Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🧟‍♂️tigabelas🧟‍♀️

Last chapter, jangan kecam tau lepas baca muehehehe 😝

🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈


ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨
ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 13

Kesemua zombi diberikan suntikan vaksin pencegah, termasuklah...

"Otak! Otak! AUCHH— eh aku dekat mana ni?" terpinga-pinga ketua kampung Chiangkerik sejurus mendapati dirinya berada di klinik bergerak.

"ABAH!" tubuh lelaki lingkungan 50-an didakap erat oleh anak terunanya. Siapa lagi kalau bukan Hassan Mustakeem Choi.

Sambil puas mendakap ayahnya, sempat Hassan melirik ke arah K-onn dan Wooyoung yang erat memeluk ayah mereka. Begitu juga kawan-kawannya yang sudah berada dalam pangkuan keluarga masing-masing.

Namun pandangannya tertarik ke arah Yassin yang masih bergelut dengan beberapa pegawai SPRM. Jadi, dia meminta diri untuk ke sana.


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

"Tolonglah Jongho, kesiankanlah aku! Aku ada anak bini dekat rumah." rayu Yassin untuk dilepaskan.

"Ouhh, baru nak teringat anak bini? Selama ni buat kerja kotor, ada kau ingat dia orang tak?" ringan saja mulut Harraz Johari menuturkan cemuhan buat lelaki yang memporak perandakan kampung Chiangkerik.

Setelah siap digari, Yassin dibawa pergi oleh pegawai iringan SPRM.

"Apahal dengan Yeosang tu?" soal Hassan yang baru tiba di situ.

"Kalau kau nak tahu, dia terlibat dalam jenayah rasuah. Tapi kali ini, dia terima sejumlah wang daripada pihak tak bertanggungjawab untuk lupuskan bahan kimia.

Jadi, aku pun senyap-senyap ikut jejak dia. Dan aku mendapati yang Yeosang tu dah buang bahan bertoksik tu ke dalam sungai kampung kita!"

"So, bahan kimia tu ada kaitanlah dengan wabak zombi tu?"

"Of courselah! Bahan kimia yang dilemparkan dalam sungai akan mendatangkan kesan buruk buat siapa-siapa yang minum dan bermandi-manda dekat situ.

Antara simptomnya seperti kulit meradang, cara percakapan mula terbatas, cara berjalan yang pelik dan lain-lain.

Jadi secara ringkasnya, simptom tu macam serupa dengan kejadian zombi." Hassan cuma mengangguk faham akan penerangan daripada Harraz, namun masih ada lagi persoalan yang berlegar-legar dalam benak fikirannya.

"Tapikan, macam mana simptom tu boleh terkesan dekat Abah, Pak Ngah dengan orang-orang kampung yang lain?"

"Eh kau lupa ke? Haritu kan, orang kampung ada buat sambutan Hari Keluarga dekat sungai tu." terlupa pula akan aktiviti yang diadakan minggu lepas.

Jikalau tidak sibuk pada tarikh tersebut, pastinya Hassan dapat sertai dalam program yang diuruskan sepenuhnya oleh penduduk kampung.

Tetapi, apabila difikirkan semula, dia bernasib baik kerana tidak terkena penyakit bawaan air itu.

Kini, Hassan hanya mampu melafazkan kesyukuran berikutan kedamaian kampung Chiangkerik kembali diperoleh.


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

"Agust D, awek aku tak apa-apakan?"

Persoalan Hassan yang berbaur kerisauan langsung tidak dijawab Hamadi, sebaliknya kepalanya disekeh kuat.

Mereka yang berkumpul berhampiran Hassan Mustakeem dan Hamadi Affendi dari tadi memasang telinga sambil umpat tentang mereka.

"Hotak kau San! Sejak bila aku restui Hamida dengan kau hah?" tutur Hamadi dengan nada bengang, sesedap mulut saja si Hassan mengaku adiknya sudahpun menjadi milik jejaka itu.

"Alah bakal abang ipar ni, janganlah cengey (garang) sangat, nanti tak jadi masuk meminang baru tau." ugut Hassan, sekadar untuk bergurau.

"Meminang siapa? Aku ke adik aku?"

"Mestilah adik, takkanlah nak meminang si abang pulak? Kang gay panick pulak!"

Semasa mereka sakan ketawakan Hamadi setelah dihentam-hentam oleh Hassan, sempat salah seorang daripada mereka mula bersuara.

"Kau orang, nak tahu apa jadi kalau perkataan gay panick diubah ke bahasa Melayu?"

Kesemuanya menggeleng, sudah lama memikirkan jawapannya, tapi tak sampai kesudahan jawapan muncul dalam fikiran.

"Ianya.... gaylabah muehehehe!" hampir semua terpana dengan daddy jokes gadis itu.

"K-onn, udah-udahlah adik oii~"

"Anak didik Seokjin detected!"

"Tiber rasa gaylabah tengok muka Jimin."

"Astagfirullah hal azim! Bawak mengucap Jungkook!"

Keadaan hingar bingar pada mulanya tercetus angkara lawak hambar Khairun Nisa mula menjadi sepi. Mana tidaknya, tiba-tiba ada seorang gadis lengkap berjaket hud, menapak ke arah mereka sambil mengendong makhluk berbulu.

"Eh eh Mida! Dah kena suntik ke?" sapa Hassan penuh teruja. Habis si abang mencerlung tajam padanya.

"Dah, baru je tadi. Yoongi pun kena jugak." rata-rata mereka mengangguk faham sesudahnya Mida memberitahu akan perkhabarannya.

"Meow, meow... (Abah D, Mami Mida! Yoongi tak nak makan otak dah, nak Powercat hiks. Jomlah balik!)" tak henti-henti kucing kampung itu mengiau pada tuannya.

"Yelah Yoongi, nanti kita balik, pastu Yoongi makan Powercat puas-puas, okey?" kepala Yoongi diusap penuh kasih oleh Hamadi.

"Meow! (Yey!)"

Mereka yang masih berhimpun di hadapan Hamadi dan kucingnya mula berbisik-bisik sesama sendiri, mengutuk gamaknya.

Tapi seorang sahaja berani untuk berterus terang.

"Bang Gesdi, faham ke kucing tu miaukan apa?"

"Mestilah dia faham." jawapan itu tidak terluah dari mulut Hamadi, tapi orang lain.

Khairun Nisa lantas menoleh ke belakang bagi mencari gerangan yang menjawab persoalannya.

"Eh eh bang Tae, tahu jugak ke si Yoongi tu cakap apa?" Taufiq mengangguk yakin.

"Dia cakap apa?" sengaja Khairun Nisa duga tauke Sate Kejang itu.

"I love you, K-onn 3000. From Taehyung muehehehe."

Pipi Khairun Nisa membahang setelah Taufiq membuat pengakuan tak langsung buat gadis itu.

Habis kesemua mereka tercengang untuk berkata apa-apa, termasuklah Yoongi si kucing.


TAMAT

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️

YEY AKHIRNYA SIAP JUGAK KETIGA-TIGA SIRI KAMPUNG BOI.✨

Wauthormelon nak ucapkan ribuan terima kasih buat remi-remi yang menyumbangkan vote dan comment di sini💜, komen korang memang menghiburkan hati che muehehehe.😝

Mintak ampun maaf kalau-kalau fanfic tak menepati citarasa korang, em biasalah Wauthormelon ni siapalah kan 😿

Sebelum tu, Wauthormelon nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha to y'all💖, moga-moga korang dapat meraihkannya dengan penuh sederhana dan meriah 😸✨

Btw, kalau Wauthormelon buat special chapter, ada ke nak baca? (Kalau ramai komen, baru nak update)🙈

Completed on 1.8.20 at 1.00 a.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro