❦28
Seungmin
Aku akan datang ambil Areum dalam masa dua hari lagi.
Telefon ditutup. Mesej yang dihantar Daniel siang tadi hanya dibaca, tidak dibalas walaupun sepatah dua kata. Seungmin yang tadinya mengiring, mengubah posisinya menghadap siling biliknya. Kipas yang berpusing direnung tanpa berkelip. Buat masa sekarang dia tidak boleh melelapkan mata kerana cuba mencari cara bagaimana untuk dia jelaskan kepada Areum tentang hal ini. Areum masih kecil untuk memahami situasi sebenar.
Notifikasi KakaoTalk yang berbunyi mengalihkan tumpuan Seungmin lantas telefon yang terletak di hujung kepalanya, dicapai.
Lia 🌼
Awak tidur dah ke? 👀
Seungmin tersenyum kecil selepas membaca pesanan yang dihantar Lia. Sedikit sebanyak Lia membantunya melupakan sejenak masalahnya. Kemudian Seungmin bangun menyandar pada kepala katil sementara jarinya laju menaip, membalas mesej Lia.
Tak lagi..
Kenapa awak belum tidur?
Tak mengantuk ☹️
Samalah...
Saya tahu kenapa saya tak boleh tidur
Kenapa?
Sebab awak tengah fikirkan saya...
Kan?
Baik awak mengaku sekarang
Sebelum saya muncul dekat tingkap😏
Okey, datanglah...
Saya tunggu 😝
🌚🌚🌚
Seungmin...
???
Seungmin
👀👀👀
Tidur dah ke? 😑
Tadi kata tak mengantuk 😌😌
Goodnight and sweet dreams💗
Telefon pada tangan perlahan-lahan terlepas dari pegangan sebaik saja Seungmin terlelap tanpa sempat membalas mesej Lia. Jika tadi dia tidak dapat melelapkan mata, kini dia sudah pun lena di katilnya sebaik saja melupakan hal Areum.
Lia memerhatikan tingkap bilik Seungmin yang tertutup rapat. Dia sudah duduk di situ sejak dari tadi lagi kerana memikirkan keadaan Seungmin. Seperti yang disangkakan, jejaka itu masih belum tidur walaupun waktu sudah menunjukkan pukul 3.10 pagi. Tidak lain dan tidak bukan, Seungmin berasa terganggu dan sebab itulah dia membuat keputusan untuk menghantar mesej bagi menemaninya. Siapa sangka, rancangannya berhasil apabila Seungmin terlelap semasa mereka saling membalas mesej.
Gadis berambut panjang itu melepaskan keluhan. Perbicaraan sudah pun selesai namun dia masih belum melaksanakan syarat Jessica sepertimana yang dijanjikannya. Demi membantu Seungmin, dia sanggup bersetuju dengan syarat yang diberikan Jessica walaupun perkara itu sangat susah untuk dilakukan. Lia menggelengkan kepalanya, cuba melupakan soal itu. Apa yang terjadi sekalipun, dia sanggup menanggung risikonya asalkan dia dapat membantu Seungmin.
✾✾✾✾✾
"Permaisuri Elsa, ini Kristoff... Kekasih Anna." Areum menundukkan sedikit kepala patung yang bernama Kristoff tadi sementara tangan kanannya memegang patung Elsa.
Seungmin yang memerhatikan anaknya sejak tadi hanya menyimpulkan senyuman kecil. Dia tahu patung yang dipegang Areum ialah patung yang dibeli Daniel. Melihat anaknya gembira, Seungmin mula merasakan Areum akan bahagia jika menetap bersama Daniel oleh kerana jejaka itu jauh lebih mampu daripada dirinya.
"Areum suka patung baru tu?" Tanya Seungmin, sengaja ingin mendengar jawapan Areum.
"Suka tapi Areum lagi sukakan patung Elsa, yang Ayah hadiahkan pada Areum masa birthday tahun lepas," jawab gadis kecil itu tanpa menoleh ke arah Seungmin yang duduk tidak jauh darinya.
Mendengar jawapan itu dari mulut anaknya sendiri, membuatkan Seungmin terharu. Sekurang-kurangnya, Areum tahu bagaimana untuk menjaga hati dan perasaannya meskipun dia sudah maklum betapa gembiranya Areum saat bermain dengan anak patung yang dibelikan Daniel. Seungmin berpaling ke arah pintu sebaik saja mendengar suara Lia sebelum tersenyum.
"Awak tak balas pun chat saya," ujar Lia dengan nada merajuk apabila mesejnya diabaikan Seungmin.
"Lah, kan awak wish goodnight... Saya bangun dah pagi, nak balas apa lagi?" Soal Seungmin polos seraya menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal.
"Boleh je kan awak balas good morning? Ish, tak romantik langsung," rungut Lia. Berialah dia berangan yang Seungmin akan membalas mesejnya dengan pesanan manis sepertimana yang tertulis di dalam novel cinta. Ini tidak, boleh pula Seungmin bertanya begitu dengan riak bersahaja.
"Good morning, Lia... Macam ni, okey?" Tanya Seungmin sekaligus memujuk gadis itu.
"Bolehlah..." Lia berbasa-basi. Bisa diterima walaupun kurang memuaskan. Asalkan Seungmin menyedari kesilapannya kerana telah mengabaikan mesejnya.
"Okeylah, saya nak ke ladang bunga dulu. Mungkin tengahari nanti saya akan balik makan tengahari di rumah," beritahu Seungmin sebelum Lia memandang wajahnya lama yang mana membuatkan Seungmin menunggunya untuk bersuara.
"Awak dah beritahu Areum?" Tanya Lia inginkan kepastian.
"Belum... Mungkin sebelum Daniel datang ambil esok, saya akan jelaskan pada Areum. Awak janganlah risau." Yakin Seungmin lantas menepuk lengan Lia perlahan. Senyuman pahit dipamerkan sebelum meminta diri.
Lia hanya diam manakala sepasang matanya memerhatikan langkah Seungmin. Jelas kelihatan yang jejaka itu sedang menahan perasaannya sendiri walaupun dia tetap tersenyum seperti tiada apa yang berlaku. Lia juga buntu hendak melakukan apa lagi kerana hakim telah pun memberi kata putus.
✾✾✾✾✾
"Ya betul, Pak Sooman. Saya yang tengok pun rasa gerun bila Seungmin marah macam tu. Saya baru nak masuk campur ni, Seungmin tahan saya. Kalau tidak, memang lunyai jantan bandar tu. Bila ingat balik muka dia, naik darah saya Pak Sooman," cerita Changbin kepada Pak Sooman tentang apa yang berlaku di rumah Seungmin walaupun sudah hampir seminggu kejadian itu berlaku.
Pak Sooman hanya mampu menggeleng. Dia ada juga perasan sebuah kereta mewah masuk ke kampung namun tidak sangka pula gerangan itu ada kaitan dengan Seungmin. Terbayangkan wajah sayu Seungmin, Pak Sooman menghela nafas panjang.
"Habis tu, macam mana dengan keputusan mahkamah?" Soal Eunbi yang turut ada bersama.
"Entahlah... Saya pun belum dengar cerita lagi. Harap sangat yang Seungmin dapat hak penjagaan tu," ujar Changbin dengan penuh harapan.
"Itulah... Sekarang ni, Areum saja ahli keluarga yang Seungmin ada," kata Pak Sooman.
"Kamu datang sini semata-mata nak bercerita tentang ni ke, Changbin?" Tanya Pak Sooman sejurus saja Changbin selesai menyampaikan berita.
Changbin mula tersengih sebelum menggeleng. Bukan itu tujuannya datang ke situ melainkan ada perkara yang lebih penting baginya. Eunbi yang duduk bersebelahan dengan Pak Sooman sempat dilirik sebelum dia bersuara.
"Tujuan saya datang ke rumah Pak Sooman ni sebenarnya nak cakap yang saya..." Changbin berhenti sejenak untuk mengambil nafas. Entah kenapa dadanya begitu berdebar hingga membuatnya sukar untuk bernafas.
"Eu.. Eu..." Berkerut wajah Changbin saat ingin menyebut nama anak gadis Pak Sooman yang seorang itu.
"Kamu kena sampuk ke apa ni, Changbin? Tadi bukan main lancar je kamu bercerita, ini tergagap-gagap pula." Pak Sooman mencelah setelah puas menunggu Changbin menghabiskan ayatnya.
"Saya sukakan Eunbi." Mata Changbin membulat sebaik saja perkataan itu keluar dari mulutnya dengan begitu lancar. Secara tiba-tiba, suasana terasa kekok. Changbin memandang Pak Sooman dan Eunbi yang sama-sama mendiamkan diri sebelum Pak Sooman ketawa terbahak-bahak seakan-akan ada sesuatu yang menggeletek hatinya. Changbin dan Eunbi saling membalas pandangan.
Pak Sooman yang tadinya ketawa, kini sudah menunjukkan riak serius lantas matanya ditumpukan pada Changbin.
"Apa kamu kata tadi? Sukakan Eunbi??" Soal Pak Sooman yang mana suaranya ketika itu sudah membuatkan Changbin menelan liurnya perlahan.
✾✾✾✾✾
Bunga kamomil yang sedia untuk dikeringkan hanya dipandang kosong. Memandangkan sekarang musim panas, tumbuhan itu lebih cepat layu jika tidak diberikan air secukupnya. Tambahan pula sejak kebelakangan ini, pelbagai masalah datang membuatkan Seungmin jarang memberi perhatian kepada tanaman bunga itu.
Seungmin mengalihkan pandangan ke arah pintu pula. Tidak seperti selalu, hari ini Changbin tidak menampakkan batang hidungnya dan membuatkan harinya terasa sedikit bosan. Adakah Changbin sudah merajuk hati dengannya? Seungmin menongkat pipinya sementara tangan kirinya bermain kelopak bunga kamomil yang sudah dikeringkan.
"Seungmin!"
Dengar saja namanya dipanggil, Seungmin pantas menoleh dengan perasaan teruja. Changbin pula yang melihat reaksi aneh Seungmin, berhenti melangkah.
"Kenapa kau senyum? Kau sakit ke?" Tanya Changbin hairan. Selalunya setiap kali dia berkunjung ke situ, Seungmin akan mempamerkan riak tidak ikhlas pada wajahnya tetapi hari ini lain pula..
"Salah ke?" Balas Seungmin sebelum kembali kepada posisi tadi semula. Kelopak bunga yang sudah berterabur, dibiarkan saja di atas meja tanpa ada keinginan untuk membersihkan permukaan meja itu.
Changbin menggeleng. Kakinya menapak menghampiri Seungmin. Mungkin Seungmin ingin menunggunya kerana mahu memaklumkan berita gembira padanya. Jadi sebab itulah Seungmin kelihatan lebih teruja apabila nampak wajahnya.
"Mesti kau ada benda baik kan nak beritahu aku. Biar aku teka... Kau dapat hak penjagaan Areum, kan??" Teka Changbin tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.
Seungmin tersenyum tawar seraya menggeleng. Dia sangat mengharapkan perkara itu menjadi kenyataan namun tidak semudah itu. Seungmin melepaskan keluhan berat sementara Changbin sudah terdiam di tempatnya sebaik saja mengetahui tentang itu.
"Seriuslah?" Soal Changbin tidak percaya. Mungkin Seungmin ingin bergurau dengannya.
"Changbin, aku ni siapa? Tak ada kaitan langsung dengan Areum kalau nak dibandingkan dengan Daniel. Jadi, tak mustahil walaupun aku sendiri terkilan dengan keputusan hakim," adu Seungmin.
"Memanglah kau tak ada kaitan tapi kau yang susah payah besarkan Areum selama ni. Takkanlah hakim tak pertimbangkan semua tu semasa perbicaraan? Maknanya sekarang ni, Daniel akan jaga Areum?" Tanya Changbin lagi kerana tidak puas hati. Seungmin tidak menjawab selain hanya mengangguk perlahan.
"Habis tu, kenapa kau teruja nampak aku tadi? Berialah aku sangka yang kau nak sampaikan berita gembira... Kau okey tak ni?" Changbin meletakkan belakang tangannya di dahi Seungmin, ingin memastikan kawannya itu masih sihat.
"Tak ada apa lah... Aku baru teringatkan kau tiba-tiba kau datang. Itu yang aku teruja. Lagipun, kalau kau datang sini... Kau akan bercerita jadi tak adalah aku fikir sangat pasal Areum," jujur Seungmin.
Changbin mengelap air mata palsunya apabila Seungmin berkata begitu. Untuk kali pertama dalam hidupnya, dirinya terasa begitu dihargai setelah lama dia menunggu. Bahu Seungmin ditepuk perlahan.
"Memang aku ada cerita pun. Betul ni kau nak dengar?" Tanya Changbin. Kalau itu yang diinginkan Seungmin maka dia sedia membantu supaya kawannya tidak berasa sedih.
"Mesti pasal Eunbi, kan?" Tebak Seungmin.
"Salah... Aku nak bercerita pasal Pak Sooman sebenarnya," beritahu Changbin sementara Seungmin sudah berkerut hairan. Apa pula kaitan orang tua itu dengan Changbin?
Tidak menunggu Seungmin bertanya, Changbin sudah pun bercerita. Dari bagaimana dia jatuh cinta dengan Eunbi hinggalah semasa dia memberitahu Pak Sooman tentang perasaannya. Sampai di situ, Changbin berhenti sejenak lalu tunduk memandang lantai.
"Lepas tu, Pak Sooman cakap apa?" Soal Seungmin apabila cerita tergantung begitu saja.
"Pak Sooman kata nanti dia fikirkan dulu. Apa yang dia nak fikir lagi? Aku sanggup tahan diri aku dari confess pada Eunbi dulu semata-mata nak beritahu Pak Sooman. Tiba-tiba, orang tua tu cakap macam tu pula. Tak sangka jatuh cinta pun susah," bebel Changbin.
"Alah, tak ada apanya. Biasalah, Eunbi kan anak tunggal Pak Sooman jadi tak pelik pun. Kau bersabar je lah sebab Pak Sooman cakap macam tu. Lainlah dia kata tak boleh. Kan?" Ujar Seungmin, cuba menenangkan hati Changbin yang sedang panas.
"Betul juga. Aku akan ikut nasihat kau," jawab Changbin sebelum diam. Dia memerhati wajah Seungmin yang kelihatan sedih itu. Tahulah dia yang kawannya itu sedang memikirkan sesuatu, apa lagi kalau bukan tentang anaknya, Areum.
"Seungmin... Pasal Areum, memang kau tak boleh buat rayuan ke? Sekurang-kurangnya minta dengan hakim supaya bagi hak sama rata. Maksud aku, bergilir-gilir," cadang Changbin.
"Biar je lah. Kalau aku minta macam tu, aku risau pelajaran Areum akan terganggu. Aku yakin Daniel akan jaga Areum dengan baik walaupun perangai dia menyakitkan hati," kata Seungmin. Setelah lama memikirkan hal itu, Seungmin mula merasakan yang memberi Daniel hak penjagaan ialah keputusan yang tepat memandangkan jejaka itu lebih berkemampuan darinya.
"Cuma sekarang ni, aku tengah fikirkan cara nak beritahu Areum pasal ni. Kalau boleh, aku tak nak tipu dia apa-apa tapi dalam masa yang sama, aku risau Areum tak akan faham," sambung Seungmin lantas meletakkan kepalanya di atas meja.
"Hmm... Kau bawalah Areum jalan-jalan dan masa tu barulah kau slowtalk dengan dia. Mungkin dia tak akan terima tapi lama kelamaan, dia akan faham dengan semua ni." Changbin memberi cadangan akan hal itu.
"Aku takut aku tak lepas cakap bila bersemuka. Kau faham kan maksud aku?" Jawab Seungmin.
"Kalau kau cakap macam tu, aku pun tak tahu nak kata apa lagi." Changbin mengalah. Biarlah Seungmin yang memutuskan apa yang dia akan lakukan.
✾✾✾✾✾
Lia meninggalkan kuali di atas dapur untuk menyambut kepulangan Seungmin. Seperti yang dijanjikan, jejaka itu pulang ke rumah untuk makan tengahari bersama-sama.
"Awak masak apa?" Tanya Seungmin sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah. Aroma bawang yang ditumis menyapa deria baunya.
"Saya goreng telur je," jawab Lia seraya tersengih malu. Walaupun dia sudah biasa menguruskan dapur tetapi itu tidak bermaksud dia sudah mahir dalam bidang memasak.
"Tapi saya bau bawang tumis?" Soal Seungmin kekeliruan.
"Oh, saya goreng bawang dengan ikan bilis untuk makan dengan telur mata kerbau. Sorry lah sebab itu je yang saya tahu," beritahu Lia.
"Tak apa... Itu pun dah sedap," kata Seungmin sebelum mengusap kepala Lia bersama senyuman yang menghiasi wajah tampannya.
"Areum mana?" Soal Seungmin apabila tidak mendengar suara anak perempuannya itu.
"Tidur. Kejap, saya nak bangunkan dia, boleh makan sekali dengan kita," ujar Lia sebelum Seungmin memegang pergelangan tangannya.
"Tak apalah... Mungkin dia mengantuk. Kita makan dulu, nanti bila Areum dah bangun biar saya temankan dia makan. Alang-alang tu, boleh saya beritahu dia yang Daniel akan ambil dia esok," jelas Seungmin.
"Awak tak nak berunding dengan Daniel soal ni? Bukan ke sebelum ni awak kata yang awak akan buat apa saja untuk Areum?" Tanya Lia. Dia kurang faham mengapa Seungmin seolah-olah berputus asa dan hanya mengikut saja keputusan yang ditetapkan mahkamah.
"Inilah yang terbaik untuk Areum. Saya buat apa sekalipun, tetap tak boleh nak nafikan yang Daniel ayah kandung Areum. Awak jangan risau, saya yakin semuanya akan baik-baik saja. Jom makan? Saya dah lapar ni." Seungmin cuba mengakhiri perbualan tentang Areum. Semakin dipersoalkan, Seungmin takut hatinya akan berubah jadi lebih baik mereka tidak bercakap tentang itu.
Seungmin meletakkan satu telur mata ke dalam pinggan Areum. Dia tersenyum kecil melihat anaknya begitu berselera walaupun lauk mereka pada hari itu tidak seberapa. Sedikit sebanyak Seungmin bersyukur kerana Areum tidak memilih dalam bab makanan hingga boleh dikatakan semua jenis makanan akan dikatakan makanan kegemarannya.
"Sedap?" Tanya Seungmin, sengaja ingin memulakan perbualan. Hanya mereka berdua saja yang ada di rumah memandangkan Lia sudah pun pulang ke rumahnya sebaik saja selesai makan.
"Sedap!" Jawab Areum dengan mulutnya yang penuh dengan nasi. Seungmin tertawa sendiri kerana terhibur. Matanya ralit memandang Areum tanpa beralih sedikit pun.
"Nak tambah nasi lagi?" Tanya Seungmin dan Areum menggeleng menandakan perutnya sudah kenyang. Sesudah makan, Areum pergi ke sinki untuk meletakkan pinggan sebelum pergi ke bilik air, di mana dia akan membasuh tangannya di situ oleh kerana sinki terlalu tinggi dari badannya.
"Areum, jom naik atas dulu. Ayah ada benda nak cakap dengan Areum," ajak Seungmin. Meskipun hatinya terasa berat namun tetap dia gagahkan mulutnya untuk memberitahu perkara sebenar.
Seungmin menepuk tempat di sebelahnya, menyuruh Areum duduk di situ. Tidak banyak soal, Areum hanya mengikut saja. Anak patung Elsa yang berada di atas meja, sempat dicapai lalu dipeluknya.
"Ayah nak cakap apa?" Tanya Areum.
"Areum suka tak jalan-jalan?" Seungmin cuba berkias terlebih dulu dan Areum sudah mengangguk laju bersertakan senyuman teruja.
"Kita nak pergi jalan-jalan ke?? Nak pergi mana Ayah??" Soal Areum dengan nada gembira.
Seungmin memegang kedua bahu Areum yang mana kelakuannya itu membuatkan Areum terdiam. Wajah kecil anak gadisnya ditatap lama tanpa berkata sepatah pun. Hati yang cuba dikuatkan, perlahan-lahan goyah sebaik saja bertentang mata. Mulutnya juga terasa berat untuk menuturkan kata.
"Bukan dengan Ayah tapi dengan Pakcik Daniel," ujar Seungmin manakala Areum sudah terkebil-kebil, kurang mengerti dengan apa yang cuba disampaikan ayahnya.
"Areum, dengar cakap Ayah baik-baik. Pakcik Daniel tu sebenarnya bapa kandung Areum. Sebelum ni, Mak dah berkenalan dengan Pakcik Daniel sebelum Ayah berjumpa dengan Mak.... Maksudnya sekarang ni, Ayah cuma tolong Mak jaga Areum sebab Pakcik Daniel ada kerja dan sekarang ni kerja Pakcik Daniel dah habis, jadi esok Areum ikut Pakcik Daniel balik semula. Areum faham?" Jelas Seungmin panjang lebar.
Areum mula mencebik manakala matanya sudah berair. Dia sangat faham dengan apa yang cuba diberitahu ayahnya sekarang ini. Wajahnya mula kemerahan kerana menahan tangis sebelum bangun dari kerusi, menuju ke biliknya. Tidak lama kemudian Areum keluar semula bersama anak patung yang dibelikan Daniel pada tangannya.
"Nanti Areum pulangkan semula patung ni pada Pakcik Daniel. Areum janji lepas ni, Areum tak akan degil lagi dan akan selalu dengar cakap Ayah. Areum tahu Ayah marahkan Areum sebab ikut Pakcik Daniel hari tu kan? Areum tak nak ikut Pakcik Daniel, Areum nak tinggal dengan Ayah." Kanak-kanak itu mula merengek perlahan. Airmata juga sudah membasahi wajah mungilnya.
Seungmin membuang pandangan ke arah lain, tidak sanggup melihat wajah sedih Areum. Airmata yang hampir mengalir lekas diseka dengan tangannya.
"Areum..." Seungmin mengambil nafas sebentar sebelum menyambung semula ayatnya yang tergantung.
"Kalau Areum ikut Pakcik Daniel, bukannya bermaksud tak boleh jumpa Ayah lagi. Ayah janji akan selalu datang melawat Areum setiap minggu. Areum kan nak jadi anak yang baik, jadi dengar cakap Ayah. Boleh?" Pujuk Seungmin meskipun hatinya sudah tidak kuat untuk meneruskan semua ini.
"Kalau Areum rindukan Ayah macam mana? Siapa yang nak cium Areum sebelum tidur? Siapa lagi yang hantarkan Areum pergi sekolah setiap hari?" Bertalu-talu soalan yang diberikan Areum dalam keadaan tersedu-sedan.
Seungmin mengukirkan senyuman sebelum anak patung Elsa yang dipeluk Areum, diambil.
"Semua tu Pakcik Daniel yang akan gantikan tempat Ayah. Jadi, setiap kali Areum rindukan Ayah, patung Elsa kan ada? Areum peluk je dia untuk lepaskan rindu pada Ayah. Okey?"
Areum memandang anak patung kesayangannya itu sebelum mengangguk perlahan. Seungmin mendepakan tangannya lantas Areum memeluk badannya erat. Dalam kesempatan itu, Seungmin mengalirkan airmata selepas lama ditahan dan dalam masa yang sama, dia berasa lega kerana Areum menerima kenyataan itu dengan hati yang terbuka. Seungmin pasti, Areum akan dapat menyesuaikan dirinya di sana dengan baik.
Rumah Seungmin dilihat dengan pandangan kosong. Tiada sedikit pun reaksi yang tercalit pada wajah gerangan yang mana dari tadi sibuk memerhatikan keadaan rumah kayu milik Seungmin. Telefon pada tangannya dibuka sebelum menekan nombor yang diletakkan nama Jessica.
"Malam ni, rancangan kita akan dilaksanakan," ujar gerangan misteri tadi.
✾ 𝔹𝕖𝕣𝕤𝕒𝕞𝕓𝕦𝕟𝕘 ✾
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro