Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦34

Suasana petang itu terasa sunyi namun tetap menyamankan. Seungmin dan Lia sama-sama mendiamkan diri selepas meluahkan perasaan antara satu sama lain. Hanya tangan mereka saja yang masih lagi bergandingan, tidak dilepaskan.

"Seungmin, sekali lagi saya minta maaf sebab lukakan hati awak." Lia memulakan bicara.

"Pasal ni dah jelas kan? Awak buat semua tu bukan atas kerelaan awak sendiri dan saya juga bersalah pada awak sebab terlalu ikutkan perasaan. Lagipun Jessica dah jelaskan semuanya pada saya," balas Seungmin.

Lia menoleh ke arah Seungmin sebaik saja jejaka itu memberitahu yang Jessica ada datang ke kampung. Dia sangkakan yang kakaknya menghabiskan masa di syarikat, tidak sangka pula yang wanita itu datang ke situ untuk menemui Seungmin. Adakah semuanya disebabkan apa yang dikatakannya semalam?

"Kenapa Jessica datang jumpa awak?" Soal Lia ingin tahu.

"Untuk minta maaf." Pendek saja jawapan Seungmin dan Lia hanya mengangguk sendiri. Benarlah tekaannya namun dia juga mengharapkan permintaan maaf Jessica itu benar-benar tulus, bukan hanya kerana mahukan fail kontrak yang masih lagi pada tangannya.

Lia menatap lama sisi wajah Seungmin yang disinari cahaya matahari yang kian terbenam dan kini dia tidak lagi dapat merasakan perkara yang sama dari Seungmin. Sedikit sebanyak, dia merindukan tatapan yang pernah diberikan Seungmin padanya. Deringan telefon membuatkan Lia tersentak lantas melihat gerangan yang menghubunginya. Dia mendecit perlahan sebelum menjawab panggilan itu.

"Ya?" Ujar Lia sebelum diam, memberi ruang untuk Jessica berbicara di hujung talian. Sempat dia menoleh ke arah Seungmin yang ketika itu kelihatan bersahaja.

"Seungmin, saya perlu balik sekarang," beritahu Lia sebaik saja menamatkan panggilan.

"Awak jangan risau... Saya janji akan datang ke sini semula esok. Saya ada perkara yang perlu diselesaikan di syarikat dan selepas semuanya selesai, saya akan terus datang ke sini," ujar Lia yakin.

Seungmin tersenyum sebelum mengangguk perlahan. "Saya akan tunggu awak," jawab Seungmin sebelum melepaskan pegangan tangan mereka berdua.

"Hati-hati," pesan Seungmin. Selang beberapa minit selepas Lia meninggalkan rumah, Seungmin menunduk. Entah kenapa hatinya terasa berat untuk berpisah dengan Lia meskipun gadis itu sudah berjanji akan datang semula. Dirinya takut jika Lia akan pergi meninggalkannya untuk kali kedua. Bagaimana jika perasaan Lia padanya tiba-tiba berubah setelah melihat keadaannya sekarang? Semua itu tidak mustahil kalau hendak difikirkan.

"Saya akan percayakan awak, Lia," gumamnya sendiri seraya menghela nafas perlahan. Fikiran negatif tadi segera dibuang supaya tidak terus bermain di kepalanya. Dia yakin, pemergian Lia sama seperti senja kerana perginya hari senja itu dengan membawa sebuah janji. Janji untuk kembali.

✾✾✾✾✾

Changbin terkejut apabila menerima kehadiran Lia di kafenya. Tidak sangka pula gadis itu akan pulang ke kampung semula selepas apa yang berlaku. Changbin tersenyum lebar sebaik saja Lia melangkah ke arahnya.

"Kafe dah tutup. Kalau nak order air, esok datanglah," beritahu Changbin.

"Bukanlah... Saya saja singgah sebab ternampak awak dekat sini. Memang esok saya datang sini semula. Kalau ikutkan malas nak balik ke Gangnam tapi kena juga sebab ada kerja yang perlu diuruskan." Lia menjelaskan maksud kehadirannya ke situ.

Changbin tersengih sebelum mengaduh kesakitan apabila satu tamparan hinggap di lengannya. Lia yang berdiri di hadapannya di pandang dengan pandangan tidak puas hati. Sudah kenapa pula dirinya dipukul sedangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

"Padan muka. Itu balasannya sebab awak tak beritahu saya pasal Seungmin. Sampai hati awak rahsiakan hal ni dari saya," marah Lia.

Changbin mengemam bibirnya. Jadi, bermakna sekarang ini Lia sudah mendapat tahu soal penglihatan Seungmin tetapi dari siapa? Mungkin Daniel kerana jejaka itu ada datang melawat Seungmin pagi tadi.

"Oh... Pasal tu. Saya memang nak beritahu awak tapi Seungmin awal-awal minta saya rahsiakan daripada awak. Maaflah, bukan sengaja pun. Alah, lagipun awak dah tahu pun, kenapa nak marah lagi?" Soal Changbin kerana tidak puas hati lengannya ditampar sesuka hati.

"Eh, kejap. Awak datang ke kampung sebab nak jumpa Seungmin?" Tanya Changbin sejurus terlintas perkara itu di fikirannya dan Lia mengangguk tanda mengiyakan soalannya.

"Macam mana? Korang dah berbaik?" Changbin mula menggali cerita dari Lia. Hendak menunggu Seungmin yang bercerita, dia sendiri tidak yakin jika kawannya itu akan memberitahunya.

"Eh, dah lambat ni. Jumpa esok!" Lia melambai kecil sebelum masuk ke dalam keretanya meninggalkan Changbin yang masih menunggu jawapan.

Changbin mengherotkan bibirnya apabila dirinya tidak dipedulikan. Esok pun esoklah. Sekarang ini, dia perlu pulang ke rumah memandangkan Seungmin bersendirian di rumah. Buatnya dia menunggu di beranda sampai ke malam, mahu dihalaunya.

✾✾✾✾✾

Pak Sooman tersenyum lebar sebaik saja melihat Seungmin keluar dari kereta Changbin. Dia bersyukur kerana Seungmin baik-baik saja dan masih ingin ke rumahnya. Tidak dapat disangkalkan lagi betapa kuatnya mental dan fizikal Seungmin kerana masih mampu tersenyum mesra walaupun keadaan dirinya tidak sama seperti dulu.

"Pak Sooman sihat?" Ramah Seungmin. Sengaja dia ke rumah orang tua itu kerana bosan kalau ditinggalkan di rumah sendirian. Sekurang-kurangnya di situ, dia dapat berbual.

"Sihat..," jawab Pak Sooman seraya menepuk bahu Seungmin. Buat seketika dia mula berasa sebak dan matanya mula berkaca. Dirinya sudah menganggap Seungmin seperti anak kandungnya sendiri dan apa yang berlaku pada Seungmin turut terkesan padanya.

Changbin hanya diam, tidak tahu hendak berkata apa. Dia faham apa yang dirasakan Pak Sooman apatah lagi sebelum ini Seungmin selalu membantunya dalam pelbagai kerja.

"Duduklah dulu. Eunbi tengah buatkan air dekat dalam," pelawa Pak Sooman sambil mengelap airmatanya yang hampir mengalir. Tangan Seungmin ditarik lembut, mengiringi langkah pemuda itu menuju ke bangsal yang selalu menjadi tempat mereka mengambil angin. Changbin pula sudah meminta diri kerana ingin ke kafe.

"Tangan kamu macam mana? Dah sembuh?" Tanya Pak Sooman.

Seungmin memegang tangan kanannya yang masih berbalut sebelum mengangguk. "Bolehlah kalau nak buat kerja ringan tapi kalau nak suruh bela batang paip tu, kena tunggu betul-betul pulih dulu lah," seloroh Seungmin lalu disambut dengan suara tawa Pak Sooman.

"Kamu budak yang kuat semangat, Seungmin. Mula-mula Pak Sooman dapat tahu pasal mata kamu, Pak Sooman risau sangat dengan kamu tapi bila berjumpa sendiri dengan kamu hari ni, Pak Sooman rasa lega," ujarnya dan Seungmin tersenyum seraya mengangguk kecil.

"Masa dapat tahu yang saya dah tak boleh melihat macam biasa, saya sendiri tak tahu nak fikir apa. Siapa je yang tak sedih bila dapat tahu berita macam tu tapi selepas semalaman, barulah saya terima kenyataan ni. Sekurang-kurangnya, saya masih ada kaki dan tangan yang masih sempurna. Kalau nak sedih dengan keadaan saya, masih ramai lagi orang dekat luar sana yang nasib dia lagi tak bernasib baik dan dengan cara tu, buat saya rasa bersyukur. Saya mungkin kekurangan sesuatu tapi saya masih ada orang yang pedulikan pasal saya, kan?" Kata Seungmin. Suaranya juga kedengaran tenang saat mengatakan itu.

"Betul sangat-sangat," balas Pak Sooman. Kemudian dia menoleh apabila Eunbi keluar bersama dulang air.

"Jemput minum, Seungmin," pelawa Pak Sooman sebelum menghulurkan secawan air kepada Seungmin. Tingkah laku Seungmin diperhatikan dalam diam. Benarlah seperti apa yang diceritakan Changbin yang Seungmin dapat menjaga dirinya sendiri dan tidak perlukan bantuan sesiapa dalam hal kecil begitu.

"Erm, Ayah... Eunbi nak keluar jumpa kawan sekejap. Dia ada balik kampung hari ni," beritahu Eunbi dan Pak Sooman hanya mengangguk.

"Apa pandangan Pak Sooman tentang Changbin?" Tanya Seungmin spontan.

"Okey, baik budaknya. Rajin pun rajin walaupun mulut dia kadang tu susah nak diam. Kenapa kamu tiba-tiba tanya pasal Changbin pula?" Soal Pak Sooman kehairanan.

"Tak adalah... Sebab Changbin kan sukakan Eunbi, jadi saya nak tahulah apa pandangan Pak Sooman. Lepas Pak Sooman cakap macam tu, saya pasti yang Pak Sooman restu je hubungan diorang tapi saja nak tengok dulu Changbin tu orangnya macam mana. Tak macam tu?" Teka Seungmin lalu tersenyum sendiri.

"Hahaha! Betul lah tu. Bukan apa, kadang-kadang Pak Sooman terhibur tengok Changbin, itu yang Pak Sooman suka suruh dia buat kerja banyak-banyak. Pasal Eunbi, Pak Sooman tak kisah pun siapa yang dia suka, asalkan dia gembira Pak Sooman pun gembira," ujar Pak Sooman sebelum memandang Seungmin pula.

"Kamu dengan Lia macam mana?" Tanya Pak Sooman pula. Dia tahu hubungan antara pasangan muda itu lebih dari sekadar berkawan.

Seungmin mengangkat bahu. "Saya sendiri tak pasti sekarang, Pak Sooman. Biarlah Tuhan saja yang tentukan semuanya," jawab Seungmin sebelum mengukirkan satu senyuman.






Eunbi mengintai keadaan di dalam kafe, di mana tempat yang dijanjikan untuk berjumpa. Tanpa disedarinya, datang seseorang datang menyergahnya dari belakang yang membuatkan Eunbi terjerit kecil kerana terperanjat.

"Ish! Awak ni!" Marah Eunbi seraya memegang dadanya yang berdegup laju.

"Hahahaha! Awak cakap macam mana dengan Pak Sooman?" Tanya Changbin dalam tawanya. Akhirnya, dia dapat meluangkan masa berdua dengan Eunbi tanpa diawasi Pak Sooman.

"Saya cakap nak jumpa kawan... Nasib baik Ayah tak tanya kawan mana. Tak apa ke kita keluar macam ni? Saya rasa bersalah pula sebab tipu Ayah... Kenapa awak tak terus terang je pada Ayah, nak bawa saya keluar?" Soal Eunbi. Dia mula tidak senang duduk kerana memikirkan ayahnya di rumah.

"Awak nak suruh saya tanya Pak Sooman? Memang taklah ayah awak izinkan, kena panjat pokok kelapa dululah jawabnya. Alah... Lagipun betul apa yang awak cakap tu, kita kan kawan, apa yang tipu?" Changbin memberi alasan, ingin menenangkan hati Eunbi. Mereka berdua bukanlah hendak melarikan diri selain hanya ingin berbual sesama sendiri ataupun erti kata lain, mengenali hati masing-masing.

Eunbi mengemam bibirnya sebelum mengangguk setuju. Betul juga apa yang dikatakan Changbin. Mereka bukannya berjumpa di tempat yang terpencil bahkan hanya di kafe Changbin, yang jaraknya beberapa meter saja dari rumahnya.

"Okey, sekarang kita order air dulu. Awak nak air apa? Biar saya belanja. Lepas dah dapat air, kita pergi dekat tasik belakang kafe ke awak nak duduk dalam ni je?" Tanya Changbin terlebih dulu. Dia tidak mahu memberi keputusan sendiri dan membuatkan Eunbi tidak selesa dengannya.

"Saya ikut je tapi lepas kita siap minum, kita balik rumah ya?" Ujar Eunbi yang masih lagi kerisauan.

"Ya, jangan risaulah," balas Changbin seraya tersenyum.





Changbin memerhatikan Eunbi dalam diam sebelum tersipu malu sendiri. Suasana di sekeliling mereka terasa janggal namun cukup membuatkan hatinya berdebar-debar. Dia dapat bayangkan beberapa ekor rama-rama berterbangan di dalam perutnya kerana terlalu gembira.

"Erm... Kita nak berbual apa ni?" Changbin membuka suara bagi memecahkan benteng di antara mereka.

"Saya pun tak tahu sebenarnya," jawab Eunbi sambil menggoyangkan kakinya perlahan. Bangunan kafe yang terletak di belakang mereka ketika itu dipandang lama.

"Macam mana awak boleh terfikir nak wujudkan kafe ni?" Eunbi memberanikan dirinya untuk berbual meskipun masih berasa kekok.

"Sebab Mummy saya suka minum air yang berasaskan teh. Saya ingat lagi waktu saya kecil, setiap petang family saya pergi berkelah, mesti Mummy akan hidangkan teh dan luangkan masa dekat tepi tasik ni. Sekarang semua tinggal kenangan. Lepas Mummy dengan Daddy bercerai, saya dah tak dapat rasa semua tu dan dari situlah wujudnya idea nak bina kafe Jutdae ni. Walaupun saya sendiri owner kafe, saya akan datang sini hari-hari sebab dengan cara tu, saya dapat lepaskan rindu saya pada Mummy," cerita Changbin akan kisah hidupnya yang tidak diketahui sesiapa melainkan ayahnya dan juga Seungmin.

"Saya minta maaf sebab tanya soalan tu pada awak. Kalau saya tahu, saya cari soalan lain," ujar Eunbi serba salah.

"Tak apalah, saya tak kisah pun. Tak semua dalam hidup ni manis kan? Mesti ada pahit dia," balas Changbin sebelum menghirup minuman bobanya.

"Awak? Tak nak cerita pasal kehidupan awak?" Tanya Changbin. Dia juga ingin mengetahui kehidupan Eunbi.

Eunbi tersenyum lalu mengangguk kecil. Jika Changbin bersikap terbuka padanya, apa salahnya kalau dia juga melakukan demikian. Inilah masa yang sesuai untuk mereka mengambil tahu rahsia yang disimpan sendiri.

"Kalau saya pula, bangsal dekat depan rumah saya tu. Awak tahu kan, yang mendiang Mak saya dulu buat kuih untuk tempahan. Setiap kali ada orang tempah, mesti Mak saya duduk dekat bangsal tu, habiskan masa dengan buat kuih." Eunbi membuka cerita.

"Eh haah lah! Mak awak dulu buat kuih... Macam mana saya boleh tak ingat padahal family saya selalu tempah dengan Mak awak setiap kali ada buat makan besar. Wah! Maknanya kita dah ada kaitan dari dulu lagi," ujar Changbin dengan penuh bersemangat. Eunbi pula sudah tertawa kerana geli hati melihat reaksi Changbin.

Changbin kemudiannya memandang ralit ke arah Eunbi yang mana membuatkan gadis itu terdiam.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Tanya Eunbi lantas mengalihkan wajahnya ke arah lain. Malu bila ditenung begitu.

"Eh, maaf. Saya cuma terkejut tengok awak ketawa macam tu... Ya lah, selama ni kan paling kurang pun awak senyum je. Hehe," jelas Changbin.

"Air saya dah habis... Saya balik dulu, nanti Ayah cari pula." Eunbi meminta diri lalu bangun dari bangku. Bekas minuman yang kosong dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

Changbin tidak mampu berkata apa selain mengangguk perlahan. Sempat dia melambai ke arah Eunbi walaupun gadis itu tidak menyedarinya. Keluhan kecil dilepaskan lalu menampar perlahan pipinya. Kalau dia tidak merenung wajah Eunbi tadi, sudah tentu mereka akan berbual lebih lama.

✾✾✾✾✾

Changbin menggaru kepala yang tidak gatal apabila Seungmin terus termenung di beranda rumahnya sejak pulang dari rumah Pak Sooman lagi. Apa yang merisaukannya ialah Seungmin tidak berkata sepatah pun.

"Seungmin... Kenapa dengan kau ni? Kau ada sakit dekat mana-mana ke?" Soal Changbin sebelum mengambil tempat di sebelah Seungmin.

"Kau nampak aku macam sakit ke?" Tanya Seungmin semula dengan nada bersahaja.

"Memanglah tak nampak sakit tapi mana aku tahu kalau kau ada rasa sakit. Kalau tak, baguslah, jom masuk makan dulu... Tadi masa balik dari kafe, aku ada bungkus makanan untuk kita," beritahu Changbin. Menyesal pula dia bertanya kalau itu jawapan Seungmin. Hendak ikutkan hatinya, ingin saja dia menarik rambut Seungmin bagi melepaskan sakit hatinya.

"Aku tak lapar lagi... Kau nak makan dulu, pergilah," ujar Seungmin tanpa memberitahu Changbin, mengapa dia duduk menunggu di situ.

"Kau makan apa ha? Pak Sooman beritahu aku yang korang berbual sambil minum air je... Tak fahamlah aku dengan kau ni. Nak kata broken tapi macam tak. Kenapa sebenarnya kau termenung dekat sini?" Tanya Changbin yang masih belum mengalah.

"Entahlah... Ke aku yang terlalu berharap?" gumam Seungmin sendiri.

Changbin menarik nafas sedalam-dalamnya. Sekarang ini, apa pula yang cuba dikatakan Seungmin. Rasanya dia cuma mengajak Seungmin makan namun kenapa tiba-tiba kawannya itu berkata begitu pula. Kemudian dia teringat yang Lia ada singgah di kafenya petang semalam.

"Kau tunggu Lia ke sebenarnya?" Teka Changbin.

"Sekarang pukul berapa?" Soal Seungmin tanpa mengendahkan pertanyaan Changbin.

"Pukul 4 lebih. Kau tak jawab pun soalan aku tadi. Kau tunggu Lia ke?" Sekali lagi Changbin bertanya.

"Tadi kau ajak aku makan kan? Jomlah, tiba-tiba aku rasa lapar pula." ujar Seungmin lalu bangun dari tempatnya, meninggalkan Changbin sendirian di beranda.

Langkah Seungmin diperhatikan Changbin. Jelas kelihatan jejaka itu sedang bersedih namun cuba disembunyikan perasaannya. Secara tiba-tiba dia ingin mengetahui apa yang dibualkan antara Lia dan Seungmin semalam hingga membuatkan kawannya menunggu begitu sekali. Malas hendak berfikir panjang, Changbin menyusul langkah Seungmin.

"Yah! Kau tak tunggu aku pun makan sekali," bebel Changbin apabila Seungmin sudah pun menjamah nasi goreng yang dibelinya tadi.

"Kau tak suruh," jawab Seungmin selamba. Sesudu lagi nasi goreng disuap ke dalam mulut.

Changbin mengetap giginya menahan geram. Tadi bukan main lagi sedih, ini menyakitkan hati pula. Adakah Seungmin mempunyai masalah identiti hingga begitu mudah emosinya berubah. Dengan bibir yang muncung sedepa, Changbin menarik kerusi yang berhadapan dengan Seungmin.

"Kalau betul lah yang kau tunggu Lia... Jangan risau. Semalam dia ada jumpa aku dan cakap akan datang semua hari ni. Jadi, kau tak payahlah nak overthinking... Aku yakin Lia akan tepati janji dia. Lagipun, awal lagi... Dia pun sibuk bekerja agaknya." Changbin meyakinkan Seungmin walaupun jejaka itu tidak berkata apa-apa.

"Dia ada cakap macam tu pada kau?" Soal Seungmin inginkan kepastian sementara Changbin tersengih sendiri kerana tekaannya tadi benar.

"Ya... Takkanlah aku nak tipu pula," jawab Changbin.

"Kau bukan boleh kira... Nak sejukkan hati aku, kau buat cerita. Macam aku tak kenal kau macam mana," ujar Seungmin lalu tersenyum jahat.

"Yah! Ma- uhuk!!" Changbin terbatuk kecil kerana tersedak. Lupa pula yang dia sedang mengunyah nasi ketika itu.

"Ha... Tulah, masa makan pun nak menjerit, mulalah tersedak," tegur Seungmin.

Changbin meneguk air seraya menepuk dadanya beberapa kali. Selepas memastikan semuanya kembali tenang, Changbin membuat keputusan untuk mendiamkan diri. Lebih baik dia menghabiskan dulu makanannya, risau perkara yang sama berulang lagi sebelum menjeling Seungmin tidak puas hati.

"Changbin." Panggil Seungmin.

"Apa?"

"Bawa aku pergi pantai petang ni?" Pinta Seungmin.

"Tak nak." Pantas saja Changbin menjawab.

"Bolehlah," rayu Seungmin.

"Tak nak."

"Bolehlah..."

"Tak nak."

"Bole-"

"Ish! Ya lah, aku bawa!" Akhirnya Changbin mengalah sementara Seungmin sudah tersenyum menang. Bukan susah hendak memujuk lelaki itu. Hanya dengan desakan, pasti dia akan mengalah.

"Terima kasih," ucap Seungmin dan Changbin tidak memberi apa-apa jawapan selain terus menyuapkan baki nasi goreng ke dalam mulutnya.

✾✾✾✾✾

Mendengar bunyi ombak yang menghempas pantai sudah membuatkan Seungmin tersenyum sendiri. Angin pantai yang menyapa wajahnya terasa begitu menyamankan. Seungmin memberanikan dirinya untuk mengorak langkah meskipun dia tidak biasa dengan jalan di pantai itu.

"Betul ni kau nak jalan seorang? Aku risau kau masuk dalam laut je kejap lagi," tanya Changbin minta kepastian sebelum tersengih. Walaupun Seungmin tidak dapat melihat namun renungan tajam matanya mampu menusuk kalbu.

"Aku tahulah nak bezakan mana air mana pasir... Kau ni pun, merepek nombor satu," marah Seungmin semula.

Changbin mengajuk semula apa yang dikatakan Seungmin. Harap kawan saja dia bantu, kalau tidak... Tidak perlu tunggu Seungmin hanyut dibawa air, dia sendiri yang akan menghumbannya ke dalam laut.

"Kau tunggu ya. Dalam lima belas minit aku datang sini semula," ujar Seungmin manakala Changbin sudah mengerut wajahnya. Keliru dengan apa yang dikatakan Seungmin.

"Macam mana kau tahu dah lima belas minit dan macam mana juga kau nak balik ke sini semula?" Soal Changbin yang kehairanan.

"Kaulah yang tengok masa. Dah cukup lima belas minit, kau ambil lah aku. Itu gunanya ada kawan, saling membantu." Selamba saja Seungmin berkata begitu. Tidak menunggu Changbin menjawab, Seungmin terlebih dulu mengangkat kaki.

"Y- siapa pula yang telefon ni? Eh-" Changbin sedikit terkejut dengan nama pemanggil sebelum memandang Seungmin yang semakin menjauh.





Seungmin menarik nafas dalam saat berjalan di persisiran pantai. Dengan penuh berhati-hati, dia melangkah perlahan. Telinganya tidak mendengar sebarang suara yang menunjukkan tiada sesiapa di sekitarnya. Selipar yang tersarung pada kaki, ditanggalkan, membiarkan tapak kakinya menyentuh pasir pantai.

Kedua matanya dipejam, cuba membayangkan persekitaran pantai yang pernah dikunjunginya dan ketika itu, dia teringatkan kenangannya bersama Lia di situ. Wajah cantik yang sentiasa dihiasi dengan senyuman manis itu seolah-olah tersemat kemas di ingatannya. Betapa dia merindukan suara Lia dan mengharapkan Lia berjalan di sampingnya pada waktu itu.

Seungmin perlahan-lahan membuka matanya saat merasakan tangannya dipegang erat sebelum menoleh ke kanannya. Seakan satu keajaiban berlaku, dirinya dapat melihat dengan jelas senyuman yang dirindukannya di bawah sinaran matahari sebelum semuanya kembali gelap.

"Maaf buat awak tunggu. Rindukan saya?" Soal Lia seraya menghayun perlahan tangan mereka.

Langkah diberhentikan dan kini mereka saling berhadapan antara satu sama lain. Tanpa menuturkan sepatah perkataan, Seungmin terus menarik Lia ke dalam dakapannya. Tubuh kecil gadis itu dipeluk erat, seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi.

"Terima kasih sebab tunaikan janji awak pada saya... Tolong jangan tinggalkan saya lagi," rayu Seungmin sepenuh hatinya dan Lia membalas pelukannya seraya mengangguk faham.

"I'm still here always... By your side, Kim Seungmin."

✾ 𝔹𝕖𝕣𝕤𝕒𝕞𝕓𝕦𝕟𝕘 ✾

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro