Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🧟‍♀️sembilan🧟‍♂️

Eh! Macam tak ada kesudahan pulak 😹

🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️

✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

ℨ𝔬𝔪𝔟𝔦 𝔎𝔞𝔪𝔭𝔲𝔫𝔤 ℭ𝔥𝔦𝔞𝔫𝔤𝔨𝔢𝔯𝔦𝔨

ℭ𝔥𝔞𝔭𝔱𝔢𝔯 09


"Tapi, kenapa?"

"Adalah, nanti aku bagitahu. Kau orang segeng, meh ikut jugak." ajak Taehyung yang tak henti-henti melambaikan tangan, mahu segerakan perancangan direncananya.

"Akak-akak, abang-abang duduk elok-elok dekat sini ye, jangan merayau pulak. Nanti kami datang balik." pesan San agar penduduk kampung tidak menjadi gelabah sewaktu ketiadaan mereka sekumpulan.

Seusai keluar dari balai raya dan berbincang, masing-masing


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

"Kau nak berapa kilo santan ni?" San menggigit hujung jarinya, resah jikalau dia bakal mengalami kerugian nanti.

"Erm, satu tan?" permintaan Taehyung mengundang mulut San terlopong besar.

Akibatnya, kepala Taufiq Hidayat disekeh kasar oleh Hassan Mustakeem.

"Hotak kau tan! Kau nak buat apa banyak-banyak tu? Nak masak dodol untuk satu daerah ke?" hanya sengihan kecil mampu Taehyung balas.

Ouh, baru dia teringatkan sesuatu! Jikalau 1 tan ditukarkan kepada unit kilogram akan menjadi 1000 kg. Jadi bukan sebanyak itu dia mahukan.

"Mungkin dalam 100 kilogram, cukup tak?"

"Erm, tapi ni nak buat apa sebenarnya ni? Cuba bagitahu habis-habis dekat aku." San bercekak pinggang, pantang sekali apabila ada manusia tidak memberitahu secara terus akan tujuan sebenar.

"Dengar sini Encik BijakSANa, santan ni antara agen penyembuh bagi gejala zombi ni. Jadi, sebab itulah aku nak mintak sikit daripada ka—" tidak sempat Taehyung melanjutkan penjelasan,  San terlebih dulu memintas dengan mentertawakannya.

Apa yang didengari cukup geli hati, hinggakan perutnya terasa cekang akibat banyak ketawa.

Sementara Taehyung pula mengetap gigi penuh geram, tidak sangka San menganggap itu jenaka semata-mata.

"Kau janganlah buat stand up comedy  waktu malam-malam buta macam ni boleh tak? Kang zombi terdengar suara aku gelakkan kau, mampos kita." ujar San bersama sisa tawanya.

"Hey Bodohsini! Ini bukan jenakalah, ni memang bet—"

Pertengkaran kecil mereka terhenti tatkala pintu besi kilang dihempas kuat secara tiba-tiba. Setahu San, hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam buat masa ini. Jadi, siapa pula tetamu tidak diundang itu?

"San!" laju sekali Taehyung merentap lengan San daripada diterkam...

"Zombi Pak Leman Koboi?" terkaku San melihat mayat hidup yang amat dia kenali itu, yang sudahpun bergenang kolam air mata di tubir.

"Lari woi!" gesa Taehyung untuk membuatkan San cepat bertindak. Namun sebaliknya dia lakukan.

Kedua-dua kepala lutut San rebah pada atas lantai simen, bersama perasaan sesal yang menebal.

"Ampun Pak Leman Koboi. San akan naikkan upah anak pakcik si Mingi tu hiks, esok jugak!" rayunya pada zombi itu agar tidak diapa-apakan.

"Aish, degil betullah tauke kilang santan ni!" kutuk Taehyung sepuasnya lalu mencapai beberapa bungkus kotak kecil.

Memandangkan dia tidak mahu San diterkam zombi, jadi Taehyung segera bertindak. Dalam kadar paling laju, dia memecut ke arah mereka sebelum memicit-micit kotak santan dibawanya.

Hasilnya, zombi Pak Leman Koboi yang mengerang kesakitan perlahan-lahan jatuh terduduk setelah percikan santan dipicit tadi tepat mengena pada seluruh muka.

"Pak Leman!" tubuh separuh abad orang tua itu sempat disambut San daripada tumbang ke lantai.


━━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━━

"Apa ni tak ada bara api? Kipaslah kuat-kuat sikit!"

"Woi, jangan biar sampai hangit! Kasi bara menyala je, jangan sampai ada api!"

Laman rumah Taehyung kian riuh-rendah jadinya.

Mana tidaknya, dari tadi terpekik-pekik Hamadi Affendi dan Harris Solihin memberikan arahan kepada anak-anak buah mereka.

Sejak-sejak dilantik oleh Taehyung untuk mengetuai pasukan membakar otak-otak, kedua-dua usahawan lemang ini perlu perturunkan kepakaran kepada mereka-mereka yang lain.

"Lenguhlah bang Gesdi, kenapa kami semua kena bakar otak-otak pulak ni?" rungut K-onn yang turut menghentikan hayunan kipas pada bara api.

Masing-masing yang terdengar rungutan gadis itu mula mengangguk setuju.

"Kamu nak zombi tu makan otak-otak ke otak kita?" sengaja Agust D mengajukan soalan sarkastik.

"Erm, otak bang Agust D sorang sajalah, sebab otak sarkastik macam abang ni gred AAA punya. Mana ada zombi menolaknya, kan?" Agust D hanya mampu mempamerkan senyuman dibuat-buat di hadapan K-onn. Namun dalam hati, sudah puluhan sumpah seranah dia lampiaskan.

"Dahlah tu Gesdi, dengan budak pun nak gaduh." tergeleng-geleng Hoseok yang dari tadi perhatikan gelagat rakan kongsinya, persis budak kecil.

"Mana ada aku gaduh!" dalih Agust D sambil berpeluk tubuh.

Rata-rata mereka bergelak sakan akan celoteh tauke lemang itu, namun tidak bagi salah seorangnya.


✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈

🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️🧟‍♂️🧟‍♀️

Nampaknya jalan cerita masih panjang lagi la muehehehe 🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro