa kering. Dia berpaling apabila tunangnya, Eunbi berlari anak menuju ke arahnya lalu membisikkan sesuatu kepadanya. Selesai meminum air, mikrofon tadi dicapai semula.
"Para tetamu dijemput duduk di tempat masing-masing untuk menyambut ketibaan pengantin perempuan kita, ya. Flower girls mana? Dah bersedia?" Tanya Changbin sambil mencari bayang tiga orang kanak-kanak perempuan.
"Dah ready!" Jawab Areum, Jinhee dan Haneul serentak. Changbin menunjukkan ibu jarinya. Dengan sekali arahan, mereka bertiga mula menaburkan bunga-bunga kamomil sepanjang laluan untuk pengantin.
Daniel membantu Seungmin berdiri sambil menunggu kehadiran Lia. Sempat dia merapikan tuksedo yang dikenakan Seungmin itu supaya terlihat lebih kemas.
Seungmin mengemam bibirnya kerana gemuruh. Dalam beberapa minit saja lagi, dia akan bergelar seorang suami. Jantungnya ketika itu berdegup dua kali lebih laju. Nafas dalam ditarik bagi menstabilkan pernafasannya.
"Lia dah masuk..," beritahu Daniel dan Seungmin mengukirkan senyuman. Saat itu, dia dapat membayangkan betapa cantiknya Lia yang menyarungkan gaun putih pengantin di majlis bahagia mereka.
Lia yang berjalan diiringi Jessica, menguntumkan segaris senyuman paling gembira sebaik saja melihat Seungmin yang menunggunya dengan berpakaian segak. Senyuman yang dipamerkan Seungmin membuatnya berasa sebak dan bahagia dalam masa yang sama. Siapa sangka yang mereka berdua akan menjadi pasangan suami isteri pada hari itu. Daniel dan Jessica sama-sama menuju ke tempat yang dikhaskan untuk ahli keluarga.
Huluran tangan Seungmin lantas disambut sebelum mereka berdua berdiri secara berhadapan. Lia menatap lama wajah Seungmin, begitu juga dengan Seungmin yang memandang ke arahnya meskipun pandangannya kosong saat itu. Lelaki yang bertugas untuk menyatukan mereka berdua sudah mengambil tempat yang membuatkan pasangan itu berdebar.
Majlis penyatuan di antara dua hati akhirnya berjalan dengan lancar. Janji untuk terus mencintai antara satu sama lain, kata-kata yang menjanjikan kesetiaan mereka dan juga ikrar untuk saling membantu walau apa jua keadaan sekalipun, telah dilafazkan Seungmin dan juga Lia seikhlas hati. Sebentuk cincin disarungkan pada jari bagi merasmikan status mereka sebagai suami isteri. Suasana dewan begitu meriah dengan tepukan para tetamu yang dijemput hadir.
Mata Seungmin kelihatan muka bergenang dengan airmata sebaik saja dirinya sah bergelar suami kepada gadis yang bukan saja dicintainya malah mencintai dirinya lebih dari apa pun. Pada waktu yang sama, Seungmin seakan ternampak dua orang wanita yang pernah mengisi kekosongan dalam hidupnya dahulu sedang tersenyum ke arah mereka, seolah-olah meraikan hari bahagianya bersama Lia.
✾✾✾✾✾
Pasangan pengantin baru itu berjalan sambil berpegangan tangan. Dengan baju perkahwinan yang masih tersarung pada badan, mereka berdua ingin menghabiskan masa bersama di pantai yang berlatarkan pemandangan matahari terbenam. Tempat yang sederhana tetapi membawa seribu makna untuk mereka.
"Terima kasih, Lia sebab terima saya dan sudi menjadi peneman hidup saya. Masa berlalu begitu pantas dan akhirnya sekarang, saya dah bergelar seorang suami untuk awak," ujar Seungmin, memulakan bicara.
Lia melentokkan kepalanya di bahu Seungmin seraya tersenyum. "Sama-sama... Saya pun rasa macam mimpi lagi sekarang ni. Tak sangka kan, bermula dari sepaket tisu yang awak beri pada saya... Hubungan kita sampai ke tahap ni," balas Lia lalu tertawa.
Matahari yang masih menampakkan diri itu dipandang lama. Meskipun sudah hampir terbenam tetapi ianya masih dapat menerangi langit malah mengindahkan lagi pemandangan.
"Bagi saya, kehadiran awak sama dengan matahari sebab awak selalu menerangi hidup saya. Walaupun matahari akan menghilang dengan wujudnya langit malam, dia tetap cuba menerangi langit pada saat-saat terakhir. Itulah apa yang fikirkan setiap kali tengok matahari terbenam," beritahu Lia.
"Kalau saya pula, awak anggap saya sebagai apa? Bulan?" Teka Lia namun mencebik apabila Seungmin menggeleng.
"Bagi saya, bulan tak istimewa sebab semua orang boleh tengok. Waktu malam tak akan indah tanpa adanya bintang. Saya anggap awak macam bintang sebab bintang ada banyak dan dalam banyak-banyak bintang tu jugalah, ada satu bintang yang paling terang... Macam itu jugalah awak. Dalam ramai-ramai perempuan, awak seorang je yang ada dalam hati saya," jawab Seungmin, membuatkan Lia berasa terharu.
"Walaupun bintang bukan hanya satu di langit tapi saya janji akan berusaha untuk terus jadi bintang yang selalu bersinar terang supaya awak tak pandang bintang lain," ujar Lia yang membuatkan Seungmin tertawa seraya mengangguk.
Seungmin memberhentikan langkah dan kini badannya menghadap Lia. Kedua tangan gadis yang juga merangkap isterinya itu, diraih lembut. Dengan kedua matanya yang dipejam rapat sebelum dua ulas bibirnya mendarat lama di dahi Lia. Kini, tiada sesiapa yang dapat memisahkan mereka berdua melainkan ajal yang datang menjemput.
"Saya cintakan awak selamanya, Julia Choi," ucap Seungmin.
"Saya pun cintakan awak, Kim Seungmin."
Perasaan cinta itu adalah sebuah anugerah besar yang diberikan Tuhan kepada manusia dan cinta yang sejati itu memandang kelemahan, lalu kelemahan itu dijadikan satu kelebihan untuk terus mencintai.
✾ 𝕋𝕒𝕞𝕒𝕥 ✾
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro